Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Label

SPM KOMSAS Penulisan Tatabahasa STPM Nota PMR Tingkatan 4 Tingkatan 5 Karangan A+ Kesusasteraan Morfologi Novel UNIVERSITI PT3 Tingkatan 1 Jurnal Info Guru Teknik Aktiviti Bahasa Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Pengolongan Kata Rumus Sajak Isu Semasa BM STPM Forum Prosa Tradisional Cerpen Karangan Bahan Rangsangan Kesalahan ejaan Latihan Novel Kabus Di Perbukitan Novel Melunas Rindu Peribahasa Sintaksis Tingkatan 2 karangan berformat Antologi Sejadah Rindu Fonologi contoh karangan soalan-jawapan Antologi Kuingin Berterima Kasih UPSR skema pemarkahan Rumusan Semantik Teknik Mengarang Ujian Berita Drama Novel Di Sebalik Dinara Novel Silir Daksina Pengajian Am format Kesalahan Imbuhan Kesalahan Istilah Kesalahan Tatabahasa Latih Tubi Murid PKJR Pantun Pdpc Peraturan Permainan Pertandingan Petikan Cerpen PnP Teknik Menjawab Soalan Teks Pengacaraan Tingkatan 3 Tips ULBS contoh soalan format kertas Bahasa Melayu kertas satu Aspek Tatabahasa BBM Bahas Bahas Ala Parlimen Buku Buku Latihan Debat Dikemassenga Gurindam Hakim Hasil titik peluh Istilah Isu Bahasa Kaedah Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Menulis Kerajaan Kerja Kursus Kertas Kerja Kertas Konsep Makna Istilah PAK 21 PLBS Panduan Pembangkang Pengenalan Penjaga Masa Peraturan Pertandingan. Kertas Konsep Perbandingan Novel Permainan Bahasa Pertanyaan Peta Minda Prosa Moden Puisi Seloka Seni Bahasa Soal Jawab Surat menyurat Syair Tahap 1 Tahap 2 Tnigkatan 1 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Ulangkaji cara melintas jalan homofon homograf imbuhan jenis kenderaan pantun kanak-kanak pasang siap
Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

Cara Menjawab Soalan Petikan Cerpen SPM

1/11/18


Soalan Cerpen Hipertensi



Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dulu-dulu ketika di sekolah rendah, Aiman dia selalu ponteng sekolah. Bosan dan jelak, tingkahnya kepada babah dan ibu.
“”Mengapa bosan?” tanya babah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku si anak yang selalu berkontradiksi dan kontras dengan watak babahnya.
Heh, kan Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar. Aqil dah cipta formula sendiri. Biarpun baru berusia lapan tahun, baru belajar Tahun Dua Tahap Satu, Aqil mampu selesaikan masalah matematik Tingkatan Lima, murid pintar itu membela diri.
Dia mundar-mandir dalam kelas. “Apalah kau ni Chee Keong, masalah mudah itupun kau tak dapat buat. Hujung-hujung cakapnya berbunga sindiran di sebalik dedaun kemaafan.
“”Aiman pergi duduk di kerusi awak. Sekali lagi awak ganggu kawan, saya akan bawa menghadap Guru Besar”, Guru Kelas bersuara tegas, memberi amaran keras.
Tapi dia degil. Hatinya seteguh karang di lautan, sekeras sinar suria berkedudukan 90 darjah tepat.
Babah dan ibu marah. Dendam yang bertakung sekian lama dalam tasik hati cair dalam detik momen yang singkat. Aiman dirotani. Ibu mengemukakan bantahan dan protes dalam hati.

(Dipetik daripada cerpen ‘Hipertensi’   
dalam antologi Sejadah Rindu,
 Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i)            Berdasarkan petikan cerpen, mengapakah Aiman dirotan?                          [2 markah]

Aiman dirotan kerana selalu ponteng sekolah, bosan dan jelak ke sekolah dan selalu menggangu kawan-kawannya di dalam kelas.


(ii)          Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh keluarga untuk membantu anak-anak genius?                                                                                                  [3 markah]

peranan yang perlu dimainkan oleh keluarga untuk membantu anak-anak genius adalah dengan memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Selain itu, ibu bapa boleh menghantar anak ke program permata pintar. Seterusnya, ibu bapa juga boleh menyediakan kemudahan pembelajaran yang bersesuaian serta member motivasi atau sokongan secara berterusan.

(iii)         Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.                                                                                                                                     [4 markah]
 satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen ialah persoalan golongan pelajar yang pintar. Buktinya, Aiman merupakan seorang budak genius, cerdik dan pintar menyelesaikan masalah matematik Tingkatan Lima. Selain itu, satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan adalah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Contohnya, ibu amat menyayangi Aiman dan memprotes dalam hati dengan tindakan babah yang sering menampar dan merotan Aiman..                                                               

0 Pertanyaan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online