Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

Frasa Sendi Nama (FS)

31/08/11


Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama.
Frasa ini boleh didahului oleh kata bantu
Oleh kerana sifatnya eksosentrik,  ia hanya wujud bersama frasa nama.
Contoh:

Subjek
Predikat
Frasa sendi nama
Kata bantu
Kata sendi nama
Kata arah
Frasa nama
Alias

dari
arah selatan
Tanjung Malim
Rombongan sekolah
akan
ke

Menara Kuala Lumpur
Kedai Pak Abu

di
depan


Frasa Adjektif (FA)

30/08/11


Frasa Adjektif

Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat.
Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN.
Contoh:
Subjek Predikat Nota
Penguat hadapan Kata Adjektif Penguat Belakang
Ahli Gusti itu sungguh handal

Ali sangat pandai

Awak
hebat betul



Nilai & Pengajaran Novel Expedisi


NILAI
Kasih Sayang : Pak Salleh dan Mak Jamilah sayang akan anak tunggal mereka, Hadi. Oleh itu, mereka berusaha memberikan sepenuh kasih sayang dan memenuhi kehendak Hadi.
Sabar : Cikgu Murad senantiasa bersabar walaupun dia difitnah atau dituduh sebagai penjenayah oleh Pak Salleh.
Kerjasama : Semua anggota ekspedisi senantiasa bekerjasama dalam perjalanan ke puncak Gunung Itik.
Berani : Hadi dan rakan-rakannya berani kerana sanggup berhadapan dengan pelbagai bahaya ketika menyertai ekspedisi.
Dedikasi : Cikgu Murad merupakan guru yang bekerja dengan penuh iltizam. Dia begitu bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat juga.
Hormat kepada orang tua : Hadi sangat menghormati orang tua. Dia tidak meninggikan suara ketika bercakap dengan orang tua.
Mengakui kesalahan : Pak Salleh segera meminta maaf kepada Cikgu Murad apabila menuduh Cikgu Murad sebagai penjenayah.
Pemaaf atau tidak berdendam. Walaupun Pak Salleh menuduh Cikgu Murad sebagai ketua penjenayah, Cikgu Murad tetap bersedia memaafkan Pak Salleh apabila Pak Salleh meminta maaf kepadanya.
Gigih. Pak Salleh begitu gigih membuka kawasan hutan untuk dijadikan tapak rumah dan kebun ketika baru sampai di Kampung Dataran

PENGAJARAN

Secara ringkasnya terdapat beberapa pengajaran yang dapat dipetik menerusi novel ini. Antaranya ialah :
a. Kita mesti gigih.
b. Kita mesti hormat akan ketua.
c. Kita hendaklah bekerjasama setiap masa agar mudah mencapai cita-cita.
d. Kita hendaklah mengenang jasa seseorang.
e. Kita jangan mudah berprasangka atau terburu-buru membuat tuduhan.
f. Mesti patuh akan arahan ketua.
g. Umat Islam hendaklah menunaikan solat walau di mana mereka berada.
h. Hormat dan menurut arahan orang tua.
i. Orang ramai hendaklah membantu polis membanteras kegiatan jenayah.
j. Meminta maaf atas kesalahan yang kita lakukan.

[NOTA] KATA KERJA

29/08/11


Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif 
B.Kata Kerja Tak Transitif

A. Kata Kerja Transitif (KKT)
1. Kata Kerja TransitIf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.
Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek ).
2. Ayat mesti ada penyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya, mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

1.   Kata kerja transitif (KKT)
  •   ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
  • mendengar ialah kata kerja transitif
  • radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan,memper,memper...i, dan memper...kan.
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut.
(a)  Pak Abu menjala ikan.
(b)  Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d) Jangan suka memperdaya orang yang lemah.
(e)  Pihak polis mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
Contoh Tambahan
Subjek
(pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku.
Jamilah
memukul
seekor ular.
Abidin
menjual
kuih-muih.
Ramli
berjalan
ke sekolah.
Kereta itu
melanggar
seekor lembu.

Kata kerja transitif merupakan kata kerja yang memerlukan objek untuk membentuk frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.objek yang hadir selepas kata kerja transitif mestilah terdiri daripada kata nama.
Contoh:
Kata Kerja Transitif Objek
membaca buku cerita
menaiki basikal
menendang bola

Kata kerja transitif terdiri daripada beberapa bentuk,iaitu seperti yang berikut.
Awalan meN- menolak,menyuruh,memaksa,mendengar,melontar
Apitan meN- …i menaiki,mencintai,memiliki,mengingati,menyakiti
Awalan rangkap mempeR- memperluas,memperbesar,memperoleh,mempercantik
Apitan mempeR…i memperingati,mempersenjatai,mempertontoni,
Apitan mempeR…kan mempersembahkan,memperdagangkan,memperlihatkan
Awalan teR…tersepak,terambil,terdengar

Peringatan
  a.Tidak boleh hadir sebarang perkataan selepas kata kerja transitif selain objek yang terdiri daripada kata nama.
   Contoh…menceritakan masalahnya(Betul)
   …menceritakan tentang masalahnya(Salah)
  b.Imbuhan rangkap memper-yang bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata sendi dan kata adjektif tidak boleh disertai akhiran- kan.
     Contoh …memperdalam(Betul)
     …memperdalamkan (salah)



B. Kata Kerja Tak Transitif (KKTT)
Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu KKTT tidak mempunyai penyambut.
Contohnya :
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

1. Dalam ayat pertama mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
2. Ayat kedua anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
3. Ayat ketiga hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek
(pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di kolam itu.
Dia
senyum
semasa berjalan.
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah.

7.1 Kata Kerja Tak Transitif
1.  Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2.      Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an,
dan ber...kan.

Contoh: (a) Ravi belum datang lagi.
(b) Murid-murid sedang belajar.
(c) Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘i’
di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

Kata kerja tak transitif merupakan kata kerja yang dapat berdiri sendiri dan terdiri daripada bentuk yang berikut.
  • Kata kerja asal –merupakan kata kerja bebas dan tidak berimbuhan seperti perkataan makan,minum,tidur,keluar,masuk,datang,duduk,lahir dan sebagainya.
  • Berawalan beR-seperti perkataan bersalam,bermain,berbaring,belajar,bersenam,berdayung,berdiri,berbelanja,bersenam,ber-dayung,berdiri,berbelanja,berdukacita,dan sebagainya.
  • Berawalan meN-seperti perkataan menyanyi,menyampuk,memasak,mendarat,melompat,menari dan sebagainya.
  • Berawalan teR-seperti perkataan termenung,terserempak,terbaring,tertidur,tersungkur,terjebak,terhidang dan sebagainya.
  • Berapitan beR-…-an –seperti perkataan berjauhan,brerlari-larian,bergentayangan,bersalaman,berkeliaran,berdua-duaan,berpadanan dan sebagainya. 
Peringatan;kelima-lima jenis kata kerja di atas boleh berdiri sendiri iaitu dapat dititik selepas perkataan tersebut di dalam ayat.jika ayat tersebut hendak diperluas,kata sendi perlu digunakan.
Contoh: Ibu sedang tidur.
Ibu sedang tidur di dalam bilik.
(kata sendi digunakan untuk memperluas ayat)
  • Berapitan beR-…-kan seperti perkataan berpandukan,beralaskan,berbantalkan,berdasarkan,berselimutkan,berpaksikan dan sebagainya.
Peringatan.Perkataan berapitan beR-…-kan perlulah diikuti dengan pelengkap dan tidak boleh disertai kata sendi.
Contoh:Mereka mengembara dengan berpandukan peta.(betul)
Mereka mengembara dengan berpandukan pada peta.(salah)



7.3 Kata Kerja Pasif
1.   Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men.
Contohnya:angkat, atasi, berikan,pelajari, persilakan,dan sebagainya.

2.   Ada tiga jenis kata kerja pasif.
(a) kata kerja pasif diri pertama
(b) kata kerja pasif diri kedua
(c) kata kerja pasif diri ketiga

3.  Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.

4.      Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.

5       Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan

Nota Novel Ekspedisi

28/08/11

Tema
Novel Ekspedisi bertemakan kegigihan dan keberanian golongan remaja mengejar impian mereka. Hadi bersama dengan beberapa rakannya menyertai ekspedisi mendaki Gunung Itik yang diketuai oleh Cikgu Murad. Untuk sampai ke puncak gunung itu, mereka terpaksa meredah kawasan hutan yang ada binatang buas, binatang berbisa dan mendaki/menuruni lereng gunung yang dipenuhi batu-batu yang bercerakan. Namun begitu, hasil daripada kegigihan dan keberanian anggota ekspedisi itu, akhirnya mereka berjaya menjejakkan kaki di puncak Gunung Itik.

http://www.sabah.edu.my/cwm001/cover.jpg
 Persoalan
Semangat kerjasama tanpa mengira kaum akan melahirkan hubungan yang erat dan harmoni. Walaupun anggota ekspedisi terdiri daripada remaja pelbagai kaum seperti Melayu, India dan Cina, namun mereka tetap bekerjasama melaksanakan semua tugasan agar ekspedisi itu lancar.
Tindakan yang dilakukan secara terburu-buru akan mendatangkan kesusahan. Pak Salleh menuduh Cikgu Murad sebagai penjenayah apabila dia melihat seorang lelaki yang wajahnya mirip Cikgu Murad di dalam hutan. Akibatnya, beberapa orang kampung yang terpengaruh oleh kata-kata Pak Salleh turut menuduh Cikgu Murad sebagai penjenayah. Keadaan lebih buruk apabila Cikgu Murad ditahan oleh polis. Namun akhirnya, Cikgu Murad telah dibebaskan kerana dia tidak bersalah.
Semangat cinta akan keamanan dan benci akan kejahatan. Pak Salleh segera melaporkan peristiwa dia ternampak akan jongkong emas di sebuah pondok di dalam hutan kepada polis. Pasukan polis yang bertindak berdasarkan maklumat itu dapat menemukan semua jongkong emas kepunyaan Eddie Jar yang dirompak dari gudangnya di lapangan terbang semula.
Kebesaran kuasa Ilahi yang mencipta alam semesta. Semua anggota ekspedisi yang mempercayai kewujudan Allah S.W.T mengakui keagungan Allah mencipta alam yang indah ini apabila mereka sampai di puncak gunung. Hal ini demikian kerana dari puncak gunung mereka dapat melihat pemandangan alam semula jadi yang sungguh indah.
Ketaatan kepada Allah dengan melaksanakan suruhannya setiap masa. Para anggota ekspedisi yang beragama Islam tetap melakukan solat walaupun mereka berada di dalam hutan.


 Watak & Perwatakan
Watak utama dalam novel ini ialah Hadi
Watak sampingannya termasuklah Cikgu Murad, Pak Salleh, Pak Musa, dan Mak Jamilah.

Hadi

Anak tunggal kepada pasangan Pak Salleh dan Mak Jamilah.
Belajar di tingkatan 5 dan akan mengambil peperiksaan SPM tidak berapa lama lagi.
Suka duduk melamun atau berkhayal. Buktinya, ketika dia duduk di bangku berhampiran dengan tangga, dia berkhayal tentang pengalamannya menyertai ekspedisi ke Gunung Itik.
Mudah berubah fikiran. Contohnya, pada mulanya Hadi mengatakan bahawa dia tidak dapat menyertai ekspedisi kerana dilarang oleh ayahnya. Namun begitu, apabila mendengar pengalaman Cikgu Murad berekspedisi, dia membuat keputusan untuk menyertai ekspedisi itu.
Dia juga berani. Hal ini terbukti apabila Hadi sanggup meredah hutan dan terdedah kepada bahaya apabila menyertai ekspedisi.
Hadi juga ringan tulang. Contohnya apabila Mak Jamilah menyuruh Hadi membasuh cawan yang kotor, tanpa banyak dalih, Hadi mencuci cawan itu. Malahan dia juga menyapu lantai.
Hadi mudah meminta maaf. Buktinya, apabila dia ditegur oleh Pak Musa kerana bercakap celupar di dalam hutan, Hadi segera meminta maaf.

Cikgu Murad

Bertugas sebagai pendidik di sekolah tempat Hadi belajar. Berkelulusan Universiti Utara Malaysia.
Memiliki wajah yang hampir sama dengan wajah seorang perompak emas.
Merupakan guru yang sentiasa rajin menjalankan tugasnya.
Melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan. Banyak menabur jasa kepada masyarakat.
Amat menggemari aktiviti lasak. Buktinya, beliau suka mendaki gunung. Beliau mengajak pelajarnya mendaki Gunung Itik.
Beliau juga seorang yang pemaaf. Hal ini terbukti apabila dia memaafkan Pak Salleh yang telah menuduhnya sebagai perompak kerana Pak Salleh pernah terserempak dengan perompak yang memiliki wajah seperti Cikgu Murad.
Cikgu Murad seorang yang tabah. Beliau tetap tabah menghadapi tuduhan bahawa dirinya penjenayah sehingga ditahan di lokap polis.
Pak Salleh
Bapa Hadi, suami Mak Jamilah, pemburu yang berpengalaman, mahir dalam bertukang,berani, gigih cepat marah, dan mudah salah sangka.
Mak Jamilah
Emak Hadi, isteri Pak Salleh,penyayang, rajin, dan bertanggungjawab.

Pak Musa

Pesara pengawai perhutanan, berpegalaman dengan keadaan di dalam hutan, berani, bertanggungjawab, dan suka menolong orang.

Tauke Eddie Jar

Tauke emas, mengenang budi, baik hati, dan berhemah tinggi.

LATAR TEMPAT

1. Kampung Dataran - Pak Salleh dan Mak Jamilah berhijrah ke kampung ini. Mereka membuka tanah hutan untuk dijadikan tapak rumah dan kebun. Kampung ini terletak berhampiran dengan hutan.

2. Rumah Pak Salleh - rumah yang menggunakan kayu daripada hutan dibina oleh Pak Salleh sendiri. Setelah mendapat hadiah wang daripada Eddie Jar, Pak Salleh memasang pagar elektronik dan siren di rumahnya.

3. Bilik tingkatan - di bilik ini Cikgu Murad menceritakan pengalamannya mendaki Gunung Itik dan menunjukkan gambar-gambar semasa dia menyertai ekspedisi ke Gunung Itik suatu ketika dahulu.
4. Bilik guru - tempat Hadi bertemu dengan Cikgu Murad. Hadi yang pada mulanya menarik diri daripada menyertai ekspedisi ke Gunung Itik telah menyatakan keinginannya untuk menyertai ekspedisi itu semula walaupun dilarang oleh ayahnya.
5. Kawasan hutan - di sinilah Hadi dan rakan-rakannya menyertai ekspedisi ke Gunung Itik.

6. Pondok di puncak gunung - di pondok ini Pak Salleh menjumpai bongkah emas milk Eddie Jar.


PLOT

Dalam bahagian eksposisi atau permulaan, pengarang memperkenalkan watak utama, Hadi yang tidak dibenarkan menyertai ekspedisi oleh ayahnya, Pak Salleh.
Dalam bahagian perkembangan, digambarkan beberapa konflik yang dihadapi oleh watak-watak dalam cerita ini. Umpamanya, konflik Hadi dan ayahnya, Pak Salleh. Pak Salleh tidak membenarkan Hadi menyertai ekspedisi. Di bahagian ini juga digambarkan konflik antara Pak Salleh dengan Cikgu Murad. Pak Salleh membenci Cikgu Murad dan selalu mendakwa Cikgu Murad sebagai penjenayah. Konflik itu semakin menjadi rumit apabila Pak Salleh membuat laporan polis dan Cikgu Murad ditahan polis.
Pada bahagian klimaks atau puncak cerita, segala konflik yang wujud menemukan penyelesaian. Pihak polis mendapati Cikgu Murad tidak bersalah apabila penjenayah sebenar yang mempunyai wajah seperti Cikgu Murad ditangkap.
Pada bahagian peleraian, Pak Salleh yang terkeliru dengan dua orang berwajah sama telah meminta maaf kepada Cikgu Murad. Cikgu Murad memaafkan Pak Salleh. Rumah Pak Salleh dikunjungi orang kampung apabila kisah Pak Salleh membantu pihak polis menangkap penjenayah disiarkan di akhbar.


DIKSI

1. Pemilihan kata oleh pengarang bersesuaian dengan cerita yang mengisahkan suatu ekspedisi di dalam hutan. Antara kata yang digunakan termasuklah sungai, bukit, gunung, berkhemah, tasik, unggun api dan kicauan burung.
2. Pengarang turut menggunakan beberapa kata bahasa Inggeris seperti steady, stop, math, zero eight hundred dan very good.
3. Selain itu, terdapat juga penggunaan bahasa Arab seperti Insya-Allah, assalamualaikum, nauzubillahiminzalik  dan alhamdulillah.

AYAT

1. Ayat pendek.
Cth:
-Sepi tiba-tiba.
-Dia akur.


2. Ayat panjang.
Perihal Pak Musa, Cikgu Murad dan ahli-ahli ekspedisi ternampak seorang lelaki mendaki lereng dan kemudiannya berpatah semula ke belukar tebal yang membaluti tebing tasik semasa mereka dalam perjalanan hendak mendaki gunung, menggugat keunggulan pendiriannya menuduh Cikgu Murad sebagai penjenayah berbahaya selama ini.  [ hal. 167 ]
3. Peribahasa
a. Bukan sekadar buah hati dan pengarang jantung mereka, dirinya juga tangkai nyawa Pak Salleh dan Mak Jamilah.
b. Dia mati akal jadinya.
c. Hendak dikatakan ayahnya ada saham berlot-lot sebelum ini, jauh panggang dari api.

4. Penggunaan Pantun
Nyiur gading puncak mahligai,
Sayang ketupat berisi inti,
Hancur daging tulang berkecai,
Belum ku dapat belum ku berhenti.     (hal. 173)

5. Personifikasi
Tanda-tanda tabir malam akan diangkat pancaran matahari yang bakal menjenguk kian ketara kini.

6. Inversi
Sepi tiba-tiba (sepatutnya: Tiba-tiba sepi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online