Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

,, dan dalam Pendekatan Struktural

Ciri-ciri yang tersebut diatas dipengaruhi oleh bunyi atau fonem pertama pada kata dasar. Alomorf <me-> menggugurkan fonem sebelum l, r, m, ng, ny, w. Berbeza pula dengan alomorf <mem-> kerana ia hadir sebelum p, b, f, dan v. Namun begitu p akan mengalami pengguguran dalam proses penambahan ini tetapi tidak bagi konsonan yang lain. Alomorf men- pula hadir sebelum konsonan t, d, c, s namun hanya menggugurkan kata yang bermula dengan fonem s dan t tetapi tidak kepada d, dan c. Contoh yang mudah ialah perkataan tulis dan dalam. Apabila ia mengalami proses penambahan imbuhan akan bertukar menjadi menulis dan mendalam.


alamorf
Hadir sebelum
pengguguran
L, R, M, N, NG, NY
-
P, B, F, V
P
T, D, C, S
T, S






Akan tetapi terdapat juga kes-kes khas iaitu alomorf yang ditentukan oleh ciri-ciri nahu. Misalnya men- dalam mentertawakan, disini didapati t pada tertawakan tidak digugurkan sedangkan t pada perkataan menulis digugurkan kerana ter- adalah awalan, dan pengekalan t akan mempertahankan kedudukan ter- sebagai awalan. Demikian juga halnya p dalam memperkatakan di mana per- adalah awalan.

Pendekatan Struktural ini memberi keutamaan kepada bentuk penggunaan bukan pemakaian ayat tersebut. Contohnya:

(K.K.Khas) (Kata Sendi Nama) (K.K. Aktif Transitif) (K.N. Am)
Ali sedang memotong rumput
Ini bermakna Pendekatan Struktural ini melihat kepada konstituen atau hubungan di dalam sesuatu ayat. Menurut Leonard Bloomfield(1973), pendekatan ini lebih dikenali sebagai urutan taksonomi iaitu satu sistem yang berturutan, menekankan bentuk semantik dan menekankan penggunaan bentuk dari segi kejadian atau binaan. Setiap morfem mewujudkan bentuk yang berbeza.

ayat. Contohnya:
Ali membawa alat muzik tradisional




 Bloomfield melihat struktural dari segi distribusi dalam penggunaan sintaksis dan melihat kepada bagaimana ayat itu dibentuk dan dibina. Seaussure pula menyatakan jika ingin mengajarkan pendekatan struktural ini harus lihat kepada persamaan atau perbezaan fungsi struktur tatabahasa dari segi gramatikal dan bukannya makna leksis atauun makna kamus. Contohnya:
1. budak melihat kucing. (betul)
2. kucing melihat budak. (salah)

jika melihat kepada makna leksis atau makna kamus kedua-dua ayat adalah betul, namun begitu dalam Pendekatan Struktural ayat kedua dikatakan salah disebabkan dari segi logikal.

Kesimpulan awal yang dapat dibuat disini ialah apa yang kita dapat lihat daripada keterangan diatas ialah alomorf me-, mem-, men- merupakan suatu gugusan awalan me- yang dipecahkan kepada beberapa alomorf iaitu me-, mem-, men-, meng-, meny-, dan menge-. Awalan me- ini pula merupakan imbuhan yang termasuk dalam suatu golongan kata iaitu kata kerja.

0 Pertanyaan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan