Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Label

SPM KOMSAS Penulisan Tatabahasa STPM Nota Karangan A+ Novel PMR Tingkatan 1 Tingkatan 5 Tingkatan 4 Kesusasteraan Morfologi PT3 UNIVERSITI Info Rumus Teknik Jurnal Aktiviti Bahasa Guru Teks Pengacaraan Pengacaraan Sajak Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Pengolongan Kata Ujian mata soalan-jawapan Isu Semasa Novel Sejambak Bakti Prosa Tradisional contoh karangan BM STPM Cerpen Forum Peribahasa Teknik Mengarang Tingkatan 2 Karangan Bahan Rangsangan Kesalahan ejaan Latihan Novel Kabus Di Perbukitan Novel Melunas Rindu Sintaksis karangan berformat Antologi Sejadah Rindu Novel Silir Daksina uji minda Antologi Kuingin Berterima Kasih Fonologi UPSR Santai Bahasa skema pemarkahan Novel Di Sebalik Dinara Semantik Tips Ujian contoh soalan Berita Drama Kesimpulan Novel Tingkatan 1 Pdpc Pengajian Am Permainan Bahasa Rumusan Teknik Menjawab Soalan Tingkatan 3 Ulasan format Aspek Tatabahasa Kerja Kursus Kesalahan Imbuhan Kesalahan Istilah Kesalahan Tatabahasa Latih Tubi Murid Novel Tingkatan 5 PKJR Pantun Peraturan Permainan Pertandingan Petikan Cerpen PnP ULBS format kertas Bahasa Melayu kertas satu BBM Bahas Bahas Ala Parlimen Buku Buku Latihan Debat Dikemassenga Download EduWebTV Gurindam Hakim Hasil titik peluh Istilah Isu Bahasa Kaedah Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Menulis Kemahiran Seni Bahasa Kerajaan Kertas Kerja Kertas Konsep LADAP Makna Istilah Muat turun Nazir PAK 21 PIBG PLBS Panduan Pembangkang Pendahuluan Pengenalan Penjaga Masa Peraturan Pertandingan. Kertas Konsep Perbandingan Novel Pertanyaan Peta Minda Prosa Moden Puisi Ringkasan Saps Seloka Seni Bahasa Siaran Langsung Sivik dalam Bahasa Melayu Soal Jawab Soalan Percubaan Soalan contoh Surat menyurat Syair Tahap 1 Tahap 2 Tnigkatan 1 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Ulangkaji Video Youtube cara melintas jalan cereka cerita fiksyen homofon homograf imbuhan jenis kenderaan karangan pendek kata-kata hikmat kata-kata orang tua-tua novelTingkatan 5 pantun kanak-kanak pasang siap program sekolah
Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

klik iklan di sebelah sebagai tanda sokongan ya :)


Terima kasih!

Teks Pengacaraan Program Perdana Ihya’ Ramadhan

21/08/11


Program Perdana Ihya’ Ramadhan,
1432H/2011M
SMK Agama Tun Sakaran, Semporna
Oleh: Cikgu Q

MC
Ucapan
Catatan


Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku



Yang berbahagia
Ustaz Sufian bin Jasimani
Penolong Pengarah Pengurusan,
Institut Pendidikan Agama,
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Sabah

Yang dihormati
Tn Hj Ahmad Syah Bin Hj Hassan,
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa & Guru,
SMK Agama Tun Sakaran

Yang Berusaha
Puan Hajah Hasnah bte Hj Tahir,
Pengetua SMK Agama Tun Sakaran, Semporna

yang turut berusaha
Ustaz Eshak Bin Hj Ibrahim,
Penolong Kanan pentadbiran
SMKA Tun Sakaran,

Ustaz Muhaimin bin Mobin,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

 Ustaz Norsyam bin Abdul Rahman,
Penolong Kanan  Ko-kurikulum,

Guru-guru ketua bidang,
Rakan-rakan guru,
dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.



Tema diberi Barakahnya Ramadhan,
Bulan dituntut untuk berpuasa,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara


Assalamualaikum….
dan salam sejahtera…

Kita mulakan majlis kita ada hari ini dengan Ummul Kitab- Al-Fatihah



Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa, kerana dalam kita meniti Ramadhonul Kareem yang penuh keberkatan ini, dapat kita dipertemukan dalam Program Perdana Ihya’ Ramadhan dan Ifthor Jamaie, SMK Agama Tun Sakaran, Semporna tahun 2011 Masihi bersamaan 1432 hijrah.
Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali ganda pahala ibadah yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain. Bulan ini juga bulan doa hambanya diterima, bulan diterima keampunan dan taubat, bulan penuh keredhaan Allah.
Allah telah berfirman.
Ya aiyuhallazi naamanu kutiba’alaikumussiam
Kama kutiba’ alallazi naminkoblikum laallakum tattakun
(surah al-baqarah ayat 183)
 “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,”




Hadirin yang dirahmati Allah sekalian
Rasulullah s.a.w bersabda yang maknanya: “Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan” Hadist riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al-Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa

Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya, menjemput
_____________________________________
untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan ini mempersilakan…




Terima kasih diucapkan kepada ____________________________________
di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

 Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi.” Riwayat Bukhari & Muslim

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan lagi dengan mempersila Yang Berusaha, Pn Hjh Hasnah bte Hj Tahir, Pengetua SMK Agama Tun Sakaran untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.




Terima kasih majlis ucapkan kepada Yang Berusaha Pn Hjh Hasnah Bte Hj Tahir, Pengetua SMK Agama Tun Sakaran atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.


Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

jkghkghjk

Majlis diteruskan lagi dengan mempersila Yang Berusaha, Tn Hj Ahmad Syah Bin Hj Hassan, Pengerusi PIBG SMK Agama Tun Sakaran untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.






Syukran Jazilan diucapkan kepada
________________________________________________________
atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.



Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

jkghkghjk

Majlis diteruskan lagi dengan mempersila Yang Dihormati, Ustaz Sufian bin Jasimani untuk menyampaikan ucapannya.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.






Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadist riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d. Rasulullah s.a.w bersabda yang maknanya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya”




Majlis seterusnya menjemput Pn Hjh Hasnah bte Hj Tahir, Pengetua SMK Agama Tun Sakaran naik ke pentas dengan diiringi Ustaz Abdul Azid….Penolong Kanan Kokurikulum SMK Agama Tun Sakaran untuk menyampaikan
Agihan Sumbangan Fuqaha’ Wal Masakin kepada murid-murid.


Terima kasih kepada Pn Hjh Hasnah bte Hj Tahir dan Ustaz Azid, atas penyampaian sebentar tadi.




Majlis seterusnya menjemput Tn Hj Ahmad Syah Bin Hj Hassan, Pengerusi PIBG SMK Agama Tun Sakaran naik ke pentas dengan diiringi Ustaz Muhaimin bin Mobin….Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Agama Tun Sakaran untuk menyampaikan
Agihan Sumbangan Fuqaha’ Wal Masakin kepada murid-murid.


Terima kasih kepada Tn Hj Ahmad Syah Bin Hj Hassan dan Ustaz Muhaimin bin Mobin, atas penyampaian sebentar tadi.




Majlis seterusnya menjemput Ustaz Sufian bin Jasimani naik ke pentas dengan diiringi Pn Hj Hasnah bte Hj Tahir….Pengetua SMK Agama Tun Sakaran untuk menyampaikan
Agihan Sumbangan Fuqaha’ Wal Masakin kepada murid-murid.


Terima kasih kepada yang berbahagia
Ustaz Sufian bin Jasimani dan Pn Hj Hasnah bte Hj Tahir,
atas penyampaian sebentar tadi.




Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cendera kenangan kepada tetamu jemputan. Majlis menjemput Pn Hjh Hasnah bte Hj Tahir naik ke pentas untuk menyerahkan cendera kenangan

Dijemput
Yang berbahagia Ustaz Sufian bin Jasimani
Naik ke pentas untuk menerima cendera kenangan sebagai tanda ingatan daripada pihak sekolah.

Terima kasih kepada Pn Hjh Hasnah bte Hj Tahir, atas penyampaian sebentar tadi.





Hadirin yang dihormati sekalian
Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada kumpulan ‘Zabarjad’
Yang akan didendangkan oleh pelajar-pelajar SMKA Tun Sakaran
Dipersilakan



Lagu: 10 minit


Hadist riwayat Ibn Majah dan al-Hakim, daripada Ibn Umar,
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak”.

Dengan ini dijemput
Untuk memimpin bacaan doa berbuka puasa

Dijemput kepada hadirin menjamu selera




Alhamdulillah.. Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi maka Program Perdana Ihya’ Ramadhan, SMK Agama Tun Sakaran, Semporna tahun 2011 Masihi bersamaan 1432 hijrah pada kali ini sampai ke penghujungnya.

Saya mewakili Majlis pada hari ini, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.






Bulan Ramadan bakal menjelang,
Berpuasa sebulan di siang hari,
Diberi Allah umur panjang,
Kalau sudi datang lagi.


 hadirin diminta berdiri untuk mengalunkan bacaan Asma ul Husna.




Akhir kalam, Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.

Sekian.

WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT.



33 Pertanyaan:

Tanpa Nama berkata...

minta izin copy admin.jazakallah

OBRI berkata...

minta izin copy ye Tuan

Qamarul Abdullah berkata...

ya, silakan

warie.dj berkata...

assalam, izin copy ye tuan... terima kasih

Tanpa Nama berkata...

mohon copy ye tuan..harap dihalalkan..

Tanpa Nama berkata...

Mohon copy ya tuan..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Mohon copy and share. Jazakallah

Naiwatu berkata...

Terima Kasih, Ini sangat membantu dlm program kami akan dating iaitu majlis berbuka puasa bersama anak anak yatim.

Unknown berkata...

mohon keizinan untuk gunakan, Tuan.

Unknown berkata...

mohon keizinan untuk gunakan, Tuan.

Tanpa Nama berkata...

Mohon keizinan copy ya tuan..terima kasih

Unknown berkata...

mohon izin untuk copy tuan...terima kasih

Unknown berkata...

mohon izin untuk copy tuan...terima kasih

auniey kawaii berkata...

mohon share dan brbyk terima kasih atas ilmu ini.moga kehidupan pihak tuan lebih keberkatan illahi anugerahi.aamiin

him yim berkata...

Mohon copy tuan

Tanpa Nama berkata...

salam tuan...mohon izin untuk copy...terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Mohon copy ye tuan. Terima kasih, semoga Allah membalas jasabaik tuan.

Tanpa Nama berkata...

mohon copy, terima kasih tuan

Cikgu Q berkata...

silakan

Yaya berkata...

Mohon izin gunakan teks tuan..jazakallahu khairan

Tanpa Nama berkata...

saya copy ya..mohon halal. terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

mohon copy tuan. terima kasih. semoga Allah memberi sebaik-balas untuk tuan. Ramadhan Kareem.

Yatie berkata...

Mohon izin copy yer tuan...terima kasih

ayati berkata...

mohon copy...halalkan ye...jazakallahukhoiran..

MOHAMED ISMAIL berkata...

assalam....mohon izin nak guna bahagian tertentu teks ni ya .....terima kasih

azfar berkata...

Mohon copy... halalkan ya...

Unknown berkata...

assalamualaikum Tuan... minta kebenaran copy... terima kasih

aini berkata...

Assalamualaikum. Mohon share ye tuan. Jazakallahu Khairan Jazak

jambulawar berkata...

assalamualaikum. minta izin salin ye tuan

Unknown berkata...

Minta kebenaran copy untuk Majlis Iftar Revert Muslim

Unknown berkata...

assalamualaaikum tuan, mohon pinjam ayat2

Unknown berkata...

Assalamualaikum, minta kebenaran untuk copy ye. Terima kasih tuan.

maahadtahfizaddin berkata...

ASSALAMUALAIKUM..minta kebenaran copy ya tuan..terima kasih tuan.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online