Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Label

SPM KOMSAS Penulisan Tatabahasa STPM Nota PMR Tingkatan 4 Tingkatan 5 Karangan A+ Kesusasteraan Morfologi Novel UNIVERSITI PT3 Tingkatan 1 Jurnal Info Guru Teknik Aktiviti Bahasa Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Pengolongan Kata Rumus Sajak Isu Semasa BM STPM Forum Prosa Tradisional Cerpen Karangan Bahan Rangsangan Kesalahan ejaan Latihan Novel Kabus Di Perbukitan Novel Melunas Rindu Peribahasa Sintaksis Tingkatan 2 karangan berformat Antologi Sejadah Rindu Fonologi contoh karangan soalan-jawapan Antologi Kuingin Berterima Kasih UPSR skema pemarkahan Rumusan Semantik Teknik Mengarang Ujian Berita Drama Novel Di Sebalik Dinara Novel Silir Daksina Pengajian Am format Kesalahan Imbuhan Kesalahan Istilah Kesalahan Tatabahasa Latih Tubi Murid PKJR Pantun Pdpc Peraturan Permainan Pertandingan Petikan Cerpen PnP Teknik Menjawab Soalan Teks Pengacaraan Tingkatan 3 Tips ULBS contoh soalan format kertas Bahasa Melayu kertas satu Aspek Tatabahasa BBM Bahas Bahas Ala Parlimen Buku Buku Latihan Debat Dikemassenga Gurindam Hakim Hasil titik peluh Istilah Isu Bahasa Kaedah Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Menulis Kerajaan Kerja Kursus Kertas Kerja Kertas Konsep Makna Istilah PAK 21 PLBS Panduan Pembangkang Pengenalan Penjaga Masa Peraturan Pertandingan. Kertas Konsep Perbandingan Novel Permainan Bahasa Pertanyaan Peta Minda Prosa Moden Puisi Seloka Seni Bahasa Soal Jawab Surat menyurat Syair Tahap 1 Tahap 2 Tnigkatan 1 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Ulangkaji cara melintas jalan homofon homograf imbuhan jenis kenderaan pantun kanak-kanak pasang siap
Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

Terima kasih!

Jenis-Jenis Watak dalam penceritaan

9/01/19


Jenis-Jenis Watak



Jenis-jenis watak dalam penceritaan tidak kira dalam kisah cerpen, novel, drama, dan lain-lain lagi.


1.      Watak utama: watak utama ialah watak yang dominan dalam sesebuah karya. Watak ini terlibat secara aktif dan berterusan serta menjadi struktur utama dalam perkembangan plot. Kebiasannya, watak utama terdiri daripada watak penting dan hadir dari awal seingga akhir cerita.


2.      Watak Sampingan: watak sampingan merupakan watak yang hadir dan membantu dalam proses perkembangan plot. Watak sampingan juga boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti watak sampingan penting, kurang penting dan tidak penting. Setiap watak ini mempunyai peranan tersendiri dalam membantu jalan cerita. Kebiasannya, watak sampingan jarang dipertentangkan dengan konflik-konflik yang besar seperti yang dialami watak utama


3.      Watak bundar: watak bundar merujuk watak yang mempunyai sifat-sifat manusia biasa. Watak ini boleh mengalami perubahan dalam rentetan peristiwa. Dalam diri watak ini, wujud kelemahan dan kelebihan yang diseimbangkan oleh pengarang 


4.      Watak pipih: Watak pipih pula bersifat statik dan tidak mengalami proses perkembangan baik dari aspek fizikal atau mental. Watak pipih mempunyai sifat-sifat tertentu sahaja dan sangat mudah dikenali 


5.      Watak Putih: Watak putih pula ialah watak yang sentiasa menjalankan aksi dan tindakan yang positif, baik dan disenangi oleh watak-watak lain


6.      Watak Neutral: Watak neutral bertindak sebagai satu watak sampingan yang wujud dalam satu babak dan bertujuan menceritakan watak-watak yang lain.


0 Pertanyaan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online