Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

BBM Pdpc : Cara Bina Jigsaw Puzzle dengan menggunakan Tarsia

13/04/17

Bahan Bantu Mengajar Pdpc : Cara Bina Permainan/Aktiviti Bahasa Jigsaw Puzzle dengan menggunakan Tarsia


Tarsia merupakan permainan jigsaw puzzle yang dijana dengan menggunakan perisian yang sedia untuk digunakan. aktiviti permainan bahasa ini bagus digunakan sebagai pemantapan dan pengayaan dalam pembelajaran tak kira subjek sama ada dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik malahan ilmu Sains. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan melibatkan kolaborasi semua pelajar dalam kumpulan.


cara menghasilkan permainan Tarsia:

1. Muat turun Tarsia di sini (sila tekan butang kecil berwarna hijau dengan anak panah ke bawah) atau pilihan kedua di sini.
2. Buka

Teknik 4, 5 & 6 Unsur dalam menghasilkan perenggan penulisan bahasa Melayu Cikgu Qamarul Abdullah

3/04/17


Teknik 4, 5 & 6 Unsur dalam menghasilkan perenggan penulisan bahasa Melayu Cikgu Qamarul Abdullah




berkesinambungan daripada Teknik 4 Unsur sebelum ini, cikgu akan perkenalkan teknik sambungan iaitu 5 & 6 Unsur dalam penghasilan karangan A+ tak kira Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Perenggan A+ 4 Unsur

Setiap perenggan hendaklah mengandungi 4 unsur ;

a. Ayat topik/isi utama.
• Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.
• Gunakan ayat yang mudah.

b. Huraian (ayat huraian)
• Pengembangan isi berdasarkan isi utama.
• Boleh merangkumi aspek persoalan bagaimana dan mengapa. • Menggunakan penanda
wacana yang sesuai.
• Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik.

c. Contoh (ayat contoh)
• Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk data statistik, pendapat orang yang sangat
dikenali ramai dan dihormati, dan penemuan atau kajian sains.

d. Penegasan (ayat penegas)
• Penutup kepada perenggan dan menegaskan

Contoh Perenggan 4 Unsur

          Punca selanjutnya yang menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya ialah disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya (AI). Kebanyakan mereka terutamanya pemandu kenderaan memandu kenderaan mereka dengan mengikut hati sendiri tanpa mematuhi undang-undang jalan raya dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain (AH). Keadaan ini menyebabkan mereka melakukan pelbagai kesalahan jalan raya seperti memotong barisan kenderaan, melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar, dan berhenti di petak kuning (AC). Hal ini jelas menunjukkan bahawa sikap pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab mengundang berlakunya kesesakan di jalan raya (AP).







Setiap perenggan hendaklah mengandungi 5 unsur ;

a. Ayat topik/isi utama.
• Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.
• Gunakan ayat yang mudah.

b. Huraian (ayat huraian)
• Pengembangan isi berdasarkan isi utama.
• Boleh merangkumi aspek persoalan bagaimana dan mengapa. • Menggunakan penanda
wacana yang sesuai.
• Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik.

c. Contoh (ayat contoh)
• Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk data statistik, pendapat orang yang sangat
dikenali ramai dan dihormati, dan penemuan atau kajian sains.

d. Huraian Contoh (ayat huraian contoh)
• Menghuraikan contoh yang diberikan

e. Penegasan (ayat penegas)
• Penutup kepada perenggan dan menegaskan


Contoh Perenggan 5 Unsur

          Sejarah juga telah dikenal pasti sebagai elemen penting membantu mempercepat pembangunan sesebuah negara (Ayat Isi). sesebuah negara akan terus jumud sekiranya tidak mahu belajar daripada sejarah silam (Ayat Huraian). Negara-negara seperti Jepun, Korea, Vietnam pada awalnya pernah hancur akibat bahana peperangan yang melanda (Ayat Contoh). Namun, dengan kekuatan rakyatnya menilai semula sejarah, justeru mereka bangkit untuk membajai semangat patriotisme menjadi bangsa yang berjaya (Ayat Huraian Contoh). Benarlah hakikat bahawa, rakyat yang kenal sejarah asal usul dan jatuh bangunnya bangsa mereka sahaja yang mampu bangun untuk mengorak langkah semula (Ayat Penegasan).
            




Setiap perenggan hendaklah mengandungi 6 unsur ;

a. Ayat topik/isi utama.
• Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.
• Gunakan ayat yang mudah.

b. Huraian (ayat huraian)
• Pengembangan isi berdasarkan isi utama.
• Boleh merangkumi aspek persoalan bagaimana dan mengapa. • Menggunakan penanda
wacana yang sesuai.
• Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik.

c. Contoh (ayat contoh)
• Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk data statistik, pendapat orang yang sangat
dikenali ramai dan dihormati, dan penemuan atau kajian sains.

d. Huraian Contoh (ayat huraian contoh)
• Menghuraikan contoh yang diberikan

e. Ungkapan Menarik (ayat ungkapan menarik)
• Mengemukakan peribahasa yang bersesuaian (bidalan, pepatah, perumpamaan, simpulan bahasa), Kata-kata hikmah, kata-kata orang-orang tua, hadis dan ayat suci Al-Quran (sekiranya ada). boleh juga meletakkan puisi (pantun, seloka, gurindam, petikan sajak) dan rangkap lagu.

f. Penegasan (ayat penegas)
• Penutup kepada perenggan dan menegaskan


Contoh Perenggan 6 Unsur

          Kebersihan yang nyata adalah yang tampak pada zahirnya (AI). Walau bagaimanapun, kebersihan yang hakiki hendaklah bermula dengan kebersihan batiniah. Oleh itu, saya amat cakna dalam urusan kebersihan sama ada zahir mahupun batin. Aura yang terpancar pada wajah menjadi bacaan hati dalam diri seseorang (AH). Dalam hal ini Imam Al-Ghazali dalam nukilannya pernah menyatakan, "Mahu melihat kecantikan diri bercerminlah, sebaliknya mahu melihat kecantikan batin bercerminlah pada wajah" (AC)Oleh itu, sebelum zahir dilihat cantik, saya perlu menghiasi jiwa dan rohani. Apabila saya mengamalkan sifat-sifat seperti takwa, bersyukur dan amanah merupakan santapan jiwa yang akhirnya akan terpancar pada pengamalnya (AHC). Hal demikian amatlah tepat dengan kata-kata dalam lirik 'Wajah Cerminan Hati' dendangan penyanyi tersohor 1960-an, iaitu A.Ramlie, yang berbunyi;


Andai hati tak sayang wajahmu lain sekali,
Andai hatimu jujur, wajah cerminan hati.              (UM)

melalui lirik ini jelaslah, kebersihan bukan sahaja dinilai dari sudut zahir sahaja malah kesucian batiniah juga perlu dalam dalam menjaga kebersihan diri secara total. (AP)




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cikgu boleh tak unsur ini disusun semula?

Boleh. Ikut kesesuaian.

Contoh.

          Dipetik daripada kata-kata sepotong Hadith Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud, "Pilihlah rakan yang betul. Sekiranya kamu bersahabat dengan penjual minyak wangi nescaya bauan kasturinya akan terkena kepada kamu. Tetapi, apabila kamu bersahabat dengan seorang tukang besi nescaya bau tengik besi akan terpalit juga kepada dirimu" (Ungkapan Menarik). Demikianlah betapa pentingnya pengaruh kawan dalam kehidupan kita (Ayat Isi)sebagai remaja dalam alaf baru ini saya tidak boleh lari daripada bersahabat kerana bersahabat menjadi resepi utama untuk menentukan arah tuju kita (Ayat Huraian). Walau bagaimanapun, sebagai remaja yang berwawasan, saya harus bijak memilih rakan kerana rakan ketawa beramai-ramai, tetapi rakan menangis seorang diri (Huraian Contoh). Tamsilan terbaik yang boleh diambil pengajaran adalah dari filem 'Anakku Sazali' karya seniman agung Tan Sri P. Ramli. melalui filem ini menunjukkan karekter Sazali menjadi jahat akibat pengaruh rakan sebaya sehinggakan mengingkari ayahnya sendiri (Ayat Contoh). Oleh itu, banyak ciri rakan yang baik harus saya telitikan agar rakan tidak menjadi lawan pada hari kemudian (Ayat Penegas).



latihan

Peta minda: Usaha memupuk semangat kejiranan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online