Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

Soalan Ramalan SPM 2014

30/10/14

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tips SPM

Koleksi Penulisan A+ oleh Cikgu Ishak & Tips SPM 2014

Koleksi Soalan Bahasa Melayu SPM 2014

Koleksi Soalan Mata Pelajaran Lain SPM 2014 (1)

Koleksi Soalan Mata Pelajaran Lain SPM 2014 (2)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semoga Maju Jaya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sajak Jadilah Siapa Saja - Dato’ Hj A.Aziz Deraman

9/10/14



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JADILAH SIAPA SAJA

Jadilah pelaut kau tahu lautan hidup bergelora,
Jadilah petani kau kenali keringat sawah ladang,
Jadilah pengayuh beca kau rasai roda lelah seharian,
Jadilah pemandu teksi begitu perit memperolehi sesuap nasi,


Jadilah penukang atau pengukir belum pasti makmur memahat diri,
Jadilah penoreh getah perhatikan derita susunya di musim hujan,
Jadilah pemanjat kelapa kemana pelepah melambai keadilan,


KOMSAS Prosa Tradisional Ting 4: Khoja Maimun

2/10/14

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Prosa Tradisional
Hikayat Khoja Maimun
Antologi Harga Remaja
Tingkatan 4





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lihat juga
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Peraturan & Skema Pemarkahan & Simbol Pemarkahan Bahasa Melayu 02 Pentaksiran Tingkatan 3 2014

24/09/14

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Shelter & amp; The Marking Symbol
Bahasa Indonesia 02
Estimation Level 3 2014




Aplikasi Sistem Pengurusan Aset (SPA)

23/09/14


Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA) adalah aplikasi yang dibangunkan untuk tujuan kawalan dan pemantauan aset bagi semua kementerian dan jabatan di Malaysia.




Sistem ini dibangunkan mengikut kaedah kawalan pengurusan aset dan stor  yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia(Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 Tatacara Pengurusan Stor) 

Maksud Aral mengaralkan

9/09/14

Kalau tiada ARAL melintang, 
pokok tumbang,
laut terbentang,
besok saya pergi ke rumah awak.

Apa itu ARAL?


Aral - sesuatu yg menggendalakan atau menghambat; halangan; gendala
contoh:
Kalau tidak ada aral, besok saya pergi. 

mengaralkan - menyebabkan sesuatu tidak dpt dilaksanakan; 
menghalang; menggendalakan: 
contoh:
Semoga tidak ada apa-apa yg aral perjalanan kami.



Aplikasi Pangkalan Data Murid

25/06/14

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tema Hari Guru 2014

12/05/14

Tema Hari Guru 2014

GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI


2014   Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010   Guru Pembina Negara Bangsa
2009   Guru Pembina Negara Bangsa
2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999   Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998   Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997   Guru Bestari Sekolah Bestari
1996   Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995   Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992   Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991   Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990   Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989   Guru Pembina Budaya Ilmu
1988   Guru Pengasas Budaya Membaca
1987   Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986   Pendidikan Teras Nasionalisme
1985   Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984   Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983   Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982   Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981   Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980   Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979   Murid Sejahtera Negara Jaya
1978   Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977   Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976   Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975   Guru dan Pembangunan Negara
1974   Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973   Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972   Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Cerpen Anak Penggunting Rambut

20/02/14

Anak Penggunting Rambut




SINOPSIS :

Cerpen ini mengisahkan seorang ayah, Mat Gunting yang terpaksa memikul beban membesarkan anak perempuan bernama Manisah (nama timang-timangan Manis) setelah kematian isterinya. Mereka tinggal di Kampung Batu 25, Bagan Datoh, Perak. Pak Mat sering memanjakan Manis dengan memberikannya wang saku sekolah mengikut keperluan serta menyediakan pelbagai keperluan untuknya. Rambut manis dipotong pendek seakan rambut kanak-kanak lelaki. Hal itu menyebabkan Manis selalu menjadi bahan ejekkan rakan-rakan sekolahnya hingga dia memasuki sekolah menengah. Kerjaya ayahnya juga sering ditertawakan orang sejak dia bersekolah di TADIKA lagi. Bagi Pak Mat, tujuannya berbuat demikian kerana Manis selalu pening dan pitam. Bagaimanapun Manis tidak pernah ambil kisah dan sentiasa menyanjung tinggi pekerjaan ayahnya. Bagaimanapun ketika di melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur Manis jatuh sakit dan disahkan mengidap lukemia. Rambutnya gugur hingga gampir botak. Dia meninggal dipangkuan ayahnya. 

Sajak Kecek V

18/02/14

Sajak Kecek V



Rangkap 1
Seorang pengarah syarikat mengumpulkan kekayaannya dengan melakukan penipuan atau pecah amanah dan perkara itu menyusahkan orang lain.

Rangkap 2 
Seorang petani di kampung pula berusaha dengan tenaga dan kudrat yang dimilikinya untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak-anaknya yang ramai. Namun begitu, dia tidak pernah mengambil harta atau kekayaan orang lain untuk meneruskan kehidupannya yang sekian lama dalam kemiskinan.
Rangkap 3
Seorang nelayan yang hidup miskin meneruskan hidupnya dengan mencari rezeki di laut untuk membesarkan anak-anaknya. Namun begitu, nelayan itu tidak pernah mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain semasa mencari rezeki walaupun dia sudah lama hidup dalam keadaan susah.

Rangkap 4 
Walau bagaimanapun, Tuhan tidak pernah mungkir untuk mencatatkan setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia untuk menegakkan keadilan pada hari pembalasan nanti.

SAJAK DIRGAHAYU BAHASAKU

Sajak Dirgahayu Bahasaku – Ahmad Sarju


Maksud 
Rangkap 1
Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan sepatutnya diangkat martabatnya dan tetap bersemadi di hati orang-orang Melayu kerana menjadi hati dan nurani bangsa Malaysia yang berbudi, setia dan amanah kepada negara.

Rangkap 2
Bahasa kebangsaan dilihat sebagai maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya supaya utuh dan kukuh serta diberikan keutaamaan dalam menempuh dunia yang semakin canggih serta berperanan untuk menjadi alat untuk menyatukan bangsa.

Rangkap 3
Para cendikiawan dan penggiat bahasa telah berjuang untuk mempertahankan bahasa kebangsaan supaya kekal menjadi milik rakyat negara ini dan sentiasa akan mendaulatkannya dalam era globalisasi ini.

Rangkap 4
Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi bahasa perantaraan dalam bidang diplomatik di peringkat antarabangsa.

Rangkap 5
Diharapkan agar bahasa kebangsaan akan terus berkembang di peringkat antarabangsa iaitu digunakan sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa yang melambangkan kesopanan bangsa Melayu. Bahasa kebangsaan akan terus digunakan sebagai bahasa perpaduan dan berupaya untuk menghadapi rintangan dan mencipta kejayaan dalam alaf baru ini. Bangsa Melayu menempa kejayaan demi kejayaan kini.

Teks Pengacaraan Pemberian Komputer & Perasmian SUMUR SMKATS 2014

13/02/14

Majlis pemberian Komputer 1 Malaysia
di bawah inisiatif pelaksanaan Jalur Lebar Kebangsaan (NBI)
bagi sekolah-sekolah kawasan N.53 Senallang, Semporna.


Mengumumkan ketibaan,
Dato’ Seri Hj Nasir bin Tun Dr Hj Sakaran,
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah sedco
Merangkap menteriAdun N53 Senallang
Dan rombongan

(duduk dan sain buku tandatangan)

Teknik Rumusan BPK


Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Nota Tatabahasa BPK

TOPIK TATABAHASA
NOTA TATABAHASA BPK MORFOLOGI
NOTA TATABAHASA BPK SINTAKSIS
CONTOH KESALAHAN UMUN TATABAHASA
BAHASA MELAYU DAN TATABAHASA
KATA TUGAS /TONGGAK @TUNGGAK/IALAH & ADALAH/BARU & BAHARU/JUSTERU/KATA HUBUNG BERPASANGAN
PERTINDIHAN MAKSUD DALAM BAHASA MELAYU
LAIN-LAIN
KESALAHAN TATABAHASA 
BEBERAPA KEKECUALIAN DARIPADA HUKUM TATABAHASA
CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH
PERIHAL SEBAB DAN KERANA
KEPERLUAN TATABAHASA TINGKATAN 5
NOTA DALAM BENTUK POWERPOINT
NOTA TATABAHASA DALAM BENTUK POWERPOINT
NOTA TATABAHASA DALAM BENTUK WORD\
BINA AYAT
NOTA CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH/AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF/AYAT SONGSANG

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online