Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Label

SPM KOMSAS Penulisan Tatabahasa STPM Nota Karangan A+ Novel PMR Tingkatan 1 Tingkatan 5 Tingkatan 4 Kesusasteraan Morfologi PT3 UNIVERSITI Info Rumus Teknik Jurnal Aktiviti Bahasa Guru Teks Pengacaraan Pengacaraan Sajak Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Pengolongan Kata Ujian mata soalan-jawapan Isu Semasa Novel Sejambak Bakti Prosa Tradisional contoh karangan BM STPM Cerpen Forum Peribahasa Teknik Mengarang Tingkatan 2 Karangan Bahan Rangsangan Kesalahan ejaan Latihan Novel Kabus Di Perbukitan Novel Melunas Rindu Sintaksis karangan berformat Antologi Sejadah Rindu Novel Silir Daksina uji minda Antologi Kuingin Berterima Kasih Fonologi UPSR Santai Bahasa skema pemarkahan Novel Di Sebalik Dinara Semantik Tips Ujian contoh soalan Berita Drama Kesimpulan Novel Tingkatan 1 Pdpc Pengajian Am Permainan Bahasa Rumusan Teknik Menjawab Soalan Tingkatan 3 Ulasan format Aspek Tatabahasa Kerja Kursus Kesalahan Imbuhan Kesalahan Istilah Kesalahan Tatabahasa Latih Tubi Murid Novel Tingkatan 5 PKJR Pantun Peraturan Permainan Pertandingan Petikan Cerpen PnP ULBS format kertas Bahasa Melayu kertas satu BBM Bahas Bahas Ala Parlimen Buku Buku Latihan Debat Dikemassenga Download EduWebTV Gurindam Hakim Hasil titik peluh Istilah Isu Bahasa Kaedah Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Menulis Kemahiran Seni Bahasa Kerajaan Kertas Kerja Kertas Konsep LADAP Makna Istilah Muat turun Nazir PAK 21 PIBG PLBS Panduan Pembangkang Pendahuluan Pengenalan Penjaga Masa Peraturan Pertandingan. Kertas Konsep Perbandingan Novel Pertanyaan Peta Minda Prosa Moden Puisi Ringkasan Saps Seloka Seni Bahasa Siaran Langsung Sivik dalam Bahasa Melayu Soal Jawab Soalan Percubaan Soalan contoh Surat menyurat Syair Tahap 1 Tahap 2 Tnigkatan 1 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Ulangkaji Video Youtube cara melintas jalan cereka cerita fiksyen homofon homograf imbuhan jenis kenderaan karangan pendek kata-kata hikmat kata-kata orang tua-tua novelTingkatan 5 pantun kanak-kanak pasang siap program sekolah
Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

klik iklan di sebelah sebagai tanda sokongan ya :)


Terima kasih!

Sajak Kita Umpama Sehelai Daun Tingkatan 1

29/01/18








MAKSUD SAJAK

Rangkap 1
Kehidupan manusia di muka bumi ini boleh diibaratkan sebagai sehelai daun. Apabila manusia dilahirkan , membesar dan menjadi dewasa, seharusnya mereka telah mampu menyumbangkan jasa untuk menerangi  kehidupan insan lain agar keluar dari belenggu penderitaan.

Rangkap 2
Jika kita gagal menjadi manusia yang tahu membuat jasa, maka tiadalah ruang dan peluang bagi mereka yang hidup dalam kepayahan untuk bergantung harap.

Rangkap 3
Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang akan menjadi tua dan mati. Maka janganlah kita terlalu sombong dan bangga diri dengan kelebihan yang dimiliki sehingga melupakan kesusahan hidup orang lain yang bergantung harap kepada kita.

Rangkap 4
Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun, sewaktu hidup menyumbang jasa. Malah setelah matipun, banyak jasa dan bakti kita masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain.



TEMA
Mengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan.


PERSOALAN
1.      Senantiasa memberi sumbangan dan kebaikan kepada masyarakat.
2.      Tidak kedekut dan malas untuk membantu orang lain. Hal ini akan  menyebabkan hubungan dengan masyarakat akan menjadi renggang.
3.      Sikap angkuh dan mementingkan diri sendiri akan menyusahkan orang lain.


BENTUK
1.      Bebas
2.      Terdapat empat rangkap
3.      Baris-baris ayat dan rima akhir
         ·    Rangkap 1 terdapat 5 baris.  Rima akhir ababc
         ·    Rangkap 2 terdapat 4 baris.  Rima akhir abcd
         ·    Rangkap 3 terdapat 5 baris.  Rima akhir abcbd
         ·    Rangkap 4 terdapat 3 baris.  Rima akhir abb







GAYA BAHASA
1.      Simile
         Contoh :  kita umpama sehelai daun

2.      Personifikasi
         Contoh :  tempat bercanda unggas meriang

3.      Pengulangan baris
         Contoh :  kita umpama sehelai daun

4.      Asonansi - pengulangan vokal a
         Contoh :  andai kikir jasa dan bakti

5.      Aliterasi – pengulangan konsonan m
         Contoh :  hijau menunas menyegar mata
Image result for daun kering

NILAI
1.      Nilai bertanggungjawab
         Contoh: Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain

2       Nilai prihatin
         Contoh: Prihatin terhadap golongan miskin dan anak-anak yatim

3.      Nilai kesederhanaan
         Senantiasa mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan


PENGAJARAN
1.      Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat
2.      Kita mestilah prihatin terhadap golongan yang memerlukan
3.      Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap yang sederhana


SARANAN
1.      Penyajak menyarankan supaya kita bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain

2       Penyajak menyarankan supaya kita prihatin terhadap golongan miskin dan anak-anak yatim

3.      Penyajak menyarankan supaya kita senantiasa mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan

24 Pertanyaan:

Tanpa Nama berkata...

apakah bentuk puisi ini

Unknown berkata...

Bessst

DIN KK berkata...

terima kasih

Amirah khalid berkata...

Terima kasih!bahan ni berguna untuk saya😊

Unknown berkata...

Apakah keistimewaan sehelai daun dalam sajak tersebut

Qamarul Abdullah berkata...

daun diibaratkan seperti diri manusia yang sewaktu hidup dan matinya sentiasa memberikan manfaat

Joanne Phon berkata...

apakah saranan penyajak kepada manusia?

Unknown berkata...

terima kasih....nota ini sgt berguna

Tanpa Nama berkata...

apa saranan penyajak kepada manusia?
dan
ciri sajak yang menunjukkan sajak tersebut berbentuk bebas?

Unknown berkata...

Apa saranan penyajak kepada manusia ?

Unknown berkata...

Please.masuk saranan penyajak kepada manusia baru lengkap cikgu oi

Unknown berkata...

Terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

wowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
sajak terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Tanpa Nama berkata...

saya seorang robottttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

terima kasih

Unknown berkata...

Assalamualaikum cikgu, nk tnya sy tk fhm yg soalan ni apakah kepentingan kepentingan daun kepada unggas?? Cg tolong ajarkan.. Tolong balas ye.. Sy nk tahu kepentingan itu.. 😅 😅

Qamarul Abdullah berkata...

waalaikumsalam. dalam sajak ini daun mempunyai kepentingan kepada unggas kerana dedaun yang lebar dan redup itu menjadi tempat unggas-unggas bermain dan berlindung daripada panas terik matahari.

BARIAH SOYOD berkata...

Terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Unknown berkata...

Terima kasih. BarakAllah fiik...

Unknown berkata...

Apakah kepentingan alam terhadap mannusia? ??

Cikgu Q berkata...

Alam memberikan banyak kepentingan kepada manusia antaranya menjadi sumber makanan dan minuman, sumber asas barangan keperluan, sumber ketenangan, sumber inspirasi dan membekalkan oksigen.

Unknown berkata...

tq

Unknown berkata...

Terima kasih kerana banyak membantu pemahaman saya

Unknown berkata...

Pengulangan kosnan g dan pengulangan vokal a

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online