Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

Contoh Teks Skrip Forum Remaja

17/08/17

CONTOH SKRIP FORUM REMAJA BERTAJUK
'PERANAN REMAJA DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU'


PENGERUSI                       :
AHLI PANEL PERTAMA  :
AHLI PANEL  KEDUA      :
AHLI PANEL KETIGA      :


PEMBICARA
SKRIP
PENGERUSI
Percubaan  Pertama,  Forum remaja penjana minda kelas  pertama
AHLI PANEL  1
Percubaan kedua, Forum remaja pencetus minda remaja kritis.
AHLI PANEL 2
Percubaan ketiga ,Forum remaja pencetus  minda remaja kreatif.
 AHLI PANEL 3
Percubaan keempat  ,Forum remaja penjana kelahiran generasi berinformasi.
SEMUA
Forum remaja pemangkin kecemerlangan budaya  masyarakat berilmu.
Pengerusi
Bismillahirahmannirrahim
Alhamdulillahirabbilalamin
Wassolatuwassalamu ala asrafil ambiyai wal mursalin
Wa ala alihi wasahbihi ajmain
Assalamualaikum warahmatullahitaalahiwabarakatuh,
Salam sejahtera, salam satu Malaysia,

Contoh Teks Forum untuk ULBS SPM

FORUM WARISAN BANGSA
Image result for contoh karangan forum

Setiap negara, pasti mempunyai nilai dan budaya yang tersendiri. Begitu juga di negara kita yang terdiri dari lima budaya besar iaitu Melayu, Cina dan India, Kadazan dan Iban. Namun begitu, akibat arus modenisasi yang semakin hebat pada era ini, sedikit-sedikit amalan dan cara hidup yang menjadi pegangan hidup , terhakis. Kita lihat di mana-mana , masyarakat kurang menghargai nilai estetika yang ada dalam masyarakat, sebagai contoh, pemakaian kain batik sarung. Amat kurang sekali ,dilihat anak-anak muda memakai kain sarung batik kecuali di negeri Kelantan dan Terengganu. Sehubungan itu, SEMBANG PAGI pada pagi ingin membicarakan isu ini secara lebih
ilmiah.

Pengerusi: Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para penonton yang setia berada di hadapan TV .
Tajuk isu pada pagi ini ialah ”WARISAN BANGSA”. Apakah sebenarnya warisan bangsa yang tergambar dalam kotak fikiran kita? Apa pula kepentingannya sehingga kita perlu mempertahankan warisan bangsa ini? Akhir sekali , benarkah arus pemodenan yang dikatakan sebagai punca hilangnya penghargaan generasi sekarang terhadap warisan bangsa ini ?

Bagi membincangkan persoalan-persoalan yang dikemukakan , tiga orang tokoh telah dijemput, di sebelah kanan saya ialah Pengarah Arkib Negara iaitu Datuk Seri Razman Hasyim. Di sebelah kiri saya, Presiden Yayasan Belia Negara, Dato’ Kamal Adli dan di hujung sana ialah, Budayawan Negara, Datuk Awie Awiluddin

Bagi mendapatkan takrifan yang tepat tentang warisan bangsa, amat sesuai sekali jika Datuk Awie Awiluddinmemulakan bicara kita pada pagi ini. Baiklah Datuk, apakah definisi yang paling
sesuai untuk tajuk kita pada hari ini?

[NOTA] Senarai peribahasa Di Dalam Buku teks Tingkatan 1 Hingga Tingkatan 3 (PT3)

16/08/17

Senarai peribahasa Di Dalam Buku Teks Tingkatan 1 Hingga Tingkatan 3 (PT3)
Image result for kartun cikgu kelakar peribahasa

Peribahasa Melayu yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 seperti di bawah ini sebagai rujukan :
§  Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
§  Ringan tulang, berat perut.
§  Ada udang di sebalik batu.
§  Biar titik jangan tumpah.
§  Indah khabar daripada rupa.
§  Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.
§  Jauhari jua yang mengenal manikam.
§  Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.
§  Alah membeli menang memakai.
§  Alang-alang mandi biar basah.
§  Kalau tak berada-rada, tak akan tempua bersarang rendah.Bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
§  Seperti api di dalam sekam.
§  Seperti lintah menghisap darah
§  Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
§  Genggam bara api biar sampai jadi arang.
§  Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
§  Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
§  Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
§  Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
§  Umpama orang mengantuk disorongkan bantal
§  Seperti harimau menyembunyikan kukunya.
§  Seperti embun di hujung rumput.
§  Sudah terantuk baru terngadah.
§  Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.
§  Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
§  Jauh berjalan luas pandangan.Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung.
§  Seperti hujan jatuh ke pasir.
§  Alang-alang berdakwat biarlah hitam.
§  Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

[NOTA] TATABAHASA BAHASA MELAYU

15/08/17

TATABAHASA BAHASA MELAYU


Tatabahasa Bahasa Melayu terbahagi kepada banyak bahagian. namun begitu, dalam pembelajaran bahasa Melayu di sekolah lebih-lebih lagi dalam soalan kemahiran bahasa SPM penekanan diberikan kepada;

1. Morfologi
2. Sintaksis
3. Fonologi
4. Peribahasa

Sajak Kuingin Berterima kasih Antologi KOMSAS Tingkatan 1

14/08/17

KUINGIN BERTERIMA KASIH
(Ihsan Noorzali) 

Image result for terima kasih
Maksud Sajak Rangkap 1
Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi. Kehadiran hujan menyejukkan suasana dan jiwa manusia. Kedinginan yang dibawa mampu meredakan api kemarahan. 

Rangkap 2
Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang subur. Tanah yang subur telah memberikan rezeki dan pendapatan kepada para petani. 

Rangkap 3
Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan di laut kerana memberikan rezeki kepada nelayan. 

Rangkap 4
Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang telah banyak berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh. Pengorbanan mereka itu mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang rakyat terhadap tanah air. 

Rangkap 5
Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat mengubati kedukaan  dan penderitaan mangsa peperangan. Penyajak juga berharap dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia betapa peperangan hanya akan menimbulkan lebih banyak kehancuran dan penderitaan.   
 
Rangkap 6
Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika semua pihak dapat berfikir secara waras dan bersama-sama berganding bahu menuju kejayaan dan keamanan sejagat. 

Cara Menulis Dan Contoh Daftar Pustaka Atau Bibliografi

10/08/17


Cara menulis dan contoh Daftar Pustaka atau Bibliografi

Image result for bibliography



Daftar Pustaka atau biasa disebut sebagai Daftar Pustaka atau Bibliografi adalah tulisan yang tersusun di akhir sebuah karya ilmiah yang berisi nama penulis, judul tulisan, penerbit, identiti penerbit dan tahun terbit sebagai sumber atau rujukan seorang penulis. Daftar Pustaka ada pada semua jenis karya penulisan ilmiah seperti buku, jurnal, majalah, artikel, dan sebagainya. 

Penulisan Daftar Pustaka memiliki cara yang baku tetapi tidak mengikat, kerana setiap sumber atau karya tulis yang digunakan biasanya beragam. Aturan yang biasanya digunakan seperti berikut;

1. Disusun berdasarkan urutan abjad berturut-turut dari atas ke bawah,
2. Susunannya tidak menggunakan urutan angka dan huruf
3. Jarak penyusunan antara sumber yang satu dengan yang lain biasanya menggunakan jarak.

Tujuan Penulisan Daftar Pustaka 
  • Ciri khas Karya Tulisan Ilmiah.
  • Rujukan, Kajian atau Sumber Ilmu Pengetahuan berkaitan.
  • Memberikan kepastian rujukan untuk Penulis, Penerbit dan Sebagainya.
  • Mengetahui tempat penerbitan.
  • Membina Kepercayaan Pembaca.
  • Membantu Pembaca mencari bahan bacaan atau ilmu pengetahuan berkaitan ini penulisan tang diterbitkan..


Sistem APA

Sistem dokumentasi APA

Dimensi Dikemassenga Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu

9/08/17

Dimensi DiKeMasSeNgA 
Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu



Susunan Peranan Dalam Perenggan

DiKeMasSeNgA
 ---------------------------------------------------->


(mengikut susunan kronologi)


DI     = Diri 

saya
: apa yang saya perlu buat untuk menghentikannya?
pelaku : bagaimana cara untuk saya menghentikannya?
pelihat kejadian : mengambil tindakan, menasihati, melaporkan kepada pihak berkuasa.


KE   = Keluarga 

i. ibu bapa
: mendidik, menjadi contoh teladan, membelikan, menghadiahkan,  mengajarkan ilmu agama secukupnya, menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia dalam diri anak-anak, dll
ii. adik-beradik : membantu, menasihati, memberikan motivasi

Iii.  Datuk dan nenek : mengajarkan ilmu agama secukupnya, menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia


MAS = Masyarakat 

i. Ketua Kampung, Ketua masyarakat :
mengadakan muafakat dalam menyelesaikan isu tersebut, menyokong kempen yang diadakan oleh pihak berkuasa
ii. orang kampung, rakyat  : menyokong, memberi kerjasama


MASS = Media Massa 

i. Media Cetak : Ketua editor, penulis (menulis artikel), penerbit majalah dan akhbar; majalah, surat khabar, (memaparkan poster, menerbitkan artikel dll. )

ii. Media Elektronik : Televisyen (menyiarkan iklan, memaparkan kisah dan rancangan berkaitan isu), Radio (menguar-uarkan isu di corong-corong radio)
iii. Media Sosial: Facebook (menularkan isu berkaitan sebagai pengajaran), Youtube, Twitter & laman perbualan atas talian


SE    = Sekolah 

i. Pihak Kementerian Pelajaran: 
menyerapkan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

ii. Pengetua/ guru : memberikan ceramah, mengadakan program motivasi, mengadakan program jati diri, modul,serap dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, program, pengajaran)


N       = Negara (Pihak berkuasa & Pihak penguatkuasa)

i. Pihak Berkuasa 
   - Kerajaan : , memperkenalkan kempen, menggubal rang undang-undang, mengetatkan undang-undang sedia ada.

ii. Pihak Penguatkuasa 
   - Pihak Berkuasa Tempatan : melaksanakan kempen, 
   - Polis, Tentera dll : menguatkuasa undang-undang, menangkap pesalah, menjatuhkan hukuman, mengenakan hukuman & denda yang tinggi,



NG   = NGO 

Badan Bukan Kerajaan, Persatuan, Syarikat Korporat :
 melaksanakan kerja amal, memberikan sumbangan kepada yang memerlukan, menyampaikan bantuan, mengadakan program khidmat masyarakat, turun padang menyampaikan maklumat, mengadakan program penanaman semula anak pokok, dll . Contoh NGO - Aman Palestin, Angkatan Belia Islam Malaysia, World Wide Fund For Nature (WWF),  


A       = Antarabangsa

i. Antara negara
( Badan dan persatuan dunia, perjanjian, diplomatik, perundingan)

ii. Pertubuhan Antarabangsa (Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, Doktor Tanpa Sempadan, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO), Tabung Kanak-kanak UNICEF), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dll.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online