Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

Cara Menjawab Petikan Prosa Tradisional SPM

2/11/18


Soalan 2 ( c ) – Petikan Prosa Tradisional.

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Maka hari pun sianglah. Maka saudagar itu pun gemparlah mengatakan dirinya kecurian.
Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pada sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-raya itu dicuri. Maka segala saudagar dan orang kaya-raya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah. “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda,  “Wah, datanglah pula bala atas negeriku! Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.”
Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.

( Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”
dalam antalogi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul 
Dewan Bahasa dan Pustaka.)


  
      i.        Berikan maksud sehelai sepinggang.                                        [ 2 markah ]

Maksud sehelai sepinggang ialah jatuh miskin / tiada harta yang tinggal lagi.


    ii.        Apakah reaksi raja setelah menerima aduan daripada segala saudagar dan orang kaya-kaya mengenai kejadian kecurian yang berleluasa di Melaka?
  [ 3 markah ]

Reaksi raja setelah menerima aduan daripada segala saudagar dan orang kaya-kaya mengenai kejadian kecurian yang berleluasa di Melaka ialah baginda kelihatan terkejut lalu menampar-nampar pahanya. Kemudian, raja menyatakan bahawa negeri Melaka sudah ditimpa bencana. Selepas itu, raja memikirkan bahawa negeri Melaka masih bernasib baik kerana mempunyai Laksamana yang dapat mengatasi bencana.




   iii.        Keharmonian antara kaum merupakan faktor utama kestabilan politik dan keamanan sesebuah negara. Pada pendapat anda, bagaimanakah keharmonian dan keamanan sesebuah negara dapat dikekalkan daripada pencerobohan anasir-anasir luar?  Berikan tiga kaedah.                                                                                                                                [ 3 markah ]

Pada pendapat saya, keharmonian dan keamanan sesebuah negara dapat dikekalkan daripada pencerobohan anasir-anasir luar melalui cara memperkukuh barisan pertahanan negara dari aspek ketenteraan. Selain itu, mempererat hubungan diplomatik dengan negara-negara luar. Seterusnya, menjalinkan kerjasama serantau dalam pelbagai bidang terutama dengan negara-negara berkuasa besar dunia.

0 Pertanyaan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online