Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

Cara Menjawab Soalan Petikan Cerpen SPM

2/11/18


latihan-jawapan cerpen Munsyi


Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum menjemput saya masuk.
Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.
Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini.
(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’,
oleh Husna Nazri Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
 Kementerian Pendidikan Malaysia)

(i)            Gambarkan keadaan anak-anak muda di kota mewah.

[2 markah]

keadaan anak-anak muda di kota mewah adalah berjiwa mereka rapuh. Selain itu, mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Tambahan pula, anak muda tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama, lelaki dan perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas serta bergelak ketawa dalam loghat yang direka-reka.


(ii)           Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk membendung keruntuhan akhlak generasi muda di kawasan bandar?

[3 markah]
langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa untuk membendung keruntuhan akhlak generasi muda di kawasan bandar adalah ibu bapa memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak. Selain itu, Ibu bapa juga perlulah mencurahkan kasih sayang yang secukupnya serta mengawasi pergaulan anak-anak.



(iii)          Huraikan satu persoalan yng terdapat dalam petikan tersebut dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen.

[4 markah]

Satu persoalan yang terdapat dalam petikan ialah persoalan  tentang pencemaran bahasa. Contohnya, anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Manakala satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen adalah keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan. Hal ini dapat dibuktikan apabila ‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain

0 Pertanyaan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online