Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Label

SPM KOMSAS Penulisan Tatabahasa STPM Nota Novel PMR Tingkatan 4 Tingkatan 5 Karangan A+ Tingkatan 1 Kesusasteraan Morfologi PT3 UNIVERSITI Jurnal Info Teks Pengacaraan Guru Aktiviti Bahasa Pengacaraan Teknik Rumus Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Pengolongan Kata Sajak Isu Semasa BM STPM Cerpen Forum Novel Sejambak Bakti Prosa Tradisional Tingkatan 2 Karangan Bahan Rangsangan Kesalahan ejaan Latihan Novel Kabus Di Perbukitan Novel Melunas Rindu Peribahasa Sintaksis karangan berformat Antologi Sejadah Rindu Novel Silir Daksina contoh karangan Fonologi soalan-jawapan Antologi Kuingin Berterima Kasih UPSR skema pemarkahan Novel Di Sebalik Dinara Semantik Teknik Mengarang Ujian Berita Drama Kesimpulan Pengajian Am Rumusan Tingkatan 3 format Kesalahan Imbuhan Kesalahan Istilah Kesalahan Tatabahasa Latih Tubi Murid Novel Tingkatan 1 Novel Tingkatan 5 PKJR Pantun Pdpc Peraturan Permainan Pertandingan Petikan Cerpen PnP Teknik Menjawab Soalan Tips ULBS contoh soalan format kertas Bahasa Melayu kertas satu Aspek Tatabahasa BBM Bahas Bahas Ala Parlimen Buku Buku Latihan Debat Dikemassenga Gurindam Hakim Hasil titik peluh Istilah Isu Bahasa Kaedah Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Menulis Kemahiran Seni Bahasa Kerajaan Kerja Kursus Kertas Kerja Kertas Konsep Makna Istilah PAK 21 PIBG PLBS Panduan Pembangkang Pengenalan Penjaga Masa Peraturan Pertandingan. Kertas Konsep Perbandingan Novel Permainan Bahasa Pertanyaan Peta Minda Prosa Moden Puisi Seloka Seni Bahasa Soal Jawab Surat menyurat Syair Tahap 1 Tahap 2 Tnigkatan 1 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Ulangkaji cara melintas jalan cereka cerita fiksyen homofon homograf imbuhan jenis kenderaan novelTingkatan 5 pantun kanak-kanak pasang siap program sekolah
Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

klik iklan di sebelah sebagai tanda sokongan ya :)


Terima kasih!

Cara Menjawab Soalan Petikan Prosa Tradisional SPM

4/11/18


Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


     Kata sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam. Dari zaman dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi disebut orang, dan raja-raja di bawah angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunnya. Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri  besar yang  tiada takluk kepadanya, maka Paduka Bubunnya pun menyuruh ke  Melaka hendak minta surat sembah.  Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam.  Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi.  Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang.

     Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka.  Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali.  Maka orang Kelang berdatang sembah kepada Sultan, “Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap dengan laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali”.

Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada”
Dalam antologi Sejadah Rindu



(i)             Berikan maksud teluk rantau                                                        [2 markah]

Maksud teluk rantau ialah kawasan yang termasuk dalam satu pentadbiran


(ii)          Nyatakan tindakan-tindakan Paduka Bubunnya setelah mendapat tahu bahawa Sultan Muzaffar Syah tidak mahu berada di bawah takluk benua Siam.
[3 markah]

Tindakan Paduka Bubunnya marah akan Sultan Muzaffar Syah setelah mendapat tahu bahawa Sultan Muzaffar Syah tidak  mahu berada di bawah takluk benua Siam adalah memerintahkan Awi Cakri dan angkatan perangnya bersiap sedia. Selepas itu, dia mengarahkan Awi Cakri mengetuai angkatan untuk menyerang Melaka. Kemudian menyuruh Awi Cakri membawa sebanyak mungkin rakyat Siam untuk berperang dan mengarahkan angkatan perang melalui jalan darat menuju ke hulu Pahang



(iii)         Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan-kerajaan besar pada zaman dahulu      sentiasa berusaha untuk meluaskan kawasan taklukan mereka? [3 markah]

Pada pendapat saya, Kerajaan-kerajaan besar pada zaman dahulu sentiasa berusaha untuk meluaskan kawasan taklukan mereka kerana ingin menjadi negeri yang agung. Selain itu, ingin menjadi negeri yang kuat dari segi ketenteraan. Tambahan pula ingin digeruni oleh negeri-negeri lain yang kecil supaya dapat menguasai hasil ekonomi negeri-negeri di bawah naungannya.





0 Pertanyaan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online