Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

Hakisan Tanah

8/10/13

HAKISAN TANAH: SATU MASALAH YANG SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

        Dewasa kini, hakisan tanah yang berlaku di negara-negara Asean begitu membimbangkan masyarakat dan kerajaan. Setiap tahun, berjuta-juta tanah dipercayai hanyut begitu sahaja ke laut disebabkan oleh hakisan air hujan. Maksud hakisan adalah mengikis permukaan tanah, batu dan lain-lain yang disebabkan oleh air dan angin. Keadaan ini dipengaruhi oleh iklim negara-negara Asean yang memang lembap dan hujan lebat turun sepanjang tahun. Seandainya masalah kehilangan tanah tidak diatasi dengan segera, ia mungkin akan membawa kepada bencana banjir, kekurangan tempat takungan air, atau mungkin juga mengurangkan pengeluaran sumber makanan.

          Tanah sangat berharga kepada manusia kerana ia mengandungi bahan-bahan yang amat diperlukan untuk tumbuh-tumbuhan yang sihat dan bermutu. Malaysia seperti kebanyakan negara-negara membangun yang lain tidak terkecuali daripada mengalami masalah kehilangan jumlah tanah yang besar akibat daripada hakisan.

Menurut kajian yang dijalankan, Malaysia kehilangan 300 000 hektar tanah setiap tahun dan lebih daripada empat tan tanah setiap hektar. Jika perkara ini berterusan, sudah tentu suatu hari nanti Malaysia akan kehabisan tanah untuk menjalan kegiatan penting seperti pertanian.

Hakisan berlaku terutamanya di kawasan-kawasan perumahan, perlombongan, pertanian, perhutanan, lebuh raya dan lain-lain. Kegiatan yang dijalankan di kawasan itu semuanya membabitkan penggunaan tanah. Penggunaan tanah yang tidak teratur boleh menyebabkan banjir yang boleh menghakis lapisan tanah yang subur dan mengurangkan hasil pengeluaran.

Kebanyakan tanah yang hilang dari kawasan itu adalah disebabkan penggunaannya tidak mengikut beberapa peraturan yang mudah untuk mengawal pembaziran tanah. Air adalah punca utama hakisan terjadi dengan begitu banyak dan teruk. Pembangunan kawasan-kawasan perumahan menyebabkan banyak tanah terhakis.  Banyak pokok kayu yang berharga juga turut musnah akibat kegiatan ini.

               Beberapa kawasan perumahan mengalami suhu yang tinggi kerana ketiadaan pokok dan tumbuh-tumbuhan yang dapat menyejukkan kawasan sekeliling daripada sinaran matahari. Air dari kawasan perumahan akan mengalir ke kolam penahanan lumpur, dan hanya air bersih yang dilepaskan ke anak sungai yang berdekatan.

Pemanasan Global

3/09/13

   Pemanasan global merupakan fenomena dimana meningkatnya suhu dunia di rata-rata permukaan bumi sebagai akibat meningkatnya jumlah emisi gas rumah hijau di atmosfera. Perubahan iklim global juga merupakan akibat daripada peristiwa meningkatnya intensitas impak rumah hijau yang terjadi karana adanya gas dalam atmosfera yang menyerap sinaran matahari iaitu sinar infra merah yang dipancarkan oleh bumi.Pemanasan global juga boleh didefinisikan sebagai fenomena alam dimana berlakunya ketidakseimbangan suhu dunia .



Pencemaran Bunyi

      Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memekakkan telinga merupakan definisi bagi pencemaran bunyi.Bunyi persekitaran merupakan bunyi hasilan yang mengganggu keseimbangan hidup hidupan di bumi.Ini berlaku apabila pengeluaranbunyi di tempat atau kawasan yang tidak bersesuaian.Contohnya pengeluaran bunyi oleh mesin,haiwan dan aktiviti manusia yamg mengganggu ketenteraman.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 desibel(dB).Pencemaran dapat di klasifikasikan kepada empat jenis iaitu selenjar,fluktasi, hentakan impuls dan selang-seli.Kebisingan selenjar ialah yang selar dan kurang daripada tiga decibel.Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan perlahan.Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terletak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah.Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar denganlebih cepat daripada kebisingan selenjar.Getaran gelombang adalah sekitar tiga decibel sahaja.Contohnya bunyi enjin kenderaan dan oramg sedang bercakap.


                     Hentakan impuls pula bunyi yang lebih intensif dalam tempoh yang singkat.Contohnya bunyi tembakan,ketukan dan lagaan daripada benda yang keras.Pada kebiasaanya tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat.Pada tahap ini intensif bunyi adalahmelebihi 80 Db kemudian gelombang bunyi kan menurun.Akan tetapi intensif masih menunjukkan tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.Kebisingan selamg-seli pula berlaku secara berselang-seli.Ianya dahasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka nasa yang pendek.Contohnya ketika seseorang menggergaji kayu,getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan tidak akan berlaku apanila gergaji kayu itu dihentikan.Semasa gaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.



                Punca-puca pencemaran bunyi dapat dikaitkan dengan pembinaan di tapak kawasan industry yang mana memproses material,menggunakan mesin dan kenderaan. Kawasan petempatan juga mengeluarkan bunyi daripada cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunn-bangunan tinggi. Kenderaan awam dan persendirian juga mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga.Kuari juga mengekuarkan bunyi akibat aktiviti pemecahan batu.

             Antara kesan-kesan pencemaran bunyi ialah mewujudkan pelbagai penyakit .Selain itu, pencemaran ini juga menyebabkan gangguan psikologi iaitu rimas,agresif hipertasi,tahap tekanan tinggi,kehilangan pendengaran gangguan tidur dan kesan buruk lain.Lebih lanjut lag,tekanan dan hipertasiadalah menyebabkan seseorang mengalami masalah dengan daya ingatan,takanan terukdan kadang kala serangan panik.Bunyi juga akan menjejaskan produktiviti serta gangguan psikologi.Ada juga manusia atau haiwan yang akan hilang imbangan diri dan pekak.Yang terakhir.ialah kesan kepada ibu yang mengandung.

                   Pendedahan yang kronik kepada bunyi bising mungkin menyebabkan kehilangan pendengaran akibat bising.Lelaki beruia yang terdedah kepada bising pengilangan menunujukkan statistik jelas pengurangan sensitif pendengaran berbanding sejawat yang tidak trdedah. Perbandingan dengan puak Maaban di Ghana yang tidak begitu terdedahkepada kebisingan pengangkutan atau perkilangan berbanding penduduk Amerika Syarikat biasa menunjukkan bahawa pendedahan kronik kepada bising perseitaran yang menyumbang kepada kehilangan pendengaran.

                      Tahap bunyi bising yang tinggi mampu menyumbang kepada kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap sederhana tinggi dalam tempoh lapan jam tinggal mampu menyebabkan peningkatan statitik darah pada tekanan darah dari lima hingga 10poin.Peningkatan tekanan perasaan dan ‘vasoconstriction’mendorong kepada peningkatan tekan darah.Pencemaran bunyi merupakan punca gangguan orang ramai.Kajian oleh penyldik Sepanyol medapati bahawa penghuni kawasan bandar sanggup membayar sekitar empat Euro setiap desibel setahun bagi pengurangan bunyi.

                 Antara sumber-sumber kebanyakan bunyi adalah di luar rumah seperti sistem pengangkutan.bunyi kenderaan,kapal terbang dan kereta api.Sumber lain pula ialah,penggera kereta,mesin pengilangan.kerja sistem perkihdmatan,perkakasan pejabat ,kerja pembinaan,salakan anjing,dan alat pembesar suara dan orang bising.

Oleh: Siti Zainab

Pencemaran Air

6/08/13


          Fenomena pencemaran alam sekitar tidak pernah lekang. Air merupakan anugerah yang tidak ternilai dan juga merupakan salah satu keperluan asas yang penting kepada manusia. ‘ Pencemaran air’ boleh didefinisikan sebagai perbuatan yang mengotorkan sungai atau laut yang jernih sehingga keruh dengan pelbagai bentuk cara. Pencemaran ini menjadi semakin serius kerana isu ini masih dipandang ringan. Kerajaan pernah mengadakan kempen seperti ‘Cinatilah Sungai Kita’ tetatpi tidak mendapat sambutan yang diinginkan daripada seluruh lapisan masyarakat. Justeru, fenomena ini terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor.

                Salah satu punca permasalahan ini ialah pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang ke dalam sungai atau laut. Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut akan mencemarkan sungai dengan menurunkan kualiti atau pH air sungai tersebut. Sebagai contoh, industry memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut. Bahan kimia, asid dan bahan organik seperti nutrient, bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut. Natijahnya, habitat dan kualiti kehidupan akuatik seperti ikan, rumpai laut akan menurun kerana keadaan sungai yang kekurangan oksigen dan tercemar tidak sesuai untuk hidupan-hidupan air tersebut. Hal ini berlaku apabila golongan yang tidak bertanggungjawab ini mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai dengan alas an mereka tidak perlu menanggung kos pelupusan dan tidak ada pilihan lain selain mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam laut atau sungai tanpa memikirkan impaknya. Sikap mementingkan diri sendiri ini perlu dikikis demi kepentingan dan kesejahteraan bersama.

                 Punca kedua yang mendorong kepada fenomena ini ialah penerokaan. Penerokaan kawasan baru untuk dimajukan dan dinaikkan untuk

Pencemaran Bau

2/07/13

Pencemaran bau didefinisikan sebagai aroma atau bauan yang kurang menyenangkan atau dari segi saintifiknya sebagai interpritasi hasil penerimaan ransangan pada sistem deria. Pencemaran bau merupakan keadaan udara yang dicemarkan oleh bahan pencemar dan melepaskan bau busuk yang boleh membawa ketidakselesaan kepada penduduk di persekitarannya, menyukarkan pernafasan serta mengganggu alam sekitar dan aktiviti seharian manusia atau haiwan.

Punca pencemaran bau


1. kawasan pelupusan sampah - sampah-sampah yang diambil dan dikutip di kawasan perumahan dikumpulkan di pusat pelupusan sampah menimbulkan bau busuk yang menggagu penduduk setempat.


2. kawasan perindustrian - pelepasan asap kimia yang mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. selain itu, kilang pemeliharaan haiwan ternakan seperti ayam mengeluarkan najis yang menyebabkan bau busuk.



3. kawasan perniagaan - pembuangan sisa makanan dan lebihan jualan di kawasan perniagaan yang tidak diurus selia oleh pihak pembersihan menimbulkan bau busuk.

4. sistem peparitan yang tidak lancar dan tersumbat - pembuangan sampah menyebabkan parit dan longkang tersumbat dan berbau busuk.






Kesan Pencemaran bau

1. Udara menjadi tercemar

2. bau busuk yang tidak menyenangkan


3. pembiakan lalat

4. mudah menghidapi penyakit

5. sumber air tercemar


Langkah-langkah mengatasi

1. elakkan diri dari buang sampah merata tempat


2. aktiviti gotong royong

3. memperkasa program kitar semula


4. memberi penekanan pendidikan alam sekitar


5. penguatkuasan undang-undang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online