Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Label

SPM KOMSAS Penulisan Tatabahasa STPM Nota PMR Tingkatan 4 Tingkatan 5 Karangan A+ Kesusasteraan Morfologi Novel UNIVERSITI PT3 Tingkatan 1 Jurnal Info Guru Teknik Aktiviti Bahasa Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Pengolongan Kata Rumus Sajak Isu Semasa BM STPM Forum Prosa Tradisional Cerpen Karangan Bahan Rangsangan Kesalahan ejaan Latihan Novel Kabus Di Perbukitan Novel Melunas Rindu Peribahasa Sintaksis Tingkatan 2 karangan berformat Antologi Sejadah Rindu Fonologi contoh karangan soalan-jawapan Antologi Kuingin Berterima Kasih UPSR skema pemarkahan Rumusan Semantik Teknik Mengarang Ujian Berita Drama Novel Di Sebalik Dinara Novel Silir Daksina Pengajian Am format Kesalahan Imbuhan Kesalahan Istilah Kesalahan Tatabahasa Latih Tubi Murid PKJR Pantun Pdpc Peraturan Permainan Pertandingan Petikan Cerpen PnP Teknik Menjawab Soalan Teks Pengacaraan Tingkatan 3 Tips ULBS contoh soalan format kertas Bahasa Melayu kertas satu Aspek Tatabahasa BBM Bahas Bahas Ala Parlimen Buku Buku Latihan Debat Dikemassenga Gurindam Hakim Hasil titik peluh Istilah Isu Bahasa Kaedah Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Menulis Kerajaan Kerja Kursus Kertas Kerja Kertas Konsep Makna Istilah PAK 21 PLBS Panduan Pembangkang Pengenalan Penjaga Masa Peraturan Pertandingan. Kertas Konsep Perbandingan Novel Permainan Bahasa Pertanyaan Peta Minda Prosa Moden Puisi Seloka Seni Bahasa Soal Jawab Surat menyurat Syair Tahap 1 Tahap 2 Tnigkatan 1 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Ulangkaji cara melintas jalan homofon homograf imbuhan jenis kenderaan pantun kanak-kanak pasang siap
Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

Cara betul penggunaan awalan ter-

4/02/13



Awalan ter- ialah awalan asli bahasa Melayu. Awalan ter- ini dapat digabungkan dengan kata dasar daripada pelbagai golongan kata utama (kata nama, kata kerja dan kata adjektif) bagi membentuk kata kerja terbitan.
Misalnya, daripada kata nama buku, dayung, nama, paku dan pelajar terbitlah kata kerja terbuku, terdayung, ternama, terpaku, dan terpelajar. Daripada kata kerja transitif ambil, beli, makan, pukul dan suruh lahir kata kerja terambil, terbeli, termakan, terpukul, dan tersuruh. Kemudian, daripada golongan kata kerja tak transitif baring, duduk, diam, jatuh dan sandar, terbit kata kerja terbaring, terduduk, terdiam, terjatuh dan tersandar.
Daripada kata adjektif baik, cantik, masyhur, pandai dan tinggi, terbit kata kerja terbaik, tercantik, termasyhur, terpandai, dan tertinggi.
Kata kerja (KK) dengan awalan ter- terdiri daripada dua jenis, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif itu pula terbahagi kepada dua bentuk lagi, iaitu kata kerja transitif aktif, dan kata kerja transitif pasif.
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek atau penyambut, dan objek atau penyambut itu hendaklah terdiri daripada frasa nama.
Peraturan ini samalah seperti objek yang mengikuti kata kerja transitif aktif berawalan me-. Perhatikan ayat-ayat yang berikut ini:
1. Ruslan terbaca buku yang tebal itu.
2. Adik termakan lauk yang pedas ini.
3. Ramlah membaca majalah Dewan Siswa.
4. Pembinaan pangsapuri itu telah memakan masa dua tahun.
Kata-kata buku dan lauk dalam ayat 1 dan 2 ialah objek kata kerja terbaca dan termakan, sementara Dewan Siswa dan masa satu tahun dalam ayat 3 dan 4 ialah objek kata kerja berawalan me-, iaitu memakan dan membaca. Semua objek yang berkenaan terdiri daripada frasa nama belaka.
Demikianlah persamaan yang terdapat antara kata kerja transitif aktif berawalan ter- dengan kata kerja transitif aktif berawalan me-.
Dalam bahasa Melayu juga, ada kata kerja yang terhasil daripada gabungan kata dasar dengan imbuhan ter- berfungsi sebagai kata kerja ayat pasif.
Contoh:
5. Kulit pisang itu terpijak oleh Razid.
6. Pasukan bola baling sekolah tertewas oleh pasukan pelawat.
Dalam ayat-ayat di atas, unsur pasif dinyatakan melalui struktur kata kerja berawalan tertewas oleh pasukan pelawat.
Dalam ayat pasif ini, struktur oleh + frasa nama membawa maksud pelengkap pelaku, iaitu yang menerima akibat sesuatu perbuatan.
Kadang-kadang seluruh struktur oleh + frasa nama digugurkan, meninggalkan susunan ayat dengan kata kerja berawalan ter- sahaja, tetapi disedari bermaksud pasifnya kerana makna yang tergambar, iaitu yang sedia dan telah sempurna jadinya. Contoh:
7. Pakaian seragam itu terpakai di sekolah kami.
Berasal daripada ayat “Pakaian seragam itu terpakai oleh kami di sekolah kami."
Kata kerja tak transitif dengan awalan ter- pula ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya, tetapi dapat diikuti oleh pelengkap. Contoh:
8. Mohamad terduduk setelah mendengar berita itu.
9. Pekerja kontrak itu tersandar di tiang bangunan.
10. Murid-murid terdiam apabila dimarahi pengetua.
Ungkapan setelah mendengar berita itu (ayat 8), di tiang bangunan (ayat 9), dan apabila dimarahi pengetua (ayat 10) ialah pelengkap kepada kata kerja terduduk, tersandar dan terdiam.
Demikianlah huraian tentang awalan ter- dalam bahasa Melayu yang membentuk kata kerja terbitan. Anda harus berhati-hati sewaktu menggunakan ayat yang berawalan ter- kerana adakalanya ayat itu berbentuk aktif, dan ada ketikanya pula berbentuk pasif.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online