Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

Hakisan Tanah

8/10/13

HAKISAN TANAH: SATU MASALAH YANG SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

        Dewasa kini, hakisan tanah yang berlaku di negara-negara Asean begitu membimbangkan masyarakat dan kerajaan. Setiap tahun, berjuta-juta tanah dipercayai hanyut begitu sahaja ke laut disebabkan oleh hakisan air hujan. Maksud hakisan adalah mengikis permukaan tanah, batu dan lain-lain yang disebabkan oleh air dan angin. Keadaan ini dipengaruhi oleh iklim negara-negara Asean yang memang lembap dan hujan lebat turun sepanjang tahun. Seandainya masalah kehilangan tanah tidak diatasi dengan segera, ia mungkin akan membawa kepada bencana banjir, kekurangan tempat takungan air, atau mungkin juga mengurangkan pengeluaran sumber makanan.

          Tanah sangat berharga kepada manusia kerana ia mengandungi bahan-bahan yang amat diperlukan untuk tumbuh-tumbuhan yang sihat dan bermutu. Malaysia seperti kebanyakan negara-negara membangun yang lain tidak terkecuali daripada mengalami masalah kehilangan jumlah tanah yang besar akibat daripada hakisan.

Menurut kajian yang dijalankan, Malaysia kehilangan 300 000 hektar tanah setiap tahun dan lebih daripada empat tan tanah setiap hektar. Jika perkara ini berterusan, sudah tentu suatu hari nanti Malaysia akan kehabisan tanah untuk menjalan kegiatan penting seperti pertanian.

Hakisan berlaku terutamanya di kawasan-kawasan perumahan, perlombongan, pertanian, perhutanan, lebuh raya dan lain-lain. Kegiatan yang dijalankan di kawasan itu semuanya membabitkan penggunaan tanah. Penggunaan tanah yang tidak teratur boleh menyebabkan banjir yang boleh menghakis lapisan tanah yang subur dan mengurangkan hasil pengeluaran.

Kebanyakan tanah yang hilang dari kawasan itu adalah disebabkan penggunaannya tidak mengikut beberapa peraturan yang mudah untuk mengawal pembaziran tanah. Air adalah punca utama hakisan terjadi dengan begitu banyak dan teruk. Pembangunan kawasan-kawasan perumahan menyebabkan banyak tanah terhakis.  Banyak pokok kayu yang berharga juga turut musnah akibat kegiatan ini.

               Beberapa kawasan perumahan mengalami suhu yang tinggi kerana ketiadaan pokok dan tumbuh-tumbuhan yang dapat menyejukkan kawasan sekeliling daripada sinaran matahari. Air dari kawasan perumahan akan mengalir ke kolam penahanan lumpur, dan hanya air bersih yang dilepaskan ke anak sungai yang berdekatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online