Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

TIPS MENJAWAB PENGAJIAN AM KERTAS 2

31/03/12

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B.

PEMARKAHAN (Peringkat sekolah)
IDEA UTAMA : 4 M
HURAIAN : 12 M
BAHASA : 4.5 M
IMPAK : 4.5 M
JUMLAH 25 M

Contoh pidato “ 1 Malaysia : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan ”



Putera kepada tokoh terbilang,
Lahir di Lipis, membesar di Pekan,
1 Malaysia formula dicanang,
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Setelah saya memperdengarkan pantun tersebut saya pasti, sudah ramai yang mengetahui wajah tampan yang terselindung disebaliknya. Beliau adalah Perdana Menteri kita yang Ke-6, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang, beliau kemudiannya tumbuh dan membesar di Pekan , Pahang. Pengalaman menyaksikan perjuangan serta aliran politik negara ketika pemerintahan ayahanda tercinta, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak, menjadikan beliau berinspirasi untuk berbakti kepada masyarakat juga negara. 

Contoh Pidato Masyarakat Berintegriti Menbentuk Bangsa Yang Bermaruah



Bismillahhirrahmanirrahim.

Cuba kita taakul dan berfikir sejenak dengan pengaplikasian integriti dan jati diri Maharaja Meijing membina maruah bangsa kerana integriti dan toleransi Mahatma Gandhi berjaya memerdekakan India.  Integriti telah mengajar sekalian anak watan Tanah Melayu menuai kudrat membebaskan nusa.  Maka benarlah kata Yusuf Al-Qhardawi kerana integriti banyak bangsa menjadi dewasa.
Salam aspiasiasi saudara pengerusi, barisan panel kehakiman penuh berintegriti, dif-dif kehormat yang dihormati, seterusnya hadirin yang diberkati,
Assalamualaikum warahmatulhiwabarakatuh, salam ceria ikatan murni, salam 1 Malaysia.

Pidato Memartabat Bahasa Melayu



            Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

            Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, guru-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.

Contoh Penulisan Karangan Pidato

                       
                       Pucuk manis permatang budi,
                             pucuk purut digetus rusa;
                       Yang manis bernama budi,
                             Yang indah bernama bahasa.

Terima kasih saudara pengerusi majlis. Yang berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah, pengarah Institut Humaniora Malaysia, kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga masa yang budiman, para pensyarah, dan seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka bicara.

Rumus: Penulisan Karangan Berpandu

Rumus: Penulisan Karangan Berpandu
Bahagian A
Kertas 1 SPM


Realiti Pekerjaan Mengikut Latar Belakang Pendidikan

20/03/12

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

UNIVERSITI TERBAIK MALAYSIA 2012

15/03/12

UNIVERSITI TERBAIK MALAYSIA 2012


1.Universiti Putra Malaysia (UPM) (Rank dunia: 428)
2.Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Rank dunia: 437)
3.Universiti Sains Malaysia (USM) (Rank dunia: 464)
4.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Rank dunia: 523)
5.Universiti Malaya (UM) (Rank dunia: 596)
6.Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Rank dunia: 626)
7.Multimedia University (MMU) (Rank dunia: 891)
8.Universiti Malaysia Sabah (Rank dunia: 1222)
9.Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) (Rank dunia: 1341)
10.International Islamic University of Malaysia (UIA) (Rank dunia: 1411)
11.Universiti Teknologi Petronas (UTP)
12.Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
13.Universiti Utara Malaysia (UUM)
14.Universiti Tunku Abdul Rahman
15.Universiti Malaysia Terengganu
16.Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
17.Universiti Malaysia Pahang (UMP)
18.Universiti Sains Islam Malaysia
19.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
20.Universiti Pendidikan Sultan Idris
21.Open University Malaysia
22.Universiti Teknikal Malaysia Melaka
23.International Medical University
24.Taylor’s University College
25.Tunku Abdul Rahman College
26.Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
27.University of Nottingam Malaysia
28.UCSI University
29.Monash University Malaysia
30.Malaysia Theological Seminary
31.Universiti Kuala Lumpur
32.Curtin University of Technology Sarawak Campus
33.Universiti Industri Selangor
34.Selangor International Islamic University College
35.Al Madinah International University
36.Wawasan Open University
37.University Tun Abdul Razak
38.KDU College
39.Universiti Malaysia Kelantan
40.Asia Pasific Institute of Information Technology
41.Help University College
42.Sunway University College
43.INSANIAH University College
44.Universiti Sultan Zainal Abidin
45.Segi College
45.University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
47.Majlis Peperiksaan Malaysia
48.Malaysian Institute of Management
49.Limkokwing University of Creative Technology
50.Disted-Stamford College

Refleksif, Benefaktif, Kausatif & Lokatif

13/03/12

 Refleksif, Benefaktif, Kausatif & Lokatif
 
Dalam tatabahasa bahasa Melayu terdapat beberapa banyak istilah khusus yang dikaitkan dengan makna sesuatu kata terbitan. Istilah tersebut bertujuan bagi menggambarkan konsep atau makna yang terkandung dalam kata tersebut.

Kebanyakan istilah ini diserap daripada kata bahasa Inggeris yang diMelayukan ejaannya, yakni diubahsuaikan ejaannya secara minimum daripada ejaan bentuk asalnya. Antara istilah tersebut termasuklah istilah refleksif, benefaktif, lokatif, dan kausatif. Kesemua istilah yang tersebut itu berkait rapat dengan kata kerja, iaitu salah satu golongan kata utama bahasa Melayu.

Refleksif (reflexive) ialah makna tatabahasa yang dikaitkan dengan imbuhan dalam sebarang ayat bagi menandakan perbuatan yang melibatkan diri sendiri, ataupun perbuatan yang mengenai diri sendiri. Dengan bahasa yang mudah hasil kerja atau akibat kerja yang dilakukan oleh seseorang pembuat akan mengenai dirinya sendiri, tidak mengenai orang atau benda lain. Contohnya; bercukur, berhias, berjemur, berbedak, berdandan, bersandar, bersembunyi, dan lain-lain sebagainya.

Jika kita mengatakan “Abang sedang bercukur, dan kakak masih berhias”, maksudnya abang melakukan perbuatan bercukur; maka yang kena cukur ialah (misai) abang. Demikian pula kakak kena oleh perbuatan hias yang dilakukan olehnya sendiri. Kedua-dua kata kerja bercukur dan berhias ialah kata kerja tak transitif berawalan ber- , yang menunjukkan hasil perbuatan yang mengenai diri sendiri.

Kausatif mendukung maksud makna tatabahasa yang dikaitkan dengan imbuhan dalam ayat. Kaitan ini bagi tujuan menandakan perbuatan yang menyebabkan sesuatu keadaan atau kejadian yang berlaku. Imbuhan yang dimaksudkan ialah akhiran -kan dan -i, apitan me-...-kan dan me-...-i . Contohnya:
1. Raju menghadiahkan sehelai kain sari kepada Kamaladevi.
2. Raju menghadiahi Kamaladevi sehelai kain sari.
3. Akan saya baiki kerosakan ini.
4. Sambungkan tali ini.

Ayat 1 dan 2 ialah ayat penyata yang mengandungi kata kerja transitif menghadiahkan dan menghadiahi. Ayat 3 pula ialah ayat pasif pelaku pertama yang mengandungi kata kerja pasif berimbuhan akhiran -i, sementara ayat 4 merupakan ayat arahan yang mengandungi kata kerja transitif berakhiran -kan .

Kesemua ayat 1 – 4 tersebut mendukung makna kausatif, kerana wujudnya keadaan suatu pihak melakukan sesuatu perbuatan. Dalam ayat 1 dan 2, Raju melakukan perbuatan (menghadiahkan), dan wujud juga perbuatan penerimaan oleh Kamaladevi. Maksud yang dibawa keadaan ini ditandai oleh imbuhan me-...-kan , dan me-...-i .

Ayat 3 dan 4 mempunyai kata kerja kata baiki dan sambungkan. Akhiran -i dan -kan pada kata kerja transitif itu menunjukkan maksud kausatif. Maksud tersebut digambarkan oleh fungsi akhiran -i dan kan- .

Maksud benefaktif atau manfaat ditandai oleh imbuhan -kan , me-...-kan dan me-...-i. Pengertian manfaat merujuk sesuatu perbuatan yang dilaksanakan untuk faedah pihak lain, bukan pihak yang melakukan perbuatan itu. Contohnya:
5. Abang membelikan adik kasut roda.
6. Adik membacakan ayahnya surat.
7. Gorengkan ikan ini untuk suamimu.

Ayat 5 menyatakan bahawa abang melakukan perbuatan (membeli) untuk faedah adiknya. Adik, dalam ayat 6, melakukan perbuatan (membacakan) surat untuk faedah atau manfaat ayahnya. Dalam ayat perintah 7, seseorang melaksanakan perbuatan (menggoreng) untuk manfaat atau faedah suaminya. Begitu pula dengan maksud imbuhan dalam kata membacakan dan gorengkan.


Istilah lokatif bermaksud makna tatabahasa yang berkaitan dengan imbuhan dalam ayat yang menandakan tempat berlakunya sesuatu perbuatan. Imbuhan yang mendukung maksud ini ialah meN- ...-i atau akhiran -...i . Misalnya dalam ayat:
8. Kami menaiki bas setiap hari.
9. Ali menghampiri lembaga itu.
10. Hendaklah kami dampingi orang yang berilmu.

Secara perbandingan, apitan me-...-kan dan me-...-i , mempunyai persamaan dan perbezaan maksud. Yang ketara ialah kedua-duanya membentuk kata kerja transitif dengan maksud kausatif. Kelainannya pula bahawa “me-...-i” memberi pengertian lokatif, iaitu menyatakan unsur tempat; manakala akhiran -kan mengandungi unsur benefaktif.

Demikian maksud beberapa istilah yang dikaitkan fungsinya dengan kata kerja terbitan berimbuhan.

Sistem semakan syarat kelayakan kemasukan ke Universiti

12/03/12



screen 1

http://imascu.upu.mohe.gov.my/semak-syarat-kelayakan.cfm

i-MAS-C-U Sistem Semakan Syarat Kelayakan Program IPTA


Sistem Semakan Syarat Khas Program ke IPTA (i-MAS-C-U) boleh digunakan untuk membuat semakan syarat bagi program yang ditawarkan pada semua IPTA di Malaysia.

Semakan boleh dibuat untuk program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi Lepasan :
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
  • Matrikulasi KPM

cuma perlu isikan nama, no Mykad, no Telefon, email dan pilih kelayakan sama ada SPM, STPM ataupun Matrik

*untuk mengelakkan berlakunya masalah, sila gunakan Internet Explorer








Skema Pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2 PMR

8/03/12


SKEMA PEMARKAHAN 
 BAHASA MELAYU KERTAS 2 (02/2)


Bahagian A (i)       –  20 markah
Bahagian A (ii)      –  10 markah
Bahagian B           –  20 markah
Bahagian C           –  40 markah
Bahagian D           –  10 markah
                              -----------------
JUMLAH :               100 markah
                              ___________


BAHAGIAN A (i) – RINGKASAN (20 Markah)

Markah Isi           : 10 markah

BILANGAN ISI
MARKAH
5
9 – 10
4
7 – 8
3
5 – 6
2
3 – 4
1
1 – 2

Markah Bahasa   : 10 markah
-                      Kesalahan bahasa ditanda seperti penandaan karangan
-                      Bahasa dinilai secara impression
-           Kriteria pemeringkatan markah seperti di bawah :

Peringkat
Markah
Deskripsi
Cemerlang
9 – 10
- Bahasa baik dan lancar
- Guna ayat sendiri, pemilihan kata tepat, ayat gramatis
   dan penanda wacana sesuai
- Ejaan dan tanda baca betul

Baik
6 - 8
- Bahasa baik dan lancer
- Masih berupaya guna ayat sendiri, pemilihan kata agak terhad, ayat masih gramatis dan penanda wacana masih sesuai
- Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
Memuaskan
3 – 5
- Bahasa kurang lancer
- Terdapat kesalahan yg ketara dalam ayat, ejaan dan tanda baca
atau – menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih
Penguasaan
Minimum
1 – 2
- Keseluruhan jawapan menggambarkan penguasaan bahasa yang lemah
- Menyalin secara terus daripada petikan



Cadangan Cara Penandaan Ringkasan

Dahulu & Sekarang

4/03/12

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
mengenang masa dahulu dan kini, keadaan persekolahan sememangnya banyak perbezaan. kalau dahulu datang lambat, tertinggal buku latihan, kuku panjang, seluar kembang, habis semua kena 'sesah' dengan rotan atau nama lainnya roti panjang. kalau tidak di tangan, di betis, peha, punggung. kalau salah mendaratnya mahu di belakang daban jawabnya.

berbeza zaman sekarang, ibu bapa sangat memanjakan anaknya. semua kelemahan anak disandarkan kepada guru. gurulah yang tak pandai mengajar, gurulah yang tak beri latihan, gurulah itu, gurulah ini. sehingga mereka lupa guru pertama anak-anak adalah ibu bapa itu sendiri. 


 sekarang ni

(pro dan kontra: Hukuman tak semestinya pilihan terbaik dan tahniah Pak Cik dah tunjukkan kepada masyarakat anak Pak Cik pernah dirotan dan kaki mengejek. selepas ini apa?)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota Komsas Gurindam 12 Fasal yang Keenam

3/03/12


Gurindam 12 Fasal yang Keenam

Raja Ali Haji

MAKSUD

Rangkap 1
Saranan supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang.

Rangkap 2
Saranan agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat menyelesaikan setiap kemusykilan.

Rangkap 3
Saranan supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami
.

Rangkap 4
Saranan agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan

TEMA
Nasihat bagi memilih orang yang ingin kita dampingi.

PERSOALAN
1
Kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan.
2
Kebijaksanaan dalam memilih guru.
3
Kepentingan mempunyai isteri yang setia


BENTUK
1
Terdiri daripada empat rangkap.
2
Setiap rangkap terdiri daripada dua baris.
3
Jumlah perkataan dalam setiap baris antara empat hingga lima.

Cahari olehmu akan sahabat (4 perkataan)

Yang boleh tahukan tiap seteru (5 perkataan)
4
Terdiri daripada sembilan hingga sebelas suku kata.

Yang boleh dijadikan ubat ( 9 suku kata)

Cahari olehmu akan isteri ( 11 suku kata)
5
Rima akhir syair ini ialah aa
6
Bentuk gurindam ini terikat dengan puisi tradisional.


GAYA BAHASA
1
Asonansi - Cahari olehmu akan sahabat – pengulangan vokal a
2
Aliterasi - Yang boleh menyerahkan diri - pengulangan konsonan n
3
Sinkope - Cahari olehmu akan sahabat (rangkap 1 baris 1)
4
Penggunaan kata klasik : cahari
5
Penggunaan bahasa kiasan - Yang boleh menyerahkan diri (mahu menurut kata suami)

NILAI
1
Kebijaksanaan.

Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat, guru dan isteri akan memberi manfaat kepadanya.
2
Ketaatan.

Seorang isteri perlu taat dan setia kepada suami.
3
Keikhlasan

Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan.


PENGAJARAN
1
Kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ketika susah dan senang.
2
Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat membimbing kita.
3
Seseorang suami haruslah bijak memilih isteri yang setia agar perhubungan mereka berkekalan.


Nota Komsas Gurindam Tonggak Dua Belas


Puisi Tradisional
(Gurindam Tonggak Dua Belas)
Dirgahayu Bahasaku Tingkatan 5


Kredit: Roslan Madun

Maksud
Rangkap 1
Masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkan masa.

Rangkap 2
Kejayaan akan dikecapi jika kita berusaha dengan tekun dan gigih.

Rangkap 3
Apabila kita seronok bekerja, hidup kita akan lebih gembira.

Rangkap 4
Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu dilakukan dengan bijaksana.

Rangkap 5
Peribadi unggul dan kejujuran hati.perlu diterapkan dalam kehidupan .

Rangkap 6
Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati jadikan amalan.

Rangkap 7
Pemimpin yang baik menjadi ikutan.

Rangkap 8
Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sempurna.
Rangkap 9
Pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja.

Rangkap 10
Kesabaran dan ketenangan fikiran perlu dalam menghadapi sebarang situasi.

Rangkap 11
Kebolehan diri yang ada perlu ditonjolkan sebagai motivasi.

Rangkap 12
Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif.

Tema
 Nilai-nilai murni dalam kehidupan
Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri seseorang.


Persoalan
1. Persoalan menghargai masa penting dalam kehidupan ( rangkap 1)
2. Persoalan tekun berusaha membawa kejayaan ( rangkap 2)
3. Persoalan kepimpinan melalui teladan (rangkap 7)
4. Persoalan berfikiran tenang dalam membuat keputusan (rangkap 10)
5. Persoalan berfikiran kreatif dan inovatif (rangkap 12)


Bentuk
1. Mempunyai 12 rangkap.
2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris
Contohnya : Hendak pandai menghargai masa
Jangan dinanti esok lusa

3. Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris
Contohnya Nikmat mencipta budaya kreatif:

4. Suku kata antara 9 hingga 14 suku kata
Contohnya ; Ja/ngan di/nan/ti e/sok lu/sa – 9 sukukata sebaris
Hi/dup da/lam ke/mu/lia/an ke/se/der/ha/na/an – 14 sukukata sebaris

5. Rima akhir aa
Contohnya : Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif
Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif.


Gaya Bahasa
1. Simpulan bahasa – baik hati (rangkap 6 baris 1)
2. Unsur Bunyi
Asonansi – pengulangan vokal a
Kekuatan sifat baik hati ( rangkap 6 baris 1)
Nikmat mencipta budaya kreatif (rangkap 12 baris 1)

3. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan n
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan (rangkap 4 baris 2)


Nilai
1. Nilai kegigihan, Contohnya kegigihan apabila bekerja.
2. Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab.
3. Nilai kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan dalam kehidupan.:
4. Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran menghadapi cabaran.


Pengajaran
1. Kita hendaklah bertindak secara bijaksana
2. Kita hendaklah menghargai masa
3. Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik
4. Kita janganlah suka membazir.
5. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online