Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Label

SPM KOMSAS Penulisan Tatabahasa STPM Nota PMR Tingkatan 4 Tingkatan 5 Karangan A+ Kesusasteraan Morfologi Novel UNIVERSITI PT3 Tingkatan 1 Jurnal Info Guru Teknik Aktiviti Bahasa Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Pengolongan Kata Rumus Sajak Isu Semasa BM STPM Forum Prosa Tradisional Cerpen Karangan Bahan Rangsangan Kesalahan ejaan Latihan Novel Kabus Di Perbukitan Novel Melunas Rindu Peribahasa Sintaksis Tingkatan 2 karangan berformat Antologi Sejadah Rindu Fonologi contoh karangan soalan-jawapan Antologi Kuingin Berterima Kasih UPSR skema pemarkahan Rumusan Semantik Teknik Mengarang Ujian Berita Drama Novel Di Sebalik Dinara Novel Silir Daksina Pengajian Am format Kesalahan Imbuhan Kesalahan Istilah Kesalahan Tatabahasa Latih Tubi Murid PKJR Pantun Pdpc Peraturan Permainan Pertandingan Petikan Cerpen PnP Teknik Menjawab Soalan Teks Pengacaraan Tingkatan 3 Tips ULBS contoh soalan format kertas Bahasa Melayu kertas satu Aspek Tatabahasa BBM Bahas Bahas Ala Parlimen Buku Buku Latihan Debat Dikemassenga Gurindam Hakim Hasil titik peluh Istilah Isu Bahasa Kaedah Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Menulis Kerajaan Kerja Kursus Kertas Kerja Kertas Konsep Makna Istilah PAK 21 PLBS Panduan Pembangkang Pengenalan Penjaga Masa Peraturan Pertandingan. Kertas Konsep Perbandingan Novel Permainan Bahasa Pertanyaan Peta Minda Prosa Moden Puisi Seloka Seni Bahasa Soal Jawab Surat menyurat Syair Tahap 1 Tahap 2 Tnigkatan 1 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Ulangkaji cara melintas jalan homofon homograf imbuhan jenis kenderaan pantun kanak-kanak pasang siap
Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

KARANGAN CARA UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN

1/02/18



CARA UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN

       Sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang penting yang mendapat tumpuan dalam perdagangan dunia kerana sektor ini merupakan pembekal makanan dan sumber bahan mentah kepada penduduk di dunia. Di Malaysia, sektor pertanian amat penting dan meyumbang lima peratus kepada pendapatan kasar negara. Hal ini dapat membantu meningkatkan pendapatan negara dan secara tidak langsung dapat membantu ekonomi negara kita. Sektor pertanian di Malaysia berfungsi sebagai pembekal sumber makanan kepada seluruh penduduk di Malaysia. Namun begitu, kita masih lagi mengimport tenaga asing dalam sektor perladangan  dan di sektor lain. Ramai dalam kalangan masyarakat kita masih tidak peduli tentang sektor pertanian ini, padahal sektor ini mempunyai potensi yang besar untuk di majukan.


      Masalah sektor ini belum dapat dimajukan ialah negara kita kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir. Hal ini demikian kerana ramai golongan muda terutama golongan mahasiswa dan mahasiswi tidak berminat untuk mempelajari dan menceburi bidang pertanian ini kerana mereka tidak mahu bersusah payah di bawah panas terik matahari dan lebih mementingkan keselesaan diri sendiri serta berminat untuk makan gaji. Namun demikian golongan ini kurang meneroka untuk mengaplikasikan apa yang mereka pelajari itu dengan sektor pertanian. Sebagai contoh, pelajar yang mengambil jurusan sains boleh menggabungkan bidang sains dan pertanian untuk menghasilkan satu bidang pertanian yang lebih moden iaitu bioteknologi. Golongan ini juga harus menyedari bahawa sekarang ini sektor pertanian didominasi oleh golongan tua dan ini menyebabkan produktiviti menjadi semakin rendah. Dengan itu, golongan belia yang mempunyai banyak kudrat harus membantu membangunkan sektor ini.

      Usaha yang dapat dilakukan untuk memajukan sektor pertanian ini boleh dilaksanakan dengan bantuan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani . Kementerian ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pertanian termasuk perikanan dan ternakan. Kementerian ini juga memberi peruntukan yang besar untuk membuat penyelidikan dalam sektor tertentu. Contohnya, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI). Mardi ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan menggiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan dengan memodenkan sektor pertanian selain membantu meningkatkan pulangan  petani. Selain Mardi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga berperanan membantu dalam sektor pertanian khususnya kelapa sawit. MPOB dipertanggungjawabkan untuk meneraju dan membangunkan industri sawit negara. Industri ini merupakan bahan eksport utama ke luar negara contohnya ke Amerika Syarikat. Hasil daripada  penyelidikan ini juga, penemuan teknologi dan inovasi baru telah dikomersialkan. Contohnya penggunaan biojisim dan biodiesel, penjenteraan ladang serta kawalan serangga dan penyakit. Oleh itu, bantuan daripada kementerian ini amat diperlukan.

      Seterusnya, strategi pemasaran untuk memperkenalkan jentera-jentera pertanian, bahan pertanian, baja organik serta benih-benih yang telah diinovasikan untuk menghasilkan pokok yang bervariasi contohnya orkid. Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2006  (MAHA 2006) merupakan pameran pertanian yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia di (MARDI) Serdang, Selangor. Lebih seratus jenis orkid di pamerkan pada pameran pertanian itu termasuk dua spesis hybrid orkid baru yang dilancarkan iaitu  Dendrobium dan Ascorahnis . Spesies ini amat cantik dan mempunyai saiz bunga yang lebih  besar serta mampu bertahan sehingga tiga bulan. Dengan adanya pameran seperti ini Malaysia dapat menarik perhatian sektor pertanian luar negara untuk bersama-sama memajukan bidang pertanian. D samping itu, pameran ini dapat membantu hubungan dua hala Malaysia dengan negara lain untuk mengembangkan bidang yang berkaitan dengan pertanian seperti perikanan dan ternakan. Pertanian hiliran juga boleh dilakukan untuk memasarkan sesuatu produk yang lebih lama ke pasaran antarabangsa. Contohnya, buah pisang ialah  buah yang cepat busuk dan tidak tahan lama. Hal ini dapat diatasi dengan menghasilkan makanan segera seperti kerepek pisang yang bukan sahaja mempunyai tempoh pasaran yang lebih lama tetapi juga harga yang tinggi. Oleh  itu, para petani yang sedia ada dan yang bakal menceburi bidang ini seharusnya mempunyai pengetahuan yang tinggi  tentang strategi pemasaran yang berkesan.

            Teknologi moden untuk menggandakan hasil pengeluaran sesuatu produk boleh dilaksanakan dengan menggabungkan teknologi sains dan pertanian. Kaedah ini dipanggil sebagai bioteknologi. Bioteknologi menghasilkan manfaat ketara  seperti pengurangan kos pengeluaran, peningkatan hasil pertanian, pengurangan penggunaan racun perosak dan racun herba. Pelbagai kaedah digunakan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan. Contohnya, kaedah pembiakbakaan yang sering digunakan dalam menghasilkan kelapa sawit yang lebih berkualiti. Kelapa sawit spesies Tenera dihasilkan melalui pembiakbakaan dua spesies kelapa sawit iaitu spesies Dura dan Pisifera. Manakala kawalan biologi juga dapat membantu meningkatkan hasil produk. Kaedah ini sering digunakan di kawasan ladang kelapa sawit bagi mengawal  kerosakan buah oleh tikus. Mereka lazimnya menggunakan ular atau burung hantu untuk memakan tikus tersebut. Kaedah ini merupakan kaedah yang mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar kerana tidak melibatkan bahan kimia dan hanya menggunakan sifat semula jadi haiwan yang berkenaan. Dengan itu, penggunaan teknologi moden amat diperlukan dalam dunia yang kian berkembang.
        
     Usaha lain yang dapat dilakukan ialah bantuan kewangan dan perundingan. Pihak bank pertanian khususnya boleh memberi pinjaman kepada para petani untuk memulakan projek pertanian mereka. Pinjaman yng dibuat dapat membantu membeli jentera bagi menggantikan tenaga manusia dan membeli benih yang lebih  bermutu . Skim pinjaman yang berkadar faedah rendah perlu  disediakan oleh bank, terutamanya pinjaman daripada bank Agrobank untuk pekebun kecil. Sebagai contoh, bank Agrobank telah menawarkan  Modal Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk mengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS) yang berasaskan pertanian. Bak kata pepatah, ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.  Dengan adanya skim mikro, pekebun kecil dapat megusahakan pertanian atau penternakan secara komersial dan saintifik dan berupaya menjalankan IKS. Oleh itu, pihak bank amat membantu dalam mengubah hidup para petani kita.

      Tuntasnya, kata orang tua-tua, genggam bara api biar sampai jadi arang. Semua pihak yang terlibat perlu menggembleng tenaga untuk memajukan sektor ini. Ibu bapa harus memainkan peranan untuk memberi pendedahan tentang kelebihan bidang pertanian kepada anak–anak sejak mereka kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa juga boleh menyemai sikap cinta akan pertanian dalam diri anak-anak dengan membawa mereka ke pameran pertanian seperti MAHA yang dijalankan setiap dua tahun untuk memdedahkan anak-anak dalam dunia pertanian yang menguntungkan. Kita juga harus mengubah persepsi masyarakat kita bahawa bidang pertanian ini amat menguntungkan dan bukannya memenatkan sahaja. Bak kata pujangga Aminuddin Baki, ayam dikepuk mati kelaparan,itik di air mati kehausan. Kiasan tersebut memberikan tamparan pedas bahawa apa-apa bidang sekalipun jika tidak  diusahakan dengan segala ikhtiar dan kebijaksanaan, kita tidak akan dapat mengubah hidup kita.




58 Pertanyaan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana membantu <3

็ฑณๅฐ”ๅคฉRainy berkata...

terima kasih ^^ Amat membantu..

zaidi selamat berkata...

terima kasih

Sofea Dinia berkata...

senang kerja saya buat kerja khusus sejarah thanks

Unknown berkata...

Terima kasih

Unknown berkata...

banyak tapi THX

DamiaHusna Mahadzir berkata...

Terima kasih banyak

Unknown berkata...

Terimakasih. SANGAT SANGAT MEMBANTU UNTUK SIAPKAN KERJA SEKOLAH LAST MINUTE NI HAHAHAGAGAG LOL

Unknown berkata...

Terima kasih
๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Shallinie murugiah berkata...

terimah kasih abang

Unknown berkata...

Terimakasih

Tanpa Nama berkata...

terima kasih

Tanpa Nama berkata...

terima kasih

Unknown berkata...

Terima kasih ๐Ÿ˜Š

Unknown berkata...

Terima kasih..karangan ini amat membantu meningkatkan ilmu saya

Unknown berkata...

Bleh x buat ttg pengalaman menghadiri karnival pertanian

Qamarul Abdullah berkata...

Bleh x buat ttg pengalaman menghadiri karnival pertanian

maaf, saya tak boleh bantu.

Unknown berkata...

Terima kasih cikgu ๐Ÿ˜€

aboytiqah berkata...

terima kasih saya pon x tahu apa yang saya terima kasih

Unknown berkata...

banyak kesalahan ejaan..
spt ynag

Nur Aishah Mazlan berkata...

Terima kash

Nur Aishah Mazlan berkata...

Terima kasih

cuba2 berkata...

terima kasih kerana memberi sedikit sedikot ini jawapan ia men=mberi saya kenyang tq arigatou golamas

Unknown berkata...

terima kasih atas contoh karangan ini..

Amira Aswanie berkata...

Terima kasih

Jaya berkata...

Thank you very much...very usefull for pt3 exam

Unknown berkata...

Terima kasih ia amat membantu ๐Ÿ’ž

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih sgt membantu

Sham berkata...

Terima kasih....

Unknown berkata...

thanks

Fareena Ilisya berkata...

i think this is coming out for pt3
sebab pertanian tak pernah keluar lagi

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih ilmunya.

Unknown berkata...

Saya nak contoh karangan tingkatan 3 tentang usaha memajukan pertanian
Pls send

Unknown berkata...

sangat membantu

nissan gtr berkata...

boleh membantu

nissan gtr berkata...

igigigiooguduiyufihlgb iohihpoh hgivgfufugufuhkbnvukfukcn kvjvchjbkvjcj m jv n uvj kv ivj jbjnm j jv

nissan gtr berkata...

vb vb

nissan gtr berkata...

n

nissan gtr berkata...

saYA menyatakqn bahawa kara ngan ini membantu saya secukupnya sekian terima kasih

nissan gtr berkata...

erima kasih atas contoh karangan ini..

28 September 2018 5:52 PTG

nissan gtr berkata...

erima kasih atas contoh karangan ini..

28 September 2018 5:52 PTG

Unknown berkata...

Saya nak contoh karangan sektor pertanian, aktiviti kokurikulum, keselamatan di sekolh and berita , cerita plssss.. i really need it likr rn cuz tomorrow exam pt3 :(

TheDark 0703 berkata...

tenkiu bosku

Unknown berkata...

Terima kasih..mohon doakan saya diberi kemudahan dalam sebarang urusan.

Unknown berkata...

terima kasih

Unknown berkata...

Terima kasih, karangan ni bnyk bantu saya sebab krgn pertanian memang susah sikit nak buat

Unknown berkata...

Rugi nyerrr sya tak baca ni ada keluar karanganPT3

linda noah berkata...

terima kasih bnyk2...semuga allah swt merahmati cikgu

Unknown berkata...

Thank you very much๐Ÿ’–doakan sya berjaya dalam pt3 next year yerr๐Ÿ˜„

Unknown berkata...

terima kasih

Tanpa Nama berkata...

many typing error

Qamarul Abdullah berkata...

saya dah perbetulkan. terima kasih

Unknown berkata...

Tq cikguu...memudahkann lagii saya untuk memantapkan essei sayaaa..๐Ÿ’–

Unknown berkata...

Ribuan terima kasih.

am berkata...

Untuk kegunaan anak saya .Terima kasih cikgu, jasamu dikenang

Unknown berkata...

terima kasih cikgu

sharofi ismail berkata...

Thanks

Unknown berkata...

Terima kasih

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online