Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Label

SPM KOMSAS Penulisan Tatabahasa STPM Nota Novel PMR Tingkatan 4 Tingkatan 5 Karangan A+ Tingkatan 1 Kesusasteraan Morfologi PT3 UNIVERSITI Jurnal Info Teks Pengacaraan Guru Aktiviti Bahasa Pengacaraan Teknik Rumus Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Pengolongan Kata Sajak Isu Semasa BM STPM Cerpen Forum Novel Sejambak Bakti Prosa Tradisional Tingkatan 2 Karangan Bahan Rangsangan Kesalahan ejaan Latihan Novel Kabus Di Perbukitan Novel Melunas Rindu Peribahasa Sintaksis karangan berformat Antologi Sejadah Rindu Novel Silir Daksina contoh karangan Fonologi soalan-jawapan Antologi Kuingin Berterima Kasih UPSR skema pemarkahan Novel Di Sebalik Dinara Semantik Teknik Mengarang Ujian Berita Drama Kesimpulan Pengajian Am Rumusan Tingkatan 3 format Kesalahan Imbuhan Kesalahan Istilah Kesalahan Tatabahasa Latih Tubi Murid Novel Tingkatan 1 Novel Tingkatan 5 PKJR Pantun Pdpc Peraturan Permainan Pertandingan Petikan Cerpen PnP Teknik Menjawab Soalan Tips ULBS contoh soalan format kertas Bahasa Melayu kertas satu Aspek Tatabahasa BBM Bahas Bahas Ala Parlimen Buku Buku Latihan Debat Dikemassenga Gurindam Hakim Hasil titik peluh Istilah Isu Bahasa Kaedah Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Menulis Kemahiran Seni Bahasa Kerajaan Kerja Kursus Kertas Kerja Kertas Konsep Makna Istilah PAK 21 PIBG PLBS Panduan Pembangkang Pengenalan Penjaga Masa Peraturan Pertandingan. Kertas Konsep Perbandingan Novel Permainan Bahasa Pertanyaan Peta Minda Prosa Moden Puisi Seloka Seni Bahasa Soal Jawab Surat menyurat Syair Tahap 1 Tahap 2 Tnigkatan 1 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Ulangkaji cara melintas jalan cereka cerita fiksyen homofon homograf imbuhan jenis kenderaan novelTingkatan 5 pantun kanak-kanak pasang siap program sekolah
Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

klik iklan di sebelah sebagai tanda sokongan ya :)


Terima kasih!

Contoh Teks Skrip Forum Remaja

17/08/17

CONTOH SKRIP FORUM REMAJA BERTAJUK
'PERANAN REMAJA DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU'


PENGERUSI                       :
AHLI PANEL PERTAMA  :
AHLI PANEL  KEDUA      :
AHLI PANEL KETIGA      :


PEMBICARA
SKRIP
PENGERUSI
Percubaan  Pertama,  Forum remaja penjana minda kelas  pertama
AHLI PANEL  1
Percubaan kedua, Forum remaja pencetus minda remaja kritis.
AHLI PANEL 2
Percubaan ketiga ,Forum remaja pencetus  minda remaja kreatif.
 AHLI PANEL 3
Percubaan keempat  ,Forum remaja penjana kelahiran generasi berinformasi.
SEMUA
Forum remaja pemangkin kecemerlangan budaya  masyarakat berilmu.
Pengerusi
Bismillahirahmannirrahim
Alhamdulillahirabbilalamin
Wassolatuwassalamu ala asrafil ambiyai wal mursalin
Wa ala alihi wasahbihi ajmain
Assalamualaikum warahmatullahitaalahiwabarakatuh,
Salam sejahtera, salam satu Malaysia,


Ahli panel dan sidang hadirin yang dirahmati Allah

    Segala puji-pujian ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah kurnia  dan izin-Nya dapat kita bersama-sama bersua dalam pertandingan forum remaja peringkat daerah Klang  pada pagi nirmala  yang bening lagi ceria ini


Hadirin yang dihormati
    
    Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang segak-segak lagi tampan bergaya pada hari ini, izinkan saya  untuk mengupas terlebih dahulu  tajuk  forum remaja kita pada hari ini. 

     Tajuk forum kita berkisar  tema alam sekitar iaitu peranan Remaja  dalam penggunaan teknologi hijau.

     Dunia marcapada menyaksikan kita berhadapan dengan senario kemelut alam sekitar yang mengancam dunia amnya dan umat manusia khususnya.     Dalam hal ini ,remaja sebagai generasi pelapis kepimpinan negara seyogianya turut dituntut   untuk bergerak seiring dengan ahli masyarakat yang lain demi merealisasikan aplikasi teknologi hijau di negara  kita.

    Pada hari ini, perubahan iklim dunia berlaku secara mendadak dan tidak menentu  sehingga mengancam kehidupan manusia . Perubahan cuaca global ini juga   menjejaskan  kelestarian alam sekitar  dan mengundang bencana alam .

     Kenaikan aras laut, kenipisan lapisan ozon, pencairan bongkah ais, kejadian ribut dan gempa bumi  adalah antara fenomena   yang menakutkan umat sejagat. Seandainya,  tindakan proaktif dan progresif tidak dilaksanakan   secara tekal  , dunia akan musnah dalam musibah alam angkara manusia.  

    Dalam hal ini, peranan remaja turut dituntut.    Kata orang tua-tua, ‘yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datangmelayang” .  Justeru ,remaja seyogianya tidak  terus-terusan mendakap tubuh tanpa sebarang inisiatif , sebaliknya, ramaja harus  bangkit untuk turut memainkkan peranan  menyokong  sebarang prakarsa bagi   mengatasi masalah alam sekitar dengan pengaplikasian  teknologi hijau dalam kehidupan seharian .

    Baiklah sidang hadirin, sebelum kita menelusuri  lebih mendalam topik perbincangan molek kiranya kita berkenalan  dengan  ketiga-tiga ahli panel  kita pada hari ini.

      Di sebelah kanan saya, saudara............................................yang merupakan ahli panel yang pertama, selamat datang saudara, apa khabar  ?
Ahli panel 1
Terima kasih saudara pengerusi, Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja .
Pengerusi
Seterusnya, saya perkenalkan ahli panel kedua, yang berada di sebelah  saudara ahli panel pertama iaitu saudara.....................................................,

selamat datang saudara
 Saudara....................................................apa khabar ?
Ahli panel 2
Alhamdulillah, khabar baik saudara  pengerusi.
Pengerusi
     Berada di sebelah ahli panel kedua, tak lain tak bukan tentulah ahli panel kita yang ketiga iaitu saudara.......................................................... Walaupun Nampak pemalu, namun petah bicaranya. Apa  khabar saudara?
Ahli Panel 3
    Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan yang baik,maka saya berada di sini bersama saudara dan para hadirin. Salam forum buat semua.
Pengerusi
  Usai salam perkenalan daripada semua ahli panel,kembali kita kepada topik  forum kita tentang peranan remaja dalam penggunaan teknologi hijau.

Sidang hadirin yang dihormati
    
      Sidang hadirin,  Apakah sebenarnya  teknologi hijau  dan sejauh manakah  remaja diberikan pendedahan tentang konsep teknologi hijau ?. Bagi menjawab persoalan ini, izinkan  saya  mengajukan soalan pertama  kepada ahli panel pertama. Saudara................................., mohon saudara memberikan penjelasan tentang maksud atau konsep  teknologi hijau .Silakan saudara.
Ahli panel 1
Terima kasih saudara Pengerusi  .

Bismillahirahmanirrahin
Terima kasih saudara pengerusi

Assalamualaikun dan salam sejahtera kepada siding hadirin yang dihormati

      Takrif  teknologi hijau yang saya petik daripada portal Profil Malaysiaiaitu pmr. penerangan.gov. my/indek php/alam sekitar /485 teknologi hijau  ialah   pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem  untuk memelihara alam semula jadi dan  meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif  daripada aktiviti  manusia..
    
     Teknologi ini dijangka dapat membantu meminimumkan degrasi kualiti persekitaran iaitu mempunyai pembebasan gas rumah hijau GHG yang rendah atau sifar.

    Apa yang menariknya  ya saudara pengerusi dan sidang hadirin, teknologi hijau  ini juga  selamat digunakan untuk menyediakan persekitaran yang lebih sihat dan lebih baik untuk semua hidupan.  Hal  ini  demikian kerana  teknologi  ini merupakan  teknologi rendah karbon  dan lebih mesra alam berbanding  teknologi sedia ada

     Sehubungan dengan itu, teknologi tersebut  juga mestilah membantu usaha menjimatkan tenaga dan sumber asli  serta menggalakkan sumber yang dapat diperbaharui.

     Teknologi hijau ini selaras dengan pembangunan mapan  iaitu pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa perlu menjejaskan keperluan generasi masa depan.

     Dalam erti kata lain, kita turut bertanggungjawab memastikan generasi akan datang  dapat menikmati  kualiti  kehidupan  sebagaimana yang kita nlkmati atau yang lebih baik daripada yang kita peroleh pada hari ini dengan aplikasi teknologi hijau.

     Menurut  laman web Wikipedia Bahasa Melayu, antara contoh  bidang tumpuanTeknologi hijau  ialah, yang pertama  tenaga sumber alam semula jadi.  Isu penting dalam teknologi ini ialah pembangunan bahan bakar alternatif    atau sumber tenaga yang boleh diperoleh.   Contohnya ialah  penggantian arang batu sebagai bahan bakar yang tidak mesra alam dan  penggunaan kereta hybrid

     Tumpuan yang kedua ialah  bangunan hijau yang merangkumi semua tahap pembangunan iaitu daripada pemilihan  bahan  bangunan kepada pemilihan lokasi  bangunan.  Tamsilnya ialah penggunaan  sistem solar  dan sistem ventilator  untuk mengurangkan haba di dalam bangunan seterusnya mengurangkan penggunaan tenaga

      Tumpuan yang ketiga pula ialah bidang nanoteknologi  hijau melibatikan manipulasi bahan pada skala nano meter atau pe milymeter.  Bidang ini mungkin melibatkan penambahbaikkan dalam aktiviti kitar semula.

     Bidang tumpuan yang keempat ialah alamtologi iaitu satu teknologi yang jelas mengikut fitrah alam dan kita hanya mengembangkannya mengikut   susunan yang lebih teratur.  Pada pendapat saya bidang tumpuan inilah yang paling mudah dikaitkan dengan penglbatan atau peranan remaja.
    
Setakat ini sahaja saudara pengerusi  tentang takrif  teknologi hijau. Saya serahkan semula kepada saudara     pengerusi. Terima kasih.
          
Pengerusi
     Sidang hadirin,     demikian tadi penjelasan tentang takrif teknologi hijau  yang pada pandangan saya merupakan penjelasan terperinci   dan menarik daripada saudara ahli panel pertama.   Seterusnya, saya mohon  penjelasan daripada ahli panel kedua,saudara..........................................
tentang persoalan sejauh manakah remaja mendapat pendedahan dan mempunyai pengetahuan sedia ada tentang teknologi hijau ?
Ahli panel 2
Assalamualaikum dan salam  sejahtera
Terima kasih Saudara pengerusi .

Sidang hadirin yang dihormati.
        
    Saya berani menegaskan di sini bahawa golongan remaja sememangnya mempunyai pengetahuan sedia ada  tentang  teknologi hijau  yang  akan membantu remaja mengamalkan budaya hijau dalam kehidupan seharian.   Hal ini demikian kerana  golongan remaja di negara kita rata-ratanya merupakan remaja yang sekurang-kurangnya mendapat pendidikan  sehingga di peringkat Sijil pelajaran Malaysia. Remaja yang bersekolah sudah pasti akan secara langsung  memperoleh pengetahuan tentang teknologi hijau melalui sukatan pelajaran yang menerapkan pendidikan alam sekitar.

     Menurut kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kejuruteraan  dan alam sekitar UKM pada  tahun 2009 menyebutkan bahawa  Dasar Alam Sekitar Negara ditubuhkan pada tahun 2002. Pendidikan dan kesedaran alam sekitar terdapat dalam Strategi hijau Malaysia. Salah satu komponen  yang digariskan ialah alam sekitar  dan pembangunan akan diintegrasikan  ke dalam aktiviti pendidikan dari peringkat rendah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.    

      Pendidikan Alam sekitar merentas kurikulum dan  kokurilkulum  dilaksanakan di sekolah.  Proses pembelajaran dan pengajaran tentang alam sekitar berlangsung    dalam beberapa mata pelajaran seperti  Sains, Pendidikan Moral, Sivik,Geografi dan Bahasa Melayu.  Proses ini dijalankan melalui aktiviti luar bilik darjah melallui kelab Pencinta Alam, kelab Kembara dan aktiviti badan beruniform seperti pengakap .
     
     Bukan itu sahaja,  daripada informasi yang saya peroleh melalui  laman web UKM.my/lestari/en/slas,  Jabatan Alam sekitar telah  menyemarakkan budaya hijau melalui  pengaugerahan  Sekolah Lestari.  Melalui program ini pelajar diperkenalkan dengan beberapa  teknologi hijau seperti program kitar semula.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah pelajar digalakkan menghasilkan barangan kreatif daripada bahan kitar semula.


     Oleh itu, rasa-rasanya ,  kita, golongan remaja ini  tidak menghadapi masalah untuk mengaplikasikan atau mengguna pakai teknologi ini dalam kehidupan seharian saudara pengerusi dan sidang hadirin yang dihormati .

Pengerusi
     Terima kasih atas penjelasan  yang panjang lebar berhubung    pengetahuan sedia ada golongan remaja tentang teknologi hijau .

      Saya yakin dengan  pendidikan alam sekitar  yang dilaksanakan dari peringkat sekolah ke peringkat Iinstitusi  pengajian tinggi akan melahirkan pelajar yang cakna  akan kepentingan melestarikan alam sekitar. Selanjutnya., fenomena ini akan membantu dalam pengaplikasian teknologi hijau dalam kalangan remaja. 

     Oleh itu, soalan saya yang seterusnya kepada ahli panel ketiga, saudara...............................................bagaimanakah remaja dapat membantu dalam aplikasi teknologi hijau ini  ?. Dipersilakan ahli panel ketiga untuk menjawab persoalan ini
Ahli panel 3
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam  sejahtera
Terima kasih Saudara pengerusi.

Sahabat-sahabat ahli panel dan sidang hadirin yang  dihormati.

     Persoalan , bagaimanakah remaja dapat memainkan peranan dalam teknologi hijau ini merupakan persoalan yang menarik.     Apabila membicarakan tentang teknologi hijau ,  kedengarannya teknologi ini  agak kompleks dan mencabar untuk direalisaikan.

      Peribahasa Melayu menyatakan hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.. Remaja sebenarnya mampu memainkan peranan berkesan asalkan mempunyai kesedaran alam sekitar yang tinggi dan mempunya  iltizam   serta rasartanggungjawab untuk  melestarikan alam sekitar

     Remaja yang mempunyai kesedaran alam sekitar menyedari bahawa manusia dicipta oleh  Allah  SWT  sebagai  khalifah  yang ditugaskan untuk mentadbir dan memakmurkan alam . Surah Hud ayat 61 bermaksud “Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya “

      Selanjutnya,isebagai pemimpin masa depan dan bakal mewarisi bumi ini, remaja perlu memahami dan  mendukung konsep teknologi hijau ini. Remaja boleh mempraktikkannya dari rumah, bermula dalam lingkungan keluarga dan  rakan. Tentu ada antara kita yang pernah melihat atau didedahkan  kepada kempen pembuangan  sampah dan kitar semula melalui penyediaan empat  tong sampah  berasingan di hampir setiap kawasan  kejiranan

     Persoalannya, adakah kita faham sebab plastik, kaca, kertas dan sisa makanan perlu diletakkan ke dalam tong yang berbeza?  Sejauh manakah pula kita mempraktikkannya ?.

    Saudara pengerusi dan sidang hadirin.
  
      Sebenarnya , inilah antara usaha dan contoh mudah ke arah penggunaan teknologi hijau . Botol, kaca dan kertas boleh dikitar semula. Konsep pengasingan sampah ini juga boleh mendatangkan hasil jika remaja bijak menggunakan kesempatan i ni. Botol, kaca, tin minuman dan kertas surat khabar  serta  majalah  di rumah boleh  dijual kepada pengusaha kitar semula  daripada dibuang begitu sahaja untuk mendapatkan duit poket.

     Dengan cara ini remaja bukan sahaja membantu ke arah teknologi hijau , malah remaja tidak terlalu bergantung kepada keluarga  selain mengajar  remaja berdikari dan menghargai setiap sen yang diperoleh.

Setakat ini sahaja saudara pengerusi. Terima kasih.
Pengerusi
Terima kasih saudara..........................................................ahli panel kita yang ketiga.

   

     Ya sidang hadirin yang  dihormati dan dirahmati  Allah.  Kita masih lagi berada dalam majlis Forum  remaja tahun 2014 di dewan SMK Klang utama yang ceria dan indah  ini. Pada ketika  dan saat ini, kita masih lagi mengupas tajuk peranan remaja  dalam teknologi hijau.

    Selamat datang kepada   saudara dan saudari yang baharu mengambil tempat di dewan ini.  Kita teruskan bual  bicara kita pada  hari yang berbahagia ini.  Saya  tertarik dengan pendapat semua ahli panel kita  yang  membayangkan  ahli-ahli panel  terdiri daripada para remaja yang berinformasi tentang teknologi hijau ini . Yang  pasti saudara sekalian tentu  telah mula  memainkan peranan masing-masing ke arah pemantapan teknologi hijau.   Bukan begitu  ahli-ahli panel kita ?
    
Ahli panel  1 2. 3
(Masing-masing mengangguk dan tersenyum apabila  pengerusi memandang ke a rah ahli panel seorang demi seorang
Ahli panel 1
Ya sudah pasti saudara pengerusi. 
    
 Kita perlu melibatkan  diri dalam pelbagai program yang berkaitan dengan teknologi hijau .   Kita harus cakna bahawa penggunaan teknologi hijau ini telah lama diteroka oleh negara maju untuk memelihara alam semula jadi atau melestarikan alam.

     Faedahnya begitu banyak seperti meningkatkan  produktiviti sumber semula jadi dan populasi serta mengurangkan perbelanjaan kerajaan untk merawat setiap pencemaran yang  berlaku.

      Di negara kita beberapa usaha telahpun digerakkan oleh pihak kerajaan dalam menangani isu global seperti pencemaran  alam sekitar, penipisan lapisan ozon, pemanasan global dan isu yang berkaitan dengannya.

     Antara langkah yang diambil  oleh kerajaan termasuklah menstrukturkan  semula dan menambah fungsi beberapa kementerian  dengan mewujudkan Kementerian Tenaga Teknologi  Hijau dan Air  yang sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia .
    
     Usaha - usaha tersebut  jelas menunjukkan keseriusan Malaysia  dalam melindungi alam sekitar. Yang paling penting adalah  untuk mengajak rakyat  termasuk golongan remaja   bersama-sama melakukan sesuatu bagi melindungi  alam sekitar daripada terus dicemarkan semula. .
Ahli panel 2
     Saudara  pengerusi, izikan saya menyuarakan buah fikiran tambahan  berdasarkan ulasan saudara ahli panel yang pertama tadi.

Pengerusi
Silakan saudara..........................................Kita masih lagi membicarakan tentang peranan yang boleh dimainkan oleh remaja dalam aplikasi tenaga hijau.
Ahli  Panel 2
Terima kasih saudara pengerusi. 
    
       Sebagai  mana yang diperkatakan oleh ahli panel pertama tadi, kerajaan begitu serius dalam memantapkan teknologi hijau di negara kita kerana kesan minimum teknologi hijau terhadap alam sekitar berbanding teknologi sedia ada. Oleh itu, peranan remaja seyogianya sangat dituntut kerana remaja merupakan tonggak kepimpinan negara dan pewaris bumi pada masa akan  datang.

    Usaha kerajaan tidak  membawa sebarang makna, ibarat menyiram air di daun keladi atau mencurah garam ke dalam laut jika kita semua tidak menukar minda dan tidak mahu membuat sebarang perubahan untuk memelihara dan memulihara alam kita.

    Antara usaha yang pernah  saya dan rakan-rakan ahli panel  lakukan   dalam membantu kerajaan melaksanakan dasar teknologi hijau ialah memanfaatkan masa terluang kami  menyertai  aktiviti kelab Pencinta Alam sama ada di sekolah, mahupun yang melibatkan badan bukan kerajaan (NGO).

     Selaku Pengerusi kelab Pencinta Alam di sekolah, saya bersama ahli-ahli persatuan telah membantu pihak sekolah  dalam projek 1 Pelajar 1 pokok. Setiap pelajar  perlu  mendermakan sepohon pokok kepada pihak sekolah  dengan objektif serampang 3 mata iaitu memperindah kawasan sekolah,  menyamankan kawasan sekolah  dan menyemai semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan pelajar.

   Alhamdulillah , sekarang ini  sekolah  kami  telah  bertukar  menjadi  sekolah  dalam taman dan sedang berusaha untuk meraih kedudukan  sebagai sekolah lestari, program yang dilaksanakan oleh Unit Sekolah, Seksyen Promosi Pendidikan dan kesedaran Alam Sekitar,  Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar.
 Terima  kasih, kembali  kepada saudara pengerusi forum.   
Penerusi
     Terima kasih kepada ahli panel kedua, saudara.....................................kerana sudi berkongsi pengalaman beliau berhubung peranan beliau  dalam projek  1 pelajar 1 pokok  yang saya kira  merupakan antara  prakarsa perdana ke  arah  teknologi hijau. 

     Penghijauan bumi akan membantu  mengurangkan kesan rumah hijau  kerana suhu di kawasan persekitaran menjadi lebih dingin, seterusnya mengurangkan pergantungan terhadap penggunaan  tenaga yang selama ini membantu proses  pendinginan hawa seperti kipas elektrik dan penyaman udara.

     
    Nampaknya dua orang ahli  panel kita telah berkongsi pengalaman mereka dalam projek hijau, saya  percaya, Bukan sahaja diri saya , malah  sidang hadirin juga  turut ingin mendengar   pengalaman ahli panel kita yang ketiga iaitu saudara.......................................,........silakan saudara.
Ahli panel  3
Terima  kasih saudara pengerusi majlis
 Ahli panel dan sidang  hadirin yang dihormati

     Sebagai remaja yang masih berada dalam jagaan ibu bapa, saya sangat terkesan dengan sikap kedua  ibu  bapa saya yang sangat menitikberatkan peri  pentingnya  kita melestarikan  alam sekitar. Ibu bapa saya merupakan suri  teladan  yang  menyemarakkan semangat cinta akan alam sekitar sejak saya  kecil. Saya diasuh untuk  melaksanakan projek kitar semula di rumah.

     Ayah mengecat 4 buah tong sampah dengan warna berasingan agar saya dan tiga adik beradik saya yang lain. Ayah kemudiannya menjual barang kitar semula ke pusat kitar semula dan wangnya di bahagikan kepada  kami empat beradik.

    Kami juga digalakkan menyertai aktiviti NGO yang  berkaitan dengan aktiviti pencinta alam. Pada bulan November tahun lepas saya menyertai projek kolaboratif  antara Pensatuan Pencinta Alam Malaysia(MNS) dengan Petronas di Pulau Tioman.

     Di sana kami menyertai projek menyelamatkan batu karang dan  menyertai bengkel mengelakkan pencemaran  laut.  Menyertai aktiviti sedemikian memberikan pengetahuan dan pengalaman serta menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar. 

     Selain itu kami juga diberikan pendedahan tentang teknologi hjau dan beberapa bidang kerjaya yang boleh kami ceburi dalam teknologi hijau pada masa akan datang.

     Satu lagi peranan yang kita sebagai remaja boleh melaksanakannya    sebagai  menyokong  teknologi hijau ialah  menyokong ‘earh hour’ yang mula dilancarkan oleh Tabung Alam Sedunia(WWF) pada tahun .    Baru-baru ini iaitu lebih kurang 29 hari yang lepas  pada  tanggal 29 Mac 2014. ‘Earth hour’ telah berlangsung.
  
     Pada malam tersebut  ,   seluruh dunia diseru mematikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama 1 Jam.    Program ini dilaksanakan untuk membangkitkan kesedaran tentang perubahan iklim dunia.

Sekian sahaja , kembali kepada saudara pengerusi forum            
Pengerusi
Terima kasih  saudara......................................................ahli panel kita yang ketiga . kita masih  lagi membicarakan tentang   peranan remaja  dalam teknologi hijau

   Saya memang  tertarik dengan  pandangan saudara tentang peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak agar anak-anak akan sentiasa menghargai alam dengan mendorong mereka menyertai  program hijau  .

Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga perlu  menjadi suri teladan kepada anak-anak. ‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’, ‘ bapa borek anak rintik’, ‘ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’ demikian  antara peribahasa tentang ampuhnya  pengaruh ibu bapa  terhadap anak-anak.  Jelaslah di sini bahawa Ibu bapa  perlu menunjukkan teladan kepada anak-anak dalam melahirkan rasa cakna dan peka  terhadap alam sekitar.

     Jika ibu bapa sebagai orang dewasa melakukan sebaliknya, contohnya   melakukan pembakaran   terbuka atau membuang sampah di merata-rata tempat  di depan anak-anak, maka  usah diharapkan anak-anak akan membesar menjadi insan yang akan melibatkan diri dalam teknologi hijau. Sikap ibu bapa yang sebegini bertepatan dengan peribahasa  ‘bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan betul’.

Ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati

Demikian tadi, perbincangan menarik  berhubung peranan kita, peranan remaja dalam teknolgi hijau , teknologi yang menyumbang terhadap pembangunan mapan dan kelestarian alam sekitar.

      Selanjutnya,  sebelum mengakhiri perbincangan,saya ingin memperpersilakan ahli-ahli panel kita merumuskan topik perbincangan kita pada hari ini. Silakan mana-mana ahli panel kita membuat rumusan
    
Ahli panel  1
Saudara pengerusi , izinkan saya memulakan  rumusan   perbincangan kita
Pengerusi
Silakan saudara.
Ahli panel 1
      Saya mohon kepada ahli panel dan  sidang hadirin  merenungkembali data  yang saya peroleh daripada  WWF  ini.  Menjelang  tahun 2030  penggunaan tenaga utama dunia akan menngkat 1.6 % setahun atau 45%  dalam tempoh 21 tahun.  Di Malaysia pula, keperluan tenaga elektrik mencecah  18, 947 megawatt. pada tahun 2020, dan mencapai  penggunaan 23 092 megawatt pada tahun tahun  2030.

    

  
  Angka-angka ini menakutkan kita dan teknologi hijau merupakan penyelesaiannya. Sudahkah kita golongan remaja bersedia menyahut cabaran  ini ? Bukan setakat mempunyai kesedaran alam sekitar semata-mata, malah menjadi sumber modal insan berkualiti menggerakkan teknologi hijau. Terlalu banyak sumber semula jadi mesra alam yang perlu diperbaharui seperti solar,  angin, mini hidro dan geotermal  menggantikan minyak dan arang .

     Justeru, marilah kita membantu menyelamatkan bumi ini dengan menjadi salah seorang penggerak teknologi hijau  dan bukan setakat menjadi pengguna sahaja.  Sesungguhnya,negara  dan dunia memerlukan kita untuk menyelamatkan  bumi. Renungkan dan fikir-fikirkanlah wahai  remaja sekalian.

Tuntasnya, peranan remaja sememangnya sangat dituntut dalam merealisasikan penggunaan teknoiogi hijau secara optimum dalam menangani pelbagai isu alam sekitar

Sekian, wassalam. Kembali kepada saudara pengerusi
pengerusi
Terima kasih kepada ahli panel pertama, kita dengar  pula rumusan daripada ahli panel kita yang kedua. Silakan saudara.
Ahli Panel 2
Terima kasih saudara pengerusi

Ahli-ahli  panel dan sidang hadirin yang dirahmati Alllah.

     Pada pendapat saya, cukup jelas kepada  kita bahawa remaja sememangnya  dapat memainkan  peranan  yang signifikan  untuk  membantu  ke arah  teknologi hijau.

      Seandainya, kita dapat membentuk  generasi muda kita untuk mempunyai kesedaran yang tinggi dalam memastikan kualiti alam sekitar tidak terjejas, saya rasa insya-Allah, generasi yang akan datang akan dapat menikmati    keindahan  alam sekitar dan memperoleh pelbagai kemaslahatan daripadanya.

    Saya teringat kata-kata Sayidina Umar Al Khatab Radiaullahu anhu “Didiklah anakmu mengikut zamannya dan bukan mengikut  zamanmu”  bermaksud ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak mengikut  peredaran zaman.     Justeru , dalam zaman yang menyaksikan manusia rakus mengejar pembangunan fizikal dengan mengetepikan alam sekitar, anak-anak perlu diddik untuk mempunyai kesedaran alam sekitar  yang tinggi.

      Saudara pengerusi,  saya turut bersetuju dengan pendapat ahli panel pertama tadi agar remaja didik bukan sahaja untuk menjadi pengguna teknologi hijau malah  penggerak dan pencipta teknologi hijau.

  
Kesimpulannya,  remaja  merupakan aset manusia paling bernilai untuk menggerakkan aplikasi hijau  ke arah pembangunan mapan dan pelestarian alam sekitar.

Sekian sahaja sidang hadirin. Saya serahkan semula kepada saudara pengerusi. Wassalam.
Pengerusi
Terima kasih kepada saudara ...................................................atas rumusan yang menarik tadi. Saya persilakan pula ahli panel ketiga.
Ahli panel 3
Terima kasih saudara pengerusi kerana memberikan  peluang kepada saya untuk menyampaikan penutup bicara tentang teknologi hijau dan peranan remaja.

 Saudara pengerusi, ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati

     Saya tidak menyangkal pandangan  kedua-dua rakan saya ahli panel pertama dan  kedua, justeru  saya ingin membuat penambahan. Remaja hari ini harus serius  dan bersama-sama mendukung usaha kerajaan dalam  melaksanakan teknologi hijau.  Tidak ada gunanya kerajaan memperuntukkan berbillion-billion ringgit contohnya pada tahun 2014 sebanyak  1.84  billion  untuk pelbagai  program mempromosikan teknologi hijau   jika remaja tidak mempunyai kesedaran alam sekitar dan beriltizam   memainkan peranan dalam pelbagai cara.

     Saya berharap  rakan-rakan remaja di sini ringan-ringankan tulang, panjang-panjangkan langkah untuk menjadi sukarelawan alam sekitar pelbagai pertubuhan  pencinta alam di negara ini. Khidmat saudara saudari diperlukan untuk menjaga kebersihan alam  sekitar contohnya membantu membersihkan sampah sarap di kawasan rekreasi seperti tepi pantai dan di kawasan air terjun.   

      Akhir kata, saya ingin berkonsi  ungkapan menarik yang pernah diujarkan oleh Bapak presiden Pertama Indonesia, Presiden Sukarnoberkaitan generasi muda untuk renungan kita bersama.

    Katanya” jika kita ingin melihat rupa wajah  sesuatu bangsa  pada masa hadapan, lihatlah rupa wajah anak mudanya hari ini. Jika tampak molek maka moleklah pada masa hadapan . Namun , jika Nampak jelik, maka jeliklah bangsa itu pada zaman mendatang

   Tegasnya,  Jelaslah kepada  kita bahawa kelestarian alam sekitar melalui pembangunan teknologi hijau  ini memerlukan kita  golongan remaja untuk menjadikannya kenyataan bukan sekadar impian atau harapan palsu.

Sekian sahaja hadirin sekalian. Kembali kepada saudara pengerusi .

 Pengerusi
Terima kasih saudara................................................., ahlii panel ketiga.
      
     Demikian tadi rumusan perbincangan daripada semua ahli panel kita tentang  peranan remaja dalam  aplikasi teknologi hijau.

     Konklusinya, remaja memainkan peranan yang penting  untuk mempromosikan teknologi hijau. Antara peranan yang  boleh dimainkan oleh remaja adalah  melalui aktiviti kitar semula yang boleh dilakukan sama ada di rumah,  di sekolah atau di  tempat   awam. Semudah memetik jari, remaja hanya perlu memasukkan sampah ke dalam tong sampah pelbagai warna  mengikut jenis sampah.
  
     Seterusnya, peranan remaja yang  kedua melalui  penyertaan dalam  kegiatan alam sekitar yang dijalankan oleh persatuan pencinta alam  sama ada di sekolah atau yang dianjurkan oleh NGO seperti MNS dan WWF,
   
      Selain itu, remaja juga perlu  menyokong segala program yang dilaksanakan untuk  mengurangan penggunaan tenaga dan menghijaukan bumi seperti ‘Earth Hour’  yang dilancakan oleh   WWF sejak tahun 2008.
    
     Dalam pada itu remaja disarankan  menggali sedalam-dalamnya ilmu tentang teknologi hijau agar remaja bukan setakat menjadi pengguna,   malah  pencipta teknologi hijau.

     Terima kasih kepada semua ahli panel yang sudi hadir untuk membicarakan peranan  remaja dalam teknologi  hijau. Semoga forum ini menjadi wadah melahirkan remaja yang cakna terhadap isu-isu alam sekitar, selanjutnya membantu menyelamatkan bumi kita. Harapan saya forum ini juga mampu memberikan informasi bermanfaat buat semua hadirin yang dihormati.

Sidang hadirin yang dihormati..

Kalau berjalan dah sampai ke batas
kalau berkayuh dan sampai ke pulau
Kalau mendaki dah sampai ke puncak
Kita telah sampai kepada penghujung bicara

Entah sireh salah sarung
Entah kata salah tutur
Entah maksud salah sampai

Terimalah    salam, salam bersantun,
Salam yang minta maaf, salam yang minta ampun

     Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan  setinggi-tinggi terima kasih  kepada semua hadirin yang sudi hadir menyaksikan pertandingan Forum remaja ini.

Lantaran keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini  selanjutnya mohon mengundur diri.

      Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalam mualaikum warah matullah , salam sejahtera, salam  1 Malaysia.



     kredit : Aksara Guru

47 Pertanyaan:

Unknown berkata...

wah , terima kasih , halalkan saya untuk jadikan teks ni sebagai contoh waktu latihan ^_^

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas perkongsian teks ini . minta halalkan teks ini

Tanpa Nama berkata...

hebat sungguh forum yang cikgu kongsikan ini.

Unknown berkata...

Mohon keizinan daripada cikgu untuk rujukan saya (En. Ahmad Sirajuddin)

Tanpa Nama berkata...

izinkan saya mejadikan teks forum tuan sebagai panduan dan rujukan... terima kasih

Unknown berkata...

saya minta izin untuk gunakan teks ucapan tuan sebagai rujukan..terimakasih

Unknown berkata...

saya minta izin untuk gunakan teks ucapan tuan sebagai rujukan..terimakasih

Tanpa Nama berkata...

Saya minta izin untuk gunakan teks forum cikgu sebagai panduan dan rujukan..terima kasih

Unknown berkata...

mohon saya ambil sedikit utk forum remaja.. tajuk lisan ulbs saya... terima kasih cikgu

Unknown berkata...

Terima kasih dan halalkan saya untuk menggunanya ya :)

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih dan mohon untuk diguna

Unknown berkata...

mohon keizinan utk gunaknnya sebgai pnduan dn rujuknšŸ˜³

Unknown berkata...

Terima Kasih cikgu & mohon saya ambil sedikit untuk forum remaja.

Unknown berkata...

Halalkan everything thanks

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih cikgu, ini memang membantu sangat!

Unknown berkata...

Izinkan sya cikgu utk menggunakannya sebagai panduan dan rujukan kerana ini sangat membantu saya dalam bidang forum

Farah Ishak berkata...

terima kasih cikgu..mohon halal ilmu yang diberi. Alhamdulillah .

Unknown berkata...

Terima kasih cikgu

miss cookie berkata...

Saya memohon untuk menngunakan contoh forum sebagai panduan, dan latihan untuk pembentangan.

miss cookie berkata...

Saya memohon untuk menggunakan contoh forum untuk panduan dan latihan pembentangan

Unknown berkata...

Mohon halalkan ilmu yang diberi dan terima kasih atas bahan ini

Unknown berkata...

terima kasih untuk teks forum yang bermanfaat.. minta halal teks ini untuk saya jadikan sebagai bahan rujukan.. terima kasih

Unknown berkata...

terima kasih cikgu sebab kongsikan teks forum ini!

siti nurmahirah berkata...

Terima kasih cg

siti najihah berkata...

cikgu,saya meminta izin cikgu untuk mengambil teks ini untuk ulbs spm saya. mohon cikgu halalkan dan terima kasih

Unknown berkata...

Terima kasih cikgu..

Unknown berkata...

Terima kasih cikgu..

Unknown berkata...

Izinkan saya cikgu untuk nenggunakan bahan ini sebagai rujukan saya

Unknown berkata...

Mohon halalkan semuanya... terima kasih cikgu sbb share

Unknown berkata...

Syukran Jazeelan .. Jazakallahukhayran

Unknown berkata...

Izinkan saya jadikan sebagai rujukan

Tanpa Nama berkata...

terima kasih cikgu amat berguna !!!!

Unknown berkata...

Terima kasih cikgu,izinkan saya salin dan buat rujukan ye

Unknown berkata...

Cg izinkn saya ambil teks ni..sebagai rujukn

Unknown berkata...

Terima kasih cg..izinkn saya ambil teks ini sebagai rujukn

Tanpa Nama berkata...

izinkan saya ambil teks ini sebagai rujukan

Qamarul Abdullah berkata...

silakan

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih,atas contoh forum yg diberi,izinkan saya untuk mengambil rangka forum ini,untuk dijadikan rujukan

Unknown berkata...

Terima kasih izinkan saya mengambil teks tersebut sebagai panduan forum saya ......

Unknown berkata...

Terima kasih cikgu,teks ini banyak membantu.izinkan saya untuk menggunakan sebagai rujukan.

Unknown berkata...

terima kasih cikgu , izinkan saya pinjam yaaa

Unknown berkata...

Terima kasih cikgu atas ilmu yang dikongsikanšŸ˜ƒmohon halalkan semuanya cikgu..

Unknown berkata...

Terima kasih cikgu izinkan saya pinjam

Cikgu Q berkata...

silakan

alsarini berkata...

terima kasih

Unknown berkata...

Terima kasih

Just_alimi berkata...

Thank you guru ��

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online