Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

Perbandingan Persoalan antara Novel Kabus Di Perbukitan & Novel Melunas Rindu

2/09/15



Image result for pemandangan kabus di perbukitan


4. PERBANDINGAN NOVEL
b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan persoalan tanggungjawab bagi setiap novel.  ( 8 markah )



Cadangan Jawapan :

Melunas Rindu

- Persoalan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.
Fuad tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia dengan baik walaupun dia hanyaseorang guru sandaran.

- Tanggungjawab terhadap keluarganya sendiri.
Farhana segera pulang ke Kuantan untuk menjaga ibunya yang sakit lelah dan dimasukkan ke hospital. Dia sanggup tidur di hospital semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit.

-Tanggungjawab sebagai anak
Fuad menghantar ibunya Mariana dan kedua-dua ibu bapa angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah di Mekah.

- Tanggungjawab sebagai bapa
Pak Ismailseorang yang bertanggungjawab. Contohnya Pak Ismail membimbing Fuad mendalami Islam sepenuhnya. Dia sering mengajar Fuad membaca al-Quran.


Kabus di Perbukitan

-Tanggungjawab memelihara alam sekitar
Soleh Johnson mengusahakan sebuah kawasan peranginan di Lojing, Cameron Highlands tanpa menebang pokok-pokok balak merbau dan tualang serta pokok-pokok balak yang lain demi mengekalkan ekosistem Cameron Highlands.

-Tanggungjawab terhadap keluarga
Mejar (B) Kamarudin meredah hutan belantara mencari anaknya yang Faridah yang hilang di dalam hutan Cameron Highlands walaupun sudah lebih 20 tahun dia tidak pernah pernah bersua dengan Faridah setelah berpisah dengan Salmah (ibu Faridah ).

-Tanggungjawab ibu bapa memberi didikan agama
Soleh Johnsons dan Faridah seorang Muslim yang kuat pegangan agama. Anak-anaknya Anne dan Melina dihantar belajar di sebuah sekolah rendah agama yang jauhnya 30 km dari Rosewood semata-mata mahu anak-anaknya mendapat pendidikan Islam yang baik.

Tanggungjawab mengekalkan jati diri Melayu
Faridah menerapkan budaya atau cara hidup orang Melayu terhadap anaknya Anne dan Mellina.

Latar Tempat Novel Kabus Di Perbukitan & Novel Melunas Rindu


Image result for pemandangan novel kabus di perbukitan tingkatan 5

4. PERBANDINGAN NOVEL
a) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan latar tempat yang terdapat dalam kedua-dua
buah novel tersebut. (8 markah)

Skema jawapan : Latar Tempat
BIL
NOVEL MELUNAS RINDU
NOVEL KABUS DI PERBUKITAN
1.
Sekolah Menengah Seri Setia.
Ø tempat Fuad bekerja sebagai guru sandaran
Ø Cikgu Abas, Cikgu Zamani juga menjadi guru di sekolah ini.
Kafeteria di UPM.
Ø Tempat Azrul dan Rahayu bersarapan.
2.
Danau Seberang, Terengganu.
Ø Rumah Pak Ismail dan Mak Salmah.
Ø Fuad dan Sofia tinggal di rumah tersebut sebagai anak angkat kepada Pak Ismail dan mak Salmah.
Perpustakaan di UPM.
Ø Rahayu dan Azrul belajar dan mencari maklumat di perpustakaan.
3.
Sungai Ruan.
Ø Tempat tinggal Peter Lim dan Swee Lan sekeluarga.
Ø Fuad juga pernah tinggal bersama mereka yang dianggap sebagai anak sendiri.
Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser.
Ø Faridah dan Mastura membawa murid ‘Sindrom Down’ seramai 10 orang ke Bukit Fraser.
4.
Pantai Batu Buruk.
Ø Tempat Fuad melayan perasaannya sendiri sambil menikmati keindahan alam pada waktu petang.
Jalan ke Pekan Raub.
Ø Faridah yang terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam keretanya telah terlibat dalam kemalangan.
5.
Klinik Ihsan di Bandar Kuala Terengganu.
Ø Fuad menyewa kereta untuk membawa anak Borhan mendapatkan rawatan di klinik itu.
Smoke House.
Ø Rumah Tuan Cecil Renking yang wujud dalam halusinasi Faridah yang koma selepas terlibat denga kemalangan jalan raya.
6.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ø Fuad membawa ibunya, (Mariana) Pak Ismail dan Mak Salmah untuk menaiki pesawat ke Mekah bagi menunaikan Umrah.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ø Benny dan Melina tiba di KLIA untuk bekerja di Malaysia.
7.
Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Ø Tempat ibu Fuad, iaitu Mariana terlantar sakit dan dirawat kerana penyakit lelah.
Hospital
Ø Tempat Rahayu menerima rawatan Kimoterapi kerana menghidap penyakit kanser paru-paru.
8.
Restoran Terapung di Taman Syahbandar.
Ø Tempat Fuad dan Farhana singgah makan untuk meraikan hari lahir Farhana.

Cabaran Yang Dihadapi Oleh Watak Utama Dalam Novel Kabus Di Perbukitan & Novel Melunas Rindu


Cabaran Yang Dihadapi Oleh Watak Utama Dalam Novel yang Anda Kaji



Image result for melunas rindu


SOALAN 4 : PERBANDINGAN NOVEL

a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan cabaran yang ditempuhi oleh watak utama.
 (7 markah)


Skema Jawapan :

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN 

i. Cabaran berpisah dengan ahli keluarga.
Setelah ibu bapanya bercerai, Faridah terpaksa berpisah dengan adik kembarnya Rahayu. Faridah dipelihara oleh ibu kandungnya manakala Rahayu mengikut ayahnya dan ibu tirinya, Hamidah.

ii. Cabaran menghadapi kehilangan orang tersayang
Faridah kehilangan adik kembarnya, Rahayu akibat penyakit kanser, selang beberapa tahun dia kehilangan ibunya akibat terlalu merindui arwah Rahayu. Akhirnya, suaminya Ghazali turut meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan.

iii. Cabaran hidup seorang diri di bumi asing
Setelah kematian Rahayu, ibunya Salmah dan suaminya Ghazali, Faridah meneruskan hidup bersendirian. Selepas itu, dia membawa diri ke New Zealand kerana mengikuti Kursus ‘Comunitty Services for Disable People’ selama enam bulan. Faridah terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di bumi asing.

iv. Cabaran putus tunang
Faridah terpaksa menerima hakikat, Azman telah memutuskan pertunangan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa sebab. Hasrat Faridah untuk bertemu dengan Azman bagi mendapatkan penjelasan tidak kesampaian kerana dia ditimpa kemalangan.


NOVEL MELUNAS RINDU 

Cabaran watak utama:

i. Cabaran sebagai saudara baru
Sebagai saudara baru, Fuad gigih mendalami ilmu agama dan belajar mengaji dengan Pak Ismail. Selain itu, Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah walaupun dalam keadaan sibuk. Contohnya, Fuad bergegas ke surau untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah walaupun terlewat pulang kerana mencari kayu api di hutan.

ii. Cabaran mencari ibu kandungnya
Fuad gigih berusaha mencari saudara mara sebelah ibunya di Lembah Klau untuk mengesan pusara ibunya. Dengan bantuan Pak Ngah Lias dan Pak Samsudin, Fuad mendapat petunjuk bahawa ibunya masih hidup kerana pusaranya tidak ditemui sehingga kini. Fuad gigih meneruskan usaha mencari ibu kandungnya walaupun terpaksa meminta bantuan daripada ayahnya, Robert Lim.

iii. Cabaran menghadapi kebencian ibu angkat.
Fuad tabah menghadapi sikap Mak Salmah yang membencinya kerana dia dikatakan punca kematian Sofia. Sejak peristiwa itu, Mak Salmah bersikap dingin terhadap Fuad, dia enggan makan semeja dengan Fuad walaupun tinggal serumah. Fuad tetap bersabar menghadapi kemarahan Mak Salmah sehinggalah Mak Salmah memaafkannya.

iv. Cabaran berpisah dengan orang tersayang
Fuad menghadapi cabaran kerana terpaksa menerima hakikat gadis yang dicintainya, Farhana merupakan adik kandungnya.

v. Cabaran dalam kerjaya
Fuad menghadapi cabaran untuk meningkatkan prestasi pencapaian bahasa Inggeris dalam kalangan anak didiknya. Sebagai contoh, Fuad dan Farhana telah merancang ‘Program mentor-mentee’ dan ‘English Personal Guidance’ untuk mendidik anak muridnya agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Peristiwa Pada Pengakhiran Novel Melunas Rindu & Novel Kabus Di Perbukitan


Image result for novel kabus di perbukitan tingkatan 5

SOALAN 4 : PERBANDINGAN NOVEL
a) Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel. Huraikan satu peristiwa yang berlaku pada penamat novel yang anda kaji.( 7 markah )



JAWAPAN

Novel Melunas Rindu
a) Peristiwa yang berlaku pada penamat novel:
- Peristiwa Farhana dan adik-adiknya Muhammad Fikri dan Muhammad Syukri menghantar Fuad, ibu kandungnya Mariana, Pak Ismail dan Mal Salmah mengerjakan umrah ke tanah suci. Mariana berpesan kepada Farhana supaya menjaga adiknya baik-baik.
- Peristiwa di lapangan terbang. kedatangan Robert Lim di lapangan terbang. mengejutkan Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah. Robert Lim berpesan kepada Fuad supaya menjaga ibunya baik-baik di sana sebelum mereka berangkat ke tanah suci. Dia mungkin akan menyusul kemudian

Novel Kabus di Perbukitan
a) Peristiwa yang berlaku pada penamat novel:
- Peristiwa Datuk Azrul dan Soleh Johnsons menjalankan perniagaan kotej di Cameron Highlands.
- Peristiwa Anne dan Zain mengambil alih perusahaan dan penternakan keluarga Johnsons di New Zealand. Zain siswazah pertanian, mampu menguasai selok-belok perniagaan dan pertanian.
- Peristiwa di lojing Cameron Highland. Faridah dan Datin Aishah sering menghantar juadah masakan atau mempelawa mereka makan bersama-sama. Kadang kala mereka masak bersama-sama hidangan kegemaran, pecal dan sambal gulai tahun.

Peristiwa Pada Permulaan Novel Melunas Rindu & Novel Kabus Di Perbukitan


Image result for novel kabus di perbukitan tingkatan 5

SOALAN 4 : PERBANDINGAN NOVEL
a) Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel. Huraikan satu peristiwa yang berlaku pada permulaan novel yang anda kaji. ( 7 markah )


JAWAPAN

Novel Melunas Rindu
a) Peristiwa yang berlaku pada permulaan novel
- Peristiwa Fuad pulang lewat daripada mencari kayu api di hutan. Fuad disapa oleh Mak Salmah ketika masuk ke rumah melalui pintu dapur. Fuad menjelaskan dia terleka dan terlupa bawa jam.
- Peristiwa Fuad melaungkan azan Isyak di surau apabila masuk waktu . Fuad diminta oleh Pak Imam untuk melaungkan azan Isyak. Selepas menunaikan solat sunat, dia terus melaungkan Iqamah dan mereka bersama-sama menunaikan solat Isyak secara berjemaah.
- Peristiwa Fuad ke rumah Borhan, rakannya apabila mendapat tahu anak Borhan demam. Fuad mengajak Borhan menghantar anaknya ke klinik walaupun sudah pukul sebelas malam.
- Peristiwa Fuad menyemak penyata akaun melalui kad ATMnya ketika menunggu anak Borhan dirawat di klinik. Didapati wang dalam akaunnya bertambah.Fuad yakin bahawa ayahnya yang memasukkan wang tersebut.

Novel Kabus Di Perbukitan
a) Peristiwa yang berlaku pada permulaan novel:
- Peristiwa Rahayu tiba-tiba pengsan di perpustakaan. dan dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan kemudiannya dimasukkan keHospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM) . Rahayu disahkan menghidap penyakit Kanser.
- Peristiwa Faridah, kembar Rahayu ditimpa kemalangan bersama-sama kanak-kanak istimewa Iqbal semasa dalam perjalanannya ke Pekan Raub. Sapaan Iqbal dari tempat duduk belakang mengejutkan Rahayu yang sedang memandu van lalu hilang kawalan. Van melanggar tembok penghadang jalan dan terus menjunam ke dalam gaung.

Koleksi Soalan SPM (2001 - 2012) Soalan-Jawapan Novel Melunas Rindu & Novel Kabus Di Perbukitan (2)


Image result for novel kabus di perbukitan tingkatan 5

TAHUN 2001

4. a) Pada pendapat anda, wajarkah pengarang mengakhiri cerita seperti yang terdapat dalam novel yang anda pelajar ?

Jawapan:
                Berdasarkan novel “Melunas Rindu”  saya berpendapat, pengarang wajar mengakhiri  cerita itu seperti yang saya pelajari kerana novel berkenaan berakhir dengan kegembiraan apabila Fuad dapat bertemu semua dengan ibu kandungnya, Mariana. Kegembiraan Fuad ini bermula apabila dia ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk melawat ibu Farhana yang sakit. Dia mendapati nama ibu Farhana iaitu Mariana binti Osman yang tercatat pada fail pesakit sama seperti nama ibunya. Kehadiran bapa Fuad iaitu Robert Lim yang menyusuli Fuad ke hospital berkenaan untuk menyerahkan sebentuk cincin yang boleh membantu Fuad mencari ibunya telah mengesahkan bahawa ibu Farhana itu ialah ibu kandung Fuad juga.
                Selain itu, pengakhiran novel itu juga telah berjaya menyatukan semua ahli keluarga yang telah lama terpisah iaitu Fuad telah dapat bertemu semua dengan, ibunya Mariana, sementara Mariana bertemu semua dengan bekas suaminya, Roslan (Robert Lim). Sementara itu ketika Robert Lim bertemu  Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah yang akan berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah, dia telah menyatakan kepada Fuad bahawa dia akan menyusul kemudian ke sana, seolah-olah pernyataan hati Robert Lim untuk kembali semua kepada agama Islam.

Set Soalan-Jawapan Novel Kabus Di Perbukitan & Novel Melunas Rindu


Image result for melunas rindu


NOVEL  1 
Soalan 4:         Novel
[15 markah]
Jawab  soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i)                 Papa... ( akhirnya kau tewas jua! ) karya Deana Yusuf
(ii)               Renyah karya Gunawan Mahmood
(iii)             Afza Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv)             Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(v)               Interlok karya Abdullah Hussain
(vi)             Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(vii)           Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(viii)         Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan

(a)    Sesebuah novel mengetengahkan pelbagai latar tempat untuk menjadikan jalan ceritanya lebih menarik.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan latar tempat dalam novel tersebut .
                                                                                  ( 7 markah )

Peristiwa Menarik Dalam Novel Kabus Di Perbukitan

KABUS DI PERBUKITAN karya Mohamad Kholid bin Hamzah
Image result for novel kabus di perbukitan tingkatan 5

Peristiwa menarik dalam novel ialah

1. Peristiwa yang berlaku ketika Faridah berada dalam keadaan bawah sedar. Faridah berada pada zaman lampau. Faridah berada di suatu tempat asing, iaitu di Bukit Kutu dan Pekan Sungai Kubu. Faridah pergi ke pekan tersebut ditemani oleh Amah Siti.
Faridah melihat cara penduduk pada zaman itu begitu asing baginya. Faridah merasakan dia berada pada zaman penjajahan Inggeris sebelum negara mencapai kemerdekaan.

2. Peristiwa Rahayu bertemu dengan Faridah dalam keadaan bawah sedar. Mereka bertemu di dalam sebuah rumah papan yang hampir roboh ditolak arus. Selepas diselamatkan Rahayu, Faridah memeluk adiknya dengan erat untuk melepaskan rindu setelah bertahun-tahun tidak bertemu. Selepas Faridah sedar, Rahayu telah pun meninggal dunia.
Menggambarkan keistimewaan hubungan kembar antara Faridah dan Rahayu yang masih boleh berhubung walaupun jasad mereka terpisah jauh.

Peristiwa Menarik Dalam Novel Melunas Rindu

MELUNAS RINDU karya Hartini Hamzah
Image result for melunas rindu

Peristiwa menarik dalam novel ialah :

1. Peristiwa Fuad mengetahui ibu kandungnya masih hidup daripada Pak Samsudin iaitu jiran Mariah (kakak angkat ibu Fuad). Pak Samsudin juga meyakinkan Fuad bahawa Fuad akan berjumpa dengan ibu kandungnya, Mariana sendiri bukan dengan kuburnya.
Peristiwa ini menjadikan perjalanan cerita bertambah menarik dan pembaca ingin mengetahui cerita yang seterusnya.

2. Peristiwa Fuad mengetahui bahawa nama asal ketika dilahirkan ialah Abdul Halim dan nama Islam bapanya ialah Roslan. Fuad sendiri terkejut mendengarkan perkara itu daripada Pak Ngah Lias.
Peristiwa ini memberikan maklumat tentang sejarah hidup Fuad dan mengetahui identiti sebenar Fuad.

3. Peristiwa Fuad membantu ibu saudaranya, Swee Lan menyuapkan bubur nasi kepada bapa saudaranya, Peter Lim yang semakin uzur. Fuad juga membantu ibu saudaranya itu mengelap muntah bapa saudaranya, dan membawanya ke klinik.
Peristiwa ini memaparkan keperibadian Fuad yang bukan hanya kacak dari segi luaran malah mempunyai perwatakan dalaman yang berbudi pekerti mulia.

4. Peristiwa Fuad menyambut hari lahir Farhana. Bermula dengan pemberian kad ucapan, kemudian Fuad mengajak Farhana keluar makan di Restoran Terapung di Taman Syahbandar, Terengganu. Fuad juga mengucapkan ’Selamat Ulang Tahun ke-24’ kepada Farhana.
Peristiwa ini memberikan gambaran Fuad dan Farhana sudah mula bercinta. Farhana senang dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh Fuad.

5. Peristiwa Fuad menyedari bahawa ibu Farhana adalah ibu kandungnya. Mariana dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana menghidap penyakit lelah (asma). Semasa berada di hospital tersebut Fuad mengetahui ibu Farhana (Mariana) adalah ibu kandungnya yang dicari selama ini. Fuad tabah menerima kenyataan bahawa ibunya (Mariana) adalah ibu Farhana juga dan Farhana, gadis yang dicintai dan ingin dikahwininya adalah adik kandungnya sendiri.
Peristiwa ini membawa unsur kejutan kepada pembaca dan pembaca berasa simpati kepada Fuad dan Farhana yang baru mula ingin bercinta. Perjalanan cerita menjadi bertambah menarik.


6. Pertemuan Fuad dengan ayah kandungnya, Robert Lim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Fuad ingin membalas jasa orang tuanya dengan membawa Mariana (ibu kandungnya), Mak Salmah (ibu angkat) dan Pak Ismail (bapa angkatnya) menunaikan umrah di Mekah. Robert Lim memberikan harapan bahawa dia akan menyusul mereka kemudian dan dia dan Fuad saling berpelukan.
Peristiwa ini menandakan Fuad sudah memaafkan bapanya dan hubungan antara kedua-dua beranak itu sudah jernih.

7. Peristiwa Fuad mengajar murid-murid secara individu di dalam kelas lanjutan untuk membantu murid-murid di SM Seri Setia menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
Peristiwa tersebut membuktikan kesungguhan dan keikhlasan Fuad melaksanakan tugas sebagai pendidik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online