Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Label

SPM KOMSAS Penulisan Tatabahasa STPM Nota PMR Tingkatan 4 Tingkatan 5 Karangan A+ Kesusasteraan Morfologi Novel UNIVERSITI PT3 Tingkatan 1 Jurnal Info Guru Teknik Aktiviti Bahasa Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Pengolongan Kata Rumus Sajak Isu Semasa BM STPM Forum Prosa Tradisional Cerpen Karangan Bahan Rangsangan Kesalahan ejaan Latihan Novel Kabus Di Perbukitan Novel Melunas Rindu Peribahasa Sintaksis Tingkatan 2 karangan berformat Antologi Sejadah Rindu Fonologi contoh karangan soalan-jawapan Antologi Kuingin Berterima Kasih UPSR skema pemarkahan Rumusan Semantik Teknik Mengarang Ujian Berita Drama Novel Di Sebalik Dinara Novel Silir Daksina Pengajian Am format Kesalahan Imbuhan Kesalahan Istilah Kesalahan Tatabahasa Latih Tubi Murid PKJR Pantun Pdpc Peraturan Permainan Pertandingan Petikan Cerpen PnP Teknik Menjawab Soalan Teks Pengacaraan Tingkatan 3 Tips ULBS contoh soalan format kertas Bahasa Melayu kertas satu Aspek Tatabahasa BBM Bahas Bahas Ala Parlimen Buku Buku Latihan Debat Dikemassenga Gurindam Hakim Hasil titik peluh Istilah Isu Bahasa Kaedah Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Menulis Kerajaan Kerja Kursus Kertas Kerja Kertas Konsep Makna Istilah PAK 21 PLBS Panduan Pembangkang Pengenalan Penjaga Masa Peraturan Pertandingan. Kertas Konsep Perbandingan Novel Permainan Bahasa Pertanyaan Peta Minda Prosa Moden Puisi Seloka Seni Bahasa Soal Jawab Surat menyurat Syair Tahap 1 Tahap 2 Tnigkatan 1 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Ulangkaji cara melintas jalan homofon homograf imbuhan jenis kenderaan pantun kanak-kanak pasang siap
Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

Cara Menjawab Soalan Prosa Moden SPM

4/11/18


Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Usai solat Maghrib, ketika Imam Ngah Deraman sedang berdoa, dengan tubuh dipaling ke kanan menghadap Penghulu Ibrahim Sigap, dan kami para makmum pula, sepatah demi sepatah, mengaminkan setiap baris kalimah- dipintu surau, terdengar suara orang memberi salam. Perlahan dan sangat rengsa bunyinya.

Sambil berdoa, Imam Ngah Deraman berpaling- disusuli Penghulu Ibrahim Sigap. Melihat saja, mata kedua-duanya tiba-tiba terjegil, dan nampak sangat terperanjat. Dengan telapak tangan yang masih menadah doa, kami segera menoleh.

Dek pelita ayam yang tergantung pada alang beranda sangat terang cahayanya, maka susuk tubuh dan wajah lelaki yang tersepuk dimuka pintu segara kami kenal akan gerangannya.

Dialah Ahmad Mutawakil. Wajahnya berkerut-kerut ; kedua-dua matanya terpejam. Kemeja putih ala-ala peon British dipenuhi darah, manakala seluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah, calitan lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya. Meskipun doa oleh Imam Ngah Deraman sudah berakhir, kami masih keras membantu dek tenggelam punca.

Dipetik daripada “Cerpen Cinta Ahmad Mutawwakil”
dalam Antologi Sajadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

  

      i.      Bagaimanakah keadaan Ahmad Mutawakkil ketika pulang dalam keadaan tercedera?                                                                                                (3 markah)

keadaan Ahmad Mutawakkil ketika pulang dalam keadaan tercedera ialah wajahnya berkerut-kerut, mata terpejam, kemejanya dipenuhi darah dan seluar kelabu kotor.


    ii.  Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempelajari pertolongan cemas?                                                                                              (3 markah)

Pada pendapat saya, kita perlu mempelajari pertolongan cemas kerana membantu orang yang berada dalam kecemasan. Selain itu, mampu menyelamat nyawa orang ketika kemalangan berlaku serta membantu orang serta-merta sebelum mendapat rawatan yang akan tiba.





   iii.      Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen.                                        (4 markah)

satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan ialah masyarakat yang teguh pegangan agama. Hal ini dapat dibuktikan apabila penduduk kampung mengaminkan doa yang dibacakan oleh Imam Ngah Deraman setelah selesai solat maghrib. Selain itu, satu latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen ialah masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme. Buktinya, Ahmad Mutawakkil memberi semangat kepada penduduk kampung untuk supaya berjuang mencapai kemerdekaan.





0 Pertanyaan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online