Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Jom Ikut Cikgu

MODEL KOMUNIKASI

MODEL KOMUNIKASI
Sepertimana yang telah diketahui dan difahami terdapat enam unsur utama yang memainkan peranan penting dalam proses komunikasi iaitu sumber, maklumat atau mesej, saluran, penerima maklumat, maklum balas terhadap maklumat yang disampaikan dan juga gangguan terhadap maklumat yang disampaikan. Komunikasi yang berjaya dan berkesan dapat dilakukan apabila maklumat yang disampaikan oleh sumber dan penerimaan maklumat oleh penerima berjaya difahami sepertimana yang diinginkan oleh penyampai tanpa mengambil kira medium apa yang digunakan untuk memastikan maklumat dan idea itu berjaya disampaikan. Sekiranya tahap kefahaman yang tinggi diperoleh daripada proses komunikasi maka model yang digunakan akan membantu para pengamal untuk mengaplikasikannya.
Model secara sederhana membawa maksud gambaran yang dirancang untuk mewakili kenyataan. Menurut kenyataan Runyon, (1977:57) model didefinisikan sebagai “a replica of the phenomena it attempts to explain.” Manakala Burch Dan Strater (1974:117) pula menggambarkan model sebagai “ a verbal of mathematical expression describing a set of relationships in a precise manner.” Fisher (1978:64) “ an analogy that abstract or selects parts from the whole, the significant elements or properties or components of that phenomenon that is being modeled.”
Model Komunikasi membawa maksud gambaran yang sederhana dari proses komunikasi yang memperlihatkan kaitan antara satu komponen komunikasi dengan komponen lainnya. Sarjana komunikasi berpendapat bahawa model merupakan satu kerangka penting dalam memperihalkan unsur yang terlibat dalam sesuatu fenomenologi atau hubungan sebab dan akibat (causal relationship ). Dalam erti kata yang lain, model adalah satu gambaran teoritas dan satu struktur yang terdiri daripada simbol dan peraturan yang sepatutnya yang akan memadankan dengan satu struktur atau proses yang wujud.
FUNGSI MODEL
Pengaplikasian dan pengeksploitasian terhadap penggunaan model komunikasi merupakan langkah yang efektif kerana model-model komunikasi yang wujud mampu untuk meningkatkan keberkesanan proses dan aktiviti komunikasi yang berlaku. Antara fungsi kewujudan model komunikasi ini termasuklah menjadi medium perantara yang mempermudah kefahaman terhadap sumbangan elemen-elemen dalam sesebuah proses komunikasi.
Selain itu model komunikasi juga merupakan satu medium perantara yang mempunyai keupayaan yang tinggi dalam memberi pengertian dan kefahaman terhadap proses komunikasi yang berlaku sama ada proses komunikasi itu berlaku secara sehala seperti model komunikasi Lasswell, Shannon, Weaver dan Berlo mahupun dua hala.
Model komunikasi yang wujud juga berperanan sebagai panduan kepada proses penyelidikan dan kajian dalam komunikasi disamping menjadi medium yang terbaik dalam memerihalkan sumbangan elemen-elemen penting yang wujud dalam mempengaruhi dan menentukan keberkesanan sesuatu proses mahupun aktiviti komunikasi yang berlaku.
MODEL SCHRAMM
Wilbur Schraumn memberikan model proses komunikasi yang mempunyai perbezaan dengan dua model komunikasi sebelumnya. Melalui model ini beliau memperlihatkan tentang peri pentingnya peranan pengalaman dalam memastikan sesuatu proses komunikasi itu berjaya dilakukan dengan berkesan. Menurut beliau persamaan lapangan dan pengalaman yang wujud dalam diri penghantar atau penerima maklumat seperti pengalaman lepas, tahap pengetahuan, persekitaran dan situasi semasa akan membentuk rangsangan kepada proses komunikasi yang berkesan. Bidang pengalaman inilah yang akan menentukan sama ada maklumat atau pesanan yang dikirimkan oleh penyampai ditreima oleh penerima maklumat sama dan sesuai atau tidak dengan apa yang cuba dimaksudkan oleh penyampai maklumat.
Menurut beliau disebabkan setiap orang mempunyai lapangan pengalaman tersendiri, maka jika tidak ada persamaan dalam bidang pengalaman, bahasa yang sama, latar belakang yang sama, kebudayaan yang sama maka terdapat kemungkinan maklumat yang diterima oleh penerima maklumat tidak dapat diinterpretasikan seperti mana yang diinginkan oleh si penyampai dan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa persamaan lapangan pengalaman menjadi agen yang akan memberi rangsangan kepada proses komunikasi dalam menentukan sama ada interaksi itu berkesan atau sebaliknya.

0 Pertanyaan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan