Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Label

SPM KOMSAS Penulisan Tatabahasa STPM Nota Novel PMR Tingkatan 1 Tingkatan 5 Tingkatan 4 Karangan A+ Kesusasteraan Morfologi PT3 UNIVERSITI Info Rumus Teknik Jurnal Guru Teks Pengacaraan Aktiviti Bahasa Pengacaraan Sajak Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Pengolongan Kata soalan-jawapan Isu Semasa Novel Sejambak Bakti Prosa Tradisional BM STPM Cerpen Forum Teknik Mengarang Tingkatan 2 Karangan Bahan Rangsangan Kesalahan ejaan Latihan Novel Kabus Di Perbukitan Novel Melunas Rindu Peribahasa Sintaksis karangan berformat Antologi Sejadah Rindu Novel Silir Daksina contoh karangan Antologi Kuingin Berterima Kasih Fonologi UPSR skema pemarkahan Novel Di Sebalik Dinara Semantik Ujian Berita Drama Kesimpulan Novel Tingkatan 1 Pdpc Pengajian Am Rumusan Teknik Menjawab Soalan Tingkatan 3 contoh soalan format Kesalahan Imbuhan Kesalahan Istilah Kesalahan Tatabahasa Latih Tubi Murid Novel Tingkatan 5 PKJR Pantun Peraturan Permainan Pertandingan Petikan Cerpen PnP Tips ULBS format kertas Bahasa Melayu kertas satu Aspek Tatabahasa BBM Bahas Bahas Ala Parlimen Buku Buku Latihan Debat Dikemassenga EduWebTV Gurindam Hakim Hasil titik peluh Istilah Isu Bahasa Kaedah Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Menulis Kemahiran Seni Bahasa Kerajaan Kerja Kursus Kertas Kerja Kertas Konsep LADAP Makna Istilah Nazir PAK 21 PIBG PLBS Panduan Pembangkang Pengenalan Penjaga Masa Peraturan Pertandingan. Kertas Konsep Perbandingan Novel Permainan Bahasa Pertanyaan Peta Minda Prosa Moden Puisi Ringkasan Saps Seloka Seni Bahasa Siaran Langsung Sivik dalam Bahasa Melayu Soal Jawab Surat menyurat Syair Tahap 1 Tahap 2 Tnigkatan 1 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Ulangkaji Video Youtube cara melintas jalan cereka cerita fiksyen homofon homograf imbuhan jenis kenderaan novelTingkatan 5 pantun kanak-kanak pasang siap program sekolah
Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

klik iklan di sebelah sebagai tanda sokongan ya :)


Terima kasih!

Sajak www.sibermerdeka.com.my Tingkatan 4

28/01/18

Sajak 'www.sibermerdeka.com.my'  (Abdul Ghafar Ibrahim)

Image result for MERDEKA

Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
untuk menentang senja dan malam.


Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.


Dalam parlimen diriku
aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotak-katikkan.


Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.



Dalam laut diriku
ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.


Dalam kehidupan penyajak, dia sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang menguji kesabaran dan keimanannya.


Dalam gergasi diriku
terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan nberingat lagi.


Penyajak yang berasakan dirinya hebat sering terpedaya oleh nafsu. Namun begitu, penyajak cepat tersedar seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.


Dalam pentas diriku
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak duga klimaksnya.


Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah kebaikan walaupun dia tidak mengetahui apa-apa yang bakal ditempuhnya pada hari-hari yang mendatang.


Dalam dewan diriku
aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang.


Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih matang. Dia tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.


Apabila sibermerdeka sampai
ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
aku ambnil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.


Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.


Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
aku turun darinya menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan sibermerdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan.


Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi kenyataan hidup yang bersifat sementara. Setiap peristiwa dalam hidup penyajak berlalu dengan amat pantas. Oleh itu, penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.



TEMA

Ketabahan insan dalam mendepani dugaan hidup.


PERSOALAN

Kepentingan merancang kehidupan

Contoh : Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.


Kegigihan untuk menyelesaikan masalah

Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.


Cara menjalani hidup dengan bermanfaat
Contoh : Penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.



BENTUK SAJAK

Terdiri daripada lapan rangkap

Terdiri daripada tiga hingga 10 baris dalam satu rangkap

Terdiri daripada tiga hingga enam perkataan dalam satu baris

Terdiri daripada tujuh hingga 15 suku kata dalam satu baris

Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.


Rangkap pertama : abac
Rangkap kedua : abac
Rangkap ketiga : abb
Rangkap keempat : abc
Rangkap kelima : abcde
Rangkap keenam : abcbc
Rangkap ketujuh : abcdefe
Rangkap kelapan : abcdefghbh





GAYA BAHASA


sinkof

Contoh :
untuk ku merdekakan warga fikirku
yang tak diduga klimaksnya
Elakkan dirimu menjadi sia-sia


hiperbola
Contoh :
hidup menentang senja dan malam
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan


personifikasi
Contoh :
ombak gelora menampar pantai aman
oleh kata yang mengekang
oleh kata yang menyerang
bagai siang memanggil malam


repitisi
Contoh :
menghayati skrip demi skrip
peristiwa datang peristiwa pergi


anafora
Contoh :
akuberlatih menangkis angin
akuberlatih memunggah awan


responsi
Contoh :
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan


simile
Contoh :
bagaisiang memanggil malam


metafora
Contoh :
Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
Dalam parlimen diriku
untuk ku merdekakan warga fikirku
Dalam laut diriku
Dalam gergasi diriku
Dalam pentas diriku
Dalam dewan diriku
ke rumah cabaranku
Kini, kapal diriku telah berlabuh
di pangkalan usia


kata ganda
Contoh :
Elakkan dirimu menjadi sia-sia



NILAI

Nilai rasional
Contoh : Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.


Nilai kegigihan
Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.


Nilai keinsafan
Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.




PENGAJARAN

Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan
Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.


Kita mestilah memiliki pendirian
Contoh : Penyajak tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.


Kita mestilah sentiasa melakukan muhasabah diri
Contoh : Penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.


terima kasih Cikgu Amin atas perkongsian ini

0 Pertanyaan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online