Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Label

SPM KOMSAS Penulisan Tatabahasa STPM Nota Novel PMR Tingkatan 4 Tingkatan 5 Karangan A+ Tingkatan 1 Kesusasteraan Morfologi PT3 UNIVERSITI Jurnal Info Teks Pengacaraan Guru Aktiviti Bahasa Pengacaraan Teknik Rumus Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Pengolongan Kata Sajak Isu Semasa BM STPM Cerpen Forum Novel Sejambak Bakti Prosa Tradisional Tingkatan 2 Karangan Bahan Rangsangan Kesalahan ejaan Latihan Novel Kabus Di Perbukitan Novel Melunas Rindu Peribahasa Sintaksis karangan berformat Antologi Sejadah Rindu Novel Silir Daksina contoh karangan Fonologi soalan-jawapan Antologi Kuingin Berterima Kasih UPSR skema pemarkahan Novel Di Sebalik Dinara Semantik Teknik Mengarang Ujian Berita Drama Kesimpulan Pengajian Am Rumusan Tingkatan 3 format Kesalahan Imbuhan Kesalahan Istilah Kesalahan Tatabahasa Latih Tubi Murid Novel Tingkatan 1 Novel Tingkatan 5 PKJR Pantun Pdpc Peraturan Permainan Pertandingan Petikan Cerpen PnP Teknik Menjawab Soalan Tips ULBS contoh soalan format kertas Bahasa Melayu kertas satu Aspek Tatabahasa BBM Bahas Bahas Ala Parlimen Buku Buku Latihan Debat Dikemassenga Gurindam Hakim Hasil titik peluh Istilah Isu Bahasa Kaedah Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Menulis Kemahiran Seni Bahasa Kerajaan Kerja Kursus Kertas Kerja Kertas Konsep Makna Istilah PAK 21 PIBG PLBS Panduan Pembangkang Pengenalan Penjaga Masa Peraturan Pertandingan. Kertas Konsep Perbandingan Novel Permainan Bahasa Pertanyaan Peta Minda Prosa Moden Puisi Seloka Seni Bahasa Soal Jawab Surat menyurat Syair Tahap 1 Tahap 2 Tnigkatan 1 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Ulangkaji cara melintas jalan cereka cerita fiksyen homofon homograf imbuhan jenis kenderaan novelTingkatan 5 pantun kanak-kanak pasang siap program sekolah
Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

klik iklan di sebelah sebagai tanda sokongan ya :)


Terima kasih!

KARANGAN USAHA-USAHA INDIVIDU (ANDA) MEMUPUK AMALAN MEMBACA

1/02/18


USAHA-USAHA INDIVIDU (ANDA) MEMUPUK AMALAN MEMBACA


Masa bergerak pantas kerana pejam celik sahaja kita sudah berada pada alaf milenium di samping menelusuri, meniti abad yang mendatang. Abad ke-21 telah menyaksikan pelbagai cetusan idea dan percubaan yang membanggakan yang dilaksanakan supaya negara Malaysia dapat mendabik dada kerana berjaya duduk setaraf, sebaris dan setanding dengan negara atas angin yang moden bak kata pepatah, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Sayang dan malang sekali, di sebalik kemajuan tanah tumpah darah ini, terdapat lakaran suram yang membayangi tamadun dan peradapan masyarakat kita. Pada realitinya, tabiat atau budaya membaca dalam kalangan masyarakat masih berada pada takuk lama bagai hidup segan mati tidak mahu malahan bilangan yang dibaca oleh mereka boleh dikira dengan menggunakan jari. Angka-angka dan data-data yang sahih lagi tepat yang didedahkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia  amat memeranjatkan kerana rakyat Malaysia hanya membaca purata satu halaman daripada sebuah buku dalam masa setahun. Siapakah yang harus dipersalahkan? Pada hemat saya, sikap menunding jari tidak akan menguntungkan mana-mana pihak malahan menambahburukkan situasi yang semakin parah ini. Oleh hal yang demikian, saya berpendapat bahawa seluruh strata masyarakat harus memerah otak dan keringat untuk merungkai kemelut ini.  Memang tidak disangkalkan bahawa saya juga berperanan vital dan penting untuk menjadikan membaca sebagai amalan hidup diri saya. Cepu kepala dan otak terus bersipongan dengan tanda tanya, apakah peranan yang pragmatik dapat saya lakukan untuk memupuk amalan membaca dalam sanubari?


Norman Vince Pale pernah mengatakan bahawa masalah itu tanda kehidupan, semakin banyak masalah anda, semakin hidup jiwa anda. Kata-kata hikmat tersebut sengaja dipetik untuk menunjukkan bahawa setiap kemelut dan masalah yang kita hadapi tentu mempunyai jalan penyelesaiannya yang ampuh dan efektif. Sebagai mukadimah dan melabuh tirai perbincangan, saya ingin memfokuskan huraian saya secara dalam dan menyeluruh lagi objektif  dengan mengenal pasti dan mengupas perisai yang efektif dalam usaha menjadikan membaca sebagai amalan hidup. Isu dan fakta yang dihuraikan di atas akan ditinjau dan dilihat dari kaca mata penyertaan dalam Program NILAM. Pihak Kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha untuk menanam minat membaca dalam kalangan pelajar melalui Program nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) dengan hasrat merealisasikan hasrat Dasar buku Negara seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menjadikan negara kita ”negara pembaca”. Oleh hal yang demikian, sebagai anak watan Malaysia yang kamil dan soleh, saya perlu rajin bersengkang mata untuk membaca dan menuntut ilmu seterusnya aktif dan mengambil bahagian dalam pertandingan NILAM untuk mengamalkan tabiat membaca dalam diri saya, memandangkan ’Membaca Jambatan Ilmu’ yang sering diuar-uarkan olen masyarakat kini mempunyai kebenarannya. Seperti yang kita sedia maklum, program NILAM yang berteraskan amalan membaca dapat merangsang minat membaca dan meningkatkan kemahiran 3M iaitu menulis, mengira dan membaca dalam kalangan pelajar. Sejajar dengan itu, untuk mencapai kecemerlangan dalam program NILAM, saya perlu bertungkus lumus membaca untuk mendalamkan ilmu dan meluaskan horizon pemikiran supaya dapat menghadapi cabaran dalam program tersebut. Kata-kata pujangga Barat yang terkenal, Mendelir Salamander pernah mengatakan bahawa ”buku merupakan wahana yang paling baik untuk menjadikan seseorang itu memiliki pengetahuan”. Menyedari hakikat itu, ikhtisasnya saya akan tekun menyelami lautan ilmu dengan rajin membaca kerana amalan membaca adalah amalan luhur.

Sebelum retak menanti belah, sebelum bisul menjadi nanah dan sebelum nasi menjadi bubur, jika kita bersedia memerah otak dan keringat serta berikhtiar berhempas pulas, tentu ada formula penyelesaian dan tentu bukanlah satu sahaja kerana, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Huraian di atas akan didalami dan dibugarkan dari perspektif pendirian sudut bacaan di rumah atau bilik sendiri. Saya ingin menegaskan bahawa perubahan diri sendiri merupakan cara yang paling proaktif dan mujarab untuk menjadikan membaca sebagai amalan dalam kehidupan. Demi memupuk budaya membaca dalam jiwa saya, saya perlu menyediakan sudut bacaan atau perpustakaan mini di rumah bersama-sama keluarga dan menggalakkan serta mendorong kami sekeluarga supaya berjinak-jinak dengan bidang ilmu supaya amalan membaca diterapkan dalam minda setiap anggota keluarga. Sementalahan itu, saya perlu membeli pelbagai judul buku yang menarik dan sesuai untuk dibaca di samping mengamalkan budaya ”bed story” sebelum tidur dengan adik-adik saya. Neville Black, seorang ahli falsafah Barat berpendapat bahawa ilmu pengetahuan adalah alat serta aset yang paling dominan sekiranya kita ingin bersaing dengan pihak lain pada zaman moden yang menuntut kemajuan. Selaras dengan itu, saya perlu memberi dorongan kepada ahli keluarga dan diri sendiri untuk mencari, menuntut dan menimba ilmu yang sebanyak mungkin, memandangkan ilmu itu pelita hidup. Atas kedahagaan menuntut ilmu pengetahuan, saya akan membaca dan terus membaca sehingga menjadi seorang modal insan yang berminda kelas pertama. Menurut Datuk Arbaiah Sulung, pakar psikologi tempatan,” ibu bapa atau kakak dan abang merupakan teladan yang berkesan dan berpengaruh kepada anak-anak kecil”. Memandangkan penyataan di atas, pada hemat saya, saya perlu memupuk amalan membaca dalam diri sekali gus menjadi ’role model’ kepada adik-adik saya.

“Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka. Namun kita terkadang melihat dan menyesali pintu yang tertutup tersebut sehingga tidak dapat melihat pintu lain yang terbuka”. Memetik kata-kata mutiara Andelucia Longbotton, seorang ahli sains dan matematik Barat, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai cara yang berkesan dan ampuh dalam mengatasi kemelut kekurangan minat membaca dalam kalangan masyarakat. Sebagai kesinambungan dan kelangsungan perbincangan saya, saya ingin memberi pendapat yang bernas bahawa amalan membaca surat khabar saban hari merupakan usaha yang amat mustahak dalam memupuk tabiat membaca dalam minda saya. Sebagaimana yang kita sedia maklum, surat khabar merupakan santapan rohani dalam jiwa seseorang dan seharusnya diterapkan dalam rutin kehidupan. Dengan membaca surat khabar setiap hari, artikel-artikel yang menarik minat dan menggamit hati pembaca untuk membaca dan terus membaca sehingga ke muka surat yang terakhir. Sementelahan itu, saya juga dapat memperluas ilmu pengetahuan dan mengetahui isu semasa dan pelbagai perkara yang berlaku di seluruh dunia melalui berita dan isu semasa yang dipaparkan dalam surat khabar. Tidak ketinggalan juga, saya sepatutnya sentiasa menyertai pameran buku yang dianjurkan oleh Pustaka Buku secara intensif, istiqamah dan berkesan. Pelbagai buku yang merangkumi pelbagai bidang dan sesuai untuk semua peringkat umur akan dipamerkan. Secara tidak langsung, saya dapat memupuk budaya membaca atas rangsangan minat membaca kerana sentiasa berjinak-jinak dengan buku-buku ilmiah. Deduksinya, kekerapan mengunjungi pameran buku,perpustakaan dan mengamalkan pembacaan surat khabar setiap hari merupakan cara yang terbaik kerana falsafah Islam ada mengatakan bahawa perubahan diri sendiri dan kekerapan menerima pengaruh yang baik dapat membentuk keperibadian yang unggul dalam diri sendiri.

Memang tidak dapat disangkalkan bahawa negara kita sedang mengecapi perkembangan dan kemajuan dengan menongkah arus globalisasi, liberalisasi dan duniawi yang melanda seantero dunia. Oleh hal yang demikian, untuk meneruskan perjuangan kita merealisasikan hasrat membentuk ”negara pembaca teras negara maju’. Saya juga berperanan penting dalam menyahut cabaran negara supaya menjadi seorang rakyat yang minat membaca. Pada dasarnya, media massa sebagai arus perdana yang berpengaruh sama ada media cetak atau media elektronik sentiasa mengadakan pertandingan atau aktiviti malahan kempen kesedaran di seluruh pelosok negara untuk memupuk minat membaca dalam masyarakat. Oleh hal yang demikian, saya perlu menyertai aktiviti seperti sayembara, menulis esei, syarahan dan sebagainya untuk menanam tabiat membaca. Tidak ketinggalan juga, saya dapat mengajak rakan-rakan sebaya ataupun ahli keluarga untuk menyertai kempen ”Amalan Membaca Nadi Ilmu Pengetahuan” bersama-sama. Hal ini diibaratkan sambil menyelam minum air dan serampang dua mata kerana dapat menjalinkan hubungan silaturahim serta mendapat info terkini tentang amalan membaca.

            Perbincangan saya tentang mauduk di atas sudah meniti ke puncaknya maka sebagai akhir kalam, saya ingin membuat konklusi bahawa amalan membaca mendatangkan pelbagai faedah dan kemaslahatan kepada seseorang. Sekiranya usaha-usaha yang menyeluruh dan pragmatik dilakukan oleh seseorang untuk menjadikan sebagai amalan hidup. Di samping itu, saya juga berpendapat bahawa seluruh strata masyarakat Malaysia bertanggungjawab dan bertungkus lumus untuk memupuk tabiat membaca yang luhur dan murni ini dalam kehidupan rakyat yang bermain dengan fantasi dan enggan meluaskan horizon pemikiran menyebabkan mereka terus terpinggir dan tercicir dalam arus pemodenan sedangkan orang lain sudah melangkah jauh ke hadapan untuk menjulang nama negara malaysia ke puncak jagat, anak watan Malaysia mestilah membina azam dan iltizam tinggi untuk menanam amalan membaca dalam jiwa mereka supaya menjalinkan jaringan kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Biarlah pepohon terus menghijau, biarlah sang matahari terus bersinar dan biarlah Malaysia terus cemerlang, gemilang dan terbilang di persada dunia. Deduksinya, segenap lapisan masyarakat perlu menjayakan dan merealisasikan wawasan 2020 yang diimpikan dengan mengamalkan budaya membaca kerana golongan inteligensia dan intelektual merupakan tulang belakang sesebuah negara untuk menggapai lonjakan masa depan. Malaysia Boleh!


0 Pertanyaan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online