Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Label

SPM KOMSAS Penulisan Tatabahasa STPM Nota Novel PMR Tingkatan 4 Tingkatan 5 Karangan A+ Tingkatan 1 Kesusasteraan Morfologi PT3 UNIVERSITI Jurnal Info Teks Pengacaraan Guru Aktiviti Bahasa Pengacaraan Teknik Rumus Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Pengolongan Kata Sajak Isu Semasa BM STPM Cerpen Forum Novel Sejambak Bakti Prosa Tradisional Tingkatan 2 Karangan Bahan Rangsangan Kesalahan ejaan Latihan Novel Kabus Di Perbukitan Novel Melunas Rindu Peribahasa Sintaksis karangan berformat Antologi Sejadah Rindu Novel Silir Daksina contoh karangan Fonologi soalan-jawapan Antologi Kuingin Berterima Kasih UPSR skema pemarkahan Novel Di Sebalik Dinara Semantik Teknik Mengarang Ujian Berita Drama Kesimpulan Pengajian Am Rumusan Tingkatan 3 format Kesalahan Imbuhan Kesalahan Istilah Kesalahan Tatabahasa Latih Tubi Murid Novel Tingkatan 1 Novel Tingkatan 5 PKJR Pantun Pdpc Peraturan Permainan Pertandingan Petikan Cerpen PnP Teknik Menjawab Soalan Tips ULBS contoh soalan format kertas Bahasa Melayu kertas satu Aspek Tatabahasa BBM Bahas Bahas Ala Parlimen Buku Buku Latihan Debat Dikemassenga Gurindam Hakim Hasil titik peluh Istilah Isu Bahasa Kaedah Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Menulis Kemahiran Seni Bahasa Kerajaan Kerja Kursus Kertas Kerja Kertas Konsep Makna Istilah PAK 21 PIBG PLBS Panduan Pembangkang Pengenalan Penjaga Masa Peraturan Pertandingan. Kertas Konsep Perbandingan Novel Permainan Bahasa Pertanyaan Peta Minda Prosa Moden Puisi Seloka Seni Bahasa Soal Jawab Surat menyurat Syair Tahap 1 Tahap 2 Tnigkatan 1 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Ulangkaji cara melintas jalan cereka cerita fiksyen homofon homograf imbuhan jenis kenderaan novelTingkatan 5 pantun kanak-kanak pasang siap program sekolah
Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

klik iklan di sebelah sebagai tanda sokongan ya :)


Terima kasih!

Aktiviti Tatabahasa menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri

23/05/19




Aktiviti Tatabahasa menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri




kenal pasti dan senaraikan berdasarkan tatabahasa berikut:

 1) Kata nama

 2) Kata kerja

 3) Kata ganti nama

 4) Kata adjektif

Cerita Fiksyen : Ojan Dan Oxzar

28/04/19



Kemahiran Seni Bahasa
Tingkatan 1

Ojan Dan Oxzar



Dunia Berbeza dan Oxzar from toestudios on Vimeo.




LATIHAN:

Setelah anda menonton video Ojan dan Oxzar, hasilkan sebuah cerita fiksyen Ojan dan Oxzar berdasarkan acuan anda sendiri. karangan anda hendaklah melebihi 180 patah perkataan.

Poster Jerayawara bahasa 2019

25/04/19





CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL TINGKATAN 5

23/04/19



CERPEN ANTALOGI KOMSAS TINGKATAN 5
CINTA AHMAD MUTAWAKKIL
(Zainal Rashid Ahmad)


















Sinopsis
            Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil ( Zainal Rasyid Ahmad) telah menggunakan pendekatan sorot balik tentang kisah perjuangan Ahmad Mutawakkil dalam menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara. Ahmad Mutawakkil yang parah ditembak telah memeranjatkan penduduk kampung yang ketika itu sedang berdoa seusai solat maghrib. Setelah menjelaskan keadaan Ahmad Mutawakkil yang parah, terkulai lalu pengsan, penulis mula mengimbas kembali kisah perjuangan anak muda tersebut bermula daripada perubahan sosioekonomi penduduk kampung kesan kehadiran Tuan Booth sekeluarga. Kehadiran mereka bukan sahaja berjaya meningkatkan ekonomi penduduk kampung, malahan Ahmad Mutawakkil membesar sebagai pemuda berilmu hasil bantuan anak Tuan Booth, Sandra. Dia bukan sahaja menjadi penyebar maklumat tentang hal ehwal semasa kepada masyarakat di kampungnya, malahan turut bekerja membaca dan menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun.

Cerpen ini diteruskan lagi dengan Ahmad Mutawakkil menyampaikan khabar kepada penduduk kampung tentang pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang membawa kelegaan dan rasa syukur mereka. Ahmad Mutawakkil kemudiaannya digambarkan sebagai pemuda yang berjiwa pemimpin apabila dia dapat mempengaruhi penduduk kampung dengan pidatonya yang membangkitkan semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Dalam masa yang sama Ahmad Mutawakkil berjaya mengajak penduduk kampung untuk menjalinkan silaturahim dengan Tuan Booth sekeluarga yang tidak pernah memusuhi masyarakat di situ. Cerpen ini juga dikembangkan dengan kisah hubungan antara Ahmad Mutawakkil dengan Sandra yang sering menjadi tanda tanya kepada penduduk di situ.

Plot dirumitkan lagi dengan situasi 16 Jun 1948 di Perak apabila darurat diisytiharkan kerana Parti Komunis Malaya mula menggila. Ahmad Mutawakkil tetap mengajak masyarakat kampungnya berjuang tanpa menghiraukan keselamatan dirinya walaupun pihak komunis telah memberi amaran kepadanya melalui Tuan Booth agar tidak menghasut orang kampung membenci komunis.

Kemuncaknya, Ahmad Mutawakkil berjaya meniupkan semangat perjuangan yang begitu mendalam dalam jiwa penduduk kampung melalui pidato citra merdeka dan kritikan terhadap bangsa Melayu yang sanggup diperalat Parti Komunis Malaya. Setelah ditemui oleh seorang budak lelaki yang tidak dikenali seusai majlis ceramah tersebut, Ahmad Mutawakkil pergi dan tidak pulang-pulang sehingga dia datang pada malam esoknya di surau kampung dalam keadaan berlumuran darah. Ahmad Mutawakkil terbunuh namun semangat perjuangannya terus membara dalam masyarakat kampung sama seperti mereka rindu akan kata-kata semangat anak muda itu “ Tanah Melayu pasti merdeka!”. Tuan Booth sekeluarga pulang ke England seminggu selepas Tanah Melayu merdeka namun rasa cinta yang mendalam Sandra terhadap Ahmad Mutawakkil telah membawa dia pulang ke kampung tersebut untuk meneruskan kehidupannya di situ. 

Cara menjawab soalan Novel

11/03/19


CONTOH SOALAN:
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan peristiwa yang menunjukkan nilai ketabahan watak utama.                                                                                                                                    
SKEMA:
          Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu novel Silir Daksina karya Nizar Parman, peristiwa yang menunjukkan nilai ketabahan watak utama ialah Haiqal tabah menghadapi cabaran untuk menjejaki warisan arwah ayahnya. Hal ini dapat dibuktikan apabila Uminya tidak menyokong tindakan Haiqal untuk pulang ke Johor kerana di Johor, Haiqal tidak mengenali sesiapa dan Haiqal juga tidak mempunyai tempat bermalam. Uminya juga tidak akan memberikan wang belanja kepada Haiqal jika Haiqal ke Johor.

Selain itu, Haiqal tabah meneruskan minatnya dalam bidang kesusasteraan. Contohnya, Haiqal sentiasa menjadi johan dalam berbagai-bagai pertandingan menulis tetapi kejayaannya itu tidak pernah mendapat pujian daripada umi. Pada masa yang sama, Haiqal juga terpaksa berkeras dengan uminya untuk belajar dalam bidang kesusasteraan di tingkatan enam sedangkan uminya mahu Haiqal meneruskan pelajaran dalam bidang ekonomi.


PLOT DAN TEKNIK PLOT NOVEL SILIR DAKSINA

27/02/19




PLOT DAN TEKNIK PLOT NOVEL SILIR DAKSINA

Binaan Plot

1. Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi.

Pengenalan atau eksposisi-Haiqal yang mempunyai konflik jiwa, iaitu dia ingin mengenali ayahnya, Abdullah bin Kayan. Konflik jiwa ini timbul apabila dia menerima manuskrip daripada See Hwa yang merupakan hasil tulisan arwah ayahnya. Sebelum Haiqal memasuki sekolah tadika, uminya telah memberitahu bahawa walid itu bukanlah ayah kandungnya. Sewaktu ayahnya meninggal dunia, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah arwah ayahnya kerana dia sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haiqal mengetahui bahawa peperiksaan itu penting tetapi dia juga beranggapan bahawa memberi penghormatan yang paling akhir kepada ayahnya juga penting.

Perkembangan-kisah Abdullah bin Kayan diceritakan dalam manuskrip sebagai Cikgu Amirulnizam atau Cikgu Zam di kampung halamannya, Kampung Seri Purnama. Di sana, Amirulnizam bertugas sebagai cikgu di sekolah rendah. Di samping itu, Cikgu Zam juga terlibat aktif dalam aktiviti sastera dan budaya. Cikgu Zam telah menghidupkan kumpulan zapin D'Purnama semula yang telah terkubur. Balai raya di kampung itu menjadi meriah dengan latihan zapin dan aktiviti sastera yang lain. Cikgu Zam juga mempunyai bakat dalam bidang penulisan novel, cerpen, dan puisi. Di kampung itu, Cikgu Zam mendapat sokongan padu daripada Tauke Lim, Pak Cik Bakar, Haji Salleh, dan orang-orang kampung yang lain. Kegiatan sastera dan budaya yang digerakaktifkan oleh Cikgu Zam telah mendapat perhatian Yang Berhormat Samsuri dan berjaya mengharumkan nama kampung. Cikgu Zam juga bercadang untuk menubuhkan Aksara di kampungnya. Namun demikian, kehidupan Cikgu Zam dirasakan kosong kerana anaknya, Aiman tiada di sisinya. Dia amat rindu kepada anaknya itu lalu menumpahkan kasih dan sayangnya terhadap anaknya itu kepada Ai Ling. Ai Ling diberikan perhatian yang istimewa oleh Cikgu Zam. Bagaimanapun, Cikgu Zam telah mengidap penyakit tetapi penyakit yang ditanggungnya itu dirahsiakan. Sebelum akhir hayatnya, Cikgu Zam sempat menulis manuskrip dan manuskrip itu diserahkan kepada Ai Ling untuk disampaikan kepada anaknya, Aiman. Setelah dia meninggal dunia, manuskrip itu telah dihantar oleh Ai Ling kepada Haiqal yang berada di Kuala Terengganu.

Perumitan -Haiqal berasa amat rindu kepada ayahnya. Dia ingin menjejaki kehidupan ayahnya di Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat. Namun demikian, dia tahu bahawa uminya tidak akan membenarkan dia ke sana. Konflik yang dihadapi oleh Haiqal banyak diceritakan kepada rakannya, Ratna sewaktu dia mengunjungi gerai makan milik Ratna di Pantai Batu Buruk. Haiqal bertekad untuk memberitahu uminya tentang hasratnya untuk menjejaki kehidupan ayahnya, Abdullah bin Kayan. Selepas berbincang dengan Ratna, akhirnya Haiqal nekad untuk mengemukakan hasratnya itu kepada uminya.

Puncak atau klimaks -Haiqal telah berbincang dengan umi dan walid selepas dia selesai menunaikan solat maghrib. Haiqal memberitahu hasratnya untuk ke kampung halaman arwah ayahnya di Batu Pahat, Johor kepada uminya. Umi Haiqal tidak membenarkan Haigal ke kampung arwah ayahnya. Haigal dan uminya bergaduh tentang hasrat Haiqal tersebut. Uminya mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia ke kampung arwah ayahnya itu.Walid memahami perasaan Haiqal dan merestukan pemergian Haigal. Walid akan menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada di Johor kelak.

Peleraian-Haiqal telah pergi ke kampung ayahnya, iaitu di Kampung Seri Purnama. Dengan bantuan Tauke Ong, See Hwa, Pak Cik Bakar, dan Lazim, Haiqal dapat menjejaki bekas-bekas ya kehidupan arwah ayahnya. Haiqal mencadangkan agar kumpulan zapin D'Purnama dihidupkan semula selepas sekian lama terkubur. Justeru, persiapan untuk majlis persembahan tarian zapin telah nya. diadakan. Haiqal juga terlibat dalam latihan tarian zapin. Seminggu sebelum acara persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada n walidnya tentang tarian zapin jincat itu. Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat berita bahawa Lazim telah ditimpa kemalangan a jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Haji Salim mengemukakan rulis cadangan supaya See Hwa menggantikan tempat Lazim. Persembahan Haiqal dan See Hwa mendapat sambutan daripada Yang Berhormat fia, Datuk Syaiful Azizi dan penduduk kampung. Sewaktu Haiqal erada mempersembahkan tarian zapin di atas pentas, Haiqal ternampak uminya, walid, dan adik tirinya, Nurul Asiyah sedang menyaksikan ndu persembahannya dari bahagian belakang balai tempat duduk kampung Haiqal berasa amat gembira dan ingin berlari untuk memeluk ahli keluarganya itu sebagai tanda kesyukuran.


Teknik Plot

Teknik Plot
Contoh
      1.  
Pemerian
Penulis menceritakan Tauke Lim  yang sudah tinggal di kampung tersebut. (hlm.29)
   2.
Imbas Kembali
Ingatan Haiqal terhadap peristiwa dimana dia hampir terlanggar seorang budak kecil. (hlm.1-2)
      3.  
Saspens
Peristiwa semasa Haiqal diberitahu oleh uminya bahawa walid bukan ayah kandungnya. (hlm.4-5)
    4.     
Kejutan
Haiqal tidak menyangka bahawa umi,walid dan adik tiri Haiqal datang pada malam persembahan tarian zapin walaupun  uminya melarang Haiqal untuk menyertainya.(hlm.271)
     5.       
Monolog
Cikgu Zam sangat rindu akan anaknya iaitu Haiqal. (hlm.95)









SOALAN LATIH TUBI




NILAI DAN PENGAJARAN NOVEL SILIR DAKSINA

NILAI DAN PENGAJARAN 
NOVEL SILIR DAKSINA TINGKATAN 5


Nilai :

1. Kasih sayang 
Abdullah b. Kayan atau Cikgu Nizam sentiasa mengingati anaknya walaupun telah lama terpisah dan menulis manuskrip pada waktu malam di rumahnya untuk diserahkan kepada anaknya
2. Tanggungjawab 
Semasa hayatnya,Abdullah b Kayan bertanggungjawab menyediakan wang simpanan dan kebun kelapa sawit untuk diserahkan kepada Haiqal
3. Keprihatinan
Ratna prihatin mendengar masalah Haiqal yang berjumpanya di gerai milik keluarga Ratna pada waktu malam
4. Keberanian
Haiqal berani mengambil risiko  pergi k e Batu Pahat, Johor dari Terengganu seorang diri untuk menjejak sejarah hidup ayah kandungnya
5. Ketabahan

TEMA DAN PERSOALAN NOVEL SILIR DAKSINA


Tema

Novel ini membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan olh ibunya daripada ayah kandungnya iaiu Abdullah Kayan.



Persoalan



PERSOALAN
CONTOH
1
Persoalan kegigihan seorang remaja untuk merungkai misteri kehidupan sebenarnya ayahnya.
Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil setelah mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa.
2
Persoalan usaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin.
Abdullah Kayan dan penduduk Kampung Seri Purnama telah berusaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin di kampung tersebut.

3
Persoalan kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.
Abdullah Kayan terlalu sayang akan anaknya Haiqal yang dipisahkan oleh isterinya sehinggakan dia sentiasa merindukannya dan menghasilkan manuskrip cerita tentang perasaan rindu kepada anaknya.
4
Persoalan sikap kerjasama penduduk kampung.
Penduduk Kampung Seri Purnama sentiasa bekerjasama menjayakan setiap aktiiviti dan acara yang dijalankan di kampng tersebut seperti majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringka mukim di situ
5
Persoalan hubungan baik antara dua bangsa walaupun berbeza kebudayaan.
Hubungan Tauke Lim dengan Amirulnizam dan penduduk kampung begitu baik walaupun mereka berlainan bangsa.



Cara Menjawab Soalan Pemahaman Persoalan secara Profesional


Cara Menjawab Soalan Pemahaman/Komsas/Novel 
secara Profesional



Saudari Thaneswaran ada bertanya bagaimana untuk menjawab soalan persoalan seperti 'pro' dalam peperiksaan. kebiasaannya soalan persoalan akan disoal dalam soalan KOMSAS ataupun novel. sebelum itu kita kena tahu dulu apa itu persoalan dan bagaimana untuk menghasilkan jawapan persoalan.


secara asasnya, jawapan persoalan perlu dihasilkan secara esei. jawapan perlulah dihasilkan dengan dua elemen iaitu 

jawapan persoalan + huraian/contoh 


Teknik Penulisan Kesimpulan Karangan PT3

18/02/19


KESIMPULAN
Hasil carian imej untuk kesimpulan

Teknik penulisan kesimpulan ini sesuai untuk Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. 
kesimpulan untuk Menengah Atas lebih sesuai gunakan rumus Ruhpancaran, RCHRK dan teknik-teknik yang lain.


ELEMEN
DRAF
CONTOH
SARANAN
Kesimpulannya/akhirulkalam/Tuntasnya, semua pihak mestilah berusaha untuk me................. + TEMA

(rumusan secara keseluruhan)
Kesimpulannya, perpaduan antara kaum di Malaysia perlulah dipelihara dan dijaga kesuciannya.

UNGKAPAN
MENARIK
Dalam hal ini, orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!

(kata-kata tokoh/pujangga/peribahasa)
Dalam hali ini, Bryron Lord, seorang penyair Inggeris ada menyatakan bahawa orang yang tidak mencintai tanah airnya sendiri maka tidak akan mencintai apa-apa yang lain.
CADANGAN / PENDAPAT
Usaha ini bukan sahaja perlu diletakkan dibahu pihak kerajaan sahaja malah............

(cadangan kita tanpa meletakkan perkataan cadangan)
Usaha murni ini bukan sahaja perlu dilakukan oleh pihak kerajaan sahaja malah oleh semua pihak termasuklah diri kita sendiri.

HARAPAN
agar + negara dapat melahirkan masyarakat yang ..........................

(apa yang akan berlaku sekiranya semua orang telah melakukan 'cadangan' di atas)
Usaha ini perlu diteruskan supaya negara dapat melahirkan masyarakat yang madani dan aman sejahtera.



TEKS PENGACARAAN LAWATAN PENANDA ARAS SMA AL-KHAIRIYAH, MERSING 2019

31/01/19


TEKS PENGACARAAN
LAWATAN PENANDA ARAS SMA AL-KHAIRIYAH, MERSING 2019

Selamat datang kami ucapkan
Kepada rombongan tuan budiman
Di SMA Lughatul Quran kita dipertemukan
Semoga silaturahim dapat dieratkan

Dari Mersing datang tetamu
Membawa bekal kuih cara
Hari ini kita bertemu
Moga kekal menjalin mesra


 Yang dihormati,
Tn Hj Zulkiffle bin Muhammad,
Pengetua SMA Al-Khairiyah, Mersing

Yang Berusaha,
Ustaz Hj Hidhir bin Hj Ismail
Pengetua SMA Lughatul Quran

Yang Turut Berusaha,
Ustaz Ishak Bin Md Bosrah
Penolong Kanan Pentadbiran

Ustaz Ilham Bin Imam
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Hari Mesyuarat PIBG SMALQ 2019

30/01/19


Teks Pengacaraan Majlis Perasmian Hari Mesyuarat PIBG
SMALQ 2019
(Oleh Qamarul Abdullah)
PERKARA
TEKS
PERARAKAN
Mengumumkan ketibaan Insinior Dr Faizal Amri Bin Adnan, Ahli Dewan Undangan Negeri Serom serta dif-dif jemputan.

LAGU
Sidang Hadirin yang dihormati,
Marilah kita sama-sama berdiri bagi mengalunkan nasyid Asma Ul Husna dan menyanyikan lagu negeri Johor.

-LAGU-

Hadirin dipersilakan duduk.

Gambus, Cara Pembuatan dan Cara Memainkannya

24/01/19




Hasil carian imej untuk gambus

Gambus

Gambus atau qanbūs (Bahasa Arab: القنبوس‎ ialah sejenis lut (kecapi) berleher pendek yang berasal dari Yemen dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua dan ia merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia. Sachs berpendapat nama gambus datang dari komuz Turki tetapi ia lebih mirip oud.[1] Terdapat 12 tali (sekarang nylon) yang dipetik menggunakan plektrum, seperti gitar. Walau bagaimanapun, tidak seperti gitar, gambus tiada mempunyai fret (bilah penentu ruang nada pada alat tali). Kepopularannya merudum pada awal abad ke-20 semasa pemerintahan Imam Yahya, imam mazhab Zaidi dan seorang pemerintah Yemen. Bermula abad ke-21, gambus diganti oud sebagai alat pilihan pemain lut Timur Tengah.

Gambus popular di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Brunei dan Indonesia. Gambus mencetuskan genrenya tersendiri dan dimainkan dalam tarian Zapin sebuah tarian tradisional di negara-negara Asia Tenggara Islam. Ia dikenali sebagai gabusi di kepulauan Comoros dan gabbus di Zanzibar.

Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali.                               

                                                                                                                  (rujukan Wikipedia)

Video pembuatan Gambus


SINOPSIS NOVEL BIMASAKTI MENARI KOMSAS TINGKATAN 5

18/01/19


Ringkasan cerita novel Bimasakti


Nama watak utama, Nurul Hafsa, pertama kali disebut pada muka surat 3, baris 3. Nurul Hafsa sedang melayan kunjungan 15 orang murid dan 3 orang guru pengiring dari Hiroshima Jepun di tempat bertugasnya, iaitu Balai Cerap Sultan Salahuddin, Bukit Melawati, Kuala Selangor. Nurul Hafsa baru seminggu tamat pengajian dalam bidang fizik dan kajian falak, Universiti Jordan dan hari itu merupakan hari pertama Nurul Hafsa bertugas.

Watak sampingan, Puan Wickam muncul pada muka surat 11 dan seterusnya menjadi judul bab 2. Watak utama kedua (hero), Muhammad Taufik, anak kepada Maryam @ Marion Wickham Abdullah dan Tan Sri Muhaimin (yang telah berpisah) melengkapkan cita-cita perjuangan Nurul Hafsa, iaitu projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.

Kemudian muncul satu per satu watak Budiman (abang Nurul Hafsa), Haji Yassir (bapa Nurul Hafsa), Tan Sri Yahya (wakil DBKL dan rakan MRSM Tan Sri Muhaimin), Dato' Haji Mustofa al-Hamidi (pegawai daerah Kuala Selangor) dan menteri besar Selangor (tidak disebut nama).

SINOPSIS NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS KOMSAS TINGKATAN 5

17/01/19


Ringkasan cerita Novel Songket Bebenang Emas

Hasil carian imej untuk songket benang emas


     Novel Songket Berbenang Emas mengisahkan kegigihan Dahlia yang memegang peranan sebagai pelajar dan anak sulung dalam keluarga Embong yang menghadapi kesusahan yang bertimpa-timpa.  Dahlia merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan disukai oleh rakan-rakannya.  Namun, akibat masalah keluarga yang dihadapi, tumpuannya terhadap pelajaran terganggu.  Setelah ibunya dimasukkan ke Taman Bahagia, Dahlia terpaksa menjaga adik-adiknya di rumah dan menyebabkan dia sering lewat ke sekolah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online