Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

Harapkan Pagar, Pegar, Batuk dan Batok di tangga

31/12/11

 
Dua peribahasa MELAYU yang mempunyai maksud yg TIDAK JELAS

1. Harapkan PAGAR, PAGAR makan padi.
2. Melepaskan BATUK di tangga.

Setelah menerima penjelasan, peribahasa yang tepat ialah

1. Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi.
2. Melepaskan BATOK di tangga.

PEGAR adalah sejenis BURUNG yang dibela oleh pesawah untuk menjaga sawah padi mereka drpd ancaman haiwan-haiwan perosak seperti serangga, tikus dan sebagainya.
Maksud peribahasa ini ialah burung PEGAR yg diharapkan utk menjaga sawah padi tidak boleh diharap kerana bertindak memakan padi milik tuannya.
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/68/Pheasant.jpg/240px-Pheasant.jpg
Burung Pegar Jantan
 
BATOK pula ialah GAYUNG di yang digunakan untuk membersihkan kaki sebelum naik tangga nak masuk rumah (rumah kampung kan ada tempayan kat depan rumah).
Maksud peribahasa ini ialah sikap membuat kerja sambil lewa, acuh tak acuh serta tidak bertanggungjawab.
http://2.bp.blogspot.com/_twPn1_gQ1y4/TE_YVUxXJvI/AAAAAAAAALQ/Ycs-sKjOxKk/s1600/kerajinan+batok.jpg
Batok
Punca kesalahan ini ialah peribahasa yg TEPAT dan TIDAK TEPAT itu sama dan serupa sekiranya ditulis dalam TULISAN JAWI. Mungkin kekeliruan dan kesalahan ini timbul semasa orang Melayu masih aktif munggunakan tulisan jawi.
هارڤکن ڤݢر، ڤݢر ماکن ڤادي
ملڤسکن باتوق د تڠݢ

update: baru-baru ini penulis singgah ke Kota Belud, Sabah. Batok masih dijual di Tamu-Tamu di sana.

Selamat Hari Guru Sedunia

5/10/11

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://www.freebox.in/wp-content/uploads/2011/09/the-world-teachers-day.jpg

Cikgu
Selamat Hari Guru Sedunia
buat guru-guru yang tak pernah lelah 
mengajar mengira-mengeja
keringat keluar tak pernah berkira
asal dapat melihat anak didik gembira




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalender Takwim Cuti Umum dan Cuti Persekolahan Tahun 2012

23/09/11

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
memandangkan tahun 2012 hampir menjengah kita,maka ramailah orang mencari kalender tahun hadapannya untuk perancangan tahun hadapan tak kiralah untuk bercuti ataupun menguruskan kerjaya.
oleh itu Q sediakan kalender supaya jadi tempat rujukan kepada semua.
 
 SENARAI CUTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2012
 
http://3.bp.blogspot.com/-Qhwqt2PlUtU/TaarKj8gV3I/AAAAAAAAAUA/VqpXMSsygVw/s1600/cuti-sekolah.jpg
 
CUTI UMUM 2012
 
1/1/2012  – TAHUN BARU 2012
23/1/2012 – 24/1/2011  – TAHUN BARU CINA
5/2/2012  – MAULIDURRASUL
7/2/2012  – THAIPUSAM
1/5/2012  – HARI BURUH
17/5/2012  – HARI WESAK
2/6/2012  – HARI KEPUTERAAN YDPA
17/6/2012  – ISRAK MIKRAJ
21/7/2012  – AWAL RAMADHAN
6/8/2012  – NUZUL AL-QURAN
19/8/2012 – 20/8/2012  – HARI RAYA PUASA

31/8/2012 – HARI MERDEKA
16/9/2012 – HARI MALAYSIA
26/10/2012  – HARI RAYA HAJI
11/11/2012  – DEEPAVALI
15/11/2012 -  AWAL MUHARAM
25/12/2012  – HARI KRISMAS


CUTI PERSEKOLAHAN 2012


KUMPULAN A: KEDAH, KELANTAN DAN TERENGGANU



Cuti Pertengahan Penggal 1 :
9/3/2012 – 17/3/2012  (9 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun :
25/5/2012 – 9/6/2012 (16 Hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2 :
17/8/2012 – 25/8/2012 (9 Hari)
Cuti Akhir Tahun:
9/11/2012 – 31/12/2012 (53 Hari)


KUMPULAN B: PERLIS, PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, JOHOR, PAHANG, SABAH, SARAWAK, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA.



Cuti Pertengahan Penggal 1 :
10/3/2012 – 18/3/2012  (9 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun :
26/5/2012 – 10/6/2012 (16 Hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2 :
18/8/2012 – 26/8/2012 (9 Hari)
Cuti Akhir Tahun:
10/11/2012 – 1/1/2013 (53 Hari)
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sebarang perubahan tertakluk kepada KPM

Semangat Kejiranan

12/09/11

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semngat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
http://images.meaiewa.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/SNNDlwoKCjwAAHc3WWo1/Talking20over20the20fence1.jpg?et=F%2Be0SxOw3ZdRKZBiP81yeA&nmid=0
Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan petolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.

Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.

Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan
Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,
Utusan Malaysia, Jun 2003)

Sajak 'Kian Kita Lupa'

4/09/11

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Kian Kita Lupa

Kian kita lupa
Pada usul jernih bangsa
Bila mewah harta di birai mata
Kian kita lupa
Pada derita nenek moyang dahulu kala
Bila asyik riak dan berbangga
Kian kita lupa
Pada azab dan seksa di sana
Bila Tuhan melimpahkan kurnia
Tetapi
Kita hanya tak lupa
Bila terlewat masa
Untuk menyesali segala
Terlanjur laku dan bicara
Bahagia bertukar derita
Gembira menjadi duka
:- Zulfazlan Jumrah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Karangan Contoh Forum

2/09/11

 
 
Pengerusi Majlis:

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Terima kasih diucapkan kepada anda yang sudi hadir ke majlis forum pada hari ini. Hari ini kita akan cuba merungkai satu permasalahan yang sudah terbenam dalam kerangka pemikiran kita iaitu “Keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar dan remaja : di mana penyelesaiannya”.

Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan.

Secara umumnya masalah sosial merangkumi pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.

Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi menkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinasikan mereka yang berumur 21 tahun kebawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.

Menurut Profesor Syed Husain Allatas, dalam buah fikirnya “Intelectual in developing societies” kebejatan akhlak merupakan satu bentuk fahaman negatif yang telah mengikis pengamalan nilai moral dan pembentukan insan, serta menghakis budaya ilmu pengetahuan. Set tingkah laku luhur sudah tidak dijadikan fahaman sebaliknya terus disisihkan.

(punca-punca...)

Mengikut data Statistik Gejala Sosial Remaja di Malaysia menunjukkan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja di negara ini semakin teruk. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu telah ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan seperti pecah rumah, rusuhan, pergaduhan, salah laku dadah, mencuri, perbuatan maksiat, ponteng, lepak dan lain-lain lagi. Daripada jumlah itu, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja. Jadi di mana silapnya? adakah usaha-usaha yang selama ini dijalankan oleh badan-badan sosial tidak membuahkan hasil? Atau terdapat punca lain yang selama ini terlepas pandang?

Dan bersama saya pada hari ini adalah 3 ahli panel yang tidak kurang hebatnya dari SMK Tun Mutahir yang akan mengupas isu dengan lebih holistik dari kaca mata seorang remaja. Saya perkenalkan dari sebelah kanan saya iaitu saudara ............................................................., selaku Ketua Pengawas SMK Tun Mutahir. Duduk di sebelah kiri saya pula saudara .........................................................., selaku Pengerusi Badan Beruniform Kadet Polis SMK Tun Mutahir dan yang berada di hujung sekali ialah saudara ...................................................., Pengerusi Kelab Agama Islam SMK Tun Mutahir. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sudi hadir untuk berkongsi dan merungkai jalan penyelesaian dalam isu ini iaitu “ Keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar dan remaja : di mana penyelesaiannya”.

Sebagai pembuka bicara perbincangan kita, saya persilakan Saudara ...................................... untuk mengupas secara umum berkaitan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar dan remaja.


Panel 1:

Secara umumnya masalah keruntuhan akhlak merangkumi pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Dan perlu difahami akhlak amat penting dalam mengimbangi keluhuran budi bahasa dan ketinggian akal fikiran manusia. Tapi sayang masyarakat kontang dalam pembangunan jiwa.

Pengerusi:

Terima kasih atas penerangan yang ringkas tetapi padat sebentar tadi. Hadirin sekalian, berdasarkan punca-punca yang telah saya terangkan tadi kita dapati keluarga menjadi tunjang utama dalam pembentukan akhlak insaniah dalam diri remaja.

Penutup:

Sesungguhnya dunia hari ini sudah sarat dengan isu moral yang makin terbejat. Seks bebas sudah dijadikan adat, hubungan sejenis mula mendapat tempat. Isu pengguguran semakin melarat, tak kurang juga kes pembuangan bayi yang semakin hebat. Kejiranan sudah tidak erat angkara santun bahasa sudah tidak menjadi syarat. Untuk menjadi hebat keganasan pula menjadi jalan singkat. Segala yang berlaku bukan hanya untuk dilihat tetapi perlu segera diubat. Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting semua pihak perlu memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja amnya dan pelajar khususnya. Walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama yang telus dan erat, nescaya gejala ini sukar diatasi.

Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel dan juga anda kerana sudi bersama dalam sesi forum percambahan minda iaitu: “Keruntuhan akhlak dala kalangan remaja dan pelajar: di mana penyelesaiannya”. Saya ..............................................................Sehingga bertemu lagi.


Sekian terima kasih.

Kata Nama


Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan

1.Dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
  • buai - buaian
  • tua - ketua
  • raja - kerajaan
  • tahu - pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan
seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat

Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu bendasama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)    benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)    orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)     binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d)    tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung
Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Si Belalang
Si Puru
Denak
Si Murai
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana

Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau








Kata nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
          di awal kata ( awalan )
          di akhir kata ( akhiran )
          di awal dan di akhir kata ( apitan )

contoh-contoh imbuhan  :
di awal kata
pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata
-nita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata
per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-
kelas kata
kata dasar
kata terbitan
kata kerja
peraga
latih
bawa
lawan
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan
kata sendi
oleh
untuk
perolehan
peruntukan
kata nama
lombong
rumah
guru
perlombongan
perumahan
perguruan
kata adjektif
cantik
besar
tinggi
kecantikan
pembesar
ketinggian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online