Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan Tingkatan 4

28/01/18

Prosa Tradisional

(Kepimpinan Melalui Teladan)
Image result for kepimpinan pahlawan


SINOPSIS


Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.

Patih Gajah membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.

Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyemar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.

Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari

Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.



TEMA



Kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara.



Keberanian dan kegagahanan Laksamana mempertahankan negeri Melaka dari ancaman penjurit tujuh bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang membuat hura hara.



PERSOALAN

Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.
Persoalan pemimpin mestilah seorang yang bijaksana.
Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat.
Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang.
Persoalan perasaan dendam membawa akibat buruk.



WATAK DAN PERWATAKAN

Laksamana
Seorang yang berani
Seorang yang pemurah
Seorang yang bijaksana
Cinta akan keamanan negara
Taat setia kepada pemerintah
Pandai dalam ilmu kesaktian
Memiliki sifat kepahlawanan


Kertala Sari
Anak kepada Petala Bumi
Berasal dari Majapahit
Seorang pencuri yang handal
Seorang yang tamak dan angkuh
Seorang pendendam
Pandai dalam ilmu kesaktian
Suka membuat huru hara
Taat kepada pemerintah


Sultan Melaka
Seorang yang prihatin
Seorang pemimpin yang adil
Seorang yang mengenang budi


Patih Gajah Mada
Berasal dari Majapahit
Seorang pendendam



LATAR


Latar Masyarakat
Masyarakat feudal

Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja .
Masyarakat yang bertanggungjawab

Contoh : Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit yang menyebabkan

masalah kecurian di negeri Melaka.

3. Masyarakat yang mengenang budi

Contoh : Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya akibat dicuri oleh

Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas serta harta mereka ditemui.

4.Masyarakat yang taat pada pemerintah

Contoh : Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.



Latar Tempat
Negeri Melaka

Contoh: Kartala Sari membuat huru hara dengan mencuri harta sudagar dan orang-orang kaya di Melaka
Majapahit

Contoh: Patih Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas dendam atas kematian penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina.
Di tengah pasar

Contoh : Tempat Kertala Sari mati dibunuh oleh Laksamana.



Latar Masa
Malam

Contoh: Kertala Sari masuk mencuri ke rumah saudagar dan orang-orang kaya pada sebelah malam.
Siang

Contoh: Bendahara melaporkan kepada Sultan bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri dan habis segala harta-hartanya.



GAYA BAHASA

Bahasa istana

Contoh: sultan, patik, tuanku,


Bahasa pinjaman bahasa Jawa

Contoh: manira,kula,pakanira


Kata ganda

Contoh: kaya-kaya, sekuasa-kuasa, menampar-nampar,tikam-menikam,radak-meradak



NILAI

Nilai keberanian

Contoh:Laksamana berani untuk menentang dan membunuh Kertala Sari.


Nilai tolong-menolong

Contoh: Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka.


Nilai kebijaksanaan

Contoh: Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari degan berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.


Nilai pemurah

Contoh: Laksamana membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan

orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil

sedikitpun harta itu.



PENGAJARAN

Kita hendaklah berani menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan terjamin.


Kita hendaklah rasional membuat keputusan agar tidak menyesal pada masa akan datang.


Janganlah kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa bahagia.


Kita hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kata sentiasa dirahmati tuhan



terima kasih banyak-banyak bmspm atas perkongsian



SOALAN PENGUKUHAN

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
          Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka segera dikeratnya telinga dibawak kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.”

          Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.”

          Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada raja. Maka baginda pun menjadi hairan.

          Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan ini. Siapakan juga yang sungguh ini?”

          Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan lagi maka sungguh; tambahan Laksamana belum datang.”

          Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala Sari. Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Janganlah membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali.

       i.          Berikan maksud penjurit yang terlalu buas.                                                              [2 markah]
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

      ii.          Apakah reaksi Bendahara setelah melihat Laksamana masuk menghadap Raja Melaka?
Nyatakan reaksi-reaksi tersebut.                                                                             [3 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


     iii.          Sekiranya anda Raja Melaka, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil terhadap orang-orang yang membuat pengakuan palsu bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari?        [KBAT]                                                                                        [3 markah]
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


SOALAN TAMBAHAN

SOALAN DAN JAWAPAN CONTOH

Hatta beberapa hari maka segala orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis kecurian; syahadan semuanya datang menghadap raja. Maka raja pun tiada terkata-kata lagi. Maka sembah Laksamana, “Pada firasat patik, pada malam itu datang pula penjurit itu ke istana kita ini.”
Maka titah raja, “Apa bicara kita supaya penjurit itu tiada beroleh masuk ke istana ini?”
Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, ada suatu perbuatan: hikmat itu daripada penjurit yang tahu patik peroleh.”
Maka titah baginda, “Segeralah perbuat, kekasihku Laksamana. hikmat itu.”
Maka sembah Laksamana. "Ya tuanku, pada malam ini lepaskanlah patik pergi berkawal, tiada jauh.” Maka baginda bertitah, “Baiklah."
Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak-banyak itu, lembing dan tombak dan kayu. Makadiatur oleh Laksamana berkeliling istana itu. Makadibubuhnya suatu hikmat, radak-meradak dan tetak-menetak sama sendirinya dan kayu itu pun palu-memalu, terlalu gemuruh bunyinya.
Maka hari pun malamlah. Maka Laksamana pun memakai serba hitam lalu berjalan. Maka Kertala Sari pun masuklah. Maka dilihat oleh Laksamana seorang penjurit; maka Laksamana pun berselindung pada suatu tempat. Maka Kertala Sari pun menyimpang pada tempat yang lain masuk mencuri.
Maka Kertala Sari pun fikir dalam hatinya hendak mencuri harta raja; apabila habislah harta raja itu maka ia pun hendak membakar serta mengamuk. “Adapun bini raja muda-muda itu kuambil akan biniku.”
Maka ia pun sampailah ke istana. Didengar bunyi gemuruh, maka dihampirinya: maka dilihatnya senjata dan kayu palu-memalu, tikam-menikam dan radak-meradak.

i.Berikan maksud Maka raja pun tiada terkata-kata lagi.   [2 markah ]

Maka raja pun tiada terkata-kata lagi bermaksud raja pun tidak dapat berkata apa-apa

i.Berikan maksud Adapun bini raja muda-muda itu kuambil akan biniku.[2 markah]

Maksud Adapun bini raja muda-muda itu kuambil akan biniku maksudnya ialah Kertala Sari mahu mengambil isteri raja yang muda untuk dijadikan isterinya.

ii.Apakah reaksi raja setelah mendengar aduan orang kaya-kaya dan saudagar yang kecurian?                                                                                                         [3 markah]

Reaksi raja setelah mendengar aduan orang kaya-kaya dan saudagar yang kecurian raja tidak berkata apa-apa. Selepas itu, raja meminta pendapat orang-orang bawahannya tentang cara untuk mengelakkan penjurit itu datang ke istananya lagi.

iiApakah yang dilakukan oleh Laksamana dengan semua senjata yang dibawanya itu?          [3 ]

...diatur di sekeliling istana...ditabur suatu hikmat

ii.Apakah keistimewaan-keistimewaan hikmat yang dimiliki oleh Laksamana?[3 markah]

Keistimewaan-keistimewaan hikmat yang dimiliki oleh Laksamana ialah Laksamana boleh menjadikan senjata tersebut radak-meradak dan tetak-menetak sesama sendiri. Selain itu,kayu-kayu pula palu-memalu sehinggamengeluarkan bunyi yang amat kuat.

iii.Sekiranya anda raja, apakah yang akan anda lakukan untuk memastikan Laksamana terus berkhidmat dengan kerajaan anda? [3 markah]

Sekiranya saya raja, perkara yang akan saya lakukan untuk memastikan Laksamana terus berkhidmat dengan kerajaan saya ialah saya akan    mengahwinkan Laksamana dengan puteri saya. Di samping itu, saya akan menawarkanLaksamana jawatan yang lebih tinggi. Memberikan pingat kebesaran kepada Laksamana .... Mengadakan keraian untuk menghargai dan mengingati jasa Laksamana.

iii.Sekiranya anda raja di sesebuah negara, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil jika rakyat anda ditimpa musibah?

Sekiranya saya raja sesebuah negara, saya akan membantu rakyat dari segi kewangan yang untuk mereka memulakan kehidupan yang baharu. Selain itu, melawat ke kawasan yang ditimpa musibah tersebut untuk memberi kata-katasemangat kepada rakyat. Tambahan pula, mengisytiharkan darurat jika perlu supaya segala bantuan boleh diberikan kepada mangsa ditimpa musibah serta mengarahkan pihak yang bertanggungjawab untuk memberi bantuan dengan kadar segera


SOALAN-JAWAPAN 1
Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu. Maka Patih Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan anaknya yang bemama Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha atau belumkah. Maka orang Patih Gajah Mada pun pergilah kepada bininya Petala Bumi. Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah sudah Kertala Sari datang ke mmahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?” Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis, seraya berkata, “ Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”  Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu marah, katanya, “Siapa menyumh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?” Maka oleh ibunya segala hal-ehwal dari mulanya datang kesudahnya diceritakannya pada anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu sangat amarahnya, “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa kedep tembung laku. Syahadan negeri Melaka pun habis kubinasakan. Jikalau tiada kuperbuat demikian, bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan.

i.Berikan maksud bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan.                                                                                                                                [2 markah]    
Bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan bermaksud aku bukanlah anak pahlawan yang gagah dan cerdik

ii.Berdasarkan petikan di atas, apakah yang diperoleh Kertala Sari setelah dia pulang dari Daha?                                                                                          [3 markah]
...emas ... perak ... pakaian... berpuluh-puluh juta pitis ... dicuri orang yang banyak (sila buat dalam bentuk esei yang betul)

iii.Kertala Sari  begitu marah apabila mendengar ibunya menyatakan bahawa ayahnya telah dibunuh oleh Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.Pada pendapat anda, mengapakah Kertala Sari begitu marah?                                              [4 markah]

sangat sayang akan ayahnya... belum puas menumpang kasih sayang ayahnya ... tidak sanggup melihatnya ibunya menjadi balu ... ayah Kertala Sari merupakan seorang yangbertanggungjawab (sila buat dalam bentuk esei yang betul)


  
SOALAN-JAWAPAN 2

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, ‘Jangan tiada dikasihi anakku ini,‘ kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung.”  
Setelah Kertala mendengar kata Patih Gajah Mada itu. maka Kertala Sari terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.
Maka sembah Kertala Sari, “ Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil.
Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa.”
Setelah Patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin. Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya masuk menghadap Seri Betara. Maka sembah Patih Gajah Mada, “Adapun penjurit tujuh orang dititahkan oleh paduka Betara pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya.
Sebermula negeri Melaka pun sedikit alah olehnya. Akan sekarang baharulah patik beroleh penjurit terlalu kepetangan; inilah penjuritnya. Kertala Sari namanya, anak Petala Bumi yang dipesan oleh bapanya kepada patik.”

Soalan (sila buat dalam bentuk esei yang betul)

i.Apakah tujuan Patih Gajah Mada memanggil Kertala Sari?                           [2 markah]

... ingin menyampaikan pesan bapa Kertala Sari supaya mengasihi dan menjaga anaknya itu ... ingin menjadikan Kertala Sari Penggawa Agung

ii.Berdasarkan petikan di atas, nyatakan sebab-sebab Kertala Sari tidak mahu menjadi penggawa agung.                                                                                   [3 markah]

... mahu mengalahkan Ratu Melaka ... mahu mengalahkan Laksamana... mahu mengambil anak dan isteri orang Melaka

iii.Pada pandangan anda, mengapakah kerajaan pada zaman dahulu sering melancarkan perang terhadap negeri di sekitarnya?                              [3 markah]

... untuk meluaskan pengaruh pemerintahan... untuk meluaskantanah jajahan masing-masing ... untuk menunjukkan kehebatan kerajaan tersebut..



SOALAN-JAWAPAN 3
        
Setelah Seri Betara mendengar sembah Patih Gajah Mada demikian itu, maka titah Seri Betara, “Hai Kertala Sari, dapatkah engkau kutitahkan membunuh Ratu Melaka dan hulubalang yang bernama Laksamana itu?”
Maka sembah Kertala Sari, “Daulat tuanku andika Betara, endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu, sedang negeri Daha patik alahkan? Setelah Seri Betara mendengar cakap Kertala Sari itu, maka titah Seri Betara, “Segeralah engkau pergi ke Melaka itu. Kerajaan seperti cakapmu itu supaya engkau kujadikan penggawa agung.”  Maka sembah Kertala Sari, “Jikalau tuanku hendak menitahkan patik aji, baiklah segera patik suruh hantarkan ke Melaka dengan sebuah perahu supaya patik segera kerjakan seperti titah paduka Betara itu.” Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.” Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah. Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari punmenyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.

Soalan (sila buat dalam bentuk esei yang betul)

i.Berikan maksud endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu, sedang negeri Daha patik alahkan.

..tugas membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu sangat mudah kerana Kertala Sari pernah mengalahkan negeri Daha

ii. Berdasarkan petikan di atas, apakah perkara-perkara yang dilakukan oleh Kertala Sari apabila tiba di Melaka?

..singgah di luar kota pada kampung segala Jawa
..Kertala Sarimenyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu
..Kertala Sari berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung dengan orang kaya-kaya dan saudagar

iii.Pada pandangan anda, sekiranya Kertala Sari tiada, bagaimanakah Seri Betara dapat menyelesaikan masalah baginda dengan Ratu Melaka dan Laksamana?

..baginda berunding dengan cara terbaik
…baginda bolehmeminta bantuan angkatan tenteranya untuk menyerang Ratu Melaka dan Laksamana
…baginda boleh meminta bantuan darinegara jiran
              


SOALAN-JAWAPAN 4
    
Berapa lamanya hatta hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun bersikap dirinya; maka lalu berjalan masuk ke dalam kota. Maka ia masuk ke rumah seorang saudagar yang kaya. Maka dilihai Kertala Sari saudagar itu lagi makan nasi laki isteri. Maka Kertala Sari pun masuk makan bersama-sama dengan saudagar itu. Hatta setelah jauh malam, maka saudagar itu pun masuk tidur. Maka oleh Kertala Sari dicurinya segala harta saudagar itu sekuasa-kuasa ia membawa bini saudagar itu pun dicabulinya. Maka ia pun kembali pada tempatnya. Maka hari pun sianglah. Maka saudagar itu pun gemparlah mengatakan dirinya kecurian. Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala saudagar dan orang-orang kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.”
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku! Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.”  Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal,terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.
Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.
Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja mengadukan halnya kecurian semalam itu. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”
Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.”
Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?”
Maka baginda pun murka sedikit akan Temenggung. Maka baginda pun menyuruh memanggil Laksamana; Laksamana pun segera datang lalu duduk menyembah.

Soalan (sila buat dalam bentuk esei yang betul)

i.Berikan maksud patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.         [2 markah]

...bermaksud kami telah dirompak sehingga tiada apa-apa yang tinggal untuk kami lagi

i.Berikan maksud terlalu banyak dengan lembing perisai. [2markah]

Maksudnya ialah senjata yang sangat banyak.

ii.Apakah yang dilakukan oleh Kertala Sari apabila dia masuk ke dalam rumah saudagar kaya?[3

...... makan bersama dengan saudagar ... mencuri segala harta saudagar ... melarikan dan mencabuli isteri saudagar

i.Orang kaya-kaya telah mengadu kepada raja bahawa rumah mereka kecurian semalam.Nyatakan reaksi raja apabila mendengar aduan tersebut. [3 markah]

...Raja berasa hairan dan bertanya kepada Temenggung sama ada mereka berkawal atau tidak pada malam itu. Bagindamurka akan Temenggung lalu menyuruh agar Laksamana dipanggil.

iii.Sekiranya anda Temenggung, apakah tindakan-tindakan yang akan anda lakukan untuk meredakan kemarahan raja?

...Menerangkan perkara yang sebenarnya kepada raja...Membawa beberapa orang saksi yang mengetahui bahawa saya sudah membuat kawalan....Berjanji kepada raja untuk berusaha menyelesaikan masalah kecurian tersebut.

iii. Pada pandangan anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang itu tergamak mencuri?

... desakan hidup akibat kemiskinan... mempunyai kemahuan yang tinggi walaupun tidak mampu dari segi kewangan ... rasa puas hati apabila berjaya melakukan perkara itu




SOALAN-JAWAPAN 5

Maka sembah Bendahara, “Daulat tuanku Syah Alam, adapun pekerjaan berkawal itu pekerjaan Temenggung; apabila Temenggung tiada bercakap, Laksamana pula mengerjakan dia.”
Maka titah raja, “Pada malam ini Temenggung sendiri keluar berkawal.”
Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku, patik sendiri masuk berkawal.” Maka Temenggung pun bermohon kembali ke rumahnya berkerah segala hambanya lima ratus orang dengan alat senjatanya.
Setelah hari malam maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka didengarnya bunyi orang berkawal dan bunyi lembing perisai gemeretak. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu ia berjalan pada tengah orang banyak itu lalu masuk ke rumah Bendahara. Maka dicurinya harta yang kemas- kemas lalu dibawanya kembali.
Setelah hari siang maka Bendahara pun gemparlah mengatakan kecurian.
Maka Bendahara pun berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, pada malam ini patik habis kecurian, habislah harta yang kemas-kemas.”
Maka titah raja, “Hai Temenggung, tidakkah kita titahkan Temenggung sendiri pada malam berkawal? Mengapakah pada malam ini mamak Bendahara kecurian ini?”

i.Apakah perkara yang diadukan oleh Bendahara kepada Tuanku Syah Alam?   [2 markah]

tugas berkawal itu merupakan tugas Temenggung..Temenggung tidak melaksanakan tugas, sebaliknya Laksamana pula mengambil alih tugas tersebut

ii.Bagaimanakah reaksi Temenggung selepas mendapat perintah Tuanku Syah Alam? [3 markah]

Temenggung mematuhi arahan itu..Temenggungbermohon kembali ke rumahnya..Temenggung mengerahsemua hambanya seramai 500 orang dengan senjatanyauntuk berkawal...

iii.Sekiranya anda raja, apakah tindakan yang akan anda kenakan kepada Temenggung yang gagal menjalankan tugasnya dengan baik? [3 markah]

..saya akan memberikan amaran kepada Temenggung supaya melaksanakan tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh...saya akan menggantikan Temenggung dengan orang lain...saya akan mengenakan hukuman yang setimpal kepada Temenggung






SOALAN-JAWAPAN 5

Maka sembah Temenggung, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun dan kurnia; adapun pada malam ini patik sendirinyalah berkawal. Pada segenap pintu dan rumah saudagar dan orang kaya-kaya patik sudah tunggui; maka seorang pun tiada bertemu dengan patik-patik itu. Maka titah duli yang maha mulia patik junjung.”
Maka Laksamana pun berdatang sembah, “Ya tuanku, adapunpenjurit yang datang ini bukan barang-barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia, patik hendak memohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit itu.”
Maka titah raja, “Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita. Jikalau Laksamana pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini? Yang kita harap hanyalah Laksamana.” Maka Laksamana pun berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu.
i.Mengapakah Laksamana ingin berlawan dengan penjurit yang melakukan kecurian di tempat mereka?[2 markah]
..penjurit yang datang bukan penjurit yang sembarangan...penjurit itu lebih bijak daripada Laksamana   ....  bukan calang-calang
iii.Sekiranya anda raja, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk menghapuskan penjurit itu?
..mengarahkan pembesar saya untuk menangkap penjurit itu..menjatuhkan hukuman mandatori ...bunuh terhadap penjurit itu..meminta bantuan negara lain untuk menangkap penjurit itu

Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, “Hai segala kamu sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, sebahagi akan orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana.”
Maka sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana titah patik junjung.”
Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika demikian sahaja aniayalah duli yang maha mulia dan dukacitalah sekalian empunya harta. Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itu pun, mana kasih hatinya hendak memberi akan patik.”
Maka titah baginda, “Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?”
Maka sembah mereka itu, “Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi Allah dan rasul- Nya, dengan tulus ikhlas patik sekalian.” Masing-masing pun memberikan segala hartanya akan Laksamana.
Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itudidermakan pada segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi lagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu tiada diambil oleh Laksamana.

i.Berikan maksud yang sebahagi itu akan patik.       [2 markah]

…bermaksud saya akan mengambil sebahagian

ii.Berdasarkan petikan di atas, apakah yang dilakukan oleh Laksamana terhadap harta yang diberikan kepadanya?

harta itu telah dibahagi tiga... satu bahagian didermakan kepada segala fakir miskin ... satu bahagian diberikan kepada segala pegawai yang , tiada penguasaan ... satu bahagian diberikan kepada semua orangnya

iii.Pada pendapat anda, selain pemberian harta, bagaimanakah cara lain untuk menghargai jasa seseorang?

..memberikan pangkat/gelaran/anugerah... membantu mereka jika berada dalam kesusahan... mendoakan kesejahteraan mereka... menziarahi mereka untuk bertanyakan khabar

 i.Nyatakan perkara-perkara yang dititahkan oleh raja kepada semua pemilik harta tersebut.     [2 markah]

Perkara-perkara yang dititahkan oleh raja kepada semua pemilik harta tersebut ialah mereka diminta membahagikan harta itu kepada tiga bahagian. Seterusnya, dua bahagian diserahkan kepada Laksamana dan sebahagian lagi ialah kepunyaan pemilik harta.

ii.Apakah yang telah dilakukan oleh Laksamana terhadap satu bahagian harta yang diberikan kepadanya? [3

Perkara-perkara yang dilakukan oleh Laksamana terhadap harta yang diberikan kepadanya ialah dia membahagikan harta itu kepada tiga bahagian. Selain itu, Laksamana mendermakan satu bahagian kepada fakir miskin, satu bahagian diberikan kepada semua pegawai yang tiada penguasaan,manakala satu bahagian lagi diberikan kepada orang-orangnya.

iii.Sekiranya anda raja, bagaimanakah cara anda membalas jasa Laksamana yang mendapatkan harta yang telah dicuri semula? [3 ]

Sekiranya saya raja, cara saya membalas jasa Laksamana yang mendapatkan harta yang telah dicuri semula adalah dengan memberikan hadiah seperti persalinan ataupun barangan berharga. Seterusnya, menganugerahkan pangkat yang tinggikepada Laksamana. Selain itu, memberikan pingat kebesaran kepada Laksamana. Akhirnya, mengadakan keraian untuk menghargai dan mengingati jasa Laksamana.

51 Pertanyaan:

My Beloved Family berkata...

terima kasih daun keladi

Faizul Shane berkata...

Tq... Sangat brguna utk pelajar. .☺

Tanpa Nama berkata...

Nota yg baik !

Tan Chueycheong berkata...

Terima kasih

Tan Chueycheong berkata...

Terima kasih ~

Tanpa Nama berkata...

terima kasih

Unknown berkata...

terima kasih ~

CRITA ANAK PONDOK berkata...

terima kasih

Unknown berkata...

Ggwp

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih ��

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih

Unknown berkata...

Terima kasih

Miaa Amira berkata...

Tq For information I hope I can do it with note simple you give to me

Miaa Amira berkata...

Tq For information I hope I can do it with note simple you give to me

Miaa Amira berkata...

Terima kasih bagi contoh soalan yg mudah difahami ..sya harap ia berguna Utk sya doakan kejayaan sya😊

WEAREONE berkata...

Terima kasih berkongsi ilmu

Unknown berkata...

Terima kasih. sangat membantu saya

Unknown berkata...

terima kasih

Unknown berkata...

Nice. Sangat membantu saya untuk trial

JoHn LeXXX berkata...

terima kasih atas perkongsian ilmu

Nothing berkata...

Terima kasih ☺

Miwen Tea berkata...

Terima kasih

siva 24k berkata...

Terima kasih!

Unknown berkata...

Terima kasih!

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih banyak ii..sangat membantu..lagi ii last minute ulangkaji..semoga cikgu murah rezeki dan dapat anak murid yg baik dan sopan ii belaka..

Unknown berkata...

Terimakasih

Unknown berkata...

terima kasih kerana telah membantu saya

Unknown berkata...

Vcs

Unknown berkata...

Tq so much

Unknown berkata...

terima kasih...bahan ini sangat membantu pelajar saya..

Tanpa Nama berkata...

I N E E D H E A L I N G.

Unknown berkata...

Terima kasih

Unknown berkata...

Terima kasih atas info yang berguna

Tanpa Nama berkata...

tq bosku

fbvhj berkata...

terima kasih

Unknown berkata...

Wah,, sngat membantu, tq

Tanpa Nama berkata...

Esok exam wkkwkw....elok sangat ni

Tanpa Nama berkata...

Mohon perkongsian ye.. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih

mynameismaiirah berkata...

Thanks, and wish me luck for spm 😋

Unknown berkata...

Terima kasih

Unknown berkata...

Terima kasih

Unknown berkata...

Terima kasih

Unknown berkata...

contoh soalan yang amat membantu..terima kasih cikgu..

Unknown berkata...

Terima kasih

aminahspm2018 berkata...

Saya Pelajar SPM 2018..terima kasih atas perkongsian cikgu,saya harap apa yg saya baca di sini dapat digunakan esok..kalau cikgu baca komen ni..tolong doakan saya berjaya esok...alang2 doakan guna nama penuh saya SITI AMINAH BINTI KAMALUKEH pelajar aliran sains tulen kuala lumpur

JoHn LeXXX berkata...

Terima kasih

JoHn LeXXX berkata...

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

terima kasih. sangat berguna utk pelajar calon spm. moga saya dapat jawab kertas soalan bm dengan tenang

syakirah berkata...

terima kasih

redland74 berkata...

Terima kasih

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online