Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

Cara Menjawab Soalan Prosa Moden SPM

3/11/18


Soalan 2(b) – Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

KHIR GHAZALI:       Awal balik hari ini? Selalunya lewat petang baru sampai rumah. Ini mesti ada hajat, sebab itulah lepas sekolah terus balik ke rumah.
AIMAN:                      Mana ada, daddy. Kan saya memang suka duduk di rumah. Daddy tu yang pelik hari ni. Biasanya, malam baru sampai rumah.
KHIR GHAZALI:       Kan daddy baru selesai daripada kerja luar. Hari ini daddy bercadang nak berehat di rumah. Tak payah nak sorok lah, daddy tahu ada sesuatu yang Aiman fikirkan. Cakaplah, mana tahu daddy dapat bantu.
AIMAN:                      Daddy pasti dapat membantu saya kali ini. Saya yakin daddy dapat selesaikan masalah saya. Daddykan selalu menjadi penyelamat saya.
KHIR GHAZALI:       Masalah apa? Cuba terangkan satu persatu. Ini tidak, terus yakin. Aiman fikir daddy ada kuasa sakti yang sekali sebut terus bertukar menjadi permintaan yang dimahukan. Apa masalahnya?
AIMAN:                      Sebenarnya nama saya terpilih untuk menyertai PLKN selepas selesai SPM.
KHIR GHAZALI:       Baguslah, apa pula masalahnya?
AIMAN:                      Masalahnya saya tak mahu pergi. Saya nak minta daddy dapatkan pengecualian untuk saya. Saya tak sukalah program macam tu!
(Dipetik daripada drama ‘Berkhidmat untuk Negara’                                                        
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)


 (i)            Apakah punca daddy pulang awal ke rumah?                          [2 markah]


Punca daddy pulang awal ke rumah kerana daddy baru selesai kerja di luar dan bercadang untuk berehat di rumah.

 (ii)          Pada pendapat anda, apakah kebaikan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada remaja?                                                                                [3 markah]


Kebaikan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada remaja  ialah PLKN mampu memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Selain itu, PLKN juga dapat membentuk disiplin para remaja. Tambahan pula, PLKN dapat memberi daya ketahanan fizikal dan mental kepada remaja. Akhir sekali, PLKN dapat menyemai nilai-nilai patriotik dalam diri remaja.


(iii)      (iii)    Jelaskan satu perwatakan Aiman berdasarkan petikan dan satu perwatakan Aiman berdasarkan keseluruhan drama.                                                                        [4 markah]

Satu perwatakan Aiman berdasarkan petikan ialah seorang yang peramah.Buktinya,  Aiman ramah terhadap bapanya dengan menegur bapanya yang pulang awal. Selain itu, satu perwatakan Aiman berdasarkan keseluruhan drama ialah seorang yang berani.Hal ini terbukti apabila Aiman berani berterus terang dengan bapanya tentang hasratnya untuk tidak mahu menyertai PLKN.




0 Pertanyaan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online