Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Label

SPM KOMSAS Penulisan Tatabahasa STPM Nota Karangan A+ Novel PMR Tingkatan 1 Tingkatan 5 Tingkatan 4 Kesusasteraan Morfologi PT3 UNIVERSITI Info Rumus Teknik Jurnal Aktiviti Bahasa Guru Teks Pengacaraan Pengacaraan Sajak Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Pengolongan Kata Ujian mata soalan-jawapan Isu Semasa Novel Sejambak Bakti Prosa Tradisional contoh karangan BM STPM Cerpen Forum Peribahasa Teknik Mengarang Tingkatan 2 Karangan Bahan Rangsangan Kesalahan ejaan Latihan Novel Kabus Di Perbukitan Novel Melunas Rindu Sintaksis karangan berformat Antologi Sejadah Rindu Novel Silir Daksina uji minda Antologi Kuingin Berterima Kasih Fonologi UPSR Santai Bahasa skema pemarkahan Novel Di Sebalik Dinara Semantik Tips Ujian contoh soalan Berita Drama Kesimpulan Novel Tingkatan 1 Pdpc Pengajian Am Permainan Bahasa Rumusan Teknik Menjawab Soalan Tingkatan 3 Ulasan format Aspek Tatabahasa Kerja Kursus Kesalahan Imbuhan Kesalahan Istilah Kesalahan Tatabahasa Latih Tubi Murid Novel Tingkatan 5 PKJR Pantun Peraturan Permainan Pertandingan Petikan Cerpen PnP ULBS format kertas Bahasa Melayu kertas satu BBM Bahas Bahas Ala Parlimen Buku Buku Latihan Debat Dikemassenga Download EduWebTV Gurindam Hakim Hasil titik peluh Istilah Isu Bahasa Kaedah Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Menulis Kemahiran Seni Bahasa Kerajaan Kertas Kerja Kertas Konsep LADAP Makna Istilah Muat turun Nazir PAK 21 PIBG PLBS Panduan Pembangkang Pendahuluan Pengenalan Penjaga Masa Peraturan Pertandingan. Kertas Konsep Perbandingan Novel Pertanyaan Peta Minda Prosa Moden Puisi Ringkasan Saps Seloka Seni Bahasa Siaran Langsung Sivik dalam Bahasa Melayu Soal Jawab Soalan Percubaan Soalan contoh Surat menyurat Syair Tahap 1 Tahap 2 Tnigkatan 1 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Ulangkaji Video Youtube cara melintas jalan cereka cerita fiksyen homofon homograf imbuhan jenis kenderaan karangan pendek kata-kata hikmat kata-kata orang tua-tua novelTingkatan 5 pantun kanak-kanak pasang siap program sekolah
Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

klik iklan di sebelah sebagai tanda sokongan ya :)


Terima kasih!

Gurindam Beberapa Petua Hidup Tingkatan 5

28/01/18

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba)
Image result for (Za’ba)

Fikir dan Kata
Kurang fikir, kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.

Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak silang sengketa.

Perkataan tajam jika dilepas,
Ibarat beringin, racun dan upas.

Kalau mulut tajam dan kasar,
Boleh ditimpa bahaya besar.

Silang Sengketa
Siapa menggemari silang sengketa,
Kelaknya pasti berdukacita.

Silang selisih jangan dicari,
Jika tersua janganlah lari.

Ilmu
Jikalau ilmu tiada sempurna,
Tiada berapa ia berguna.

Ilmu kepandaian boleh dikejar,
Asal mahu rajin belajar.

Dunia Pergaulan
Dunia ini taman pergaulan,
Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

Manusia dikenal sifat budinya,
Dengan dilihat siapa kawannya.

Burung yang sama corak dan bulu,
Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.

Sifat-sifat yang Baik
Jikalau kamu bersifat budiman,
Dipandang sebagai bonda di taman.

Jikalau kamu bersifat dermawan,
Segala orang dapat kautawan.


Jikalau kamu bersifat pemurah,
Segala manusia datang menyerah.

Perbuatan yang Baik
Barang siapa berbuat jasa,
Mulia namanya segenap masa.

Menolong sesama wajib dan perlu,
Tetapi tolonglah dirimu dahulu.

Sifat-sifat yang Jahat
Telunjuk lurus kelengkeng berkait,
Hati sesama menjadi pahit.

Barang siapa berbuat khianat,
Tuhan kelak memberi laknat.
                                                         Kalung Bunga Za’ba, 2008 , Dewan Bahasa dan  Pustaka



TEMA DAN PERSOALAN
Tema gurindam ini ialah pelbagai amalan dan nilai murni yang dapat kita teladani dalam kehidupan. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap manusia memiliki sifat yang berbeza. Oleh sebab itu, kita haruslah berhati-hati dalam pergaulan dan menjauhi sifat yang negatif.


PERSOALAN
(a) Kepentingan menimba ilmu demi masa depan.
Sikap rajin berusaha mencari ilmu akan membolehkan kita memperoleh ilmu dan kemahiran yang diingini.
(b) Menjauhi persengketaan.
Hidup orang yang suka bersengketa tidak akan bahagia. Oleh itu, persengketaan hendaklah dijauhi dan perlu diselesaikan jika ia berlaku.
(c) Penjagaan tutur kata demi maruah diri.
Sebelum seseorang berkata-kata, dia hendaklah berfikir dahulu supaya tidak membuat kesilapan. Kata-kata yang tidak elok akan menyakitkan hati orang yang mendengarnya, malahan dapat menimbulkan perselisihan faham dan masalah yang lain.
(d) Kepentingan menjaga adab dan memilih rakan sebaya.
Dalam menjaga adab pergaulan, kita hendaklah memilih orang yang baik untuk dijadikan sahabat. Kriteria sahabat yang dicari itu dapat dikenal pasti melalui budi bahasa dan latar pergaulannya.
(h) Sifat budi bahasa penting dalam kehidupan.
Orang yang berbuat jasa akan dihormati dan dikenang namanya oleh orang lain selama-lamanya. Namun begitu, sebelum berbuat jasa kepada orang lain, kita haruslah membuat pertimbangan yang sewajarnya.


NILAI
1)Nilai kerajinan. Sikap rajin belajar untuk menambah pengetahuan kita membuat penilaian yang wajar.
2)Nilai hemah tinggi. Sifat beradab dalam pergaulan disenangi oleh rakan-rakan dan dapat mengelakkan perselisihan. Selain itu, berbudi bahasa, baik dan pemurah perlu diamalkan. Orang yang berhemah tinggi akan sentiasa dihormati.
3)Nilai bantu-membantu. Amalan bantu-membantu dalam kalangan masyarakat adalah satu kemestian dan perlu diamalkan.


PENGAJARAN

1)Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan budi pekerti dalam pergaulan.
2)Kita hendaklah rajin belajar dan menuntut ilmu supaya bermanfaat untuk diri sendiri.
3)Kita hendaklah bijak memilih sahabat.
4)Kita hendaklah bersikap pemurah dan dermawan.
5)Kita hendaklah bersikap jujur dalam persahabatan.
6)Janganlah kita suka bersengketa.

4 Pertanyaan:

Shikin Abdullah berkata...

terima kasih :)

Tanpa Nama berkata...

wowww

akhmal berkata...

terima kasih!

Unknown berkata...

terima kasih

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online