Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Skema Pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2 PMR


SKEMA PEMARKAHAN 
 BAHASA MELAYU KERTAS 2 (02/2)


Bahagian A (i)       –  20 markah
Bahagian A (ii)      –  10 markah
Bahagian B           –  20 markah
Bahagian C           –  40 markah
Bahagian D           –  10 markah
                              -----------------
JUMLAH :               100 markah
                              ___________


BAHAGIAN A (i) – RINGKASAN (20 Markah)

Markah Isi           : 10 markah

BILANGAN ISI
MARKAH
5
9 – 10
4
7 – 8
3
5 – 6
2
3 – 4
1
1 – 2

Markah Bahasa   : 10 markah
-                      Kesalahan bahasa ditanda seperti penandaan karangan
-                      Bahasa dinilai secara impression
-           Kriteria pemeringkatan markah seperti di bawah :

Peringkat
Markah
Deskripsi
Cemerlang
9 – 10
- Bahasa baik dan lancar
- Guna ayat sendiri, pemilihan kata tepat, ayat gramatis
   dan penanda wacana sesuai
- Ejaan dan tanda baca betul

Baik
6 - 8
- Bahasa baik dan lancer
- Masih berupaya guna ayat sendiri, pemilihan kata agak terhad, ayat masih gramatis dan penanda wacana masih sesuai
- Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
Memuaskan
3 – 5
- Bahasa kurang lancer
- Terdapat kesalahan yg ketara dalam ayat, ejaan dan tanda baca
atau – menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih
Penguasaan
Minimum
1 – 2
- Keseluruhan jawapan menggambarkan penguasaan bahasa yang lemah
- Menyalin secara terus daripada petikan



Cadangan Cara Penandaan Ringkasan

1.      Isi minimum 5. Pemeriksa dikehendaki menanda  /   apabila terjumpa isi yang betul dan tulis 1 untuk isi yang pertama dan tulis 2 untuk isi yang kedua dan seterusnya (hingga isi kelima.)
                   1        2         3        4       5    
Contoh :    /         /          /         /     /  
2.   Jawapan calon diperiksa sehingga 80 patah perkataan, tetapi dibenarkan sehingga habis perkataan dalam ayat terakhir. Buat satu garisan panjang selepas 80 patah perkataan.
3.   Kalau calon menulis berperenggan, periksa seperti biasa.
4.   Calon menyalin isi secara terpilih tanpa sebarang perubahan ayat asal, markah isi seperti biasa, tetapi markah bahasa – maksimum 5 markah.
5.   Calon menyalin isi secara terpilih tetapi ada wacana bahasa dan kosa kata yang sesuai sebagai penyambung ayat, diperiksa seperti biasa.
6.   Jika calon menyalin isi secara terpilih dan ditulis dalam bentuk poin, markah untuk isi adalah seperti biasa tetapi markah maksimum untuk bahasa ialah 4 markah.
7.   Calon menyalin terus daripada petikan tanpa membuat apa-apa perubahan – (menyalin bulat-bulat ) = Markah isi dibahagi dua dan markah bahasa maksimum 2 markah
      Buat catatan : Calon menyalin petikan.
      *  Menyalin bulat-bulat bermaksud menyalin keseluruhan petikan yang diberikan  atau keseluruhan daripada mana-mana perenggan.
8.   Isi yang tidak berturutan diperiksa seperti biasa.
9.   Jawapan dalam bentuk poin tetapi ayatnya lengkap – markah isi diberi seperti biasa tetapi markah bahasa – maksimum – 8 markah
10. Penandaan jawapan calon seperti penandaan karangan  tetapi tiada pemotongan markah untuk kesalahan ejaan.

Cara penulisan markah ringkasan

1.         I           =          5x2 = 10
            B                             = 10
                                    J     = 20


2.         I           =          5x2 = 9 (mungkin ada isi yang kurang lengkap)
            B                             = 8           
                                            17


3.         I           =          5x2= 10 (calon menyalin isi secara terpilih)
            B                            =   5 (Markah bahasa maksimum 5)
                                             15
* Menyalin isi secara terpilih


4          I           =          2x2= 4 (bahagi 2) = 2 (calon menyalin bulat-bulat)
            B                                                     = 2 (markah bahasa maksimum 2)         
                                                                     4
            *  Menyalin petikan   


BAHAGIAN  A (ii) : PEMAHAMAN (10 MARKAH )

1.      Petikan pemahaman umum berdasarkan petikan ringkasan
2.      Jawab soalan pemahaman dengan menggunakan ayat sendiri
3.      Tidak ada markah setengah (1/2) bagi jawapan bahagian ini.
4.      Setiap isi yang diterima ditanda (/)
5.      Kesalahan bahasa , cth ejaan, frasa ditanda seperti biasa (penandaan karangan)

Soalan 1 :       Maksud rangkai kata (2 markah)
- memberikan maksud rangkai kata berdasarkan konteks petikan
- ayat jawapan mesti lengkap – subjek & predikat
2 markah – Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis
1 markah – Maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak lengkap
1 markah – Maksud kurang tepat  mengikut konteks/isi tersurat sahaja
1 markah – Hanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai kata / ayat gramatis
0 markah – Maksud tidak tepat mengikut konteks

Soalan 2 - Soalan pemahaman berdasarkan petikan (4 markah)
– menjawab berdasarkan isi dalam petikan (4 m)
-  kemukakan sekurang-kurangnya 2 isi/jawapan
-    1 jawapan yang betul – 2 markah, 2 jawapan yang betul – 4 markah
-  jawapan mesti betul termasuk dari segi tatabahasa / ejaan

4 markah – Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis
3 markah – Isi cukup dan lengkap mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis
2 markah – Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
1 markah – Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan serta ayat kurang gramatis
0 markah – Isi tidak mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
0 markah - Isi tidak mengikut tugasan dan ayat tidak gramatis

Soalan 3 : Soalan Pemahaman Kemahiran Berfikir (4 markah)
- Jawapan berdasarkan pendapat sendiri yang berkaitan dengan petikan
- 2 jawapan diperlukan –  1 jawapan /isi yang sempurna – 2 markah dan tanda (/)
- jawapan mesti betul termasuk dari segi tatabahasa / ejaan

MARKAH
DESKRIPSI
4 markah
- Isi relevan mengikut tugasan dan ayat yang gramatis
3 markah
- Isi relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis
2 markah
- Isi kurang relevan mengikut tugasan tetapi ayat gramatis
1 markah
- Isi kurang relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis
0 markah
- Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis
- Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis

SOALAN BAHAGIAN B (KARANGAN BAHAN RANGSANGAN)
Karangan Respons Terhad  (20 markah)

1.      Jawapan mestilah dalam bentuk karangan berperenggan – Pendahuluan – Isi – Penutup
2.      Jawapan bukan dalam bentuk rumusan – tiada isi tersurat dan tersirat
3.      Periksa secara golbal/holistik. Nilai dari segi idea dan bukan isi. Idea hendaklah dihuraikan sebaik mungkin.
4.      Gambar – sebagai rangsangan idea
i.   idea yang sesuai dan bebas bagi soalan respons terbuka
ii.  isu semasa/ faktor-faktor/punca/kesan/ cara menangani/kesimpulan
5.      Jumlah perkataan – tidak lebih 120 patah perkataan/100-120 pp
6.      Karangan lebih 120 pp – diperiksa seperti biasa – tiada kesalahan
7.      Karangan pendek = kurang 100 pp – impression turun
8.      Pemeriksaan secara impression : 4 perkara – 1. menjawab tugasan – 2. bahasa – 3. idea relevan – 4. pengolahan. Kemudian nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berdasarkan kriteria penskoran.
9. Penandaan kesalahan  seperti karangan Bahagian C.

Skema Pemarkahan Karangan Bahan Rangsangan (Respons Terhad)

Peringkat
Pencapaian
Deskripsi
 
Cemerlang
16-20 m

C1 = 18-20 m
C2 = 16-17 m
-   Penggunaan kata dan ayat yang gramatis
-   Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat
-      Ejaan dan tanda baca yang betul
-      Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata.
-      Idea yang relevan berdasarkan tugasan.
-      Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai serta berkembang
-      Pengolahan yang menarik dan berkesan


Baik
11-15 m

B1 = 13-15 m
B2 = 11-12 m
-  Penggunaan kata dan ayat yang masih gramatis
-  Penggunaan kosa kata tepat/tidak luas
-  Terdapat kesalahan yang minimum  dalam penggunaan kata, frasa dan ayat.
-  Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
Idea masih relevan berdasarkan tugasan
-   Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan kurang dikembangkan
Pengolahan masih menarik/kurang berkesan


Memuaskan
06-10 m

M1 = 08-10 m
M2 = 06-07 m
-  Penggunaan kata dan ayat yang kurang gramatis
-  Penggunaan kosa kata terhad
-  Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan kata, frasa dan ayat
Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
Idea kurang relevan berdasarkan tugasan
-  Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan terhad
Pengolahan tidak menarik
-      Karangan bercampur aduk dalam peringkat ini.


Penguasaan minimum
01-05 m


-   Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap
-   Idea kabur/tidak berkaitan dengan tugasan

 

SOALAN BAHAGIAN  C

Karangan Respons Terbuka (40 markah)

1.                  Periksa karangan berdasarkan impression.Jumlah perkataan karangan tidak perlu dikira,
2.                  Isi minimum :-  1 isi
3.                  Penolakan markah berdasarkan ejaan: ½ markah ditolak bagi setiap ejaan yang salah, tetapi tiada penolakan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang. Contoh : disamping itu, di terima
      Maksimum markah ejaan ditolak ialah 2 markah. 
(4 kesalahan ejaan dan ke atas ).
  • Format: Tiada penolakan markah format (karangan berformat) mulai tahun 2005.

4.   Pemeriksa hendaklah membaca karangan calon terlebih dahaulu untuk mendapatkan kesan (impression) daripadanya. Perkara yang perlu diberi perhatian untuk memberi pertimbangan ialah menjawab tugasan, bahasa, idea yang relevan dan pengolahan. Kemudian, nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berdasarkan kriteria penskoran.

5.      Baca karangan itu dengan teliti sekali lagi untuk pertimbangan yang muktamat. Sambil membaca karangan itu, tandakan kesalahan-kesalahan  bahasa,ejaan dan tanda baca dan isi/fakta seperti yang berikut:

   (           )           Kesalahan isi
            ____                Kesalahan bahasa, perkataan
            /                       Kesalahan ejaan
            //                      Kesalahan ejaan yang berulang


                        Kesalahan tanda baca



KRITERIA MENILAI KEMAHIRAN MENULIS

KRITERIA
DESKRIPSI
1. BAHASA
- Kegramatisan  : Kata (Morfologi) dan Ayat (Sintaksis)
- Ejaan dan tanda baca betul
- Kosa kata luas dan tepat

2. IDEA
- Isi-isi yang sesuai (Bilangan isi tidak ditekankan)
- Huraian isi yang jelas
- Contoh yang sesuai

3. PENGOLAHAN
- Pengolahan menarik dan berkesan
- Pemerengganan sesuai
- Format menepati tugasan
- Unsur keindahan bahasa (Cth- peribahasa/pantun/ungkapan/frasa yang menarik)


PERINGKAT KARANGAN BAHAGIAN C

PERINGKAT
MARKAH
Cemerlang
33 – 40
Kepujian
25 – 32
Baik
17 – 24
Memuaskan
09 – 16
Penguasaan Minimum
01 - 08

 

PERINGKAT PEMARKAHAN KARANGAN SOALAN BAHAGIAN C

Soalan Bahagian C : Karangan Respons Terbuka (40m)


Peringkat

Deskripsi

Cemerlang
(33 - 40)

 C1 (37 - 40)
        C2 (33 - 36)

-   Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat
-      Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
-      Penggunaan penanda wacana yang betul
-      Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
-      Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
-      Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh yang sesuai.
-      Pengolahan menarik dan berkesan, pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan.
-   Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan
    kata dan frasa yang menarik  dll.

Kepujian

(25 - 32)

K1 (29 - 32)
  K2 (25 – 28)

-   Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat
-      Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
-      Penggunaan penanda wacana yang sesuai.
-      Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. .
-      Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
-      Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta contoh yang sesuai.
-      Pengolahan menarik dengan pemerengganan sesuai dan format menepati kehendak tugasan.
-   Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa/kata hikmat,
    pantun, cogan kata dan frasa yang menarik.

Baik
(17 - 24)

B1 (21 - 24)
B2 (17 - 20)

-      Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai.
-      Penggunaan pelbagai ayat majmuk gabungan yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
-      Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai.
-      Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum.
-      Penggunaan kosa kata umum tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
-      Idea masih relevan dengan huraian yang masih jelas.
-   Pengolahan masih menarik dengan pemerengganan dan format yang masih sesuai
     mengikut tugasan.

Memuaskan
(09 - 16)

M1 (13 - 16)
M2 (09 - 12)

-   Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad
-      Penggunaan ayat yang mudah tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
-      Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat..
-      Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
-      Isi masih relevan / idea bercampur aduk dengan huraian yang tidak jelas.
-      Pengolahan kurang menarik, pemerengganan kurang sesuai dan format kurang tepat/format bercampur aduk.


Penguasaan Minimum
(01 - 08)
PM1 (05 - 08)
PM2 (01 - 04)



-  Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap dan lemah.
-  Karangan terpesong termasuk dalam peringkat ini.


BAHAGIAN D  – NOVEL ( 10 MARKAH )


PERINGKAT PEMARKAHAN BAGI SOALAN BAHAGIAN D (NOVEL)

Pemarkahan:
-  Markah penuh (maksimum) = 10 markah
-  Isi                 = 6 markah
-  Bahasa         = 4 markah
-  Jawapan hendaklah dibuat dalam bentuk karangan - huraian dan disertakan contoh
- Jawapan hendaklah dalam ayat yang gramatis.
- Berikan 1 markah bagi setiap pernyataan yang betul.
- Berikan 1 markah bagi huraian atau contoh yang berkaitan.
- Markah maksimum bagi pernyataan dan huraian atau contoh ialah 6 markah.
- Markah maksimum bagi bahasa ialah 4 markah dan diberi berdasarkan impression.
- Kalau jawapan berbentuk ‘point-form’ tanpa huraian dan contoh, tolak markah isi 50% dan markah bahasa  ialah 1 markah.
- Kalau jawapan berbentuk ‘point-form’ tetapi ada huraian dan contoh – isi  - terima seperti biasa tetapi markah bahasa 1 atau 2 markah
-Jika calon menjawab bagi ketiga-tiga novel, pilih markah tertinggi sahaja.
- Jika jawapan calon bercampur-campur novel, pilih satu novel sahaja.
- Jika jawapan calon salah atau calon menyalin soalan, berikan 1 markah bahasa sahaja.

Kriteria Markah Bahasa

Peringkat
Markah
Deskripsi
Cemerlang
04
- Bahasa baik dan lancar
- Ayat gramatis
- Ejaan dan tanda baca yang betul

Baik
02 – 03
- Bahasa masih baik dan masih lancar
- Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang menimum
- Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum

Memuaskan
01
- Bahasa tidak cekap
- Ayat tidak gramatis
- Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara


Markah Isi

1. Maksimum : 3 isi

2. Isi dihuraikan berserta contoh : 2 markah

3. Isi tanpa huraian dan contoh : 1 markah

Cara Penandaan Bahagian D : Kajian Novel

1.   Tandakan ( /) untuk setiap contoh berserta huraian yang betul
2.   Calon hendaklah memberikan SATU persamaan dan  SATU Perbezaan beserta huraian yang betul. Markah bagi SATU isi ( 1 ½ ) . Markah maksimum bahagian isi ialah 6 markah.
3.   Kurungkan jawapan calon dangan tanda  (  ) jika calon memberikan contoh berserta huraian yang tidak tepat.

Bentuk jawapan calon
-     Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap dan sempurna, ditulis dalam satu perenggan atau berperenggan (diterima seperti biasa)

Jawapan dalam bentuk poin :
1.      Jika jawapan calon betul, dan lengkap dengan huraian – diterima seperti biasa (Mak-10m)
2.      Jika calon menjawab tanpa huraian – ayat isi ringkas – isi 1 m bagi setiap 1 contoh dan markah bahasa maksimum 2 markah. Jumlah-  3 markah isi dan 2 markah bahasa = 5m

Cara menulis Markah

     
(a)        I     -    06
            B   -     04
                        10/10                          

Isi dan huraian yang tepat serta bahasa yang gramatis

(b)        I     -     04
            B   -     02
                        06/10
                                                  
Jawapan calon dalam bentuk poin

(c)        I     -     00
            B   -     02
02/10

Jawapan calon tidak menjawab tugasan

(d)       I  = 4
            B = 1
                   5/10
Bahasa lemah

1 Pertanyaan:

Anonymous said...

Terima Kasih Cikgu, Saya dengar ada perubahan formay untuk Bahasa Melayu mulai 2012, betul tak ?
Apa perbezaannya ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan