Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam 2012

28/04/12

 Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam (Lower Six) 2012
http://apps.moe.gov.my/sst6/cheF6_12/

Projek Rumus; Nilai Novel Kabus di Perbukitan

21/04/12

Projek Rumus; 
Nilai Novel Kabus di Perbukitan
Tingkatan 5 Al-Biruni



baru-baru ini cikgu ada jalankan satu projek mencipta rumus untuk mengingat nilai yang terdapat di dalam novel Kabus di Perbukitan bersama-sama pelajar kelas 5 Al-Biruni. inilah hasilnya.


rumus yang dihasilkan adalah berdasarkan perkataan daripada nilai yang terdapat di dalam novel iaitu  

KASIH SAYANG,
KESEDARAN
KEGIGIHAN
KEBERANIAN
TANGGUNGJAWAB
SIMPATI
BERDIKARI

maka inilah hasil perbincangan dan pembentangan mereka

Novel Komsas Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5

18/04/12

Novel Komsas Kabus Di Perbukitan Tingkatan 5

SINOPSIS
Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah.
Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu dan tamat pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama belajar.
Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat bernama Ghazali. Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu meninggal dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community Services for Disable People di New Zealand selama enam bulan. Di situlah dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia terus menetap di sana. Mereka mendapat sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne.

Rusa Belang Kaki

17/04/12

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berburu ke padang datar
Dapat RUSA BELANG KAKI
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

apa tu 'rusa belang kaki'?


 ini?
bukan..bukan..bukan...

Selama ini kita tersalah anggap bahawa 'rusa belang kaki' 
di dalam pantun tradisi yang selalu kita ungkapkan adalah seekor rusa. 
tapi sebenarnya kita salah.
jawapannya ialah....

Jeng..jeng...jeng
BELALANG RUSA aka
Orthoptera Tettigonirdae

kenapa Belalang Rusa?
ada dua sebab
kalau dilihat dari struktur ayat

"Berburu di padang datar,
dapat rusa belang kaki"

serangga belalang sememangnya mudah ditemui di padang-padang berumput.
dalam masyarakat Melayu sendiri secara khususnya memburu Belalang Rusa sebagai hobi kerana kebolehan serangga ini menghasilkan bunyi yang nyaring dan merdu menarik minat mereka.
 
kalau dilihat dari sudut seekor rusa pula. 
rusa biasanya sukar ditemui di kawasan lapang.
rusa biasanya akan berada di dalam kawasan terlindung seperti hutan.


sebab yang kedua?
sebab orang-orang tua yang kata begitu
huhuhu


Pengajian Am 2: Bahagian E

4/04/12

Format menjawab soalan PA2 Bahagian E
Contoh soalan
Berdasarkan jadual yang diberikan, huraikan pola perubahan jumlah kes kemalangan jalan raya dan kes-kes yang melibatkan kecederaan dan kematian pada tahun 2002 hingga 2007. Berikan langkah-langkah berkesan untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya.



Perangkaan Kes Kemalangan Jalan Raya Pada Tahun 2002 - 2007
Tahun kes Jumlah kemalangan (kes) Kecederaan dan Kematian (kes)


       Kematian Mangsa parah Mangsa ringan Jumlah
2002 279237 5887 8424 35175 49486
2003 298653 6286 9040 37415 52741
2004 326817 6223 9230 38631 54084
2005 328264 6220 9395 39417 55032
2006 339252 6287 9453 39995 55735
2007 363319 6482 9573 40397 56452


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Statistik PDRM, 2007)
---------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum bermula, mari kita tafsirkan cara menjawab soalan ini dengan melihat kehendak soalan.
“huraikan pola perubahan” = Soalan ini harus dijawab dengan menghuraikan pola perubahan (pola meningkat/menurun/konsisten/tidak konsisten)
“…jumlah kes kemalangan jalan raya dan kes-kes yang melibatkan kecederaan dan kematian pada tahun 2002 hingga 2007” = Dalam contoh ini, terdapat 2 pola keseluruhan.

“…hingga 2007. Berikan langkah-langkah berkesan untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya.” = “Berikan langkah-langkah” dinyatakan selepas tanda noktah, oleh itu analisis jadual dengan langkah-langkah harus dinyatakan secara berasingan (perenggan yang berasingan)

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Pendahuluan:

Jadual/carta/visual menunjukkan (mengikut tajuk jadual/carta/visual, contohnya Malaysia: ----, kalau tiada tajuk mengikut kehendak soalan).
Boleh tambah sumber (opsyenal) : Jadual/carta/visual ini dipetik dan diubahsuaikan...

Jadual menunjukkan perangkaan kes kemalangan jalan raya di Malaysia pada tahun 2002 hingga 2007. Jadual ini dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Statistik PDRM, 2007.

Isi 1:

Pola keseluruhan (dalam contoh ini terdapat 2 pola keseluruhan):

  • Jumlah keseluruhan kes kemalangan pada tahun 2002 – 2007 menunjukkan pola meningkat/menurun/tidak stabil/konsisten
(Untuk setiap pola kecuali pola tidak konsisten, hanya perlu nyatakan perubahan antara tahun asas (tahun pertama, i.e 2002) dan tahun semasa (i.e 2007). Untuk pola tidak konsisten, perubahan setiap tahun harus dinyatakan)
Lepas itu, tambahkan nilai mutlak perubahan + peratus perubahan.
  • Jumlah kes kecederaan dan kematian pada tahun 2002 – 2007 menunjukkan pola meningkat/menurun/tidak stabil/konsisten. Tambahkan nilai mutlak perubahan + peratus perubahan.
Secara keseluruhannya, jumlah kes kemalangan jalan raya pada tahun 2002 – 2007 menunjukkan pola peningkatan secara berterusan. Pada tahun 2002, jumlah kes adalah sebanyak 279237 kes dan jumlah tersebut telah meningkat sebanyak  84082 kes iaitu 30.11 peratus kepada 363319 kes pada tahun 2007. Jumlah kes kecederaan dan kematian pada tahun 2002 – 2007 juga menunjukkan pola peningkatan secara berterusan, iaitu peningkatan sebanyak 6966 kes atau 14.08 peratus daripada 49486 kes pada tahun 2002 kepada 56452 kes pada tahun 2007.

Isi 2:
 
Pola meningkat: Mangsa parah + mangsa ringan
Jenis kes yang menunjukkan pola peningkatan ialah kes mangsa parah. Tambahkan nilai mutlak perubahan + peratus perubahan antara tahun asas + semasa. Buat perkara yang sama dengan kes mangsa ringan.

Daripada kes-kes yang dinyatakan, kes mangsa parah telah menunjukkan pola peningkatan. Pada tahun 2002, sebanyak 8424 kes dicatatkan dan angka tersebut telah meningkat sebanyak 1149 kes atau 13.64 peratus kepada 9573 kes pada tahun 2007. Selain itu, kes mangsa ringan turut menunjukkan pola peningkatan, iaitu peningkatan sebanyak  5222 kes atau 14.85 peratus daripada 35175 kes pada tahun 2002 kepada 40397 kes pada tahun 2007.

Isi 3:

Pola tidak konsisten: Kes kematian
Jenis kes yang menunjukkan pola tidak konsisten ialah kes mangsa parah. Tambahkan nilai mutlak perubahan + peratus perubahan untuk setiap tahun.

Kes kematian telah menunjukkan pola tidak konsisten untuk tahun-tahun yang dinyatakan. Pada tahun 2002, jumlah kes adalah sebanyak 5887 kes. Jumlah tersebut meningkat sebanyak 399 kes atau 6.78 peratus kepada 6286 kes pada tahun 2003. Pada tahun 2004, jumlah kes kematian mengalami penurunan sebanyak 63 kes atau 1 peratus kepada 6223 kes daripada tahun sebelumnya dan jumlah kes ini terus mengalami penurunan sebanyak 3 kes atau 0.05 peratus kepada 6220 kes pada tahun 2005. Pada tahun 2006, jumlah kes kematian meningkat sebanyak 67 kes atau 1.08 peratus kepada 6287 kes dan meningkat lagi sebanyak 195 kes atau 3.1 peratus kepada 6482 kes pada tahun berikutnya.

Isi 4 & 5:
Langkah-langkah berkesan untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya

  • Nyatakan mana-mana langkah yang sesuai (berikan 2 langkah ataupun lebih, mengikut masa yang tinggal untuk menjawab soalan. Huraikan sekurang-kurangnya 2 langkah)
Menggunakan perkataan ‘antara’ di depan ayat merupakan kesalahan tatabahasa!

Salah satu langkah yang berkesan untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya adalah melalui penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan. Pihak berkuasa harus memperketatkan undang-undang keselamatan jalan raya yang sedia ada serta memperkenalkan undang-undang yang baru apabila perlu. Mereka juga harus melaksanakan hukuman yang setimpal kepada pesalah trafik mengikut kesalahan sebagai amaran kepada orang ramai untuk menuruti undang-undang di jalan raya. Dengan itu, orang ramai akan berfikir dua kali sebelum melakukan kesalahan trafik yang menjadi penyebab kemalangan.

Selain itu, kes kemalangan jalan raya juga boleh dikurangkan melalui pendidikan dan penyedaran kepada orang awam tentang etika dan bahaya yang terlibat sebagai pengguna jalan raya. Kempen kesedaran haruslah diadakan melalui pelbagai jenis media di tempat-tempat awam, media massa, internet, di sekolah, di pusat-pusat belajar memandu, tempat kerja dan juga dari rumah sendiri untuk mendidik orang ramai yang menjadi pengguna jalan raya tentang cara menjaga keselamatan sendiri dan juga pengguna lain di jalan raya. Melalui usaha pendidikan ini, sama ada dari pihak kerajaan, ahli masyarakat, pendidik ataupun keluarga, pemandu kenderaan dan bakal pemandu dapat belajar tentang cara-cara untuk menjadi seorang pengguna jalan raya yang berhemah tinggi dan bertimbang rasa.

Penutup: 

Nyatakan pandangan secara ringkas terhadap tajuk yang dibincangkan (dalam kes ini, kemalangan jalan raya) dan nyatakan cadangan serta harapan untuk pandangan tersebut.

Kesimpulannya, kes kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap tahun dan untuk menghalang perkara ini daripada terus berlaku, kita semua haruslah memainkan peranan untuk menjadi pengguna jalan raya yang bertanggungjawab agar jalan raya di negara kita dapat menjadi lebih selamat untuk dinikmati oleh rakyat.
 
 (dipetik daripada Lembaran Praktis 900/2 Pengajian AM STPM, Latihan 5, m/s 102)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Latihan Pengukuhan



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online