Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Label

SPM KOMSAS Penulisan Tatabahasa STPM Nota Novel PMR Tingkatan 4 Tingkatan 5 Karangan A+ Tingkatan 1 Kesusasteraan Morfologi PT3 UNIVERSITI Jurnal Info Teks Pengacaraan Guru Aktiviti Bahasa Pengacaraan Teknik Rumus Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Pengolongan Kata Sajak Isu Semasa BM STPM Cerpen Forum Novel Sejambak Bakti Prosa Tradisional Tingkatan 2 Karangan Bahan Rangsangan Kesalahan ejaan Latihan Novel Kabus Di Perbukitan Novel Melunas Rindu Peribahasa Sintaksis karangan berformat Antologi Sejadah Rindu Novel Silir Daksina contoh karangan Fonologi soalan-jawapan Antologi Kuingin Berterima Kasih UPSR skema pemarkahan Novel Di Sebalik Dinara Semantik Teknik Mengarang Ujian Berita Drama Kesimpulan Pengajian Am Rumusan Tingkatan 3 format Kesalahan Imbuhan Kesalahan Istilah Kesalahan Tatabahasa Latih Tubi Murid Novel Tingkatan 1 Novel Tingkatan 5 PKJR Pantun Pdpc Peraturan Permainan Pertandingan Petikan Cerpen PnP Teknik Menjawab Soalan Tips ULBS contoh soalan format kertas Bahasa Melayu kertas satu Aspek Tatabahasa BBM Bahas Bahas Ala Parlimen Buku Buku Latihan Debat Dikemassenga Gurindam Hakim Hasil titik peluh Istilah Isu Bahasa Kaedah Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Menulis Kemahiran Seni Bahasa Kerajaan Kerja Kursus Kertas Kerja Kertas Konsep Makna Istilah PAK 21 PIBG PLBS Panduan Pembangkang Pengenalan Penjaga Masa Peraturan Pertandingan. Kertas Konsep Perbandingan Novel Permainan Bahasa Pertanyaan Peta Minda Prosa Moden Puisi Seloka Seni Bahasa Soal Jawab Surat menyurat Syair Tahap 1 Tahap 2 Tnigkatan 1 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Ulangkaji cara melintas jalan cereka cerita fiksyen homofon homograf imbuhan jenis kenderaan novelTingkatan 5 pantun kanak-kanak pasang siap program sekolah
Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

klik iklan di sebelah sebagai tanda sokongan ya :)


Terima kasih!

SINOPSIS NOVEL SILIR DAKSINA TINGKATAN 5 SPM

15/01/19


SILIR DAKSINA
(NIZAR PARMAN)

Sinopsis Keseluruhan



Novel ini menceritakan tentang seorang remaja yang bernama Haiqal Haqimi. Dia tinggal bersama umi dan ayah tirinya. Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang kandungannya adalah hasil penulisan ayah kandungnya. Haiqal teruja dengan kandungan manuskrip itu. Dia bertekad untuk menjejak ayah kandungnya di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor .keputusan Haiqal untuk ke kampung arwah ayahnya  mendapat tentangan keras daripada uminya atas sebab tiada apa-apa di sana kerana ayah kandungnya sudah lama meninggal dunia.  Hubungan umi dan ayah kandungnya tidak bahagia kerana mereka tidak sehaluan kerana uminya tidak faham kerjaya ayahnya. Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah kandung Haiqal tinggal kesepian di Johor . hidup keseorang, kesepian dan dihurung kerinduan terhadap anaknya.

Haiqal tetap ingin ke sana walaupun umi melarang keras keputusannya itu. Umi tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Haiqal diugut umi, tidak akan memberikan wang perbelanjaan semasa di sana tetapi akhirnya walidnya akan menanggung perbelanjaannya semasa di sana.

Sesampai di kampung Seri Purnama, di sana Haiqal di sambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan kerana arwah ayahnya seorang yang sangat di segani. Sedikit demi sedikit Haiqal mengetahui tentang arwah ayahnya melalui penceritaan penduduk–penduduk kampung di sini .terdapat sedikit ilmu tentang tarian zapin didalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat mencintai sastera.


Dari situlah Haiqal mula mengetahui tentang arwah ayahnya. Semenjak arwah ayahnya meninggal kampung Seri Purnama kehilangan orang yang sangat penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini . sebelum Haiqal pulang , Haiqal ingin kumpulan zapin D’Purnama membuat persembahan tarian zapin. Haiqal dan See Hwa menari zapin bersama . Haiqal terharu kerana umi, walid dan adik tirinya Nurul Asiyah turut ada untuk menyaksikannya menari zapin. Dendam uminya terhadap Abdullah melebur apabila dia datang ke kampung seri purnama untuk menyaksikan Haiqal menari dan  uminya mengaku bahawa darah yang mengalir dalam tubuh Haiqal adalah darah Abdullah bin Kayan .



i) Sinopsis Novel Silir Daksina bmblogr

ii) Sinopsis Novel Silir Daksina cikgusimile





Sinopsis Bab


BAB
SINOPSIS
1
Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek-belek olehnya manuskrip itu. Manuskrip itu seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca. Dia hampir-hampir kemalangan akibat sentiasa memikirkan manuskrip itu. Manuskrip yang diterimanya itu berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Kayan. Haiqal teringat kembali semasa kecilnya iaitu sewaktu ibunya memberitahu bahawa orang yang dipanggilnya walid iaitu Abdul Fatah hanyalah bapanya tirinya. Bapanya yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan. Sejak hari itu, dia bertekad untuk mencari ayahnya apabila sudah dewasa.
2
Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi Pantai Batu Buruk kerana ingin berjumpa dengan teman baiknya itu. Haiqa mengajak Ratna berjalan-jalan di tepi pantai sambil bercerita tentang ayah kandungnya yang berpisah dengan ibunya. Dia tidak sanggup bertanya kepada ibu sebab berlakunya perpisahan itu kerana takut menyinggung perasaan ibunya. Haiqal memberitahu bahawa manuskrip yang baru diterimanya itu mungkin dapat merungkai persoalan tentang ayahnya. Namun begitu, orang yang mengirim manuskrip itu ialah seorang berbangsa cina yang bernama Ong Swee Hwa yang tidak dikenalinya.
3
i.   Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk belajar dan menyaksikan rakan-rakan dan anak muda sedang belajar dan berlatih menari zapin.  Dia tertarik hati dengan anak Tauke Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See Hwa) yang turut serta dalam aktiviti itu.  Setelah selesai berlatih, Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke Lim. Anak Tauke Lim itu mengingatkannya kepada Aiman (Haiqal).  Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil memandang rumah Tauke Lim. Amirulnizam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-mula datang ke kampungnya.  Asalnya dia seorang yang susah dan datang berjumpa dengan arwah ayahnya untuk mengambil upah menoreh kebun getah milik ayah yang terbiar selama ini.  Sejak hari itu hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah baik.  Dia seorang yang rajin sehingga mampu memgumpul duit untuk membeli tanah kebun ayah.  sudah 18 tahun dia menetap di kampung itu dan amat disenangi oleh penduduk kampung.  Semasa arwah ayahnya masih hidup, dia menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya.
      Pada suatu pagi Tauke Lim meminta Amirulnizam untuk menumpangkan anaknya ke sekolah kerana bateri keretanya tidak berfungsi.  Amirulnizam mencadangkan Ai Ling menumpang dia sahaja ke sekolah setiap hari.  Semasa di sekolah, Amirulnizam diberitahu cikgu Latifah yang Ai Ling seperti berminat dengan kelas Pendidikan Islam.  Dia rasa dia mungkin ada peluang untuk rapat dengan Ai Ling.

ii.   Setelah membantu Tauke Lim menggantikan bateri kereta, Amirulnizam dipelawa oleh Tauke Lim ke pekan untuk belanjanya minum.  Semasa berbual-bual, Tauke Lim menyatakan persetujuannya untuk membenarkan Ai Ling menumpangnya ke sekolah setiap hari.  Amirul berterus-terang dengan Tauke Lim yang dia kesunyiaan semenjak ayahnya meninggal dunia dan dia terpisah dengan anaknya Aiman.

iii.  Setelah selesai latihan zapin, Pak Haji Salam iaitu Ketua Kumpulan Zapin DPurnama meminta Amirulnizam  dan beberapa orang untuk berkumpul.  Dia menjelaskan bahawa YB Samsuri akan datang ke kampung itu dua minggu lagi dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri juga ingin datang kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat.  Amirul diminta untuk menyiapkan atur cara persembahan nanti agar ramai yang hadir.  Tauke Lim pula berjanji untuk menanggung kos jamuan untuk tetamu nanti.  Abang Bakir mencadangkan agar majlis itu diselitkan dengan acara deklamasi puisi  dan Amirulnizam dapat memilih peserta melalui murid sekolahnya.  Amirulnizam teringat kembali zaman kegemilangannya dalam bidang tersebut.

iv.    Amirul berasa gembira kerana Ai Ling merupakan salah seorang peserta yang menyertai pertandingan deklamasi puisi yang dirancangnya di sekolah. Ai Ling meminta agar Amirulnizam mengajarnya cara mendeklamasikan sajak.  Amirulnizam bersetuju dan setelah berjanji, petang itu Ai Ling ditemani Ai Ching datang ke rumahnya. Ai Ling memberitahu bahawa ibu bapanya membenarkannya  mendeklamasikan sajak di rumah Amirulnizam. Amirulnizam mengajak Ai Ling dengan bersungguh-sungguh sehinggakan dia dapat mendeklamasikan sajak dengan baik. Setelah Ai Ling dan Ai Ching pulang, tiba-tiba sahaja Amirulnizam teringatkan Aiman.

v.      Kemenangan Ai Ling dalam pertandigan deklamasi puisi murid-murid tahap satu telah menjadi perbualan ramai. Tauke Lim sangat gembira. Dia mengucapkan terima kasih kepada Amirunizam kerana mengajar anaknya sehingga menang. Tauke Lim, Abang Bakir, dan Roslan meminta supaya Amirulniizam aktif semula dalam bidang penulisan sajak dan cerpen. Sebenarnya, sejak perpisahannya dengan isteri dan anaknya, dia telah membuat keputusan untuk berhenti berkarya kerana kehilangan semangat. Kehadiran Ai Ling menpengaruhi hidupnya. Ai Ling seolah-olah pengganti kepada anaknya, Aiman sebagai tempat mencurahkan kasih sayang.

vi.       Kehadiran YB Samsuri dan beberapa pegawai Yayasan Warisan disambut meriah. Ramai orang kampung yang datang memenuhi majlis tersebut. Semasa Ai Ling membuat persembahan deklamasi sajak, Amirulnizam terbayang-bayang Ai Ling dan Aiman berada di pentas itu. Lamunannya dikejutkan oleh tepukan gemuruh orang ramai setelah persembahan selesai. Selepas itu, pelbagai persembahan lain yang dipersembahkan. Majlis malam itu diakhiri dengan persembahan lagu Gholiyabu yang dinyanyikan beramai-ramai oleh penduduk kampung.  Sebelum pulang, YB Samsuri berjumpa dengan Amirulnizam secara peribadi dan mengucapkan tahniah kepadanya.  Beliau berharap agar Amirulnizam dapat mengembangkan sastera dan bahasa  di kampung itu dan menjadikan Kampung Seri Purnama sebagai perkampungan sastera.

vii.  Ai Ling sudah berusia dua belas tahun dan Amirulnizam menganggapnya seperti anaknya sendiri.  Kesihatan yang kurang memuaskan telah membataskan aktivitinya.  Suatu petang Amirulnizam membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur.  Amirulnizam berbual-bual dengan Ai Ling.  Ai Ling bertanya tentang anak Amirulnizam iaitu Aiman.  Amirulnizam mmberitahu bahawa Aiman berada di Terengganu dan seusia dengan Ai Ling.  Ai Ling teringin untuk berjumpa dengan Aiman dan berkawan dengannya.

viii.  Amirulnizam semakin sibuk dengan persiapan aktiviti untuk acara sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan tidak lama lagi.  Tahap kesihatannya semakin merosot dan bergantung kepada ubat untuk mengurangkan kesakitan.  Petang itu Ai Ling datang ke rumah Amirulnizam.  Dia bertanyakan helaian kertas kajang yang ditulis oleh Amirulnizam.  Amirulnizam berjanji akan mejadikan Ai Ling orang pertama yang membaca hasil tulisan itu apabila siap nanti.  Bagi Amirulnizam, Ai Ling merupakan orang yang menjadikan hidupnya yang kesepian menjadi lebih bermakna.  Ai Ling bertanyakan keadaan Amirulnizam yang kelihatan pucat dan kurus. Namun dia menjelaskan bahawa dia penat dan banyak kerja.  Ai Ling juga turut bertanya tentang Aiman yang menyebabkan Amirulnizam sukar untuk menjawabnya.

ix.   Dua hari sebelum majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi dilangsungkan, segala persiapan majlis itu berjalan dengan rancak.  Amirulnizam menggunakan masanya hingga larut malam untuk menyiapkan puisi yang akan dideklamasikannya dan sempat menaip dan menyimpan manuskripnya.  Sakit kepalanya semakin kerap menyerang.  Pada malam iu dia rasa aneh kerana kerinduan terhadap Aiman begitu kuat .  Dia hanya mampu menatap gambar anaknya sambil menangis teresak-esak.
4
Setelah habis membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal berasa terharu dan menitiskan air mata. Malam itu Haiqal pergi berjumpa dengan Ratna. Dia meluahkan rasa bahawa cerita yang terdapat dalam manuskrip itu seolah-olah cerita tentang ayahnya. Haiqal sentiasa berjumpa dengan Ratna untuk meluahkan masalah yang dihadapinya. Dia juga sentiasa mengusik-usik Ratna dengan kata-kata dan bahasanya.
5
Manuskrip yang diterima oleh Haiqal itu telah menimbulkan kerinduan dan pelbagai persoalan kepadanya. Haiqal begitu kagum dengan ayahnya. Dia terkilan tidak dapat hidup lama dengan ayahnya kerana terpaksa memenuhi kehendak ibunya menguruskan perniagaan butik dan kilang batik. Dia teringat lagi sewaktu dia tidak dapat menziarahi ayahnya yang meninggal dunia tujuh tahun yang lalu kerana terpaksa menduduki peperiksaan UPSR.
6
Haiqal bertekad uuntuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara dam-diam.
7
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.
8
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.
9
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.
10
Tauke Ong memberikan sebuah motorsikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motorsikal tersebut untuk ke kubur ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan arwah ayahnya.
11
Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walaubagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.
12
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.
13
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.
14
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.
15
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.
16
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di seuah universiti yang terletak di Bumi Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

5 Pertanyaan:

Abdullah - 807071 berkata...

Terima kasih tuan atas perkongsian bahan.

marilyne mb berkata...

terima kasih. sangat membantu

Unknown berkata...

terima kasih kerana membantu pelajar form 5 untuk memudahkn dalam pencarian sinopsis

Szeyang Chen berkata...

Terima kasih kerana sangat membantu

Unknown berkata...

terima kasih

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online