Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

Jawapan Latih Tubi Peribahasa SPM

13/08/18


JAWAPAN PERIBAHASA
Peribahasa 1
(i) Ukur baju di badan sendiri.
(ii) Bagai telur di hujung tanduk.
(iii) Bagai mencurahkan air ke daun keladi.


Peribahasa - Latihan 2
(i) Buah mulut.
(ii) Menang jadi arang, kalah jadi abu.
(iii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Peribahasa - Latihan 3
i. Harapkan pagar, pagar makan padi / biar pecah diperut, jangan pecah dimulut / mulut tempayan.
ii. Rambut sama hitam, hati lain-lain.
iii. Nasi sudah menjadi bubur / sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Latihan Peribahasa SPM

12/08/18



Latihan latih tubi Peribahasa SPM



Peribahasa – Latihan 1
Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda hanya perlu menulis peribahasa yang berkenaan sahaja.
(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
_________________________________________________________

(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
_________________________________________________________

(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.
_________________________________________________________



TEMA KARANGAN TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5

7/08/18


TEMA KARANGAN TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5

TEMA KARANGAN TING. 4

UNIT
TAJUK
1
SENARIO MASYARAKAT KITA
Masyarakat Malaysia Alaf Baru
Tradisi Kejiranan Dalam Masyarakat
2
AMBANG REMAJA
Remaja dan Cabaran
Remaja dan Keluarga
Disiplin Remaja dan Kokurikulum
3
DUNIA SEMAKIN CANGGIH
Kad Elektronik
Budaya Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi
E-mel dan anda
4
KERANAMU Malaysia
Patriotisme
Malaysia Alaf Baru
Pengorbananku
5
MELESTARIKAN ALAM SEKITAR
Pendidikan Alam Sekitar
Kualiti Udara
Pencemaran Sungai Kita
6
RIADAH
Hobi, Sukan dan Rekreasi
Cabaran di Puncak Kinabalu
Hobi dan Cabarannya
7
GENERASI KITA
Wawasan Generasi Kita
Patriotisme Generasi Muda
8
GAYA HIDUP SIHAT
Amalan Gaya Hidup Sihat
Remaja dan Kesihatan
Obesiti dan Pencegahannya
9
KERJAYA
Minggu Kerjaya
Cita-cita dan Kerjaya
Surat Permohonan
10
WARISAN BANGSA
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
Warisan Seni Bina MelayuTradisional
Pemuliharaan Warisan Sejarah
11
INDUSTRI PELANCONGAN MALAYSIA
Kebudayaan dan Pelancongan
Malaysia dan Destinasi Pelancongan
Warna-warna Malaysia


Latih Tubi Kesalahan Ejaan, Imbuhan, Istilah dan Tatabahasa

5/08/18

Latih Tubi Kesalahan Ejaan, Imbuhan, Istilah dan Tatabahasa
Hasil carian imej untuk kesalahan tatabahasa



Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan atau kesalahan penggunaan kata atau istilah atau bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

1. Nadhir selalu menasihatkan kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggongnya.

2. Kebanyakan pelancung lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di pesisiran pantai Malaysia.

3. Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai progrem kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipereratkan.

4. Orang awam tidak dibenarkan masuk ke pusat pembinaan projek itu di atas sebab-sebab keselamatan

5. Kejadian gempa bumi yang meranapkan baki sejarah di kota itu telah menggegarkan masyarakat dunia.

Peribahasa yang terdapat dalam buku Tingkatan 1 hingga 5

2/08/18



TINGKATAN 1

1. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
    Tempat berlakunya sesuatu peristiwa pahit lagikan dikenang inikan pula tempat berlakunya   peristiwa manis.

2. Tangan terbuka
     a. Suka menolong orang yang dalam kesusahan, murah hati.
     b. Dengan tangan terbuka = ikhlas atau suka hati (menerima sesuatu dll).

3. Besar hati
    a. Bangga, gembira
    b. Bongkak, sombong

4. Bulat hati
    a. Lurus hati
    b. Tegap (teguh) hati, sungguh-sungguh

TERIMA KASIH & SAMA-SAMA





Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung.
tidak lupa kepada para pengomen yang berterima kasih.
ambillah ilmu sebanyak-banyaknya.

kepada yang berbahasa yang tidak baik apabila saya keluarkan ruangan chat dari laman ini juga sudah saya maafkan. saya doakan semoga anda semua berjaya dunia dan akhirat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online