Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Jom Ikut Cikgu

Pencemaran Alam Sekitar


Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini,era permodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia.Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama negara.Negara kita sebenarnya terhimpit telah terhimpit antara meningkatkan pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara untuk masyarakat.Bak kata pepatah”di telan mati emak di luah mati bapa”.
       

       Antara punca-punca yang boleh kita huraikan sebagai penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi.Pencemaran ini terjadi tanpa diduga oleh masyarakat.Ini kerana pencemaran ini berpunca daripada kejadian seperti gunung berapi,ribut taufan,gempa bumi dan sebagainya.Pencemaran ini boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap masyarakat setempat.Sebagai contah apabila berlakunya letusan gunung berapi,secara tidak sengaja iklim cuaca juga akan turut berubah menjadi jerebu seterusnya akan menyebabkan penduduk setempat mudah terkena penyakit seperti asma,batuk,paru-paru,penglihatan yang tidak jelas dan sebagainya.Oleh itu,semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini.Mereka seharusnya tidak mengamalkan sikap “seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”
          Antara punca utama yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar berada di tahap yang kritikal adalah disebabkan tangan manusia sendiri.Pada kebiasaannya manusia sering kali melakukan pencemaran alam sekitar dalam keadaan sedar ataupun tidak seperti udara,air,tanah,bunyi dan radiasi.Kesan terhadap pencemaran alam sekitar sudahpun disebarkan melalui media massa namun manusia”durjana”yang tidak mencintai alam memandang “enteng” terhadap permasalahan pencemaran alam sekitar.Sifat materialistik yang ada dalam masyarakat pada hari ini juga sukar untuk kita mengurangi masalah pencemaran di atas muka bumi ini.Oleh yang demikian pihak yang berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar perlulah membuat pemantauan di sesuatu kawasan bagi menjaga alam sekitar ini bersama.Selain itu,semua golongan masyarakat perlulah sedar akan kepentingan alam sekitar terhadap mereka.
    
                 Asap-asap kilang dan kenderaan boleh diwartakan sebagai punca-punca pencemaran udara.Ini disebabkan oleh asap-asap hitam yang keluar dari kilang dan kenderaan boleh mengakibatkan asap-asap tersebut terperangkap di ruang udara.Selain itu,terdapat juga gas-gas yang beracun seperti gas monoksida yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan tertutup.Sejenis lagi bahan yang boleh dihasilkan oleh kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kerosakan otak terutama kanak-kanak.Selain itu,manusia juga turut menerima udara yang tidak segar untuk menarik nafas.Ini menimbulkan ketidakselesaan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian.Dengan ini jelaslah bahawa pencemaran udara yang dilakukan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab amat memberi kesan terhadap seluruh masyarakat.Oleh itu,kerajaan perlulah melakukan kempen dan memantau industri  perkilangan untuk mereka mendapat kefahaman yang hakiki tentang kepentingan udara kepada masyarakat.
  
               Air merupakan komponen yang utama dalam kehidupan seharian namun masih ramai lagi yang”buta”terhadap kepentingan air tersebut.Antara pencemaran yang dilakukan terhadap air ialah pembuangan sisa toksik,sampah sarap,barangan pepejal,dan sebagainya ke dalam sungai-sungai yang berdekatan.Apabila pencemaran ini dilakukan terhadap sungai tersebut,airnya akan bertukar warna menjadi warna cokelat ataupun merah hati.Selain itu,pencemaran air laut pula seperti tumpahan minyak oleh kapal-kapal dagang.Sebagai contoh di Selat Johor pelanggaran  kapal di situ mengakibatkan minyak tertumpah.Kedua-dua punca di atas akan mengakibatkan organisma laut terhapus iaitu mengurangkan habitat laut. Hal ini kerana pencemaran ini menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton yang boleh mengurangkan pembiakan makanan laut.Selain itu,habitat burung juga akan terancam.Oleh itu,pihak kerajaan seperti penguatkasa undang-undang memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini.Sebagai contoh,laluan kapal di selat johor terdapatnya pelanggaran sehingga menyebabkan kapal tangki minyak tersebut bocor,laluan lain perlu disediakan bagi melicinkan pentadbiran maritim dan juga mengelakkan kejadian sedemikian berulang.
    
                 Menurut peraturan pemerintah R1 NO150 tahun 2000 tenteng pengendalian kerosakan tanah untuk produk bio massa, tanah merupakan satu komponen lapisan teratas kerak bumi yang terdiri daripada bahan mineral dan bahan organik serta mempunyai sifat fizik,kimia dan mempunyai kemampuan untuk memanjang kehidupan manusia dan makhluk hidup dan sebagainya.Pembuangan sampah dan sisa-sisa industri perkilangan menyebabkan bau busuk di sesuatu kawasan tertentu.Hal ini kerana terdapat reaksi kimia yang menghasilkan gas yang tertentu.Penggunaan pestisida juga mematikan tanaman dan juga mikrooroganisma yang berguna di dalam tanah,padahal kesuburan tanah bergantung kepada jumlah organisma di dalamnya.Oleh itu,langkah seperti mengurangkan pengguanaan bahan sintetik dan pelbagai bahan kimia perlulah dilakukan bagi mengatasi masalah ini.Selain itu,kita seharusnya menanamkan sikap merasa jijik terhadap pencemaran yang boleh mengakibatkan rumah kita berbau busuk,kotor serta berasap.Hal ini,haruslah diterapkan dalam diri setiap individu bagi sama-sama membenteras pencemaran tanah yang semakin berleluasa ini.
         Pencemaran bunyi dapat diertikan sebagai bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memekakkan telinga dan boleh menganggu ketenteraman awam.Hal ini berlaku apabila pengeluaran bunyi di tempat yang tidak sesuai.Sebagai contoh industri perkilangan besi mengeluarkan bunyi bising di kawasan penempatan penduduk.Pencemaran bunyi bising kebiasaannya melebihi 80 desibel(db).Aktiviti seperti kawasan pembinaan rumah,bunyi akan dikeluarkan apabila cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat oleh pembinaan tanah yang tinggi.Pencemaran ini juga menyebabkan orang awam tidak dapat melakukan sesuatu dan berfikir dengan tenang.Kesannya,masyarakat setempat akan wujud pelbagai penyakit,gangguan psikologi,menjejaskan produktiviti,hilang imbangan diri,pekak dan kehamilan seseorang.Oleh itu,industri perkilangan haruslah ditempatkan pada jarak yang jauh dari kawasan penginapan masyarakat agar dapat mengelakkan gangguan yang tersebut.Selain itu,majikan industri perkilangan haruslah peka terhadap kebajikan masyarakat yang perlu diambil kira sebelum  beroperasi.Gangguan seperti ini akan menyebabkan masyarakat mengambil tindakan untuk mendapatkan hak mereka.
      
                  Radiasi adalah salah satu sel-sel elektronik seperti bateri,computer,kalkulator,bahan-bahan kimia yang telah diolah dan sebagainya.Pencemaran radiasi adalah disebabkan oleh debu radioaktif akibat terjadinya ledakan reaktor-reaktor atom serta bom atom.Pencemaran radioaktif seperti nuklear adalah sangat merbahaya dalam kehidupan sekelilingnya seperti radiasi alpha,beta,dan gamma.Ini kerana pencemaran radiasi tersebut boleh menyebabkan sel-sel dalam badan rosak.Selain itu,apabila sesebuah kawasan terkena bom atom tanah tidak boleh dijadikan sebagai kawasan pertanian.Ini juga mengakibatkan satu sumber ekonomi dunia telah lenyap.Terdapat pelbagai kesan terhadap masyarakat iaitu masyarakat akan mengalami pening kepala,berat badan menurun,hilang selera makan,peningkatan denyutan  nadi atau jantung dan sebagainya.Oleh itu,pihak yang tertentu memainkan peranan yang penting dalam hal ini.Ini kerana pencemaran radiasi tersebut meninggalkan kesan jangka yang panjang terhadap masyarakat.
           Bumi adalah satu-satunya yang boleh menghidupkan ekosistem dan organisma secara bebas.Kita seharusnya menjaga alam kurniaan tuhan ini dengan sebaik mungkin.Sepatutnya kita melahirkan sifat keprihatinan kita terhadap alam sekitar dengan mencintainya dan rasa hormat atas sumbangan yang diberikan.Menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar,ini sudah cukup menandakan kita bersyukur dengan kurniaan yang diberikan kepada kita seterusnya membolehkan kita semua untuk menghirup udara dan bekalan air yang bersih.Penglibatan  Jabatan alam sekitar dalam melaksanakan tanggungjawab hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar.Alam sekitar yang bersih dan menarik mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat   bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.
oleh: Siti Ainnutfah

0 Pertanyaan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan