Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

imbuhan


Imbuhan kata nama
Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan. 
Awalan ke-
Awalan ke- boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan ke-. Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat.
Kata Akar
Kata Terbitan
Keterangan
kasih
kekasih
Penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan
kepada maksud kata dasar (kata nama)
lima
kelima
Membentuk kata bilangan tingkat
tiga
ketiga
Membentuk kata bilangan himpunan
tua
ketua
Membentuk kata nama


Awalan pe(N)-
Awalan pe(N) menerbitkan kata nama, dengan pe(N) boleh wujud dalam bentuk bentuk seperti berikut; pe-, pem-, pen- peng-, dan peny-. Bentuk bentuk imbuhan ini bergantung kepada huruf awal kata akar. Kata akar ini selalunya kata kerja.
Awalan pe(N) memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Contohnya:
  • alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis
  • orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir
  • sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin
  • orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok
  • orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis
  • milik sifat seseorang: pemuda, pembesar
  • ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung
  • hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat
Varian pe-
Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf l, m, w, n dan r.
Kata Akar
Kata Terbitan
lawat
pelawat
lari
pelari
makan
pemakan
masak
pemasak
nafi
penafi
rokok
perokok
wangi
pewangi

Varian pen-
Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan c, d, j atau t.
Kata Akar
Kata Terbitan
curi
pencuri
cuci
pencuci
dengar
pendengar
duduk
penduduk
jual
penjual
jemput
penjemput
tipu
penipu
tari
penari
tukar
penukar
tulis
penulis
Bagi perkataan yang bermula dengan c, d dan j, kata akarnya kekal tetapi bagi perkataan yang bermula dengan t, huruf pertamanya akan hilang setelah bergabung dengan imbuhan pen-.

Varian pem-
Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf b',f dan p
Kata Akar
Kata Terbitan
baca
pembaca
beri
pemberi
buat
pembuat
bantu
pembantu
beli
pembeli
pakai
pemakai
pukul
pemukul
pasang
pemasang
punggah
pemungah
pungut
pemungut
fitnah
pemfitnah
Perkataan yang bermula dengan huruf b dan f akan menggunakan huruf akar, tetapi bagi perkataan bermula dengan huruf p, huruf pertama kata akar tersebut akan digugurkan.

Varian peny-
Imbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf s, dengan huruf pertama perkataan tersebut digugurkan.
Kata Akar
Kata Terbitan
sokong
penyokong
sembah
penyembah
sapu
penyapu
saring
penyaring

Varian peng-
Imbuhan ini digunakan untuk huruf a, g, h, i, dan u. Bagi perkataan yang bermula dengan huruf k, huruf pertama kata akar tersebut akan digugurkan.
Kata Akar
Kata Terbitan
ambil
pengambil
ajar
pengajar
gosok
penggosok
goreng
penggoreng
hantar
penghantar
hisap
penghisap
ikut
pengikut
isi
pengisi
ulang
pengulang
uji
penguji


Varian penge-
Imbuhan ini digunakan untuk perkataan yang terdiri daripada satu suku kata. Kata dasar dikekalkan tanpa mengira huruf pertama.
Kata Akar
Kata Terbitan
cat
pengecat
bom
pengebom
tin
pengetin
sah
pengesah


Kesamaran: Imbuhan untuk k
Imbuhan untuk huruf k berubah mengikut perkataan tersebut. Perkataan yang bermula dengan k boleh diimbuhkan untuk pe-, peng- atau penge. Berikut merupakan contoh contoh kata terbitan:
Kata Akar
Jenis Imbuhan
Kata Terbitan
kerja
pe-
pekerja
kenal
peng-
pengenal
karang
peng-
pengarang
khayal
peng-
pengkhayal
kritik
peng-
pengkritik
keluar
penge-
pengeluar
kesan
penge-
pengesan

Jika diperhatikan, perkataan yang mempunyai dua huruf konsonan di awal perkataan seperti kritik dan khayal akan mengekalkan kata dasarnya dan menggunakan imbuhan peng-.
Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut sebagai pe-ngam-bil dan penguji (uji) disebut pe-ngu-ji. Berbeza dengan huruf yang bermula dengan konsonan (kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti penggosok disebut peng-go-sok’




Pembentukan Imbuhan Me N...i.
Imbuhan Me N...i juga terbentuk daripada beberapa kelas kata dasar dan membawa makna yang tertentu.

Kata Dasar Imbuhan Me N...i
Pagar Memagari = Meletakkan sesuatu
(kata Nama) sebagai pagar
Pukul Memukuli = Melakukan perbuatan
(kata kerja) berkali = kali pada objek
Duduk = Menduduki Melakukan perbuatan
(kata kerja) pada objek
Kirim = Mengirimi Menyebabkan objek
(kata kerja) menerima sesuatu

Contoh
1. Dia akan mengirimi bapanya sepucuk surat pada setiap bulan.
2. Jepun telah menduduki Tanah Melayu selama lebih kurang empat tahun.
3. Dia memukuli lembu yang memasuki kebunnya dengan sebatang kayu.

Analisis
Dalam ketiga-tiga ayat di atas, semua objek kena secara tidak langsung. Objek-objek tersebut menerima sesuatu daripada perbuatan yang dilakukan oleh pelaku. Contohnya dalam ayat (1) ‘bapa’ sebagai objek tepat menerima surat bukannya benda yang dikirimkan kepada seseorang.

Maksud Imbuhan Me N...i
Secara umum, imbuhan apitan Me N...i, menunjukkan maksud objek tepat menerima sesuatu daripada pelaku perbuatan, manakala benda yang diterima daripada perbuatan itu dinyatakan sebagai objek sipi.
Maksud ayat juga menunjukkan bahawa objek tepat tidak bergerak tetapi objek sipi yang bergerak menuju ke arah objek tepat.
Contoh
1. Petani itu memagari ladangnya dengan kawat berduri.
2. Orang tua itu memukuli anaknya dengan sebatang tongkat.
3. Dia menghadiahi isterinya seutas rantai mutiara.
4. Kanak-kanak membalingi rakannya dengan sebiji bola.
5. Sultan Selangor telah berkenan mengurniai ahli sukan itu bintang kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda.
Bandingkan ketiga-tiga ayat yang menerima apitan Me N...i dengan ayat-ayat yang menerima apitan Me N...kan s eperti yang telah dibincangkan.
Terdapat juga apitan Me N...i menunjukkan maksud perbuatan yang berulang-ulang dilakukan ke atas objek tepat.
Teliti ayat (2) yang menunjukkan maksud anaknya menerima pukulan berulang kali. Dalam konteks ayat (1), (3), (4) dan (5) ladangnya menerima kawat berduri, isterinya menerima rantai mutiara, rakannya menerima balingan dan ahli sukan menerima kurniaan.
Perbezaan Makna Dalam Imbuhan Me N...kan dan
Imbuhan Me N...i
Sekiranya pelajar meneliti pembentukan kedua-dua imbuhan tersebut, pelajar akan mendapati terdapat perbezaan yang ketara di antara kedua-dua imbuhan itu.
Perbezaan yang paling ketara ialah apabila kedua-dua imbuhan apitan ini menggunakan kata dasar yang sama dan menerima dua objek iaitu objek tepat dan objek sipi. Lihat contoh ayat berikut untuk pemahaman yang lebih jelas.
Contoh
1. Amin melontarkansepotong kayu ke arah lembu itu.
(objek tepat) (objek sipi )
2. Amin melontari lembu itu dengan sepotong kayu.
(objek tepat) (objek sipi)
3. Amin membacakan adiknyabuku cerita itu.
(objek tepat) (objek sipi)
4. Amin membacabuku cerita itu untuk adiknya.
(objek tepat) (objek sipi)
Ulasan ringkas
Ayat (1) dan (2) menggunakan kata dasar yang sama iaitu lontar (kata kerja) tetapi menggunakan apitan yang berbeza. Oleh itu pembentukan objek dan maknanya juga berbeza. Perkataan melontarkan menunjukkan maksud sepotong kayu sebagai objek tepat menjadi alat atau bahan yang digunakan untuk melakukan perbuatan. Manakala perkataan melontari menunjukkan maksud lembu itu sebagai objek, menjadi penerima perbuatan melontari. Oleh itu jika ayat (1) menerima apitan Me N...kan , maksudnya menunjukkan lembu itu menjadi alat atau bahan untuk perbuatan melontar, ini pasti mustahil kerana tidak mungkin Amin mampu mengangkat lembu itu dan melontarkannya.

Rumusan
Kekeliruan yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar dari segi pembentukan kedua-dua apitan tersebut disebabkan para pelajar kurang memahami maksud perkataan yang digunakan dan kekeliruan membezakan objek tepat dan objek sipi. Oleh itu, para pelajar perlu meneliti imbuhan apitan Me N...kan dan Me N...i dengan meneliti kesesuaian maksud ayat dengan penggunaan objek tepat dan objek sipi yang dinyatakan dalam ayat.
Para pelajar juga perlu meneliti logik ayat dari segi maksud sama ada sesuai atau tidak.



Pembentukan Imbuhan Me N...kan
Imbuhan Me N...kan membentuk kata kerja transitif yang terbit daripada kata dasar yang terdiri daripada beberapa jenis golongan kelas kata. Penggunaan golongan kata tertentu akan menunjukkan makna yang tertentu apabila menerima imbuhan Me N...kan .
Maksud Kata Dasar Imbuhan Me N...kan
Buku (kata nama) Membukukan = Menjadikan buku
Darat (kata nama) Mendaratkan = Membawa ke darat
Gemuk (kata adjektif) Menggemukkan = Menjadikan gemuk
Jatuh (kata kerja) Menjatuhkan = Menyebabkan jatuh
Beli (kata kerja) Membelikan = Membeli untuk
Tindih (kata kerja) Menindihkan = Menggunakan alat
Pagar (kata kerja) Memagarkan = Menjadikan sebagai
Dua (kata bilangan) Menduakan = Menjadikan dua
Contoh ;
1. Pemain pertahanan pasukan itu telah menjatuhkan penyerang pasukan lawan dalam kawasan penalti.
2. Lelaki itu telah menduakan isterinya dengan berkahwin lagi.
3. Dia telah membukukan pengalamannya semasa zaman pemerintahan Britisih.
4. Mereka telah membasahkan kepala masing-masing dengan air sungai itu.
5. Ahmad melontarkan basikal adiknya ke dalam kolam.
Analisis
Semua ayat yang menerima imbuhan Me N...kan menunjukkan maksud bahawa objek tepatnya (kata nama selepas kata kerja) kena secara langsung oleh perbuatan iaitu kena ‘jatuhkan’, kena ‘duakan’, kena ‘bukukan’ kena ‘basahkan’ dan kena ‘lontarkan’.
Maksud Dalam Imbuhan Me N...kan
Secara umum, imbuhan apitan Me N...kan menunjukkan dua maksud yang kerap menimbulkakn kekelirukan.
i) Maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan secara langsung kena ke atas objek tepat dalam ayat dan menjadi alat atau bahan untuk melakukan perbuatan ke atas objek sipi
Contoh
Amin melontarkan sepotong kayu ke arah lembu itu.
(objek tepat) (objek sipi)
Dalam konteks ayat di atas Amin menggunakan sepotong kayu (objek tepat) untuk melakukan perbuatan ke atas lembu itu (objek sipi).
Teliti contoh ayat berikut yang sama maksud pembentukannya dengan ayat di atas.
Contoh
1. Petani itu memagarkan kawat berduri di ladangnya.
2. Orang tua itu memukulkan sebatang tongkat ke atas anaknya.
3. Dia menghadiahkan rantai mutiara kepada isterinya.
4. Kanak-kanak itu membalingkan bola kepada rakannya.
5. Sultan Selangor telah berkenan mengurniakan bintang kebesaran kepada ahli sukan tersebut sempena Hari Keputeraan baginda.
ii) Maksud sesuatu perbuatan dilakukan ‘untuk’ objek tepat
Hal ini bermaksud sesuatu perbuatan itu dilakukan untuk orang lain iaitu pelaku melakukan perbuatan untuk objek tepat manakala objek sipi merupakan sesuatu yang dilakukan perbuatan ke atasnya.
Contoh
Amin membacakan adiknya buku cerita itu.
(objek tepat) (objek sipi)
Dalam konteks ayat di atas bermaksud Amin membaca buku untuk adiknya bukan untuk dirinya, manakala buku iaitu objek sipi merupakan alat yang dibaca dan adiknya sebagai objek tepat merupakan penerima perbuatan Amin.
Jika buku cerita mahu dijadikan objek tepat, maka akhiran ‘kan’ mesti digugurkan seperti dalam ayat berikut:
Contoh
Amin membacabuku cerita itu untuk adiknya.
(objek tepat) (objek sipi )
Untuk lebih jelas, teliti ayat-ayat berikut:
Contoh
1. Ibu menjahitkan kakak sehelai baju kurung sutera.
(maksud menjahit untuk kakak)
2. Rahim mencarikan isterinya buah mempelam muda
(maksud mencari buah mempelam muda untuk isterinya)
3. Dia melukiskan adiknya sekeping gambar helang.
(maksud melukis gambar helang untuk adik)


Kesimpulan
Imbuhan Me N...kan menunjukkan maksud objek tepat sebagai alat atau bahan untuk melakukan perbuatan ke atas sesuatu. Selain itu, juga membawa maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan untuk benda lain iaitu ‘ untuk objek tepat’ , manakala perbuatannya dilakukan ke atas ‘objek sipi.

0 Pertanyaan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan