Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Label

SPM KOMSAS Penulisan Tatabahasa STPM Nota PMR Tingkatan 4 Tingkatan 5 Karangan A+ Kesusasteraan Morfologi Novel UNIVERSITI PT3 Tingkatan 1 Jurnal Info Guru Teknik Aktiviti Bahasa Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Pengolongan Kata Rumus Sajak Isu Semasa BM STPM Forum Prosa Tradisional Cerpen Karangan Bahan Rangsangan Kesalahan ejaan Latihan Novel Kabus Di Perbukitan Novel Melunas Rindu Peribahasa Sintaksis Tingkatan 2 karangan berformat Antologi Sejadah Rindu Fonologi contoh karangan soalan-jawapan Antologi Kuingin Berterima Kasih UPSR skema pemarkahan Rumusan Semantik Teknik Mengarang Ujian Berita Drama Novel Di Sebalik Dinara Novel Silir Daksina Pengajian Am format Kesalahan Imbuhan Kesalahan Istilah Kesalahan Tatabahasa Latih Tubi Murid PKJR Pantun Pdpc Peraturan Permainan Pertandingan Petikan Cerpen PnP Teknik Menjawab Soalan Teks Pengacaraan Tingkatan 3 Tips ULBS contoh soalan format kertas Bahasa Melayu kertas satu Aspek Tatabahasa BBM Bahas Bahas Ala Parlimen Buku Buku Latihan Debat Dikemassenga Gurindam Hakim Hasil titik peluh Istilah Isu Bahasa Kaedah Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Menulis Kerajaan Kerja Kursus Kertas Kerja Kertas Konsep Makna Istilah PAK 21 PLBS Panduan Pembangkang Pengenalan Penjaga Masa Peraturan Pertandingan. Kertas Konsep Perbandingan Novel Permainan Bahasa Pertanyaan Peta Minda Prosa Moden Puisi Seloka Seni Bahasa Soal Jawab Surat menyurat Syair Tahap 1 Tahap 2 Tnigkatan 1 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Ulangkaji cara melintas jalan homofon homograf imbuhan jenis kenderaan pantun kanak-kanak pasang siap
Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

Contoh merangka penulisan Karangan Bahan Rangsangan BM SPM

1/02/18


Bahagian A
[ 30 markah ]
[ Masa dicadangkan :  45 minit ]

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hinga 250 patah perkataan.

KEMALANGAN JALAN RAYA





USAHA-USAHA

Ø  Kempen Pemanduan Secara Berhemah –menyedarkan masyarakat –berhati-hati

Ø  Penguatkuasaan Undang-undang –memberi peringatan- mematuhi peraturan

Ø  Menyelenggara sistem jalan raya-memantau dan membaiki – membahayakan keselamatan pengguna






PENDAHULUAN

AYAT 1 : TEMA
Sejak akhir-akhir ini/Dasawarsa ini, Mutakhir ini, isu yang berkaitan dengan……………………..(sebutkan tema)…………………..dalam (sebutkan isu ini melibatkan siapa) saban waktu diuar-uarkan oleh dalam media arus perdana di negara ini. Hal ini demikian kerana …………..(sebab menjadi isu utama)………………..

AYAT 2 :  JUSTIFIKASI
Oleh itu, ………………(pihak yang terlibat atau semua pihak ) mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana …………..(ungkapan menarik/peribahasa)
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya ATAU
berat sama dipikul ringan sama dijinjing ATAU
yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang ATAU
hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh ATAU
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

AYAT 3 : AYAT ARAHAN/TUGASAN
Persoalannya, apakah………………………….(salin tugasan soalan) dan berakhir dengan tanda tanya (?).


Sejak akhir-akhir ini, isu  berkaitan dengan kemalangan jalan raya dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara ini. Hal ini demikian kerana kemalangan jalan raya di negara ini semakin meningkat pada setiap tahun. Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing. Persoalannya, apakah usaha  kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan di negara ini?


PENDAHULUAN
Sejak akhir-akhir ini, isu  berkaitan dengan kemalangan jalan raya dalam kalangan masyarakat saban waktu diuar-uarkan dalam media arus perdana di negara ini. Hal ini demikian kerana kemalangan jalan raya di negara ini semakin meningkat pada setiap tahun. Oleh itu, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana yang berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Persoalannya, apakah usaha  kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan di negara ini?


ISI PERTAMA (PERENGGAN KEDUA)
Ayat Topik ( AT)
Rumus
Pada pendapat saya, ……….(TUGASAN) + yang paling utama/efektif ialah/adalah dengan …….(isi pertama)

APA?
Ayat 1
Pada pendapat saya usaha yang paling utama atau efektif adalah dengan kerajaan  mengadakan Kempen Pemanduan Secara Berhemah.

Huraian Isi
Rumus
Hal ini dikatakan demikian kerana + (ISI) +(SIAPA) + (MENGAPA)

Ayat Huraian  (AH)
MENGAPA?
Ayat 2
Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh kerajaan dapat menyedarkan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Ayat Contoh (AC)
Rumus
Sebagai contoh, + (ISI) + seperti …..

BAGAIMANA?
Ayat 3
Sebagai contoh, kerajaan mengadakan kempen melalui akhbar, media massa, papan tanda dan sebagainya.

Ayat Penegas (AP)
Rumus
Tegasnya, +( ISI) + (TUGASAN)

Menegaskan Isi
Ayat 4
Tegasnya, kempen yang dijalankan oleh kerajaan ini dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan di negara ini.







ISI PERTAMA



Pada pendapat saya, usaha yang paling utama atau efektif adalah dengan kerajaan  mengadakan Kempen Pemanduan Secara Berhemah. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh kerajaan dapat menyedarkan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya . Sebagai contoh, kerajaan mengadakan kempen melalui akhbar, media massa, papan tanda dan sebagainya. Tegasnya, kempen yang dijalankan oleh kerajaan ini dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan di negara ini.



ISI KEDUA ( PERENGGAN KETIGA)

Ayat Topik ( AT)
Rumus
Selain itu, + (ISI)+ juga dikenal pasti sebagai + ……….(TUGASAN- tukar kata kunci)

Ayat Topik Isi Kedua
Ayat 1
Selain itu, penguatkuasaan undang-undang juga dikenal pasti sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan.

Huraian Isi Kedua
Rumus
Saya berpendapat demikian kerana + (ISI) +(SIAPA) + (MENGAPA)

Ayat Huraian  (AH)
MENGAPA?
Ayat 2
Saya berpendapat demikian kerana penguatkuasaan undang-undang yang diimplementasikan oleh kerajaan mampu memberi peringatan kepada pengguna jalan raya atau  pemandu kenderaan  agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Ayat Contoh (AC)
Rumus
Misalnya, + (ISI) + seperti …..

BAGAIMANA?
Ayat 3
Misalnya, pihak polis dan JPJ boleh mengenakan kompaun yang tinggi, menyita kenderaan dan menggantung lesan memandu bagi pemandu yang didapati bersalah.
Ayat Penegas (AP)
Rumus
Jelaslah +( ISI) + (TUGASAN)
Menegaskan Isi
Ayat 4
Jelaslah, salah satu tindakan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan adalah dengan
mengetatkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya.

ISI KEDUA
Selain itu, penguatkuasaan undang-undang juga dikenal pasti sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan. Saya berpendapat demikian kerana penguatkuasaan undang-undang yang diimplementasikan oleh kerajaan mampu memberi peringatan kepada pengguna jalan raya atau  pemandu kenderaan  agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan tindakan undang-undang. Misalnya, pihak polis dan JPJ boleh mengenakan kompaun yang tinggi, menyita kenderaan dan menggantung lesn memandu bagi pemandu yang didapati bersalah. Jelaslah, salah satu tindakan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan adalah dengan mengetatkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya.

ISI KETIGA (PERENGGAN KEEMPAT)
Ayat Topik ( AT)
Rumus
TUGASAN- tukar kata kunci)+ yang berikutnya ialah/adalah dengan + (ISI)

Ayat Topik Isi Ketiga
Ayat 1
Usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan yang berikutnya adalah dengan menyelenggarakan sistem jalan raya.

Huraian Isi Ketiga
Rumus
Dalam konteks ini + (ISI) +(SIAPA) + (MENGAPA)

Ayat Huraian  (AH)
MENGAPA?
Ayat 2
Dalam konteks ini, kerajaan mestilah sentiasa memantau dan membaiki kerosakan jalan raya kerana jalan raya yang tidak sempurna boleh membahayakan keselamatan pengguna.

Ayat Contoh (AC)
Rumus
Sebagai tamsilan, + (ISI) + seperti …..

BAGAIMANA?
Ayat 3
Sebagai tamsilan, pihak Jabatan Kerja Raya mestilah menampal jalan yang berlubang, mengecat semula garisan yang telah pudar serta menyediakan lebih banyak papan tanda amaran.

Ayat Penegas (AP)
Rumus
Saya optimis +( ISI) + (TUGASAN)

Menegaskan Isi
Ayat 4
Saya optimis, jalan raya yang diselenggara dengan baik dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.


ISI KETIGA
Usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan yang berikutnya adalah dengan menyelenggarakan sistem jalan raya. Dalam konteks ini, kerajaan mestilah sentiasa memantau dan membaiki kerosakan jalan raya kerana jalan raya yang tidak sempurna boleh membahayakan keselamatan pengguna. Sebagai tamsilan, pihak Jabatan Kerja Raya mestilah menampal jalan yang berlubang, mengecat semula garisan yang telah pudar serta menyediakan lebih banyak papan tanda amaran. Saya optimis, jalan raya yang diselenggara dengan baik dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.
                                                                                           


KESIMPULAN (PERENGGAN AKHIR)

Ayat Penyimpul
(Cadangan/Harapan)

Rumus

Kesimpulannya, siapa ……buat apa …..agar/supaya …..apa


Ayat 1

Kesimpulannya, semua pihak mestilah menyokong usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara ini agar sistem pengangkutan jalan raya negara kita menjadi  salah sebuah sistem pengangkutan yang selamat dan selesa di dunia.


Ayat Seruan

Ayat 2

Oleh hal yang demikian , marilah kita bekerjasama dan berusaha dengan sistematik dan bersikap proaktif dalam mendepani isu ini kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama.



KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak mestilah menyokong usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara ini agar sistem pengangkutan jalan raya negara kita menjadi  salah sebuah sistem pengangkutan yang selamat dan selesa di dunia. Oleh hal yang demikian, marilah kita bekerjasama dan berusaha dengan sistematik dan bersikap proaktif dalam mendepani isu ini kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama.

7 Pertanyaan:

Phoon Huey Shan berkata...

Bahan yg menarik dan berkesan. sesuai untuk diambil sebagai rujukan murid. terima kasih

Unknown berkata...

Terima kasih atas perkongsian. Sangat membantu... Tahniah.

Sisterhood berkata...

terima kasih atas perkongsian

Unknown berkata...

bahan yg menarik, terima kasih atas perkongsian

sakinah qistina berkata...

terima kasih atas perkongsian yang sangat membantu ini cikgu.semoga cikgu terus sukses.

Unknown berkata...

terima kasih atas perkongsian..sangat membantu.

Unknown berkata...

Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian , saya minta izin untuk screenshot 😃

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online