Usaha

Usaha Tangga Kejayaan.

Ikhlas

Ikhlaskan diri dalam pembelajaran.

Tawakal

Berserah kepada Tuhan selepas berusaha.
 

Nak Belajar Apa? Cari Di Sini.

Label

SPM KOMSAS Penulisan Tatabahasa STPM Nota PMR Tingkatan 4 Tingkatan 5 Karangan A+ Kesusasteraan Morfologi Novel PT3 UNIVERSITI Tingkatan 1 Jurnal Info Teks Pengacaraan Guru Pengacaraan Teknik Aktiviti Bahasa Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul Pengolongan Kata Rumus Sajak Isu Semasa BM STPM Forum Prosa Tradisional Tingkatan 2 Cerpen Karangan Bahan Rangsangan Kesalahan ejaan Latihan Novel Kabus Di Perbukitan Novel Melunas Rindu Peribahasa Sintaksis karangan berformat Antologi Sejadah Rindu Fonologi contoh karangan soalan-jawapan Antologi Kuingin Berterima Kasih UPSR skema pemarkahan Rumusan Semantik Teknik Mengarang Ujian Berita Drama Kesimpulan Novel Di Sebalik Dinara Novel Silir Daksina Pengajian Am Tingkatan 3 format Kesalahan Imbuhan Kesalahan Istilah Kesalahan Tatabahasa Latih Tubi Murid PKJR Pantun Pdpc Peraturan Permainan Pertandingan Petikan Cerpen PnP Teknik Menjawab Soalan Tips ULBS contoh soalan format kertas Bahasa Melayu kertas satu Aspek Tatabahasa BBM Bahas Bahas Ala Parlimen Buku Buku Latihan Debat Dikemassenga Gurindam Hakim Hasil titik peluh Istilah Isu Bahasa Kaedah Kemahiran Membaca Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Menulis Kerajaan Kerja Kursus Kertas Kerja Kertas Konsep Makna Istilah PAK 21 PIBG PLBS Panduan Pembangkang Pengenalan Penjaga Masa Peraturan Pertandingan. Kertas Konsep Perbandingan Novel Permainan Bahasa Pertanyaan Peta Minda Prosa Moden Puisi Seloka Seni Bahasa Soal Jawab Surat menyurat Syair Tahap 1 Tahap 2 Tnigkatan 1 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah Ulangkaji cara melintas jalan homofon homograf imbuhan jenis kenderaan pantun kanak-kanak pasang siap
Jika anda menggunakan bahan saya. ambil dengan baik dan ucapkanlah terima kasih.

klik iklan di sebelah sebagai tanda sokongan ya :)


Terima kasih!

Sinopsis Novel Tirani Komsas Tingkatan 5

16/01/19


Ringkasan Cerita Novel Tirani


Hasil carian imej untuk kezaliman



Novel Tirani mengisahkan kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan dengan jiwa dan semangat yang kental. Cerita novel ini dimulakan dengan kisah Waheeda yang berkeinginan tinggi untuk melakukan pembedahan plastic pada wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih dan menjaga kekemasan diri. Sebagai pengurus inap desa Tajau Emas, Waheeda bertanggungjawab mengurus segala keperluan dan kemudahan yang diperlukan oleh tetamu yang menginap di inap desanya dengan dibantu oleh sanak saudaranya.

Fadhil teringat akan bantahannya terhadap hasrat anaknya, Waheeda untuk melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya kerana dianggap bertentangan dengan hukum syarak dan konvensi agama. Suara Kamri mengejutkan Waheeda, Fatimah dan para pengunjung tentang kehadiran monyet Belanda yang menyerang secara tiba-tiba dalam kawasan chalet mereka. Semua pekerja dan penghuni  bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Waheeda telah dicederakan oleh salah seekor monyet Belanda pada wajah dan hidungnya hingga dia dikerjakan ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani oleh ibunya, Raidah.

Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk menjalani proses pembedahan mata dan hidungnya. Bazilah menyambut ketibaan Waheeda di rumahnya di Yishun Street dengan membuat kejutan. iaitu menjengul secara tiba-tiba dari belakang pintu. Keesokan harinya, Waheeda berbincang dan menyerahkan dokumen sejarah kesihatan dan pemeriksaan amnya kepada Dr. Alma Hollis Chen tentang prosedur pembedahan yang akan dilaksanakan di SMC. Waheeda memaklumkan kepada Bazilah bahawa pembedahan hidung dan mata yang akan dilaluinya memakan masa antara 10 hingga 15 jam. 

Menurut Dr Alma Chen, pembedahan matanya akan diketuai oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh, pakar bedah mata yang berpengalaman manakala pembedahan hidungnya akan diketuai oleh Dr. Averroes. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama dengan ibunya setelah menjelaskan sebahagian kos rawatan. Raidah kembali semula ke Sarawak setelah Waheeda selamat menjalani pembedahan mata dan hidungnya.

Petang itu, Waheeda menerima satu berita yang menggembirakan apabila pihak pengurusan di Flamingo Resort menghubunginya untuk temu duga jawatan Pegawai Perhubungan di resort itu. Waheeda hadir di Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Di Restoran de La Rossa, Zahid memperkenalkan Waheeda kepada bapanya, Datuk Yasser Arief. Anati menceritakan pengalaman manisnya menemani Waheeda yang terlibat dalam Pertandingan Ratu Perlancongan Antarabangsa di The Four Seasons Hotel. Kenangan menjadi lebih manis apabila Waheeda dinobatkan sebagai juara pertandingan pada malam itu.

Zahid menelefon Waheeda untuk memberitahu bahawa upacara merisik pihak perempuan daripada pihak lelaki telah selesai dijalankan dan Waheeda kini merupakan sebahagian miliknya. Zahid memujuk Waheeda agar memberikan notis berhenti kerja di Hotel Flamingo de La Rossa tetapi Waheeda enggan berbuat demikian atas alasan kontraknya yang masih terikat dengan pihak hotel tersebut. Waheeda menghubungi Dr. Rushdi meminta Waheeda datang ke SMC untuk pembedahan segera pada bahagian hidungnya. Cerita diteruskan dengan peristiwa majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkas antara Ghazi dengan Fatimah.

Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan dan menerima rawatan di bilik wad eksklusif, Hospital Pakar Normah tetapi tidak dihiraukan oleh suaminya, Zahid. Waheeda meluahkan krisis rumah tangganya kepada ibunya, Raidah. Raidah memberikan nasihat kepada Waheeda agar bersabar dan sentiasa berfikir secara positif atas ketentuan Allah. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA tetapi dipertikaikan oleh suaminya.

Zahid bertindak nekad dengan menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu. Waheeda yang terlalu mencintai suaminya itu mengalami masalah kemurungan dan migrain meroyan akibat tindakan suaminya yang kejam itu. Ghazi dan Raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur. Waheeda menyatakan keinginannya kepada ibunya untuk berehat seketika di Semenanjung selepas selesai menjalani rawatannya di Pusrawi.


1 Pertanyaan:

Iman berkata...

Terima kasih

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perhubungan

Jika mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan
bolehlah bertanya di sini
atau
hantarkan E-mail ke



Insyallah pertanyaan anda akan dilayan

Akhbar Online

Akhbar Online
Berita Harian Online

.

.
Metro Online

.

.
NSTP Online

.

.
Utusan Online

.

.
The Star Online

.

.
Sinar Harian Online