Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Label

SPM KOMSAS Penulisan Tatabahasa STPM Nota Karangan A+ Novel PMR Tingkatan 1 Tingkatan 5 Tingkatan 4 Kesusasteraan Morfologi PT3 UNIVERSITI Info Rumus Teknik Jurnal Aktiviti Bahasa Guru Teks Pengacaraan Pengacaraan Sajak Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Pengolongan Kata Ujian mata soalan-jawapan Isu Semasa Novel Sejambak Bakti Prosa Tradisional contoh karangan BM STPM Cerpen Forum Peribahasa Teknik Mengarang Tingkatan 2 Karangan Bahan Rangsangan Kesalahan ejaan Latihan Novel Kabus Di Perbukitan Novel Melunas Rindu Sintaksis karangan berformat Antologi Sejadah Rindu Novel Silir Daksina uji minda Antologi Kuingin Berterima Kasih Fonologi UPSR Santai Bahasa skema pemarkahan Novel Di Sebalik Dinara Semantik Tips Ujian contoh soalan Berita Drama Kesimpulan Novel Tingkatan 1 Pdpc Pengajian Am Permainan Bahasa Rumusan Teknik Menjawab Soalan Tingkatan 3 Ulasan format Aspek Tatabahasa Kerja Kursus Kesalahan Imbuhan Kesalahan Istilah Kesalahan Tatabahasa Latih Tubi Murid Novel Tingkatan 5 PKJR Pantun Peraturan Permainan Pertandingan Petikan Cerpen PnP ULBS format kertas Bahasa Melayu kertas satu BBM Bahas Bahas Ala Parlimen Buku Buku Latihan Debat Dikemassenga Download EduWebTV Gurindam Hakim Hasil titik peluh Istilah Isu Bahasa Kaedah Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Menulis Kemahiran Seni Bahasa Kerajaan Kertas Kerja Kertas Konsep LADAP Makna Istilah Muat turun Nazir PAK 21 PIBG PLBS Panduan Pembangkang Pendahuluan Pengenalan Penjaga Masa Peraturan Pertandingan. Kertas Konsep Perbandingan Novel Pertanyaan Peta Minda Prosa Moden Puisi Ringkasan Saps Seloka Seni Bahasa Siaran Langsung Sivik dalam Bahasa Melayu Soal Jawab Soalan Percubaan Soalan contoh Surat menyurat Syair Tahap 1 Tahap 2 Tnigkatan 1 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Ulangkaji Video Youtube cara melintas jalan cereka cerita fiksyen homofon homograf imbuhan jenis kenderaan karangan pendek kata-kata hikmat kata-kata orang tua-tua novelTingkatan 5 pantun kanak-kanak pasang siap program sekolah
Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

klik iklan di sebelah sebagai tanda sokongan ya :)


Terima kasih!

PERANAN IBUBAPA DALAM MENYEMAI SIKAP MENGHORMATI DALAN KALANGAN ANAK-ANAK

13/11/17


PERANAN IBUBAPA DALAM MENYEMAI SIKAP MENGHORMATI DALAN KALANGAN ANAK-ANAK

Dalam era pascakemerdekaan, ibu pertiwi kita yang bebas daripada penjajahan kuasa asing telah pesat membangun bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Rentetan itu, semua rakyat Malaysia berasa gah dan bangga. Namun demikian, pencapaian yang dikecapi masih telah tidak memuaskan beberapa pihak. Hal ini demikian kerana, tahap rohaniah masyarakat kini semakin merosot apabila masyarakat dapat mengetahui bahawa generasi kini tidak menghormati warga emas yang sepatutnya disanjung tinggi. Maka hal ini memperlihatkan bahawa generasi kini mengalami pembangunan yang tidak seimbang dari aspek lahiriah dan rohaniah. Oleh hal yang demikian kerana, ibubapa harus turun padang untuk mengatasi masalah ini daripada terus menjadi tabiat golongan muda yang menjadi tunjang negara kita.

Setelah mengkaji sehingga ke akar umbi, ibubapa harus memainkan peranan mereka dalam menyemai sikap menghormati warga tua dengan mendidik dan mengajar anak-anak supaya sentiasa memegang sikap tersebut. Hal ini dapat dilakukan apabila anak-anak madih bertatih lagi ataupun semasa anak-anak berumur setahun jagung. Hal ini demikian kerana segala perkara yang diajar kepada anak-anak akan mudah diterapdalam sanubari mereka dan seterusnya menjadi ikutan selagi hayat dikandung badan. Maka, sikap menghormati orang tua perlu disemai dalam diri anak-anak sejak bertatih lagi sesuai dengan kata-kata pujangga yang berbunyi melentur buluh biarlah waktu rebungnya. Tamsilnya, anak-anak perlu diajar supaya sentiasa bersalam kepada warga tua dan tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan warga tua. SElain itu, anak-anak perlu dididik supaya menundukkan kepala sedikit semasa berjalan di hadapan warga tua. Tuntasnya, ibubapa hatus menyemai sikap menyemai orang tua sejak kecil lagi.

Bertitik tolak daripada itu, ibubapa perlu menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana, setiap perkara yang dilakukan oleh ibubapa akan menjadi jejak langkah anak-anak. Hal ini seumpama dengan peribahasa bagaimana acuan, bagitulah kuihnya dan bapa borek, anak rintih. Oleh hal yang demikian kerana, ibubapa harus mempamerkan sikap menghormati warga tua dalam diri mereka. Sebagai contohnya, ibubapa harus menghormati dan mendengar nasihat serta pandangan yang dikemukakan oleh warga tua. Selain itu, ibubapa juga harus memberi keutamaan kepada orang tua meraka dalam melakukan sesuatu perkara. Selain itu, ibubapa harus memenuhiselaga keutamaan dan kehendak warga tua. Malahan, ibubapa tidak sepatutnya memaksa anak-anak supaya menghormati orang tua, sedangkan ibubapa sendiri tidak mempunyai sikap menghormati orang tua. Hal ini diibaratkan seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Tegasnya, ibubapa perlu menjadikan dirinya sebagai inspirasi kepada anak-anak.

Bukan itu sahaja, ibubapa dapat menyemai sikap menghormati orang tua dengan memberi didikan agama yang sempurna. Hal ini demikian kerana, setiap agama mewajibkan umatnya menghormati dan menyayangi orng tua. Maka, sikap menghormati orang tua datangnya daripada penerapan ilmu agama sejak usia yang masih muda. Oleh hal yang demikian kerana, ibubapa perlu berperanan agar setiap anak mempunyai asas agama yang mantap. Senimam agung terkenal, Tan Sri P.Ramlee pernah mengatakan bahawa irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan, maka pincanglah lagu tersebut. Konsep ini juga boleh diasimilasikan antara agama dengan kehidupan. Agama dan hidup tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan, maka pincanglah hidup kita. Dengan pendidikan agama anak-anak akan lebih didedahkan dengan cara-cara menghormati orang tua. Deduksinya, penyerapan nilai agama dan kerohanian dalam diri anak-anak merupakan salah satu usaha untuk menerapkan sikap menghormati orang tua.

Sudah terang lagi bersuluh, ibubapa juga dapat memperkasakan sikap menghormati orang tua dengan mengadakan pelbagai aktiviti kekeluargaan. Analoginya, majlis makan malam, hari keluarga, hari jadi nenek atau datuk dan lain-lain. Dengan demikian, ahli keluarga bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan persaudaraan, malah dapat menyemai sikap menghormati orang tua. Hal ini dapat diibaratkan seperti sambil menyelam, minum air. Hal ini demikian kerana, setiap majlis ini sememangnya mengutamakan warga tua dalam keluarga. Maka, ibubapa perlu memberi galakan dan dorongan kepada anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Rentetan itu, anak-anak dapat mengenali dan berinteraksi dengan orang tua tersebut iaitu datuk dan nenek yang tinggal berjauhan. Sementara itu, warga tua tersebut akan berasa dirinya sentiasa dihargai dan dihormati oleh cucu mereka selain anak-anak. Di samping itu, aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk menghormati dan menghargai jasa orang tua. Tuntasnya, ibubapa harus memastikan anak-anak merekan menyertai aktiviti-aktiviti kekeluargaan.

Sebelum menutup tirai huraian, ibubapa juga dapat menerapkan sikap menghormati orang tua dengan memberi kesedaran kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana, jikan sesuatu perkara disedar, maka anak-anak dapat menghayati dan menerapkan dalam diri mereka. Dalam hal in, ibubapa harus menyedarkan anak-anak tentang betepa pentingnya sikap menghormati orang tua dan jasa orang tua yang tidak ternilai. Hal ini dapat dilakukan melalui cerita dan pengajaran dan nilai murni. Selain itu ibubapa juga mengajar anak-anak supaya sentiasa mengutamakan orang tua dalam melakukan apa-apa perkara jua. Contohnya, semada menikmati juadah, anak-anak perlu mengutamakan orang tua untuk menikmati dahulu. Deduksinya, ibubapa harus menyedarkan anak-anak tentang kepentingan sikap menghormati orang tua.

Mata pena ini telah sampai ke noktah maka daptlah saya bersimpul bahawa ibu bapa memang haus memainkan peranan vital dalam memupuk sikap menghormati orang tua. Untuk mencapai usaha ini, setiap ahli keluarga patut memainkan peranan masing-masing tetapi bukan menadah tangan ke langit untuk menunggu kejatuhan lampu ajaib Alaidin. Jika tidak, kerohaniahan golongan muda ini akan merosot di samping keruntuhan akhlak anak-anak akan menjejaskan nama aik keluarga kerana setiap sikap yang dimiliki olah anak-anak dikatakan sebagai pantulan daripada sikap keluar. Maka, ibubapa harus berusaha untuk merealisasikan sikap menghormati warga emas dalam sanubari anak-anak supaya mereka dapat memahami bahawa dunia ini berputar dan pada suatu hari diri mereka jua menjadi tua serta mengharapkan layanan yang sopan daripada generasi yang lebih muda daripada mereka.

terima kasih bmspm

Kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara serantau

Kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara serantau

       Kuat akar kerana tunjang,kuat tunjang kerana akar. Justeru, semua  negara  di dunia perlulah  menjalin hubungan yang baik demi kebaikan dan kepentingan bersama.Negara serantau merupakan negara-negara yang bersempadan atau berhampiran degan negara kita. Negara Malaysia telah menjalinkan dan  mengeratkan hubungannya degan negara-negara serantau untuk mengembang dan memajukan ekonomi serta teknologi negara.Menurut Yang Berhormat Menteri Luar Negeri,hubungan Malaysia dengan negara-negara lain telah dipereratkan berdasarkan peningkatan kerjasama dua hala dalam semua bidang termasuklah bidang politik,perdagangan dan pelancongan. Lenggoknya biar bergaya tetapi mengena,tarinya biar senada tetapi berbisa, dan langkahnya biar lembut tetapi kejap.Oleh itu,negara Malaysia telah menjalankan langkah yang ampuh  dengan  menjalinkan  hubungan yang erat dengan negara-negara lain kerana hal ini amatlah “menguntungkan “  negara  Malaysia. Ironisnya, apakah kebaikannya negara Malaysia menjalinkan hubungan yang baik dengan negara serantau?

       Antara kebaikan menjalin hubungan baik dengan negara serantau termasuklah menjamin kestabilan politik negara kita. Hal ini demikian, rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang aman  dan harmoni jika politik di negara Malaysia adalah stabil. . Penubuhan negara ASEAN dapat menjamin kedaulatan negara-negara serantau.Sebagai contoh,untuk memastikan kestabilan politik di negara kita,negara kita telah menjadi anggota ASEAN setelah negara mencapai kemerdekaan. .Tidak ada yang mustahil bagi orang yang mencuba. Justeru,negara Malaysia telah mencadangkan supaya Menteri-menteri Luar ASEAN  mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman,bebas, dan berkecuali  bagi  mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di Malaysia dan negara-negara serantau.Kata orang tua-tua,kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.Dengan itu,kestabilan politik di negara Malaysia dapat dijamin jika negara Malaysia berusaha untuk menjalin hubungan yang erat dengan negara serantau.

       Selain itu,hubungan baik dengan negara serantau juga dapat memakmurkan ekonomi negara. Hal ini kerana penubuhan AFTA iaitu  zon bebas cukai antara negara ASEAN mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan mereka meningkatkan piawaian produk dan khidmat.Penubuhan AFTA membolehkan barangan dari negara serantau bersaing secara sihat .Buktinya,rakyat dari negara ASEAN dapat membeli barang yang berkualiti setelah AFTA ditubuhkan. Cendekiawan terkemuka dunia iaitu Ibnu Khaldun ada menyatakan bahawa tiada manusia yang berjaya sampai ke puncak gunung tanpa mendakinya. Berbekalkan kata-kata tersebut, pengeksport Malaysia perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh  untuk menguasai pasaran dalam rantau ini. Rakyat akan memilih untuk membeli barangan yang berkualiti walaupun barang tersebut mahal harganya  kerana  alah membeli menang memakai. Terbuktilah sudah bahawa  menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat memakmurkan ekonomi negara kita.

      Rantau yang aman,selamat,dan berkecuali akan dijamin jika negara kita menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau.Sehubungan dengan itu, negara kita tidak berperang dengan negara lain atau melibatkan diri dalam konflik antarabangsa dan serantau. Hal ini secara tidak langsung telah mengekalkan keamanan dan keharmonian di Asia Tenggara.  Penubuhan NAM telah berjaya  mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal sebuah negara dan menyelesaikan pertelingkahan antara negara melalui rundingan dan persefahaman. Biar kita ambil contoh,negara Malaysia  mempunyai hubungan ketenteraan yang kekal dan baik dengan negara serantau seperti negara Thailand dan Indonesia.Hal ini dapat  mengekalkan keamanan  di negara Malaysia dan bukannya habis umpan kerong-kerong tidak dapat. Jangan biarkan perahu hanyut tidak berpenghuni nati hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.Lantaran itu, negara Malaysia yang ingin mengekalkan keamanan dan keharmonian negara sendiri dannegara serantau haruslah menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau.

      Di samping itu,hubungan baik yang dijalin dengan negara serantau telah memudahkan bantuan . Oleh hal yang demikian, negara- negara di dunia hanya akan menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang menjalin hubungan yang baik dengan mereka  .Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan,dilempar orang dengan batu, tetapi dibalas dengan buah.Dengan itu,sesebuah negara harus memberi  bantuan apabila negara lain memerlukan bantuan  dari kuasa luar.Beberapa bulan yang lalu, negara Malaysia telah membantu negara serantau yang ditimpa bencana,misalnya rakyat Malaysia mendermakan wang dan sebahagian daripada mereka telah menjadi sukarelawan di negara Indonesia apabila berlakunya gempa bumi  di negara Indonesia. Negara serantau akan memberi bantuan dengan segera  apabila negara kita memerlukan bantuan kerana hubungan yang erat telah dijalinkan antara satu sama lain; bak kata pepatah perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan.Jelaslah bahawa hubungan baik dengan negara serantau amat penting kepada negara kita.

     Kebaikan yang ditelusuri seterusnya termasuklah menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara kita. Demi menjadikan Universiti Malaya sebuah universiti  yang tersohor,kerjasama akademik telah dijalinkan antara Universiti Malaya dengan universiti –universiti yang lain. Sesungguhnya pendidikan merupakan wahana aspirasi nasional dan tunggak utama serta usaha terpenting untuk menampilkan modal insan cemerlang. Justeru,sistem pendidikan perlu ditingkatkan  supaya negara dapat mencapai kemajuan dalam semua aspek.Universiti tempatan harus  bekerjasama dengan universiti  di negara  serantau agar  taraf pendidikan rakyat dapat ditingkatkan kerana  bersekutu bertambah mutu. Hal ini terbukti apabila akademik secara kajian terperinci ,penyelidikan,penerbitan dan sebagainya dijalankan dalam kerjasama Universiti Malaya ,Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, serta Universitas Gadjah Muda .Sesungguhnya,menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara kita.

     Walhasil,negara kita harus menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau kerana hal tersebut amat menguntungkan negara kita. Justeru,semua batu penghalang perlulah “dihapuskan” agar hubungan baik dengan negara serantau dapat dijalinkan.Kalau bukan sekarang,bila lagi?

terima kasih cikgu muinmohsen

Karangan SPM Kepentingan kokurikulum


Kepentingan kokurikulum


                    Bidang kurikulum dan kokurikulum saling berkait rapat bagai isi dengan kuku, sekali gus menjadi teras bagi meningkatkan keupayaan dan kebolehan pelajar mencapai kecemerlangan yang seimbang dalam kedua-dua bidang tersebut. Secara amnya, kokurikulum merupakan aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah atau secara tidak formal.  Dalam konteks ini, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah menegaskan bahawa setiap individu pelajar hendaklah dididik agar seimbang dan harmonis dalam aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, komponen dalam pendidikan nasional telah memberikan penekanan dalam dua aspek yang utama iaitu kurikulum dan kokurikulum. Kurikulum bermatlamat membangunkan ummah yang berminda kelas pertama, sementara kokurikulum pula sebagai pelengkap keterampilan fizikal, emosi dan sahsiah pelajar. Kebergantungan kepada kurikulum semata-mata, apatah lagi berorientasikan pencapaian cemerlang menerusi peperiksaan tidak akan memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Negara secara total. Berdasarkan pernyataan tersebut, saya bersetuju bahawa penglibatan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum pasti menatijahkan pelbagai impak positif kepada anak-anak muda negara. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jadi, pelbagai manfaat program kokurikulum akan dibincangkan untuk renungan kita bersama.         

                    Daya kepimpinan merupakan ciri perwatakan yang amat berguna akan diperoleh remaja apabila bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Daya kepimpinan merupakan aset yang penting untuk seseorang itu diterima dalam masyarakat, dihormati, dan diberikan kepercayaan untuk memimpin. Hal ini amatlah mustahak kerana seseorang pemimpin perlulah memiliki keyakinan diri yang tinggi, berfikiran positif dan matang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, semua bakat istimewa sebagai pemimpin berjaya dibentuk melalui kegiatan berpersatuan. Kegiatan kokurikulum merupakan wadah kepada generasi pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Tamsilnya, pelajar yang pernah memimpin sesuatu pertubuhan seperti pengakap, kadet remaja, dan sebagainya, mereka akan lebih yakin untuk menjadi pemimpin sesuatu organisasi pada suatu hari nanti. Situasi ini memberi mereka suatu keyakinan yang mantap terhadap kemampuan diri untuk melayari bahtera kehidupan di lautan yang senantiasa bergelora ini. Dengan itu, seseorang itu dapat membantu diri sendiri untuk mengorak langkah ke hadapan dan berdiri sebaris dengan nama-nama yang tersohor di persada negara, seperti Datuk Michelle Yeoh, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Misbun Sidek. Hal ini seiring dengan kata pepatah, belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Demikianlah nilai kepimpinan yang harus ada pada setiap invididu bak kata pepatah, kok kaya tumpang hartanya, kok cerdik tumpang akalnya.


                  Selain itu, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum turut memberi impak mengeratkan perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum. Semangat perpaduan merupakan elemen penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur. Dalam konteks masyarakat majmuk seperti Malaysia, perpaduan menjadi penawar yang paling mujarab bagi mengelak sebarang prasangka dana adu domba. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum akan mewujudkan perpaduan, hubungan mesra, setia kawan, dan toleransi dalam kalangan masyarakat majmuk.Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya,  pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan pada setiap tahun seperti pertandingan dalam pasukan bola sepak boleh dijadikan jambatan untuk mempererat hubungan silaturahim ibarat isi dengan kukuh. Secara implisit, mereka dapat bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh, bercerai roboh. Inilah satu jaminan untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu di bawah payung sebuah negara yang sejahtera. Jelaslah bahawa pelajar-pelajar yang selalui aktif dalam aktiviti kokurikulum biasanya lebih cepat mesra, bertolak ansur dan berfikiran terbuka.


                    Di samping itu, impak lain yang bakal diperoleh melalui penglibatan dalam kokurikulum adalah dapat membina prinsip dan disiplin diri yang teguh. Disiplin merupakan anak kunci kepada semua kejayaan. Berdasarkan pengalaman tokoh-tokoh ternama, kejayaan mereka berada di puncak kegemilangan adalah didorong oleh disiplin yang ketat. Sememangnya, unsur inilah yang mahu diperkasarkan ke dalam diri remaja paabila mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Para pelajar yang menyertai kokurikulum akan dikehendaki patuh kepada ketepatan masa, menjalankan tugas mengikut peraturan, menghormati pemimpin,  dan perlu merancang sesuatu aktiviti dengan baik. Maka, para pelajar dapat dilatih menjadi lebih berdisiplin dan mampu menjalani dunia kehidupan seharian dengan betul, yakin dan bertanggungjawab. Jika berdisiplin, seseorang pelajar itu mampu merancang masa depannya dengan kejayaan pada suatu hari nanti. Sikap menepati masa pula dapat melatih seseorang itu untuk menguruskan masa secara bijak supaya sesuatu tugasan yang diamanahkan dapat disempurnakan pada masa yang tepat. Sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti kokurikulum boleh dijadikan platform untuk melahirkan remaja yang teguh jati diri dan berdisiplin.

                    Dari uslub yang lain, penglibatan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum akan dapatmelahirkan pelajar yang sihat fizikal dan mental. Pelajar yang menghadapi era persekolahan zaman ini memang penuh halangan, jadi, pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini. Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan dan membuat latihan, serta ulangkaji pelajaran. Keadaan ini mampu mencetus fenomena yang segar kepada pelajar untuk belajar. Selain itu, pelajar tidak lagi tertekan kerana hanya menjadi ulat buku sebaliknya dapat meluahkan tekanan ketika bersukan. Bukan itu sahaja, aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak dapat membina keku atan stamina, manakala sukan catur pula dapat mencerdaskan minda seseorang. Pepatah Melayu mengatakan bahawa badan cergas, otak cerdas. Jelaslah bahawa minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kegiatan kokurikulum. Pada waktu yang sama, penglibatan pelajar memastikan mereka tidak terjebak ke dalam kegiatan yang tidak sihat dan tidak bermoral seperti bergentayangan di pusat beli-belah, terlibat dalam jenayah, penyalahgunaan dadah dan maksiat.  Ringkasnya, nilai diri seseorang itu akan dilihat daripada kehebatan susuk tubuhnya, minda yang cerdas dan emosi yang harmoni.
                  
                   Akhirulkalam, dapat saya simpulkan bahawa program kokurikulum merupakan wadah yang mengandungi 1001 kelebihan. Saya berpendapat bahawa program kokurikulum merupakan satu medium yang dapat melahirkan insan yang bersifat dinamik dan dapat menjana pemikiran secara kritis dan inovatif. Progam ini juga mendidik seseorang itu untuk terus berusaha dan berkeyakinan dalam mencapai cita-cita yang diidamkan ibarat pepatah Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tokoh falsafah ada mengatakan bahawa kejayaan sesuatu bangsa itu adalah bergantung kepada kualiti rakyatnya yang sentiasa berfikiran positif dan dinamik. Oleh hal yang demikian, dalam usia remaja, rakyat perlulah dididik dengan nilai-nilai jati diri dan serba boleh. Selain itu, kerjasama daripada semua pihak khususnya ibu bapa harus diperkukuh supaya segal aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan kerana peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Justeru, para pelajar yang berada di bangku sekolah hendaklah menjadi aktiviti kokurikulum sebagai platform untuk mendidik mereka menjadi insan yang berguna kepada negara, bangsa, dan agama. Tegasnya, aktiviti kokurikulum haruslah dipantau dan dijalankan di setiap sekolah tanpa gagal dalam usaha kita untuk melahirkan generasi pelajar yang bakal memangkinkan pembangunan bangsa dan negara selaras dengan gagasan perdana negara, iaitu Gagasan Satu Malaysia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online