Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

PANTUN DUA KERAT

25/02/17

PANTUN DUA KERAT


Banyak udang banyak garam    
    Banyak orang banyak ragam

Sebab pulut santan binasa
    Sebab mulut badan binasa

Sudah garahu cendana pula    
   Sudah tahu bertanya pula

Pinggan tak retak nasi tak dingin
    Orang tak hendak kami tak ingin

Paku dulang paku serpih          
   Mengata orang dia yang lebih   

Lain dulang lain kakinya            
    Lain orang lain hatinya           

Lain hulu lain parang
    Lain dulu lain sekarang

Dahulu parang sekarang besi
    Dahulu sayang sekarang benci 
  
Daripada cempedak biarlah nangka
    Daripada tiada baiklah ada

Tak tumbuh tak melata
   Tak sungguh orang tak kata
        
Orang berbudi kita berbahasa
    Orang memberi kita merasa

Kembang jarak kembang jagung
    Berani bawak berani tanggung

Kapal belayar dalam semak     
    Perut lapar semua lemak

Gendang gendut tali kecapi    
    Kenyang perut suka hati

Kalau padi taruh sama beras        
    Kalau tak mati boleh balas

Kayu bongkok di balik tiang     
    Ayam berkokok alamat nak siang

Keli masuk ruan keluar
    Matahari masuk bulan keluar

Ada beras taruh dalam peti 
   Ada hajat taruh dalam hati

Ada ubi ada batas
    Ada budi boleh dibalas

Buah beluluk buah kepayang   
    Dimakan mabuk dibuang sayang

Siakap senohong, gelama ikan duri               
    Bercakap bohong,lama-lama mencuri

Kayu lurus tengah ladang
     Kerbau kurus banyak tulang

Secupak nasi setahil berangan 
    Tersepak kaki, terkehel tangan

Pagi petang siang malam            
     Hati terang senang faham         
       
Satu dua tiga empat
    Siapa cepat dia dapat
  
Lima,enam,tujuh dan lapan
   Kuat bersenam sihatkan badan

Ratib-ratib buluh nipah         
   Sudah ratip hendak upah

Kura-kura dalam perahu
   Pura-pura tidak tahu

Tuku takal pengancing pintu 
   Budak nakal memang begitu
       
Ayam bulat makan padi beras
   Bangun lambat dapat laki malas

Tua-tua keladi           
   Makin tua makin menjadi

Terima kasih daun keladi
    Kalau boleh mahu lagi

Hujung bendul dalam semak 
   Kerbau mandul banyak lemak

Tinggi rendah panjang lebar
     Pergi sekolah mesti belajar
   
Guni kapur kirim pak mertua
    Nyanyi di dapur kahwin orang tua

Pat-pat nya
  Siapa cepat dia punya

Kalau tak cengal giam          
  Kalau tak kenal diam
        
Berniaga buluh kasap  
   Untung habis modal lesap

Duduk inding enggang tap
  Senduk di dinding, panggang di atap

Taptibau puyuh padang     
   Hilang pisau berganti parang

Pokok tinggi buruk akar
   Matahari tinggi perut pun lapar

Ikan tokak makan meranggung
   Sedap tekak badan menanggung

Murai gila jadi tekukur    
   Ajaib hairan hati tafakur

          Umbut mayang letak di batu     
    Rambut mengerbang banyak kutu

Cekur dang gamit
   Mintak cekur beri kunyit

Sici,loro,telu,papat
  Melayu lari Jawa dapat

Anak dara pergi ke kedai
   Rindu di hati rasa nak longlai

Teknik Mengolah Karangan STPM

15/02/17

Teknik Mengolah Karangan STPM - 

Guna Formula Cikgu Khir Kassim




Pendahuluan

Dalam Perkongsian Cikgu Khir Kassim dalam blog pendidikannya, Karangan yang baik haruslah diolah dengan mengembangkan isi iaitu menghuraikannya sambil mengemukakan bukti atau contoh yang sesuai. Dalam hal ini, kita jarang-jarang mendengar murid menghadapi masalah untuk mendapatkan isi karangan. Namun demikian, kebiasaannya murid menghadapi masalah untuk mengolah atau mengembangkan isi karangan tersebut. Mereka selalunya menghadapi masalah untuk mengembangkan isi tersebut agar menjadi satu kesatuan idea dalam perenggan-perenggan karangan. Isi tersebut perlu dikembangkan menjadi satu pertautan idea antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.
Murid-murid juga selalunya menghadapi masalah untuk menulis karangan yang menepati jumlah perkataan, seperti yang dikehendaki oleh soalan. Kerap kali berlaku, murid-murid menulis karangan yang jumlah perkataannya kurang daripada yang telah ditetapkan oleh soalan. Perenggan karangan juga biasanya tidak seimbang kerana terdapat perenggan yang panjang dan ada pula perenggan yang pendek. Perkara ini berlaku kerana murid-murid tiada teknik atau cara yang boleh membantu mereka untuk mengembangkan isi karangan agar seimbang antara perenggan. Oleh hal yang demikian, cikgu akan membincangkan teknik atau cara-cara untuk mengolah atau mengembangkan isi karangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online