Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Label

SPM KOMSAS Penulisan Tatabahasa STPM Nota Novel PMR Tingkatan 4 Tingkatan 5 Karangan A+ Tingkatan 1 Kesusasteraan Morfologi PT3 UNIVERSITI Jurnal Info Teks Pengacaraan Guru Aktiviti Bahasa Pengacaraan Teknik Rumus Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Pengolongan Kata Sajak Isu Semasa BM STPM Cerpen Forum Novel Sejambak Bakti Prosa Tradisional Tingkatan 2 Karangan Bahan Rangsangan Kesalahan ejaan Latihan Novel Kabus Di Perbukitan Novel Melunas Rindu Peribahasa Sintaksis karangan berformat Antologi Sejadah Rindu Novel Silir Daksina contoh karangan Fonologi soalan-jawapan Antologi Kuingin Berterima Kasih UPSR skema pemarkahan Novel Di Sebalik Dinara Semantik Teknik Mengarang Ujian Berita Drama Kesimpulan Pengajian Am Rumusan Tingkatan 3 format Kesalahan Imbuhan Kesalahan Istilah Kesalahan Tatabahasa Latih Tubi Murid Novel Tingkatan 1 Novel Tingkatan 5 PKJR Pantun Pdpc Peraturan Permainan Pertandingan Petikan Cerpen PnP Teknik Menjawab Soalan Tips ULBS contoh soalan format kertas Bahasa Melayu kertas satu Aspek Tatabahasa BBM Bahas Bahas Ala Parlimen Buku Buku Latihan Debat Dikemassenga Gurindam Hakim Hasil titik peluh Istilah Isu Bahasa Kaedah Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Menulis Kemahiran Seni Bahasa Kerajaan Kerja Kursus Kertas Kerja Kertas Konsep Makna Istilah PAK 21 PIBG PLBS Panduan Pembangkang Pengenalan Penjaga Masa Peraturan Pertandingan. Kertas Konsep Perbandingan Novel Permainan Bahasa Pertanyaan Peta Minda Prosa Moden Puisi Seloka Seni Bahasa Soal Jawab Surat menyurat Syair Tahap 1 Tahap 2 Tnigkatan 1 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Ulangkaji cara melintas jalan cereka cerita fiksyen homofon homograf imbuhan jenis kenderaan novelTingkatan 5 pantun kanak-kanak pasang siap program sekolah
Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

klik iklan di sebelah sebagai tanda sokongan ya :)


Terima kasih!

Karangan Bahan Rangsangan Bahagian A Kertas 1 SPM A+

24/10/18


Karangan Bahan Rangsangan Bahagian A Kertas 1 SPM A+

Gambar di bawah menunjukkan amalan budi bahasa serta maklumat tentang cara-cara memupuk amalan tersebut.

Huraikan pendapat anda tentang cara-cara memupuk amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat. Panjang huraian hendaklah melebihi 300 patah perkataan.












Rangka Karangan
Tema Amalan Budi Bahasa
Tugasan Cara-cara Memupuk



Pendahuluan
• Masyarakat Malaysia dikenali dengan sikap ramah-tamah dan berbudi bahasa sejak dahulu
• Semakin terhakis dan dilupakan oleh golongan remaja
• Sikap individualistik semakin menebal dan budaya sombong dan meninggi diri
• Remaja bersikap tidak menghormati orang tua dan bersikap hedonisme
• Siapakah yang harus dipersalahkan?
• Pelbagai cara haruslah dilakukan untuk menyuburkan amalan budi bahasa

            Daripada Anas bin Malik, Nabi Muhammad SAW telah bersabda, “Belum sempurna iman seseorang di antara kamu sebelum  kamu mecintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya, dan kepada semua manusia semuanya”. Hadis tersebut mengingatkan akan perlunya kita mengasihi keluarga dan kepada manusia secara keseluruhannya. Apabila timbul perasaan kasih sayang, unsur-unsur negatif akan tersisih dan nilai-nilai murni akan kita serap dalam jiwa kita. Sehubungan dengan hal itu, apabila timbul isu amalan budi bahasa yang semakin terhakis dan dilupakan oleh golongan remaja sedikit sebanyak amat membimbangkan. Masyarakat Malaysia yang dikenali dengan sikap ramah tamah dan berbudi bahasa sejak dahulu nampaknya telah dihakis dengan sikap individualistik yang semakin menebal dan budaya sombong dan meninggi diri. Remaja kini semakin bersikap tidak menghormati orang tua dan bersikap hedonisme. Siapakah yang harus dipersalahkan? Oleh itu, pelbagai cara haruslah dilakukan untuk menyuburkan amalan budi bahasa supaya amalan ini tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.



I : Mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak
M : Insan paling dekat dengan anak-anak— ibu bapa selalu dengan anak-anak
Ba : Tunjukkan contoh peribadi dan akhlak mulia — mengajar cara-cara beradab dan menghormati orang tua — tidak bersikap buruk pekerti di hadapan anak-anak
K : Anak-anak akan menjaga tingkah laku dan tutur kata ketika bercakap dengan orang tua
U : Melentur buluh biarlah dari rebungnya
P : Anak-anak terdidik menjadi insan berbudi bahasa sejak kecil

            Neil Armstrong (1930-2012), manusia pertama yang naik ke bulan ada menyatakan, “Satu langkah kecil manusia ialah lompatan maha besar kemanusiaan”. Berdasarkan kata-kata ini, ibu bapa memainkan peranan signifikan bagi memupuk amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa perlulah mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak sejak dari kecil lagi. Mereka merupakan insan paling dekat dengan anak-anak kerana ibu bapa selalu dengan anak-anak. Mereka perlulah menunjukkan contoh peribadi dan akhlak mulia terbaik seperti mengajar cara-cara beradab dan menghormati orang tua. Ibu bapa juga seboleh-bolehnya tidak bersikap buruk pekerti di hadapan anak-anak supaya tidak diikuti. Oleh itu, peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan langkah yang baik dalam usaha memupuk nilai jati diri anak-anak supaya terdidik menjadi insan berbudi bahasa sejak kecil.








I : Mendidik murid supaya berbudi bahasa
M : Tugas guru membentuk keperibadian murid yang luhur dan sakinah
Ba : Ceramah kesedaran diberikan — pelancaran Bulan Budi Bahasa — kerjasama daripada badan-badan bukan kerajaan
K : Pelajar didedahkan dengan ilmu dan pengetahuan tentang budi bahasa
U : Amalkan sikap kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
P : Murid memahami tanggungjawab untuk menjadi murid yang berakhlak mulia



            Peribahasa Jepun ada menyebut, “Latihan akan menjadikan kita semakin cekap melakukan sesuatu pekerjaan”. Melalui peribahasa ini jelaslah menunjukkan pihak sekolah perlulah mendidik murid supaya berbudi bahasa dalam usaha membentuk masyarakat yang mengamalkan amalan berbudi bahasa.  Hal ini dikatakan demikian kerana selain mengajar teori akademik, guru juga berperanan membentuk keperibadian murid yang luhur dan sakinah. Pihak sekolah boleh memberikan ceramah kesedaran serta pelancaran Bulan Budi Bahasa yang melibatkan kerjasama daripada badan-badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. Kerjasama ini memberikan kesan yang positif kerana pelajar akan didedahkan dengan ilmu dan pengetahuan tentang budi bahasa. Peribahasa seperti “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” amatlah penting supaya murid memahami tanggungjawab untuk menjadi murid yang berakhlak mulia. Nah, sekiranya pihak sekolah tidak melakukan apa-apa, mana mungkin murid-murid akanmemahami, menghayati, dan mengaplikasi amalan berbudi bahasa ini kepada masyarakat.  








I : Melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni
M : Kempen yang dijalankan tidak bersungguh-sungguh, sekadar hangat-hangat tahi ayam
Ba : Perlu menyemarakkan semangat untuk berbudi bahasa — pihak kerajaan dan swasta bekerjasama menjayakan kempen ini — iklan tentang amalan ini disiarkan di media massa
U: Moto "Budi Bahasa Budaya Kita" dapat diterapkan dan disuburkan
P: Tahap kesedaran berbudi bahasa dapat ditingkatkan



         Pihak kerajaan haruslah melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni secara menyeluruh. Lazimnya, kempen yang dijalankan dilaksanakan dengan tidak bersungguh-sungguh, sekadar hangat-hangat tahi ayam menyebabkan impak yang diterima oleh masyarakat tidak menyeluruh. Kempen sebegini perlu dilaksanakan bagi menyemarakkan semangat untuk berbudi bahasa. Kempen ini perlulah dibuat secara meluas dengan pihak kerajaan dan swasta bekerjasama bagi menjayakan kempen ini dengan menyiarkan iklan tentang amalan ini disiarkan di media massa. Sekiranya kempen ini berjaya dilaksanakan, moto "Budi Bahasa Budaya Kita" dapat diterapkan dan disuburkan dan tahap kesedaran berbudi bahasa dapat ditingkatkan dalam kalangan masyarakat.











Kesimpulan
P. Semua lapisan masyarakat memberikan sokongan dan kerjasama
C: Meletakkan budi pekerti sebagai tunjang kepada pembangunan negara
H : Melahirkan remaja yang berwawasan dan mendukung pembangunan negara mengikut acuan pembangunan negara yang menekan aspek kerohanian


          Kesimpulannya, semua pihak perlu memberikan sokongan dan kerjasama dalam usaha memupuk amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat dengan meletakkan budi pekerti sebagai tunjang kepada pembangunan negara. George Bernard Shaw (1856-1950), seorang sasterawan kelahiran Republik Ireland ada mengatakan, “Dalam kalangan masyarakat kera tidak terdapat manusia, tetapi terdapat banyak kera dalam kalangan manusia”. Oleh itu, sama-samalah kita melahirkan remaja yang berwawasan dan mendukung pembangunan negara mengikut acuan pembangunan negara yang menekan aspek kerohanian supaya menjadi modal insan terbaik bukan sahaja dalam kalangan masyarakat sahaja malah menjadi contoh kepada manusia sejagat.



kredit gambar: Puan Siti



1 Pertanyaan:

Unknown berkata...

Terima kasihh:)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online